kelab blogger ben ashaari, KBBA,

25 September 2014

Day 4 : Kursus Pengucapan Awam


Day 1 : Kursus Pengucapan Awam
Day 2 : Kursus Pengucapan Awam
Day 3 : Kursus Pengucapan Awam


Amboiii kemain kan. siap buat separate entry lagi citer gi kursus. dah macam entry gi holiday pulak. padahal gi kursus under jabatan je pun. kih kih kih. tapi tak kira nak gak buat entry day by day. nak tepek segala kenangan kat sini. hehehe. kalau terlepas baca boleh klik link-link kat atas tu yek.




Brekfes terakhir kami di PLAK. jom bergambar dulu!




Acara wajib tetiap kali makan is mintak orang lalu lalang capture-kan!




Penceramah kami untuk hari keempat ni masih lagi orang yang sama iaitu Cik Fatin Nuraini Sabidi dari UiTM. shantek dia dressing hari ni. pakai maxi biru pastu sarung coat putih pulak. tambah pulak brooch besar dan tudung yang same colour ngan baju. gojes!!!

Agenda hari ini, kitorang di ajar untuk mengendalikan sidang media. kalau hari ketiga kami just diajar teori sahaja. kali ni kitorang belajar secara praktikal pulak (kena berlakon). hihi.










Coffee break with 2 ketul kuih Burger Malaysia.






Kemudian sambung semula masuk kelas amali kitorang untuk kendalikan sidang media "live" di TV. program ala-ala Selamat Pagi Malaysia gitu. 2 orang berlakon jadi Moderator, yang pegang mikrofon tu feeling jadi Ally Iskandar, yang berbaju koko tu pulak kekunun jadik Fetri Yahya. kikiki.

Diorang kena bincangkan tajuk "Sejauh Mana Gajet Membawa Kesan Keburukan Terhadap Pengguna". rasanya gitulah kot tajuk perbincangan diorang hari tuh. aii is lupa!

Ahli panel 3 orang lagi tu berlakon menjadi Menteri dari Jabatan Komunikasi, Ketua Polis, dan sornag lagi jadi Datuk apa ke benda tah. dah lupa. hehe. 




Seronok tengok gelagat diorang sewaktu lakonan tuh. ada yang nampak blurr, ada juga yang nampak panik bila di aju soalan yang hot!! hahaha. baru kami sedar payah rupanya nak bercakap secara "live" macam ni. tu pun hanya lakonan, kami dah gabra. kalau yang realiti, tak tahu la mampu ke tidak.




Tagline : "kami buddies takkan berpisah." ekeke.




Ni lak persembahan dari group lain. diorang diberi tugasan untuk kupas isu "Fenomena Lambakan Pendatang Tanpa Izin di Malaysia" rasanya gitu lah kot tajuk diorang. 

Program diorang bukan live di kaca tv. tetapi live melalui radio (on air). dua orang ditugaskan jadi deejay. 3 orang lagi jadi ahli panel. berbahas la diorang kat situ. hehe.

Dan ada 1 part dimana hok ni aku lupa nak snap gambar dia. sorang peserta iaitu En.Zainal yang di tugaskan untuk memberi pengucapan awam tentang apa tah. aku lupa tajuk dia. tapi memang tip top. memula dia macam takut-takut dan suara dia pun agak nervous tersekat-sekat gitu.

But bila dah lamaaaaa berucap, dia macam mendapat satu semangat luar biasa. riuhhhh dewan dengan ucapan dia yang agak bertenaga. hingga mendapat tepukan gemuruh dan mendapat pujian penuh dari Penceramah program. 

Senyummmm meleret dia hari tu.. hingga mendapat jolokan YB oleh kami semua. sebab pengucapan dia best, kalah ahli politik. kikiki. tapi sayang aku lupa snap gambar dia time berucap!

"Hidup En.Jenal...!! Hidup En.Jenal..." ~antara kenangan manis disana!


Part terakhir kursus haruslah penyampaian Sijil. kemudian di-ikuti dengan acara bergambar beramai-ramai. seronok oii.



sempat lagi capture sebelum keluar dewan. hihi




Lunch terakhir kami di PLAK




Babai PLAK. nanti jemput laa kami lagi yer. hehehe.




Tepat 2.30 petang kitorang bertolak balik ke Kota Bharu. itu ler driver kitorang. En.Ramelam dari AADK Gua Musang. kami bertiga je sepanjang perjalanan balik. sebaik saja melepasi Tasik Banding, hujan turun lebat giler. gerun lak bila melalui jalan Grik waktu tu. tak nampak jalan. naik pon slow jer.




Alhamdulillah, akhirnya 7.30 petang, kami sampai di Kota Bharu. tak sampai 2 dua minit, En.Yie pun sampai ngan Fikri. happy sungguh fikri bila tengok aku. terloncat-loncat dia. aku pun sama gak hepy tapi idok ler meloncat. kangg nganga lak fikri tengok aku yang overrrrrr....!!! grrr...!!!

Ontheway balik rumah sewa kami, sempat lagi singgah di Farmasi Ehsan Wakaf Bahru untuk beli ubat selesema again. 1 papan Hurixs dan 1 papan 650. hrmmm... lambat betoii selesema ni nak kebah oii.. pastu berjangkit lak kat fikri dan abah dia. OMG. kesiannn satu rumah duk selesema. huhu.


Tamat..... tengkiu for reading...!!!


1 comment:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...