kelab blogger ben ashaari, KBBA,

22 September 2014

Day 3 : Kursus Pengucapan Awam





Entry Day 1 dan Entry Day 2  Kursus Pengucapan Awam dah di-published baru-baru ini. so, mari kita teruskan dengan Entry Day 3 pulak. 11 September 2014, pepagi hari lagi dah terpacak dalam Dewan Makan. bab makan lajuuuu jer kami ni... hahaha...


kursus pengucapan awam, kursus aadk, PLAK AADK, pusat latihan aadk, pusat latihan aadk sungai petani, kursus, kursus aadk, aadk,


Acara wajib di pagi hari harus la selfie dulu sebelum muka berpeluh-peluh. ekeke. menu brekfes pagi tu, nasi goreng dan mee goreng. dua menu coz pagi ni takdak telor separuh masak macam Day 1. untuk air, seperti biasa pilihanku semestinya Kopi O. hoho. 




Penceramah 2 : Cik Fatin Nuraini Sabidi dari UiTM




Agenda hari ni adalah mengenai Tatacara Mengendalikan Sidang Media atau Press Conference. kami didedahkan dengan pelbagai tips untuk handle Sidang Media. banyak input menarik  yang penceramah kongsikan pada kami semua. 

Lelaki india kat meja aku tu staff AADK Jasin Melaka, lelaki berkemeja merah tu pulak staff AADK Alor Gajah juga dari Melaka. Kak Saniah tu pulak dari AADK Perlis Selatan dan Fiza dari AADK Seberang Perai Selatan. ini la bestnya time kursus, boleh berkenalan dengan ramai orang!




Gi mana-mana berkepit je kitorang ni...haha... 




Tea Break at 10.30 am




Lunch : Daging Goreng, Ikan Sweet Sour dan Sayur Campur




Dinner : Ikan Kicap, Sambal Udang dan buncis goreng




Sesudah makan malam, Kak Saniah ajak outing again. dia ajak temankan dia cuci kete kat Ground Level Central Square di Sungai Petani. oklaaa, kami layankan saja. sesambil tunggu kete siap dicuci, kami cuci mata kat dalam Mall tu sekejap. 

Pantang jumpa cermin, terus gatai tangan nak selfie. bhahaha. aku ngan ana masih lagi ngan baju kurung. dah tak larat nak belit tudung, aku simpulkan saja. lipstik pon non hadoo. pergi Mall ngan muka pucat lesi. kikiki. 

Sempat jugak aku sambar selendang 3 helai. murah jugak shawl kat situ selepas tawar menawar, aku boleh dapat RM20 untuk 3 helai. not bad. selai dah selamat pakai. dua helai lagi, masih selamat dalam plastik. pakai for raya lah kot. hehe. 




Pastu kitorang masuk dalam Sabai Cafe sekejap. singgah minum. Kak Saniah cakap kedai ni best. okey la jom kita singgah. memasing order air yang semuaaaanya nampak best... 

Plihan aku Chocolate Blended RM6.90. Laicikang RM5.00 pilihan Kak Saniah. gambar bawah sebelah kiri tu pulak apa-ke-nama-tah RM5.90. aiskrim sesajaaaa sedappp... (pilihan Kak Fiza). pastu Strawberry Float RM5.90 pilihan Ana. rasanya lebih kurang gitu lah kot harganya. dah lupa!




Wajib bergambar walaupun aku tahu rupa aku dah macam Mek Salmah. letih betul laa wehhh.... suram jer muka aku even dah cuba untuk senyum. tetap nampak plastik bila kelesuan dah menguasai diri. huhu. kitorang balik hostel lebih kurang 10pm rasanya kot. letih betoiii seharian dengan baju yang sama lagi.... bau peluh tak usah kira, memang busukkkk... almaklum laa baju sama start pagi until 10pm... kih kih kih...


Bersambunggg.....


1 comment:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...