kelab blogger ben ashaari, KBBA,

08 August 2014

Isu Boikot - Pandangan Irfan Khairi



boikot, boikot produk israel, boikot israel, rejim zionis, boikot mekdi, isu boikot, produk israel



Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF?


Saya tidak pandai dan kurang faham politik. Sebab itu di facebook saya tak pernah pun menulis apa2 perihal politik. Tetapi, saya amat tahu dan faham mengenai perniagaan melalui pengalaman 14 tahun dalam bidang perniagaan dan juga konsultan/speaker kepada beberapa perniagaan besar dalam dan luar negara.

Izinkan saya mengambil masa 2 minit daripada anda untuk jelaskan bagaimana usaha boikot perniagaan-perniagaan yang membantu Zionis telah memberi impak teruk kepada mereka dan apa yang kita sebagai pejuang Islam perlu lakukan untuk terus membantu.

Baru-baru ini, dilaporkan, dua jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot, iaitu syarikat Coca Cola dan juga Mc Donalds. CNN melaporkan (satu lagi yang perlu boikot), kejatuhan nilai dua perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memboikot dua syarikat tersebut.

Di sini, perlu saya fahamkan anda, apa yang terjadi.

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi. Inilah yang terjadi pada dua syarikat Coca Cola dan McDonalds.

Hakikatnya, boikot produk-produk Israel (Coke dan McD bukan produk Israel) dan juga produk yang menyokong Israel (Coke dan McD tergolong dalam yang ini), telah bermula bertahun-tahun lamanya. Sejak 2009, beberapa pasaraya besar Eropah telah mula menghentikan pengambilan stok produk-produk Israel.

Cuma sejak kebelakangan ini, isu boikot telah menjadi tumpuan pengguna dan orang ramai oleh kerana penyebaran mesej boikot melalui media sosial seperti Facbook ini.

Negara seperti Turki baru-baru ini telah menghentikan pengambilan Coca Cola untuk rak-rak kedai/pasaraya. Begitu juga hotel-hotel di India telah mula menghenti pengambilan Coca Cola di premis mereka. Pelanggan di restoran francais McDonald juga terdapat pengurangan. Mungkin dilihat tidak banyak, tetapi seperti yang dikatakan, pengurangan untung 10% akan memberi impak kepada organisasi.

Di Malaysia Persatuan Pengguna-Pengguna Islam telah menekankan 4 produk yang perlu di boikot, iaitu McDonalds, Coca Cola, Starbucks dan Colgate. Walaupun banyak lagi produk yang membantu Zionis, 4 ini diberi penekanan untuk boikot secara strategik.

Adakah dengan boikot perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donalds, Colgate, Starbucks dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza?

Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.

Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zionist. Usaha boikot menjatuhkan nilai mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan-insan perihatin. Usaha boikot akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zionis dalam membantu mereka.

Dan inilah yang terjadi kini. Alhamudlillah, kemenangan kepada kita.

Sememangnya, untuk lakukan boikot 100% diakui adalah agak sukar. Mungkin anda sedang membaca nukilan saya ini menggunakan PC yang dikuasai Pentium? Atau di pejabat anda menjalankan tugas menggunakan Pentium? Intel juga adalah antara penyumbang terbesar Zionis. Mungkin juga antara sahabat atau keluarga kita masih merokok? Masih minum Milo? masih makan Maggie? Juga memyumbang ke arah Zionis.

Tetapi, sekiranya tidak boleh 100%, kurangkanlah 50%. Sekiranya tidak mampu 50%, kurangkan lah 10%. Ingat, kejatuhan keuntungan perniagaan dan jenama besar 10% akan memberi impak kerugian yang besar kepada organisasi tersebut.

Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zionis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zionis dan menjauhkan hubungan syarikat-syarikat lain dikaitkan dengan mereka seperti banyak syarikat kini.

Dan walaupun mungkin Zionist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu palestine serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha boikot kita.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya. Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga - walaupun sedikit demi Islam.


-Irfan Khairi, Kuala Lumpur


Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”


-----------------------------------------------------------------------------------------------



boikot, boikot produk israel, boikot israel, rejim zionis, boikot mekdi, isu boikot, produk israel


Pandangan Irfan Khairi dalam Isu Boikot, ternyata menjadi viral. majoriti bersetuju dengan apa yang di lontarkan beliau. tak dapat banyak, 10% pun dah cukup! oleh itu, jom sama-sama jayakan Kempen Boikot barangan, produk atau apa saja yang menyumbangkan kepada sumber kewangan Israel.

Kita takde senjata, kita tak ada kekuatan untuk berperang. dan jika kita juga tidak mampu untuk menyumbang dari segi wang ringgit,  maka kita serang ekonomi mereka. lumpuhkan ekonomi mereka dengan boikot produk yang dikeluarkan oleh syarikat yang memberi dana pada Israel! kalau tidak mampu BOIKOT semua, boikot lah sekadar yang termampu.

Jangan kita perlekehkan usaha orang lain yang gigih untuk memastikan Kempen Boikot berjaya. tak mati tak makan Mekdi kan? tak demam kalau tak ke Starbucks kan? so think positive lah. jangan hanya menjadi keyboard warriors yang hanya tahu caci maki di FB kutuk orang ramai.

Hari ni hari jumaat. hari Boikot McDonalds kan? so, amacam ada sesapa yang lalu lalang sekitar Restoran Mekdi tak hari ni? alang-alang korang dah lalu, cer intai tengok kat dalam tu, ramai tak pelanggan?? agak-agak berjaya atau tidak program boikot Mekdi yang di lancarkan hari ini ya....??



Thanks ands regards,
Jaakechik.


2 comments:

  1. terus teringat nak pergi intai MekDi kat tepi office ni...hik hik hik...

    ReplyDelete
  2. Sokong!...boikot tetap boikot!
    Skrg ni da langsung tak lalu kat mcd tatau la ape berlaku semasa pngedaran burger free tu...rasanya bukan bangsa kite kot yg mkn..wallahualam

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...