kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 August 2014

Pertanyaan Tentang PJJ USM - 2





Kali ni aku nak cerita pasal PJJ USM lagi. entry hari ni aku nak share soalan-solan yang berulang-ulang yang selalu readers tanya. penat jugak aku nak menjawab. so ada baiknya aku kumpul buat entry untuk soalan-soalan lazim tentang PJJ USM. nanti ramai yang boleh jadikan panduan. ok jom kita view :


*********************************************************************************


Soalan 1 :  Saya berminat dengan PJJ USM, tapi saya terikat dengan kerja dan keluarga. boleh saya tahu, adakah saya perlu ke Kampus Induk Pulau Pinang setiap kali kuliah? berapa kali sebulan kuliah PJJ diadakan? weekend atau weekdays? 

Jawapan : Tak perlu ke Kampus Induk. hanya perlu ke Pusat Wilayah. terdapat 12 buah Pusat Wilayah PJJ USM di seluruh Malaysia. termasuk Sabah dan Sarawak. boleh tengok Entry INI untuk senarai PW terdekat anda. mengenai jadual kuliah pula, ianya tak menentu. kadang-kadang 2-3 kali sebulan dan kadang-kadang hanya sekali. ada time weekend dan ada juga time weekdays.



*********************************************************************************


Soalan 2 :  Saya kerja syif, saya kerja tak menentu, jadual sibuk, bla bla bla.... bagaimana sekiranya saya tak dapat hadir ke kuliah. adakah pihak USM akan mengambil apa-apa tindakan terhadap saya?

Jawapan :  Kuliah tak wajib hadir (bagi saya). kuliah hanya berlangsung melalui Sidang Video. Pensyarah mengajar di kampus induk, video tersebut di rakam dan di pancarkan serentak ke seluruh Pusat Wilayah secara live (boleh soal jawab). rakaman video termasuk nota akan di upload dalam E-Learning. kita boleh download dan tengok berulang kali. bagi saya, tak hadir pun takpe. sebab lecturer tak amik kedatangan pun. cuma nasihat aku, baik pergi la sebab banyak faedahnya. ada soalan kuiz, soalan bonus, boleh kenal rakan-rakan baru, etc etc. kalau tonton SV di rumah sorang diri for sure boringgg!! konfem takkan sampai ke penghujung!!


*********************************************************************************


Soalan 3 :  Kursus Orientasi dan Kursus Intensif wajib hadir ke? tak boleh excuse? sebab saya dari Sabah/Sarawak. susah untuk saya ulang alik ke Semenanjung. sekiranya saya perlu pergi ke orientasi dan intensif adakah pihak USM akan menanggung tiket flight @ kos pengangkutan?


Jawapan :  Kursus Orientasi dan Kursus Intensif WAJIB di hadiri oleh setiap pelajar PJJ tak kira student semenanjung, Sabah mahupun Sarawak. kecuali, jika anda ada masalah seperti Sakit kronik, bersalin, excident, or etc. apapun anda perlu maklumkan dahulu kepada Pihak USM (minta kebenaran). segala kos perbelanjaan (tiket/flight/hotel) perlu dibiayai oleh student sendirian berhad. cannot claim marrr!


*********************************************************************************


Soalan 4 :  Bagaimana cara nak apply Cuti Tanpa Rekod untuk belajar PJJ USM? bolehkah terangkan bagaimana prosedurnya? bagaimana pula jika majikan tak benarkan saya ambil cuti panjang untuk hadir pada kursus intensif nanti?


Jawapan : Bagi staff gomen, semua staff akan dapat Cuti Tanpa Rekod untuk ke Kursus Intensif. staff gomen dibenarkan untuk Cuti Kursus Sambilan-CKS selama tidak lebih dari 30 hari. Kursus Intensif dan Final Exam tak perlu menggunakan cuti tahunan (CR). prosedur apply CTR bergantung terhadap karenah birokrasi di jabatan anda. uolls boleh lihat Entry Ini untuk tengok bagaimana cara saya apply CTR. untuk pekerja swasta pula saya tak tahu bagaimana. lain majikan, lain prosedurnya. 


*********************************************************************************


Soalan 5 :  Jika saya sambung pengajian dengan PJJ USM, adakah saya di benarkan untuk mengandung? dan bagaimana pula sekiranya saya mengandung semasa Kursus Orientasi, Intensif atau ketika final exam, adakah saya perlu tangguh pengajian saya?


Jawapan :  Pelajar dibenarkan mengandung. takde masalah untuk mommy yang terpreggy. still boleh hadiri kuliah, orientasi, intensif mahupun final exam. kalau nak extend pun takde masalah. boleh refer ke PPPJJ untuk tangguh pengajian. baideway nasihatku, pada mommy yang teringin untuk preggy, rancang lah tarikh kandungan anda. bulan cun untuk start pregnant adalah sekitar Jul-Ogos. insyaALLAH due date anda takkan jatuh pada musim intensif ataupun musim final exam (so, tak perlu extend). bagaimana nak set tarikh pregnant? meh belajar dalam Entry Ini. bagi mommy yang due date nya jatuh pada musim Final Exam dan Orientasi, kena extend la kot... huhu..


*********************************************************************************


Soalan 6 :  Betul ke syarat apply Program Degree PJJ USM hanya melalui SPM? Saya juga belum ada MUET untuk apply Program Degree. boleh ke mohon PJJ USM tanpa MUET?

Jawapan :  Ya. anda boleh apply PJJ USM dengan menggunakan SPM. saya sendiri apply hanya menggunakan result SPM. MUET kalo belum ada takpe. boleh je amik Exam Muet semasa belajar PJJ. permohonan MUET dibuka 3 kali setahun. boleh apply di http://www.mpm.edu.my . harga no.pin MUET adalah RM100. kena beli di kaunter BSN sekiranya tawaran dah dibuka.


*********************************************************************************

Soalan 7 :  Saya risau tak cukup duit untuk bayar yuran PJJ USM nanti. boleh saya tahu adakah student PJJ USM layak untuk mendapat pinjaman PTPTN atau mana-mana biasiswa? 

Jawapan :  Student PJJ USM boleh apply biasiswa JPA atau Pinjaman PTPTN atau pengeluaran wang KWSP untuk membayar yuran pengajian. anda boleh apply setelah mendapat surat tawaran dari USM. saya sendiri pun apply PTPTN untuk membayar yuran pengajian. berapa ribu dapat? saya dapat sekitar RM1500++ setahun. urusan PTPTN perlu di lakukan sendiri oleh pelajar (usm takkan bantu). pertanyaan mengenai syarat dan prosedur permohonan anda boleh hubungi Pejabat PTPTN berdekatan.


*********************************************************************************


Soalan 8  :  Saya dah dapat tawaran PJJ, masalahnya saya konfius tentang borang-borang yang dilampirkan, saya konfius tentang kod kursus, borang medical check-up dan etc etc, puas saya call nombor Hotline USM di talian 1300 888 876  tapi tak angkat, macam mana nak buat yer?


Jawapan : Sebarang pertanyaan mengenai hal-hal dokumen permohonan, pendaftaran, dan sebagainya anda perlu call ke bahagian Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM (PPPJJ USM) di talian 04-6533888 untuk apa saja pertanyaan atau masalah yang anda hadapi. jangan call nombor Hotline. call nombor rasmi USM, kemudian mohon mereka sambungkan ke bahagian PPPJJ atau bahagian Pengambilan Pelajar.


*********************************************************************************


Soalan 9 : Bilakah permohonan baru PJJ USM akan dibuka? saya bekerja di bahagian Human Resourse (HR), jika saya nak sambung PJJ, apakah kursus yang sesuai dengan saya? apa kelebihan dan kekurangan study PJJ di USM berdasarkan pengalaman Kakjaa?


Jawapan :  Permohonan PJJ USM dibuka sekali setahun. kebiasaannya dibuka sekitar akhir dan awal tahun. tempoh permohonanan dibuka biasanya selama 2 hingga 3 bulan. contohnya : Dis-Mac atau Jan-Mac. kena selalu terjah website USM : https://pohon.usm.my/ppjj/ . tentang kos apa yang patut uolls ambil bagi saya bergantung atas minat dan keperluan bidang kerja masing-masing. pengalaman akak sepanjang belajar PJJ USM uolls boleh BACA DISINI.


*********************************************************************************


Soalan 10 :  Adakah Program Pengajian Jarak Jauh USM ini di iktiraf oleh JPA atau MQA?? berdasarkan pengalaman akak adakah PJJ USM ini yang paling terbaik? apa kelebihan dan kekurangan PJJ USM?? bilakah permohonan baru PJJ USM akan dibuka?


Jawapan : Untuk maklumat lanjut mengenai Pengiktirafan Program PJJ USM, anda boleh hubungi USM di talian  04-6533888. harap maklum. tiga  kelebihan PJJ USM ialah, yuran murah, tempoh singkat, dan syarat minima hanya SPM. kos yuran bagi Kos Sains Kemasyarakatan hanya RM1231 setahun. tempoh pengajian pula hanya 4 tahun. dan syarat minima hanya SPM. takkan ada Universiti lain yang tawarkan kelebihan sebegini. percayalah! kekurangan PJJ USM pula ialah, student perlu berdikari sendiri, kerana kita takde lecturer di Pusat Wilayah. kuliah hanya secara sidang video bukan face to face dengan student. contoh SV boleh lihat di Entry Ini.








Harap-harap selepas ni, akan berkurang lah sikit soalan-soalan berulang-ulang macam kat atas ni. penat wooo reply soalan yang lebih kurang sama. padahal semua info-info tentang PJJ USM ni rasanya aku dah cerita sangat-sangattt details dalam entry 8 Perkara Anda Patut Tahu Tentang PJJ USM. tapi tak mengapa lah, entry kali ni aku share sekali lagi. 

Semoga boleh di jadikan panduan untuk sesapa yang memerlukan info-info tentang PJJ USM. setakat yang aku tahu, setakat yang aku mampu insyaAllah aku akan jawab. doa ku semoga lebih ramai lagi yang berminat untuk sambung pengajian walaupun dah bekerja dan bekeluarga. zaman sekarang ni, kalau takde ijazah tak kemana lah kita. duk di gred yang sama sampai ke tua PENCEN la gamaknya. huhu. Masih belum terlewat guys....jom buat PJJ!!!



Thanks and Regards,
Jaaakechik.


6 comments:

  1. gud entry jaa!, fiza pun selalu diajukan dgn soalan2 yang lebih kurang sama :p, so next time kalo ada yang bertanya, fiza leh suh dorang rujuk sini terus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga entry ni bermanfaat pada sesapa yg memerlukan... inshaaAllah...

      Delete
  2. Nak nombor wasap bley x?senang nk kontek kak jaa..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Saya tak boleh share no.phone saya pada public. jika ada soalan, boleh contact akak melalui FB (inbox) :

      www.facebook.com/jaakechik.

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...