kelab blogger ben ashaari, KBBA,

14 August 2014

Engkau Segalanya Bagiku



Laamaaaanya tak tepek gambar anak bujang aku kat blog ni kan. gambar berlambak ada dalam phone. beribu dalam henpong aku. belum masuk video 3GP ngan game android lagi. dah nak full internal memory Note 3 aku. padahal dah 32gb tuh. phewww. tu lah kuat sangat selfie! Bang.. bila you nak belanja SD Card 64gb untuk your bini ni bang????




jom dik kita selfie...hehehe...aku suka gambar ni... shantekkk!!!




tolong mama kupas bawang putih ~ alolo suweetttt...!!




ABC's and drawing time...!!




Sesi test lesen....vroomm..vroomm...




muka bad mood pada pagi 1 syawal.




peminat Youtube. barney. upin ipin. power rangers. otomen. iron man.




Dah pandai "fire" orang...!!!




Satu benda nak share ngan korang, fikri dah pandai guna cursor dah sekarang ni. nak scroll, nak klik, nak pilih citer, nak skip ads pada youtube, sume dah pandai kooo....!!! bapak dia punya ajaran. aku lak terkejut tengok.

Dah pandai main game Grand Thief Auto (GTA). pandai gerak kiri kanan. pandai tekan ENTER untuk naik kereta. pandai main Need For Speed Mostwanted (NFSM) jugak. huiii... advance sungguh. no wonder la tepon aku dah jadi rete dia. bukak game. bukak video. sume pandai. 

Skang ni pulak dah pandai guna kamera henpon. amik gambar segala mak nek yang ada depan mata. snap gambar mainan dia. especially hasil binaan Lego. robocop segala. snap gambar kami laki bini pun. siap arah suruh aku buat peace. huhu. cepatnya ko membesar dik. dah pandai memacam skang nih!




dia cakap dalam perut dia ada adik! ~ LOL!!




ni dia gak yang snap. selfie with mama.




Peace...!!!


 


Excavator - menan pojaaaaannnn Fikri.




Ko dah kenapa dik????




Aksi jelik with sepupu di rumah mak aku.




Excavator kecik yang tah ke berapa kali kami beli....huhu...




Ini pulak satu kenangan yang buat hati aku sedih. 24 julai 2014. empat hari sebelum raya. alkisahnya, adik En.Yie mintak tolong laki aku gi ke Penang. dia nak mintak tolong drive kete dia bawak balik pada 25 julai 2014. coz laki dia takleh balik balik beraya. (khidmat untuk negara). makanya En.Yie pun sudi tolong.

Part laki aku nak tinggal aku, aku takde ler nak heran sangat. tapi yang buat aku sedih bila En.Yie nak bawak fikri pergi jugak. huwaaaa, acaner aku tak sedih? tak penah-penah aku di tinggalkan diorang berdua ok. aku jer yang alwez tinggal mereka. (Kursus jabatan + kursus PJJ).




24 julai lebih kurang 10pm, diorang pun naik bas ekpress. ko bayangkan fikri tu mana pernah naik bas ekpress. laki aku pun dah lama bebenor tak naik bas ekpress. naik dua beranak lak tu. aku lak sengsorang kat umah. huwaaaaaaaaaa.... sedih gila kot!

Memula naik, aku siap salam kiss fikri. dia tanya aku "Mama nok gi mana?" aku cakap nak gi buang sampah. sebab fikri ni, kalau cakap nak gi buang sampah dia takkan ikut. so, dia diam jer. padahal aku duk kat tepi bas tu jer. aku tak join diorang sebab, 1 hari je pung nak pergi. serba salah nak ikut. buat ketat kete jer besok.


 


Dari luar bas, aku snap gambar dia dua beranak. wah wah kemain happy lagi. siap angkat peace! aku jugak la yang sebak hati. rasa hiba tak terkata kat bawah. bergerak saja bas, terus berderai air mata, langsung tak leh nak tahan. bila masuk dalam kete, terus meraaungggg macam orang sasau. hadoiii laaa... anak tak apa-apa. mak pulak yang lebih-lebih. call En.Yie, dia cakap fikri okey jer.

Huwaaa sampai hati....!!!! kemain aku nanges sengsorang... dia tak pedulik punggg.... huwaaaaaa...... sambung nanges lagi.... bila dah reda, baru aku balik rumah.... dalam hati, amboiii hati pink sangat aku ni.... bhahahhahaa.... apapun ni memang satu pengalaman baru buat aku... pengalaman kena tinggal sengsorang... kihkihkih. ~lawak pulak bila dikenang!


Buat En.Yie dan Fikri, ketahuilah engkaulah segalanya bagi ku....!!!


10 comments:

  1. memang suka amik gambar budak..tengok perkembangan die membesar

    ReplyDelete
  2. floles nye muka sis....cntk sungguh...

    amboi pndinye anak teruna tu yer..umo bpe??

    ReplyDelete
  3. mmg suwitttt abes 1st pic tu....

    ReplyDelete
  4. hensemnyee fikri...haaa...merasa la jaa,,bese tggl org,,,,ni org tggl dia plk....nsb baik 1hari je...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak jaa, flawless nya muka anak beranak ni. geram pula tengok. hehehe pengalaman camni la boleh dikenang sampai bila2. ahhaa anak taktanya abah dia ke nape akak tak join dia sekali? hihiii besar dah anak akak.. muka dia cam anak member sheila ler... hihiii

    ReplyDelete
  6. anak bujang jaa ni sangat bijak dan cerdik...

    ReplyDelete
  7. so sweet :) semoga kak jaa happy sentiasa with family tersayang

    ReplyDelete
  8. bijak anak² sekarang kan jaa...cepat belajar dan cepat pandai...
    kesian..kena tinggal ke?...xpe pengalaman manis tu sbnarnya..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...