kelab blogger ben ashaari, KBBA,

11 May 2014

Pre-Shopping Raya di KBMALL (Diskaun 70%)


Salam Dears


Selepas balik dari Water Splash di Taman Indera Petra kami 3 beranak ke KBMALL pulak. Mai sini sebab nak amik CPU yang kami baiki kat sini. Bila masuk sini ternampak lak jualan murah gila-gila kat Ground Floor KBMALL (di ruang legar) terpampang besarrrr jualan Less 70%. Terus celik mata seluasnyaaa....


 beli pakaian, kbmall, shopping, baju aaron aziz jakel, baju raya 2014, jualan murah kbmall, baju raya,


Diskaun best begini harus ler terjah. bukan sokmo ado. 70% okey. Agak banyak yang boleh save. Even kekadang harga before less dia letak harga yang langsung tak munasabah (mahal berganda), tapi after less ianya tetap berbaloi untuk di beli bagi sesetengah barangan..


beli pakaian, kbmall, shopping, baju aaron aziz jakel, baju raya 2014, jualan murah kbmall, baju raya,


Nak pakai pakaian branded tapi murah kena ler nantikan saat-saat diskaun begini. So, alang-alang murah jom kita shopping pakaian raya you bang!! Pilih-pilih jangan tak pilih.. bajet ada RM200 je ni... ekceli duit itu memang saving untuk peruntukkan raya pung... bulan ini 200, bulan depan 200, campur bonus Bang Najib separuh gaji... yeayy makcik kayo!!




Biasanya persiapan baju raya kami shopping bila masyukkk bonuss!! tapi kali ni alang-alang ada jualan murah, kira shopping raya terus laa... haha.. tak penah kami beli baju raya se-awal ini tau...!! mai sini nak amik PC yang siap di baiki je pun. takde plan nak shopping langsung!




Pilih punya pilih... banyak bebenor idaman hati my en.suami nih. Last-last yang kat atas ni semuaaa di rejected nya. Tak lawa laa. Nampak kosong sangat laa. Seluar kecikkk di bahagian kaki laaa. Okey-okey... jom try yang lain lak bang... banyak lagi ada tuuu....


 


Hok atas ni kesemua dia rembat. Yang kiri tu brand Bontton, yang tengah brand Lois dan yang kanan Alain Delon. Harga? Sangat murahhh.... memang rugi kalau tak beli... dan aku beli gak selai kemeja untuk ayah aku.. kaler maroon.. cantik!!

Ini untuk dipakai pada raya kedua dan ketiga ni...  first raya lak pakai baju melayu... bila dah ada anak ni kan, tak meriah sangat pakaian raya untuk makpak. tak mahal sangat pun takpe. asalkan ada baju baru sudahhh cukup baik...




Untuk baju fikri tunggu jualan murah pakaian baby lak yekk... sebagai upah teman abah nyopping baju.. dia di beri seketul aiskrim. Seronok dia. Diam tak berkutik sampai ke titisan jilatan terakhir. Masuk lam kete tak sampai 5 minit terus terbongkang tido. Lenaaaaa sampai ler jam 8 pagi esok...

Baju raya jaa pulak, jaa suka beli time bulan pose... sebab masa tu pelbagai design baju kurung moden, kebaya atau peplum yang keluar... saiz dan kaler pun agak banyak... baju rayu aku biasanya beli yang Ready Made di Butik Peace ler... situ memang peberet aku shopping baju raya...




Bercakap pasal raya... korang tema apa?? Aku Fuchsia Pink... kod R11 tuuuu!! Hoho pestaim dalam sejarah sepanjang 6 tahun aku kawin laki aku setuju pakai baju melayu pink. Sebelum ni berbuih mulut aku dok suggested pink... tak penah dia setuju... tapi kali ni boleh pulak dia terima...

What The Fishhhhh???

Apapun syukur... tercapai gak hasrat hati nak sedondon pink di pagi raya... hope ada ler Baju Melayu Aaron Aziz keluaran Jakel yang kaler pink yang cantik designnya nanti.... wahhh semangat raya datang berkobar-kobar nampaknya... puasa dah habis ganti ke belom?? Aiyarkkk.... jom pakat puasa besok...!!




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

11 comments:

  1. wah bestnya ade discounts <3 Tema keluarga tahun ni kaler Brown (tema pilihan Fifi, sis nak yang kaler hijau tapi last-last kalah :D)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brown pun cantik...!! K.jaa 3 tahun lepas dah bertema brown. So kali ni pilih pink lak... heee!!!

      Delete
  2. tema kitorang tahun ni biru cair kot...style islamik , pakai jubah semua..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti comey bila pakat berjubah... one day jaa mesti buat tema mcm tu gak... lain dari yg lain mesti ohsemm...

      Delete
  3. semangatnya jaa.. hehe.. cikna suka beli online.. nnti dekat2 raya br sopim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab beli pakaian jaa susah nk beli online... sebabnya saiz jaa susah nk ngam... asyik besaqqq jer...

      Delete
  4. DEQ THUN NI BJU RAYE XTERINGIN SGT DAH SBB RAYE KE 11 T NAK PKAI BJU SANDING . HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck ye dedeq... semoga dipermudahkan segala urusan.... amin...

      Delete
  5. Wahhh... shopping PRE RAYA (unplanned!).. jeles3... Artie sendiri x sempat lg sejak BZ outlet dunia tudung baru @ Jln Merbau... insya-allah bw kids time Ramadhan nanti... p/s: asanya last minit lg ler.. huuuuu

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...