kelab blogger ben ashaari, KBBA,

16 August 2014

Cara Mudah Nak Buat Lasagne Daging



lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


Kelmarin bila aku buka jer facebook, aku nampak sorang Cik Akak tu share Resepi Cara Nak Buat Lasagne. fuhhh fuhhh meleleh ailio tengok weh. lasagne dah la pebret aku. lasagne ni jugak bukan menu yang agak mudah jumpa kat kedai biasa. kat Pizza Hut, Secret Recipe ada laa...


lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


Sebelum ni memang aku ada tengok blogger lain share cara mereka buat lasagne, tapi aku idok le teringin sangat nak buat. tengok je la entry mereka. pastu termenung depan komputer sambil meleleh ailio! tapi bila tengok Kitchen of Puspa Wangi  ni punya resepi terus terdetik hati nak buat sendiri je pasni. step by step dia kasi siap ngan gambar sekali. perghhh terbaikkkk!!!


lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


Bahan-bahan yang dia guna agak mudah didapati. cara nak buat pun senang. terus rasa nakkkkk buat cepat-cepat. dah lama kot aku tak makan Lasagne ni. so, before aku buat aku nak save dulu resepi ni. sebelum kehilangan sumber asal, ada baiknya aku save dalam blog. senang nak view bila betul-betul nak buat nanti. hehe. korang yang nak jugak tu, salin la resepi ni ya. baik sungguh owner resepi ni tolong share resepi ni. semoga di murahkan rezeki mu!


Cara Mudah Nak Buat Lasagne Daging

Bahan-bahan :

500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/tomato chunks
Spread of cheese (sy pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je..jimat)
3 sudu tepung gandum
Spices(ni yg sy pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
5 sudu butter
Sekotak Kepingan Lasagna

Cara2:
1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dgn garam dan spices yg anda ada.
4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jgn lama sgt kalau tak nnti hancur. Sy celup dlm air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sbb nnti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.
7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga habis. Akhir skali taburkan cheese atasnya.
8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.



Langkah-Langkah Buat Inti Lasagne :



tumis bawang, kemudian masukkan daging cincang


masukkan sos tomato



Kemudian masukkan garam dan tabur dengan oregano. ini step untuk inti je dulu ni. ermm memang mudah gile kan. pejam mata pun boleh buat ni. tak sabar aku nak try buat sendiri nanti.


Langkah-Langkah buat sos putih :




cairkan sedikit butter



masukkan tepung gandum


masukkan susu



Kemudian masukkan 4 keping keju cheddar. biarkan seketika kemudian boleh tutp api. jap lagi sos putih ni kita akan lapis lapiskan dengan inti daging cincang dan kulit lasagne. (cara sebut : la-za-ni-ya).



rendam sekejap kulit lasagne


kemudian  layerkan lasgane. daging > sos putih > kulit lasagne > cheese

lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,

susun cantik-cantik

 lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


kemudian bahagian paling atas sekali kena tabur keju mozarella dan parmesan banyak-banyakkkkk. pastu bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 30-40 minit. 


lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


Wah wahhh seksi sungguh lahai Lasagne yang Puspa Wangi buat ni. terima kasih sangat kerana sudi berkongsi resepi dengan rakan-rakan FB. menitik ailio aku tenung gambar ni tau. apapun aku blogkan dahulu resepi ni kat sini, sebab nanti senang nak view. hewhewhew. korang yang terliur tu, cecepat lah buat yer. bila aku dah buat nanti aku share gambar ngan korang nanti yek..



Sumber Resepi dan Gambar ialah : Kitchen of Puspa Wangi

21 comments:

  1. cikji pernah makan gonih sekali je, not bad.
    almaklumlah jenis darakkk. haha

    ReplyDelete
  2. lasagne memang my favourite... seriously.... he he he...lama dah tak ber-lasagne from own kitchen....

    ReplyDelete
  3. Nk copy gk resepi blh..
    feel free jom jnguk saya punya blog..tq
    Milaicare4u.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya..tq resepi..
    isteriraufcomel.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Pagi td makan di Bangi Gateway...balik KL ke Wangsa Walk beli bahan2...nak cuba buat sendiri! pling sedap pernah mkn kat La Chateau D'Puah Gombak.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dah try memang sedap!!
    http://ainaez.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Bestnye....
    Tp nk tggu gi bandar baru dpt bl bahannye..huhu
    (Kat felda ni ade mini market je...)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih share resipi sy dlm blog awk.. terharu rasa..

    ReplyDelete
  9. instant lasagna tu pakai semua sekotak ke kak puspawangi?

    ReplyDelete
  10. trus rs nk buat bahan2 siap beli dh.

    blogwalking

    ReplyDelete
  11. Seriously memang nak cuba, ni resepi yang saya share dlm fb supaya tak hilang. Sebab banyak bahan tu yang suka resepi ini dari blog ini.

    ReplyDelete
  12. Sungguh menyelerakan n mengujakan nk try buat....really amaze me to bake it...
    Syukran jazilan wabarokallah fieki ya ukhti..

    ReplyDelete
  13. MOHON SHARE RESIPINYA.... TQ

    ReplyDelete
  14. Sis.. kulit lasagna tu rendam dgn air biase ke atau air pnas?

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...