kelab blogger ben ashaari, KBBA,

02 July 2014

Pendidikan Jarak Jauh PJJ USM



pengajian jarak jauh usm, belajar secara jarak jauh, pjj usm, USM PULAU PINANG,


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


PJJ USM - Hari ini aku nak kumpulkan semua pengalaman sepanjang Tiga Tahun aku buat PJJ di USM. firstly, aku nak korang tahu yang aku tak dibayar walau seposen pun oleh USM untuk promote PJJ ni ya. (Bukan Entry Berbayar). Ianya perkongsian ikhlas dari aku untuk korang semua. semoga apa yang aku coretkan, memberi manfaat untuk orang lain!! (saham aku untuk hari ESOK!)

Aku harap setiap pengalaman yang aku blogkan ni dapat memberi sedikit pencerahan bagi sesapa yang masih blurr mengenai PJJ USM ni. semoga korang mendapat a few knowledges and mendapat sedikit semangat daripada penceritaan aku. even kita dah berusia, dah ada ramai anak, jangan jadikan ia sebagai penghalang. ingat, masih belum terlambat untuk sambung belajar!

Aku tahu, ramai jer yang berminat nak sambung belajar ni. cuma majoritinya risau kot takleh nak ikut. ye dak? mesti pakat risau otak tu dah berkarat laaa, risau kot takleh nak fokus laa, risau kot payah nak tinggalkan family laaa.... memacam hal yang kita fikir kan? especially bagi kategori mak-mak yang ada anak kecik tu haa... mesti berat hati nak sambung belajar. kan???

Jujur aku cakap, masa aku nak apply PJJ USM duluuuu, gitulah jugak persoalan yang duk ada dalam kepala aku ni haa. nak lagi aku ada baby kecik lagi masa tu (umur 4-5 bulan), lagi laaa buat aku rasa tak konfiden nak apply. tapi disebabkan ofismate aku pun apply juga, makanya aku pon apply gak laa. at least aku ada geng!

Aku apply dalam keadaan 50-50. nak ngan taknak sama banyak. tup tup permohonan Aku dan Ana berjayaaaa, terus perasaan nervous tolak tepi. rasa bangga pulak ngn diri sendiri bila mampu sambung belajar lagi, even dah ada anak and busy ngn kerja hakiki! biarpun hanya secara PJJ, aku tetap bersyukur! Boleh Baca Entry Ini untuk tengok betapa happy-nya aku waktu dapat tahu yang permohonan kami lulus!!!

  Entry Mengenai PJJ-USM :





Actually, masa aku memula apply PJJ USM tu, aku sendiri pun tak tahu pun yang PJJ USM ni takde cikgu mengajar kat depan kita. aku jugak tak tahu yang PJJ USM ni kita kena berkampung di kampus induk setahun sekali (setiap januari) selama 3 weeks for Kursus Intensif! aku ada gak google info-info tentang PJJ USM tapi payah nak jumpa yang complete!

Apa yang aku tahu, yuran murah, tempoh pengajian singkat! yang paling best ialah sebab syarat minima dia hanya SPM. acaner aku tak terpikat? bila permohonan aku lulus, terus pasang angan-angan nak grab pointer secantekkk mungkin. esok-esok kalau ada rezeki buleh naikkan Pangkat / Gred gaji aku! ~materialistik gila! kah3

Alaaa, korang jangan sedap gelakkan aku ya. sebab aku tahu, korang pon mesti gitu gak impian-nya kan? ntah-ntah ko punya impian lagi hebakkk dari aku! nak upgrade gaji. nak upgrade pangkat setinggi-tinggi-nya. betoii dakkk?

Takde orang yang taknak gaji besaq kan? taknak ngaku sudahhhh... but kalau korang punya gaji pokok bawah RM2000, korang takyah tipu laa, memang itu jer pon impian-nya bila sesapa buat PJJ ni. nak gaji besor, nak pangkat besor, bini besorrr je orang takmoo.... hiks!! 

Takde semangat nak sambung belajar?? baca doa ini : 


''Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bukalah pintu hatiku untuk sambung belajar lagi. Kau Perkenankanlah doaku Ya Allah. Kau Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin."


Letak kedua-dua tangan ke dada @ hati, pastu cuba baca doa kat atas tu sebanyak 3 kali.  dah siap doa, cuba tarikkkk nafas panjang-panjangggg, pejamkan mata dan cuba rasaaaa sejenak! adakah "terkesan" dihati??? ada rasa semangatttt?? atau takde rasa apa-apa??? apapun tepuk dada, tanya hati...?? cuma anda yang merasainya sekarang....!!! 



Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :



34 comments:

  1. all the best tau
    anum tinggal 1 subjek je lagi @ utm space

    ReplyDelete
  2. Insya Allah 11/8/2014 ni lapor diri dan orientasi utk program pjj usm di usm penang. rasa berdebar lah pula,maklum lah saya sorang je dari tempat keje yang sambung study di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, selamat bergelar pelajar PJJ USM...
      dan selamat ber-orientasi jugak...

      Delete
    2. Tumpang tanya, utk PJJ, minggu orientasi itu wajib disertai?

      Delete
  3. degree akan dtg nih tak taw lg nak full time ke cane..:/

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom la join PJJ USM.. yuran murah... masa singkat... (^_^)

      Delete
    2. Dalam berapa tahun ye nk buat PJJ?

      Delete
  4. Bagusnyaaa Jaa, banyak perkongsian kat sini :) neway, gud luck for next sem ..ehh tahun .hihihi.berdebar tunggu result pulak ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fiza... sama laa jaa pun... berdebar gak tggu result 25hb nanti.... huuu...!! harap dapat yg lebih baik dari tahun lepas...

      Delete
  5. Assalamualaikum kak jaa. bestnya. teringin sangat nak sambung study :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... jom laa join PJJ USM sheila...

      Delete
  6. kerana mu Jaa, cikna masuk PJJ-USM.. kekeke.. tenkiu so much..

    tak sabar nk tunggu result kuar.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana terpengaruh dengan entry-entry hasutan daku.... kikiki... btw, semoga dapat result yang terbaikkk nanti...

      Delete
  7. assalamualaikum sis..boleh bg pdpt x,sy skrg wat pjj kat uitm tp diploma ja pentadbiran awam 4thn.. kalo kite mohon pjj usm guna spm pun boleh gak kn..tp xtau subjek apa yg suai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar sy yg jawab..boleh je nak sambung dgn SPM asalkan ada pengalaman kerja dgn kepujian BM & 4 subjek lain cam Math/Sains dll (Social Science). Utk Pure Science degree kena kepujian BM+Math/Add Math+Fizik/Kimia/Bio/Sains dll. Sebenar bukan sahaja part time/PJJ USM, malah nk buat full time pon kalau ada pengalaman kerja menerusi saluran alternatif.

      Delete
    2. Bukan USM je..UITM pon boleh buat degree dgn adanya pengalaman kerja menerusi syarat APEL..boleh rujuk entry requirement link dibawah:
      http://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/degree-list-of-programmes-offered
      Selain itu, UKM pon boleh dgn syarat minima SPM asalkan ada pengalaman kerja (yg disyaratkan):
      http://www.ukm.my/kembangan/program%20tawaran.html

      Delete
  8. kursus apa yg ditawarkan pjj usm ni? perubatan ada tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perubatan takde. yang ada hanya 4 sahaja.

      1.) Sains
      2.) Sains Kemasyarakatan
      3.) Pengurusan
      4.) Sastera

      Delete
    2. Bidang mn yg paling senang nk aply kerja yea..thun ni saya bercita2 nk mohon pjj kat usm. cma xtau nk amik bidang apa..lepas bca kat atas ni, rsa smgat nk belajar. drpada thun lepas teragak2 nk mohon pjj bla fikir psal ank2 yg masih kcil..tp smpai bla nk keje gred 17 je..at least bla smbung blajar blh mnta keje lain pulak..

      Delete
    3. Bidang mana yg sesuai, saya tak mampu nak jawabkan. saya sendiri pon tak pasti mana yang terbaik. apapun bagi Kos Sains Kemasyarakatan itu pon okay kot. sbb general.

      Delete
  9. salam ..akak jaakechik...
    kursus yg ditawarkan setiap tahun sama ka?

    ReplyDelete
  10. Siti Mariyani: alang2 dh terbaca post ni biar saya, selaku bekas pelajar pjj di usm tolong jawab.kursus yg ditawarkan setiap tahun masih sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..menarik sgt post ni..tahu x tempoh utk ijazah ekonomi? Ade tulis 5thn ..huhuhu lame btol

      Delete
  11. Salam
    Tumpang tanya..
    Pjj Degree apply guna SPM..
    Kalau Pjj Master syarat minimum?

    ReplyDelete
  12. Salam
    Tumpang Tanya
    Pjj degree boleh apply pakai Result SPM
    Kalau Pjj master apa minimum qualification?

    ReplyDelete
  13. assalam kak..berapa lama tempoh ijazah pjj ni?pling cepat habis brapa tahun?

    ReplyDelete
  14. saya dapt kene lapor diri 7 ogos ni . tp x thy nak pergi ke tak sbb ad y ckp pjj ni susahlah apa laa

    ReplyDelete
  15. kakja..tahniah dah konvo...hehe...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...