kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 July 2014

Result Awal Final Exam PJJ (Tahun 2)



cara cek result final exam, cara check result final exam pjj usm, final exam, final exam pjj, jadual exam pjj, exam pjj, pjj usm,
*sila klik untuk besarkan*


Result exam dah keluar...?? Ya! Boleh check melalui SMS ataupun melalui Campus Online. bagaimana result aku? alhamdulillah syukur... 8 subjek yang aku amik untuk tahun dua ni kesemuanya lulus. takde yang GAGAL @ LULUS BERSYARAT (*). 

Alhamdulillah syukur Ya Allah. mungkin berkat doa dari kalian juga ni... aku share info tentang PJJ USM di blog, korang pulak drop komen mendoakan aku... terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.. pada yang masih takut-takut untuk join PJJ USM tu, korang tunggu apa lagi?? jom la weh sertai kami... (^_^)

Pejam celik, pejam celik, tak sangka dah habis 2 musim aku belajar. alahai, cepat sungguh masa berlalu. rasa macam baruuuu je pergi kursus orientasi hari tu.. hehehhee... Baideway, result awal  (Provisional) ni hanya untuk tahu lulus atau tidak jer. 

Result sebenar yang dalam bentuk gred dan pointer pula akan keluar pada 25hb Julai 2014 (3 hari sebelum raya puasa). Semester 122 tu, result yang tahun 1 punya. sedih kan, langsung takdak A. huhuhu. semester 132 adalah result yang tahun dua.  

Dalam tak study sangat pun, aku tetap mengharapkan keputusan yang terbaik... tipu ler kan kalo kata taknak result yang gempak dalam Final Exam PJJ USM... walaupun usaha hanya secebis, namun aku rasa aku dah buat yang terbaik kot. susah weh belajar secara jarak jauh ni. plus lagi bila kita ada komitmen lain. kerja + family. terasa 24jam sehari bagaikan tak cukup!!


cara cek result final exam, cara check result final exam pjj usm, final exam, final exam pjj, jadual exam pjj, exam pjj, pjj usm,



CARA CHECK GUNA SMS :


USM <jarak> RESULT <jarak> NO.IC <jarak> Angka Giliran
pastu hantar ke 15888



8 comments:

  1. congrats jaa...standard la bljo PJJ nie takde A dlm result...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah betul nak tangkap A nih... hrmmm....

      Delete
  2. Tahniah..nnti nk tips erk..sy bakal jd pljr pjj usm gak orientasi 11 hga 14 nie kt usm penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH... baideway selamat ber-orientasi...!!

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...