kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 August 2014

Happy Anniversary Ke-6 Jaakechik & Suami





Hari ini, 18 Ogos 2014 merupakan Anniversary ke-6 aku dan En.Yie. alhamdulillah syukur jodoh kami masih "kekal segar" sehingga ke hari ini. semoga aku dan En.yie kekal bersama till Jannah hendaknya. for you abang, ketahuilah :  I Sayang You 200%!!

Cemana aku kenal En.Yie?

Erkk, malu lak aku nak cerita. tragis. sadis. lucu. rasa nak gelak tergulinggg bila di ingat kisah awal perkenalan! but for your info, kitorang start kenal lepas jaa tamat SPM (Dis 2005). 2 tahun bercintan-cintun, oktober 2007 kami bertunang. ogos 2008 terus kawin! masa tu aku umur 20 tahun. masak pun tak pandai lagi. bhahaha.

6 tahun hidup bersama. banyak benda kami lalui. pahit, manis, masam, kelat, semua ada. susah senang jatuh tersungkur segalanya dah merasa. 6 tahun dah?? apesal cepat sangat ni?? rasa macam baru jer lalui manisnya malam pertama. ~eh, menipu sangat ni!


 


Baideway, ada 2 benda aku nak puji tentang En.yie ni. saje nak mention kat blog. sebab aku tahu jap lagi kalo dia baca mesti kembang-kembang idung dia. bhahaha. pertama, dia tak merokok! kedua, dia tak suka melepak mengopi memalam! wah wah aii suka perangai mu hok ni bangg!!!

Sepanjang kawin ni mujur la takde dugaan besar sangat. takde lagi gegaduh disebabkan orang ketiga ke ape. and i hope takkan adalah. huhu. but gaduh  pasal lain tu ada arr. alwez ada dramaaaa!! especially time angin kus-kus. sayang memang sayang, tapi time bergaduh boleh tahan hebakk jugak. sorang jadi resaksa. sorang jadi hulk! (^_^)

Aku ler sokmo tukang cari gaduh pung. alwez sentap tak tentu hala. hati pink betoi. sensitif tak bertempat pun ye gak spesis aku ni. bila majuk terus muka masam sambil jalan hentak-hentak kaki. belum kira ngan mata yang menjeling tajam lagi tuh. pastuh lelaju masuk bilik. gedegangggg hempass pintu sekuat hati... ~ampunkan dosaku bangg!!




Saje wat perangai macam tu, kononnya nak tunggu sang laki mai pujuk. tapi, non hadoo nya dia memujuk. bila tak terpujuk, boleh pulak aku keluar balik gi tegur dia. (after 2-3 jam terperap) hehehe. vodooo tau bila di ingat-ingat balik. bang pasni, kita takyah lah gaduh lagi yek? wat perabih airmata jer. ~lalala.

Time gaduhhhh, rasa macam nak kasi Fire jer! bila dah berbaik semula. terus layu. aku gak yang soksek soksek nanges sambil lap air mata ngan hingus segala. hahhaha. hanya mereka yang dah kawin akan tahu cemana situasi bila berlaku salah paham kan...?? memasing nak menang. memasing tak ngaku kalah. benornya bukan nak gaduh sangat pung. tapi sajooooo!!! ~buleh gitu?

Orang pompuan gini la bang. bila merajukkk, suami mai pelukkkk pun terussss sejukkkk dah!!!! tapi masalahnya awat ko tak mai peluk bang??? itu yang panjanggggg rajuknya tu banggg oii... cuba mai peluk 2 minit... konfem tangkap leleh punya... cairrrr cam puteri lilin!! terus cakap, jom masuk bilik banggg!! ~eh?

Gaduh-gaduh manja tu menda biasa. padahal kalo di pikir balik. hok kita duk gaduh tu mende kecik jer pung. tak masuk dek akal pun topik yang di gaduhkan tuu... tapi itu laa... bila takde K.E.S.A.B.A.R.A.N dalam diri.. darah mudah jek menyirapppp... asyik sentapppp sajo bila umur makin meningkat ni...

Tak macam awal-awal perkenalan dulu. sume baik. sume okey. ko nak kentut depan muka aku sepuloh kali pun takpe. wangi! sekarang ni dah berbeza. sangat berbeza. sorang kentut, sorang lari tutup idung gi jauh-jauh. anak pun tutup idung sambil tunding jari kat kita... hahaha....




Dulu lain... sekarang lain... dulu jenjalan dalam Mall pun dia nak pimpin tangan kita... jalan pun dilambat-lambatkan aje... kunun nak berlama-lama dengan kita katanya... time drive pun dia curi pegang tangan kita... kunun rindu katanya dia... (dosa pun tak hirau) tapi sekarang bila dah halal non hadooo pegang cium pung...

Ko jalan menonong ke depan ngan anak. aku di belakang terkedek-kedek penat mengejar. nak cepat katanya... tersilap pegang tangan sikit, kalut nak lepaskan dah. malu orang tengok katanya. huk alohhhh, berbeza sungguh aihh. dedulu, jap jap call ucap i love you. i miss u. now, dalam mesej pun jarang nak jumpa. dah lupa how to spell i love you kot! bhahaha.

Citer ni bukan nak kecohkan kisah kami laki bini. tapi saje nak tulis biar laki aku baca. hoho. aku tahu dia akan baca. mana lah tahu, lepas baca nanti dia berubah jadi lebih romantik saper tahu kan??? hahahhaa. bang ooo bang, abang jangan marah lak yer. penat aii karang entry khas ni tahu. hanya untukmu sayang!

Buat suamiku cik abang sayang busyuk masyam. hepy eniberseri ke-6 jaa ucapkan. jangan lupa sentiasa sayangkan jaa okey. jangan sesekali pasang niat nak berbini lagi. coz kau pun tahu hok tu benda yang aku paling pantangggg!!! (^_^) and my question, how about tonight? u belanja dinner kat tempat best yekkk. tapi jaa cakap awal-awal jaa takde hadiah untuk abang. anggap la entry ni jaa hadiahkan untuk abang baca. ekeke.



Hasil Nukilan,
Isterimu - Jaakechik.


14 comments:

  1. salam isnin and happy anniversary jaa... semoga berkekalan sehingga ke jannah...

    *jaa sorry, belum sempat review sebab mencari kekuatan selepas blogger syuhada yang turut menang tu meninggal dunia...sedih bila tiap kali nak taip nak review terkenangkan dia...

    ReplyDelete
  2. hepi anniversary jaa..semoga kekal till jannah...aamiin

    ReplyDelete
  3. Jaa...pastikan En.Yie baco sapa abih dehh...huhhuhu...

    ReplyDelete
  4. hehe

    happy anniversary jaa..moga hbungan di bina sampai ke syurga :)

    ReplyDelete
  5. semoga berbahagia hingga ke Jannah... ;)

    ReplyDelete
  6. selamat hari ulang tahun jaa n husband... smg bahagia till jannah.. :)

    ReplyDelete
  7. selamat ulangtahun perkahwinan jaa
    akak doakan moga dimurahkan rezki
    dan bahagia till jannah :)

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary!..aminn (semua doa di atas.)

    ReplyDelete
  9. Happy anniversary semoga bertambah rezeki dan panjang umur..

    ReplyDelete
  10. Happy anniversary! Moga kekal bahagia 4 ever and ever :-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...