kelab blogger ben ashaari, KBBA,

21 June 2014

Jaakechik Blogspot Wujud ??



Aku start aktif berblog bermula pertengahan Februari 2012. kiranya sekarang ni dah masuk 2 tahun 4 bulan aku aktif berblogging. entry yang aku dah post setakat ni dah hampir 1000 dah. ye ke ni? ermm, betul la tu... baru tadi aku check...

928 entry telah di published!! Pageviews juga hampir mencecah 1 juta....!! Huiiyooo... dah banyak rupanya entry aku tulis. eh, apa yang aku duk merapu selama ni yekk? bhahaha...

Baideway aku bukan nak citer pasal jumlah entry blog aku mahupun tentang Pageviews... tapi aku nak citer pasal menda lain. jom baca lagiii.....


 


Kelmarin, aku sesaja godek google. try masukkan URL : http://jaakechik.blogspot.com  saje aku nak check samada URL tersebut available ke tidak.. adakah dah ada orang yang guna atau belum? tapi sekali tengok... terpampang gambar aku daaa..... 

Aku dah macam "Eh, blog aku ke? Bila aku create? Apa password? Apa email?" seriyes, aku betul-betul lupa yang aku penah create blog menggunakan URL tu. tak sangka Allah gerakkan hati aku untuk check pasal menda ni kelmarin. sebelum ni tak penah pulak aku nak check!

Blog tu memang blog aku rupanya. tapi 1 entry pun takdak. aku pun try reset password blog tu semula dengan masukkan email aku yang lain (jaakechik@rocketmail.com). alhamdulillah, aku berjaya reset after google sent code di no.fon aku. nasib baik aku ni jenis setia ngan nombor phone lama. so boleh ler reset ngan mudah. kalu takkkk, haruuuu beb!!

Aku betul-betul tak ingat apa password dan email untuk blog ni. mujur lah jugak aku ni jenis tak banyak email. hanya ada dua je yang betul-betul aktif. so agak senang untuk aku trace apa email blog tu. aku ni jenis malas nak create bebanyak email. cukup ler 1 untuk FB dan 1 untuk blog.


 


Bila aku check dekat profile, terpampang gambar aku... rasa nak gelak terguling-guling bila tengok profile picture untuk blog ni. siap tepek gambar passport kauuu... skema betul... bhahaha... dan kat situ jugak tertera yang blog tu di create sejak Februari 2010 lagi....?

Siap tulis pekerjaan Dr.Drugs lagi tuuu.... What the fishhh???

Sungguh rasa macam tak percaya. ingatkan Blog Jaakechik ini blog pertama aku, rupanya yang jaakechik blogspot itu yg pertama. Feb 2010. blog www.jaakechik.com ni pulak, aku create pada Julai 2010, dgn menggunakan URL: http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com (url asal). ~kunun untuk bisnes!

Aku takkan biarkan blog (http://jaakechik.blogspot.com) tu kosonggg... insyaALLAH aku akan pikirkan apa yang patut aku buat dengan blog tersebut. aku akan cuba cari Niche yang sesuai. segalanya masih dalam perancangan. apapun jemput follow bagi yang sudi yer.... ada masa nanti aku cantikkan blog tuuu....!!!



4 comments:

  1. Hehe...comei..letak gamba passport!!

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ingatkan peminat jaakechik tadi :)

    ReplyDelete
  3. dah lama berblogging rupanya..:)

    ReplyDelete
  4. dh lma la mula kenal blogspot kn

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...