kelab blogger ben ashaari, KBBA,

29 September 2014

Bila Mak Mertua Datang Rumah...


Assalamualaikum


Saper kat sini yang dah kawin? Sape kat sini masih ada mertua?? angkat keyboard lelaju please..... hehehe... hari ni nak gosip bab mertua vs menantu... ada sesetengah kata isu menantu vs mertua ni isu panas, but bagi aku ini satu isu yang best.... kih3x...

Hari Rabu lepas, aku ada post status di FB. aku tanyakan soalan cepu-cemas. "Bila Mak Mertua Call Nak Datang Rumah. First Thing First Apa Yang Ko Akan Buat....?" Okay, pada korang yang berminat nak jawab, jangan jawab lagi. meh kita baca dulu apa jawapan friends FB aku. apa kata mereka???









Kemain jawapan memasing kan. haha. majoriti jawab : kemas rumah cepat2 dan cari bahan untuk masak2. bagusssss syabas bete!!! aii salute ngan u babe! pada yang jawab kunci pintu, buat derkk segala tu, ohemgeee, kalau betul ada menantu macam gitu, hari-hari dapat heart attack mertua korang. kahhh3x!!!

Aku saja tanya soalan cepu-cemas ni sebabnya, petang Rabu lepas, lebih kurang 5pm mak mertua aku call cakap nak datang rumah, nak bermalam di rumah kami. diorang nak bertolak jam 6pm. aku dah macam, alamak!!! terus rasa berpeluh-peluh. haha.

Aku balik keje 7pm. acaner ni? mana sempat nak kemas-kemas apa yang patut. sempat ke nak  balik masak? aku dah macam rasa kelam kabut. terus call En.Yie suruh dia tolong kemas sikit-sikit. hahaha. punya la nerves hoiii... Allah saja tahu... kikiki.

Mertua aku ni memang suka datang rumah aku. but bukan tetiap hari or tetiap bulan laa. ada laa sekitar 3-4 bulan dia akan datang sekali. tiap kali datang dia akan bermalam di rumah kami. jarak antara rumah kami tak jauh mana pon. tapi daerah lelain laa. aku tumpat, dia bachok. sejam perjalanan je.





Aku balik keje 7pm. lebih kurang 7.30pm baru sampai rumah. time tu, mak mertua aku dah ada kat rumah dah. aku masak apa? dah sah-sah laaaa aku tak masak...! kalau nak masak untuk 5 orang, takkan nak buat 1 lauk je kan. nak masak 2-3 jenis lauk amik masa sejam gak tu. ngan lauk dalam freezer yang belum defrost lagi, magrib dah hujung-hujung lagi. ko rasa? ~pitam beb!

Takyah pikir banyak, lepas magrib, dengan lemah lembutnya terus aku ajak diorang Dinner kat luar. hahaha. senang kerja haku. hahahahadoiii laaa, apa punya menantu daaaa.... nasib baik mertua aku okay je layan menantu dia yang pemalas ni. kih3.

Aku ajak diorang dinner di Restoran Kahfi area Wakaf Bharu. lepas dinner lepak tengok tv, layan citer P Ramlee. hehe. kiranya mertua aku bermalam di rumah sewa kami la malam tu.

Pastu, pagi esoknya pulak, aku kerja syif pagi. sebelum 7am aku dah masuk ofis. sempat hidang Kopi O ngan Kek Pisang je kat mertua aku. adeh. maluuu lak aku. huhu. pastu terus aku bagitahu suruh laki aku bawak diorang brekfes kat office sebelum pukul 8. (boleh aku join sekali) haha. 





Dinner kat kedai. Brekfes pun kat kedai. Kesian Mertua aku. huhu. actually dia saja je datang umah aku sesambil nak tengok suasana PRK di Pengkalan Kubor. meriahhh sungguh kat sini. dah macam pesta. sana sini meriah ngan kaler hijau biru. penuh ngan ceramah. penuh ngan program dan lawatan menteri!

Eh, melalut citer pasal politik pulak. okey meh sambung kisah lawatan mertua aku pulak. ekceli mertua aku tu jenis pembersih, teliti, sukakan kekemasan. rumah dia always shantekk! dedaun kering selai pun takdak even berpuluh pokok ada kat laman. periuk belanga pun licin berkilat! hebat tak?

Thats why, tiap kali tahu dia nak datang rumah, tiap kali tu jugak aku akan rasa gabra dan nerbes tak tentu hala. sebab aku tahu, rumah aku always bersepah. haha. 6 tahun lebih bergelar menantu, tapi rasa gabra always ada bila mertua nak datang. kikiki.

Aku bukan jenis rajin mengemas, itu yang aku kelam kabut kalau dengar mertua nak check kawasan. kah kah kah. tiap kali tahu dia nak datang, macam lipas kudung aku kemas rumah. mana nak sental tandas, cuci peti, sental kuali. hahahaha. berat nanangggg perangai aku ni. hiks!

Now, aku nak tanya soalan cepu-cemas kat korang pulak, "Bila Mak Mertua Call Nak Datang Rumah. First Thing First Apa Yang Ko Akan Buat....?" jangan lupa tinggalkan jawapan di kotak komen kat bawah tu yekk....!!! 



Thanks and Regards,
Jaakechik.

7 comments:

  1. Cakap lah segugut tak boleh bangun. Kena baring jea.. haha

    ReplyDelete
  2. cntknye muka akk..licin lgsg xde cela...arghh jeles

    ReplyDelete
  3. 1st of all.... sesiapa jer yg nak mai umah, sila la bg notis 24j ha3... kalau lagi 2-3 saat nak sampai baru nk kabo, mmg muka tuan umah masam-manis sbb;

    masam - kabut kemas umah
    manis - terima rezeki (tetamu kan rezeki)

    ekekekeee...

    ReplyDelete
  4. mak mertua nik nak datang lepas raya haji ni. dah fikir nak masak apa ni.haha..kemas rumah skit2.mertua pun akan dtg masa nik keje, so ada alasan nak ajak mkn kat luar nnt..hihi

    ReplyDelete
  5. nasib le mertua den kat JB nu..agak jauh gak nak datang..ehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...