kelab blogger ben ashaari, KBBA,

08 June 2014

Pesta Wau Antarabangsa 2014 di Pantai Geting



Pesta Wau Antarabangsa di Pantai Geting | Pesta Wau ni berlangsung sekali setahun di Kelantan. kebiasaannya memang diadakan di Pantai Geting Tumpat yang jaraknya hanya 3 km dari office aku...


 



Balik dari office aku gi ke majlis kenduri member aku dulu. lepas balik dari majlis kenduri, terus aku singgah sini (28 mei lepas). ngan pakaian kerja pun tak kisah laaa janji sempat singgah... ekeke....




Jom kita beli wau dulu. ada pelbagai kaler. pelbagai pattern dan pelbagai watak kartun. but kitorang pilih jenis yang corak kosong jer (plain). harga wau ni harga dia berbeza mengikut saiz. kami lak beli yang harga RM8.




En.Yie dibantu adik bongsu jaa untuk naikkan wau pantai tuh... fikri tengok jer, bila kita suruh pegang tali kemain takut. padahal dia peminat wau. tengok je wau, terus bising mulut dia. tak kira la wau betul ataupun wau hiasan mahupun lukisan. janji wau!




Tinggi wooo wau kami naikkkk (kiri). aku ni lak memang jakun bab wau... tak penah main menda alah ni.... kekecik dulu aku suka tengok orang buat wau, hias wau dan main wau... tapis setakat tengok je la.. tak penah lak cuba untuk main sendiri....




En.Yie ada gak bagi kat aku suruh pegang tali... Uhhh, tak mahu ler aku... kang terlepas tali ko gak yang bising nanti.... wehihihi... ramai sungguh yang bawak family mai sini tau, meriah ngan wau masing-masing.... betul-betul berpesta wau lahhhh...!!




Ehemmm... tuan blog berselfie with laki... (^_^)




Sambil main wau, sambil main ombak gak... seronok fikri bila kaki dia kena ombak... hingga melompat-lompat... seronok pulak aku tengok dia happy.... fikri nak mandi pantai, but aku tak kasi... coz pantai sekarang ni dah tak selamat untuk pengunjung mandi...




Aku pun join gak main air... skema giler aku gi pantai ngan baju korporat... muehehe... eh, bila aku tengok gambar ni kan, termenung lak aku sengsorang.... tetiba terdetik, "Eh, dah besar fikri ni... ketinggian dia dah mencecah 1/2 badan aku dah..." huwaaa... cepatnya ko membesar dik... cepat sungguh masa berlalu.... terasa macam baruuuuu je mama lahirkan adik hari tu...




Lepas main air.... sambung main wau semula... masa ni, En.Yie dan adik bongsu aku duk perbetulkan tali wau yang dah berbulut kusut. bersimpul-simpul habis jadiknya... muahaha... susah payah ler diorang betulkan semula... nasib baik berjaya...!! (^_^)




Sebelum balik sempat main kat playground ni sekejap. ni aku nak kabo, fikri dah pandai turun slide tu sendirian berhad yer... wahhh, bangga mak dik...!! akhirnya dah berjaya atasi penakut dia yang tak sesudah tuuuu.... bila dah pandai turun slide sendiri, kemain dia duk repeat main benda tuh.... aku lak tak koser nak menunggu sebab dah lewat petang sangat dah masa tuu...




Last but not least, nak tepek gak seketui gambar selfie tuan blog with Spek Baru....!! amacam shantek tak spek Kak Ton??? agak-agak sesuai tak ngan muka Kak Ton yang kecik molek ni? ekeke... baik korang cakap shantekk... kalo tak bengkak pulak hati Kak Ton nanti.... mahunya setahun sentapp takmo update blog... kah kah kah....!!


Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

4 comments:

  1. wow..wau..lama dah tak main..

    ReplyDelete
  2. time kecik je upaya nak naikkan layang2..skarang dah malu..:p

    ReplyDelete
  3. cntik dah tu.kikiki
    wah syoknya.masa dok jb dlu ada tgk pertndingan layang layang sedunia.best..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...