kelab blogger ben ashaari, KBBA,

19 June 2014

Jari Fikri Tersepit Di Rantai Basikal



masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Fikri sekarang ni dah masuk umur 2 tahun 8 bulan. sepanjang umur dia ni, aku bersyukur sangat sebab dia agak mudah di jaga dan tak mendatangkan masalah buat kami sekeluarga. i meant takde masalah kesihatan, takde cacat cela, dan aku rasa bersyukur sangat sebab Allah berikan aku anugerah yang tak ternilai ni.

Tapi pada hari Ahad lepas, aku ralat sangat... tetiba rasa diri ini careless... menyesal berpanjangan..! terasa aku ni cuai sangat dalam menjaga amanah Allah... nak tahu kenapa aku rasa macam tu? sebabnya, tetiba jari kelingking fikri boleh tersepit dalam Rantai Basikal...!! buat aku rasa macam "Eh, kenapa aku cuai sangat ni?".


masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Al-kisahnya gini.... hari Ahad lepas adalah hari terakhir aku Final Exam PJJ USM untuk tahun dua. makanya malam tu aku gi melepak rumah parents aku. makan-makan, borak-borak, pastu tengah duk sembang ngan adik-adik aku tu lah, fikri tersepit jari di rantai basikal. masa kejadian adalah 11pm lebih.

Puncanya, aku ralit! aku langsung tak perasan yang fikri duk main-main ngan pedal basikal fixie milik adik bongsu aku tu. basikal tu memang di letakkan dalam rumah. sebab adik aku jarang guna. dia sayang basikal dia ni. takut kena curi punya pasal, dia simpan dalam rumah.


 masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Fikri ngan sepupu dia yang sebaya gi main-main kat basikal tu.. aku pulak langsung tak perasan. sedar-sedar je dia menangis agak kuat. terkejut aku tengok jari dia tersepit kat celah rantai basikal tu. En.yie pun gigih kuarkan tangan fikri... bila dah keluar, aku tengok jari kelingking fikri kemek...! dah macam lempeng..! aku terus mintak minyak gamat ngan parents aku untuk lumur kat jari fikri. 

Fikri meraunggggg kuat betul... hingga aku pun jadi nervous dan blurr tak tahu apa nak buat... lastly kami laki bini decided nak bawak ke Emergency Room di Hospital Besar Kota Bharu (HRPZ11). makanya, aku pun bergegas drive kete menuju hospital. hampir sejam kami kat hospital.

Meraungggg tak henti-henti si fikri tu. puas pujuk... tak jalannn...! aku tahu dia sakit sangat-sangat, ko bayangkan bila jari kita tersepit pintu kereta dengan kuat... sakit ke tak sakit? hah, gitu lah jugak bila tersepit jari di celah rantai basikal ni... rasanya, yang ini lebih perit sakitnya kot! 


 masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Sesampai di Emergency Room, terus nurse kat situ masukkan ubat tahan sakit melalui bontot.... aku masa tu, tengah cari parking, so En.Yie ler yang temankan dia kat dalam dulu... bila dah parking kete barulah aku masuk cari fikri.. meraunggg tak henti-henti jugak lagi... masa kat hospital tu aku tengok jari fikri dah tak kemek... dah kembali ke bentuk asal... cuma nampak macam pecah darah jer...

Pastu Doktor suggested untuk X-Ray tangan dia untuk tengok tulang tu retak atau patah. kami ikutkan saja. tapi time nak X-Ray tu ya hampunnn, dugaan sungguh lahai... fikri takut ler pulak nak letak tangan kat papan X-Ray tu.. puas memujuk... bising bilik X-Ray malam tu..

Kena pulak staff X-Ray tu jenis masam mencuka, lagi la buat aku rasa nak lempang laju-laju muka mamat tuh... dia sakit hati agaknya bila fikri duk meraung tak henti-henti.. nampak tak mesra alam langsung... sikit pun tak pandai amik hati patient... dia siap tinggikan suara lagi kat fikri... eh, bengkak sungguh hati aku malam tu...




Lepas siap sumbat ubat tahan sakit dan siap X-Ray, fikri dibenarkan balik... doktor bekalkan 1 botol Paracetamol untuk tahan sakit... sedang kitorang menunggu untuk amik ubat, fikri pun tertido atas bahu abah dia. lena sungguh dia tido, maybe penangan ubat tahan sakit tu kot. dia tido sehingga ke 10 pagi esok...! lama betoi...!

Aku pulak masa kat hospital, memang dah sesiap SMS bos aku cakap aku nak apply cuti. malas nak hantar ke rumah pengasuh bila dia sakit macam ni, aku nak jaga fikri sendiri. coz fikri ni aku tahu sangat dia, kalo sakit atau demam, manja nya memang terlebih... nak berkepit je...

Tapi tanggapan aku salah, pagi tu dia tersedar dari tido bila aku sapu minyak gamat kat jari dia. maybe terasa sedikit pedih, dia pun tersedar. menangis sekejap je pun. pastu start riang semula. langsung tak nampak macam dia "sakit". ceria memanjang..!! aku pun terkejut...!!

Petang pulak, aku bawak dia ke rumah parents aku lagi. then sempat jumpa sepupu sebaya dia yang sama-sama main basikal malam kejadian tu. sepupu dia siap tanya dia, "Haziq, mana tangan hok sakit?". fikri pun tunjuk kat tangan dia kat sepupu dia tu... eh, macam sweet pulak budak dua orang tu... aku pun apalagi cecepat kuarkan henpon snap gambar... hehehe...



Arfan Dani : "Haziq, mana tangan hok sakit semalam??"

 masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,

Haziq Fikri : "Jap, nak cari" (dia lupa jari mana yg sakit)


Arfan Dani : "Haaa...dah jumpa... ni la jari hok sakit"

 masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,

Arfan Dani : "Mana nak tengok...? sakit ke Haziq?"



HAHAHA... gitu la lebih kurang sepasang sepupu yang sebaya ni bercakap. tapi dialog tu aku dah ubah ler.. sebab dedua nya berbahasa German (telor). baideway, syukur sangat takde apa-apa kesan buruk yang berlaku pada jari dia. aku malam tu rasa nerves dah ingatkan tulang jari dia tu patah atau remuk... luluh hati aku malam tu, masa mula-mula tengok. 

Fikri ni, sepanjang umur dia, dia tak penah kena benda-benda pelik. cth : tersepit pintu kereta, minyak panas, air panas or apa-apa yang pelik. itu yang aku ralat sangat tu. setakat tersungkur jatuh tu biasa dah dia. sepanjang umur dia gak, ini lah kali kedua kami bawak dia ke Emergency Room. first time, masa dia umur setahun lebih, masa tu temperature badan dia naik mencanak ke 40C. masa tu lebih kurang 12 mlm gak... doktor sumbat ubat bontot gak...


masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Ohye, sesambil aku citer pasal fikri ni, aku nak ingatkan korang jugak, sama-sama la kita jaga anak kita sebaik mungkin. agar kesihatan dan keselamatan dia terjaga. kerana menyesal kemudia takde gunanya. sama-sama kita saling mengingati. 

Jangan jadi macam 1 kes yang aku baca semalam di status FB Rakan Blogger . kes penderaan kanak-kanak di sebelah rumah dia oleh remaja 14 tahun. budak kecik tu kena herdik, kena maki, pastu ditinggalkan sendirian di rumah. apapun korang boleh BACA KAT SINI cerita tersebut. hati aku terus rasa sebak dan pilu bila baca kisah budak kecik tuuuu.... jangan lupa gi baca ekk...


9 comments:

  1. adoi sakit....kesian dier...moga cepat sihat yee

    ReplyDelete
  2. alahai ngeri pulak tgk, sbb dulu kecik² adik sy pun pernah kena.. ngeri sgt tau...

    ReplyDelete
  3. aduhai, mmg x smpi ati la tgk anak skt ni.kesian haziq..sy dh bce da blog coklateyes tu smlm.mmg menangis la sy lps tu sbb budak tu baya2 anak sy je..terbyg2 kalo anak sy org buat mcm tu huhu

    ReplyDelete
  4. Alaa...kesiannya dia...bdk2 mmg camtu...dh hilang rasa sakit sikit terus riang mcm xde apa berlaku...haha

    ReplyDelete
  5. aduh, sakitnya.. kesian haziq.. moga cpat sembuh..

    ReplyDelete
  6. sian fikri..harap sembuh cepat si jari kelingking dia tu..

    ReplyDelete
  7. alahai sian fikri.
    nmpk jelas tu .seriau nengoknya

    ReplyDelete
  8. Kawe baru jah alami bendo samo nge demo. Debar perut الله jah tau. Luko besar, daroh byk. Silap kawe jugop bia basikal anok duk dale umoh

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...