kelab blogger ben ashaari, KBBA,

09 August 2014

09.08.2014 - Genap 5 Tahun Perkhidmatan






Hari ini 09 Ogos 2014 maka genaplah 5 tahun perkhidmatan aku dengan Government. alhamdulillah syukur ya Allah. cepat sungguh masa berlalu. sepanjang 5 tahun, banyak benda yang aku belajar tentang tugas hakiki aku. tengkiu pada staff-staff lama yang banyak guide aku selama ni. thanks to officemate ku Suriana Mohamed. luv u bebeh. 


 aadk, aadk kelantan, aadk pengkalan kubor, kursus aadk, pameran aadk, pusat latihan aadk,


Pada yang tak tahu, aku benornya dapat tawaran kerja Gomen ni masa aku dah nikah. A Big thanks to Allah swt kerana memperkenankan doa aku untuk dapat kerja Gomen. selepas proses interview, tak henti-henti aku berdoa, semoga dapat job ni. dalam setiap doa, aku alwez menangis, punya la mengharapkan keajaiban. Allah saja tahu perasaan aku.


 
 
 


Bila dapat surat tawaran menghadiri Kursus Induksi di Pendang Lake Resort, Kedah. terus rasa gembira. namun dalam masa yang sama turut rasa hiba. hiba fikirkan tempat posting! dalam surat tawaran itu ada mengatakan, tempat posting hanya akan di beritahu pada hari terakhir kursus. terpikir juga, kalau aku kena bertugas di tempat jauh macam mana? 


 aadk, angerah malam cemerlang, anugerah khidmat cemerlang, cara mohon kerja kerajaan, kerja, ofis, uas pengkalan kubor,


Kami baru je setahun kawin, tak sanggup nak berpisah wehh! 18 ogos 2008 aku kawin. 09 Ogos 2009 tarikh aku mula kerja. sepanjang kawin, waktu Kursus Induksi itulah pertama kali kami berjauhan. (sambut 1st anniversary sendirian dalam kursus). sewaktu en.suami hantar aku di Kedah, sendu rasa hati saat nak berpisah. sebak tak terkata! namun nasib menyebelahi aku. Allah makbulkan permintaan kami. akhirnya, aku dapat posting di negeri sendiri. Allahhurabbi, terima kasih Ya Allah. baiknya Kamu!!


 


Sepanjang 5 tahun ni jugak, dah bermacam tempat aku pergi under Jabatan. especially bila berkursus lah. Bukit Gambang Resort City, Batu Buruk Beach Resort, dan banyak lagi laa... tido hotel best, makan best, layanan best! sambil kursus sambil makan angin. wehihi. dapat tambah ramai kenalan dari kalangan AADK dari pelbagai negeri. seronok!!




Sepanjang 5 tahun bekerja ni jugak, aku dapat belajar macam-macam mengenai Dadah. apaitu dadah, cara kenal penagih, cara kendalikan prosedur test urine. proses dokumentari OKT dan lain-lain lagi. bidang ni agak mencabar dan menguji kesabaran apabila berhadapan dengan penagih. banyak auta diorang ni. huhu. sesekali aku join juga Program Pameran Antidadah di sekolah-sekolah. seronok buat pameran di sekolah ni, sebab aku alwez dipanggil "Cikgu" oleh murid-murid. wah wah kembang semangkuk idung aku. bhahaha. padahal aku tukang picit slide powerpoint je pung. kih3. ~can u spot me?




Ni laaa office aku. kecik kemetot je saiz nya. sekangkang kera. ngam-ngam la untuk 14 staff membizikan diri dalam ruang tu. 5 tahun bekerja, memang tempat ni je aku posting. belum ada pengalaman kerja di cawangan lain. entah sampai bila rezeki aku untuk kekal disini. ntah-ntah esok lusa orang campak aku merata. tak tahu la apa nasib. haduii... mohon tak ada pertukaran dalam masa setahun dua ni. coz aku belum ready lagi. ~eh boleh gitu?




Officemate aku. Suriana Mohamed. Coursemate aku jugak dalam PJJ. sesama apply, sesama study. sesama kerah otak untuk setiap esaimen dan exam. syukur dapat rakan ofis sebaik mu. tak penah bergaduh. tak pernah ada isu hot antara kami. alhamdulillah. semoga persahabatan kita kekal terjalin. amin! ops, Suriana ni baru kawin raya kedua lepas. and i owe you 1 entry about her wedding. tunggu nanti aii update yer. sedang menunggu gambar dari Photographer Professional!




Gambar bawah tu adalah Kenangan Sambutan Hari Raya dua tahun lepas. tu semua officemate aku. but now 2 orang dah takde. coz dah berhijrah ke tempat baru. tinggal kami 9 orang sahaja menanti, kemana destinasi kami selepas ini? aduii.... mohon lempar kami di sekitar negeri kelantan aje yer? jangan laaa letak kami jauh-jauh. kasihanilah kami wahai Tuan Pengarah. ekeke!!!




Pada yang berminat untuk kerja Gomen tu jangan lupa selalu isi SPA8i Online yer. aku pun dapat kerja melalui SPA tu jugak. isi sokmo, jangan mudah give-up. aku sendiri pun setelah setahun kawin baru dapat kerja gomen nih. after 4 tahun SPM. betapa gigih aku ulang alik ke Cyber Cafe dulu semata-mata kerana SPA. rajin bebenor godek-godek SPA. so jangan kata SPA ni penipu. yang penting istiqomah. (usaha berterusan). usaha dahulu kemudian tawakal. jangan hanya tawakal tanpa usaha. (^_^)



Thanks and Regards,
Jaakechik.



5 comments:

  1. 1.8.2014 genap 2 tahun perkhidmatan iolss Jaa...

    ReplyDelete
  2. Alhamdllah...merasa gak keje gomen ye ja..tahniah sebab masih bertahan. Keje gajin2 tau..ujung thun najib bagi bonus...heeee

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak...
    nik abru cukup setahun... tapi macam2 pengalaman dah dapat. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah...semoga terus succsess

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...