kelab blogger ben ashaari, KBBA,

06 September 2014

Aiskrim Kelapa (Nyiur) di Wakaf Bharu



Ais Krim Kelapa di Wakaf Bharu, aiskrim nyuir di kelantan, aiskrim kelapa, ais krim kelapa, restoran nadieya, aiskrim nyiur,


Aiskrim Kelapa @ Aiskrim Nyuir  Sepanjang 5 tahun lebih aku duk di Daerah Tumpat ni, ni laaa pestaim aku tahu kewujudan Aiskrim Kelapa ni. haduii laa. ngape la sebelum ni aku boleh tak perasan? padahal hari-hari lalu depan Restoran Nadieya tu. 

Al-kisahnya, aku mula teringin nak makan Aiskrim Nyiur ni selepas Kakak aku yang duk Kolumpo Whatsapp pasal benda ni. dia boleh tanya kitorang lak, kedai aiskrim nyuir tu ada kat mana. sebab orang kata di Wakaf Bharu. eiii, aii dunno laa. 

Tapi adik aku akhirnya berjaya siasat tang mana lokasi kedai tu. tak sangka, dekatttt je ngan rumah mak aku. berdekatan saja ngan Pasar Wakaf Bharu. awat sebelum ni aku tak perasan?? ke kedai ni baru nak femes? ke menu tu masih baru?? ke aku yang tak alert??



Ais Krim Kelapa di Wakaf Bharu, aiskrim nyuir di kelantan, aiskrim kelapa, ais krim kelapa, restoran nadieya, aiskrim nyiur,


Makanya, aku pun pi la tiga beranak kat kedai ni. masa tu lebih kurang 6.30 petang kot. ekceli kitorang baru balik dari Majlis Kenduri kawan aku. then, masa on the way kami singgah la nak merasa keajaiban Aiskrim Nyuir yang dicanang sedap tu. dalam hati dah terbayang, nak send gambar kat Kakak aku biar dia jeles. bhahaha. ~gelak jahat!


Aku : "Ais Krim Nyiur dua dik"

Pelayan Kedai : "Ais Krim Nyuir dah habis kak."

Aku : "Uikk...dah habis? biar betul. sebijik pun takde?"

Pelayan Kedai : "Takde kak. Kena datang selepas magrib pulak baru ada."

Aku : "Lepas magrib konfem ada ek? Pukul berapa?"

Pelayan Kedai : "Ya. konfem ada kak. jam berapa tak pasti."


OMG... kuciwa-nya  aku waktu tuh... apalagi terus blah gitu je lah... satu benda pun aku tak order... sebelum blah aku sempat ambik no.fon kedai... saja standby untuk booking dulu before kesana malam nanti. pukul 8.30 aku try call untuk booking aiskrim nyuir tu. Eh, jap jap.... cemana nak eja? nyiur ke nyuir? ~hentam sajalah!


Aku : "Hello...saya nak booking aiskrim nyiur dua bijik"

Tuan Kedai : "Dah habis kak!"

Aku : "Biar betul. baru pukul berapa ni. takkan dah habis?"

Tuan Kedai : "Ya dah habis. customer ramai. sampai je, terus licin."





OMG OMG !! tetiba aku rasa macam kedai tu menipu aku. ntah ntah dia tak beli pun nyuir tu? kalo beli takkan berdesuppppp dah habis? eh, macam tak logik je. takkan dia beli sikit je kot? kalau dah laku sangat, kenapa tak buat stok banyak-banyak? macam-macam aku pikir. sakit hati pun ada!

Tiga empat hari selepas tu, kami laki bini decided nak mencuba nasib sekali lagi. kali ni, awal-awal sebelum magrib lagi aku call kedai tu. booking aiskrim nyiur dua biji. tuan kedai tu janji ngan aku, aiskrim nyuir tu akan sampai lepas magrib. okey, aku tunggu!


 


Lepas magrib, berdesuppp laju aku ke restoran tu. sampai je situ, dia cakap aiskrim nyuir belum sampai lagi. on the way katanya. okey takpe. kita order nasi dahulu. tomyam campur, kailan ikan masin, ayam padprik dan telor dadar. sedap ke? ~agak kurenggg pada tekak aku.




Dah separuh nasi kami makan, tapi ais krim nyuir tak sampai lagi jugak. then, selepas lama kami habis makan, barulah aiskrim nyuir tu sampai ke restoran tersebut kami. ya ampun lama bebenor menunggu. but bukan kami je. semua customer kat situ rupa-rupanya order aiskrim nyuir jugak. boleh dikatakan setiap meja akan order atleast 1-2 biji. ralit aku tengok diorang tengah serve aiskrim nyiur untuk pelanggan. 


Ais Krim Kelapa di Wakaf Bharu, aiskrim nyuir di kelantan, aiskrim kelapa, ais krim kelapa, restoran nadieya, aiskrim nyiur,


Akhirnya sampai jugak ke meja kami. RM5.00 sebiji. Saiz aiskrim nyiur ni kecik aje. saiz standard Kelapa Wangi. sampai jer terus aku snap gambar dan upload ke Facebook. ramai giler drop komen tanya aku kat mana lokasi kedai tu. hahaha. tak pasal-pasal aku jadi promoter tak berbayar untuk kedai ni. kih kih kih. 


Nama Kedai : Restoran Nadieya
Lokasi : Berdekatan Pasar Wakaf Bharu. 
No. Telefon : 0179208179


Kalau dari Kota Bharu, kedai ni 300m selepas Roundabout Wakaf Bharu (sebelah kiri jalan). kedai ni terletak sebelum Pasar Wakaf Bharu. (agak terselit sedikit). kedai ni juga bertentangan ngan gerai jual buah di simpang 3 menghala ke Kampung Kebakat. kalau tak jumpa, mohon bertanya orang area situ lah ya. malu bertanya sesat jalan beb! ekeke!



Ais Krim Kelapa di Wakaf Bharu, aiskrim nyuir di kelantan, aiskrim kelapa, ais krim kelapa, restoran nadieya, aiskrim nyiur,


RM5.00 sebijik. harga yang agak murah bagi aku. berbaloi dengan rasa dia yang sangat sangat sedapppp!! kat dalam tu, ada sedikit isi kelapa yang di parut (sagat), ada 2-3 scoop besar aiskrim, kemudian ada macam sedikit kuah yang lemak berkrim. aku tak pasti ada apa pada kuah tu, tapi aku syak ada susu cair, susu pekat ngan air nyiur kot. lemak manis berkrimmm memang best giler!!! 


Ais Krim Kelapa di Wakaf Bharu, aiskrim nyuir di kelantan, aiskrim kelapa, ais krim kelapa, restoran nadieya, aiskrim nyiur,



Sruppp sruppppp sekejap aja licin. hahahaha. bab makan benda sedap lajuuuu je. bab nak menunggu, memang aku tak boleh! aku jenis kurang sabar sikit. hihi. penantian yang berbaloi. akhirnya dapat gak aku makan Aiskrim Kelapa Yang Sedap ni. insyaAllah sehari dua lagi aku nak repeat makan lagi. terbayang-bayang lemak berkrim dia tu. haha. hope sempat merasa sebelum aku gi Kursus di Sungai Petani. (^_^)





Thanks and regards,
Jaakechik.


6 comments:

  1. sedapnya....terliur tgk dalam gambaq.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Jaa.. lama akk x singgah sini.
    sihat ke??

    ReplyDelete
  3. Dah balik dari cuti dikelantan baru tau... Iskh nampak cam best jer

    ReplyDelete
  4. Admin ni org dr Jal Kecil ke?

    ReplyDelete
  5. Kedai ni buka dari pukul berapa yer?

    ReplyDelete
  6. alahai..terliurnya..balik Klate kena pegi ni :-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...