kelab blogger ben ashaari, KBBA,

15 October 2014

Cerita Raya Haji 2014


Assalamualaikum


Sudah seminggu lebih Hari Raya Korban berlalu. amacam, camne raya korang tahun ini? happening tak? kitorang punya raya tahun ini biasa-biasa saja. tak meriah sangat. tak meriah sebab aku tak gi tengok orang sembelih lembu pon tahun ni. huhu.

Well, malam raya hari tu aku bermalam di rumah Mertua aku di Gunong Bachok. sampai sana pun dah lewat hampir 10 malam. sampai saja, tengok adik ipar aku gigih duk masak juadah for pagi raya. aku tolong jugak. tolong tengok! bhahaha. 


juadah hari raya, lauk hari raya,


Nasi dagang + gulai ikan aya + gulai ayam + sambal nyiur


koktail, cocktail, resepi koktail, cara buat koktail, cara masak koktail,


aku buat koktail untuk pencuci mulut. yummyy!!



Sempat aku selfie bersama juadah raya. haha. selfie kemudian post dalam fesbuk kasi jealoussss orang yang tak dapat balik kampung. bahaha. shantek pangai aku kan! 

Eh, aku benornya pelik la, dah kenapa tetiba gambar ni buat muka aku tembam semacam nih? hingga adik aku cakap macam cucuk botox pulak. heeiii, aku pon heran ni...!!

Tetiba nampak gemoks! but aku suka coz aku memang nak gemoks pon. berat aku yang underweight ni memang buat aku sakit hati. kurus melidi dah kalah plywood. huhu!




anak sedara En.Yie (anak kaklong)
Syahirah, Syaza, Samirah.




Tetiba aku rasa nak pitam tengok henpong aku penuh ngan gambar selfie diorang. berpuluh-puluhhhhhh gambar diorang. ok laa aku tepek la sekeping dua gambar selfie korang ni. 

Jangan tak tahu, anak sedara En.Yie yang berbaju merah tu suka skodeng blog aku okeh. segan pulak aku. satu demi satu dia boleh cerita pasal entry-entry yang aku tulis. Oh, Noooo! malu ittew!

Hai syaza...suka tak gambar awak ada dalam blog hari ni?




Ini aje yang sempat snap pada pagi raya. yang geng lelaki lain sibuk gi lapah lembu di rumah abang ipar aku di Kampung Tapang. gambar aku ngn En.Yie pon takde. haha. kesian!




bergambar sementara menunggu daging korban sampai




Ekceli untuk raya korban kali ni, aku tak beli baju pon. pakai jer mana-mana yang ada. En.yie decided pakai baju lama aje. so kami pilih pakai baju raya yg tahun 2013 punya. tapi si fikri dah tak muat pulak baju melayu biru dia. so pakai ler dia baju pink yg raya puasa baru-baru ini. 

Aku pulak pakai baju raya yang lagi lamaaaa punya. jubah biru tu aku pakai masa raya puasa tahun 2011. masa tu aku tengah peknenkan fikri.  lama dah tak pakai baju tuh, tahun ni sarung balik. nasib baik okey je muat. haha. 




Tahun ni aku tak buat korban. adik ipar aku je buat. dia amik 1 bahagian lembu. daging tu kitorang buat makan-makan sikit, selebihnya dibagi-bagi pada orang. 

Gigih Pak Mertua aku duk bakar kaki lembu yang bahagian kuku tu. payah nak buat kuku tu tercabut, tapi sangat sedap dimakan kalau buat sup atau singgang! mabelesss!!!

Eh, 1 bahagian lembu kat tempat korang RM berapa ya? yang adik ipar aku ni dia bayar RM515 untuk 1 bahagian lembu. tahun lepas rasanya RM480 je. makin mahal kan? 




Aku jadi tukang masak untuk tengah hari. dengan berjubah, dengan bershawl butterfly aku layannnn je masak. malas nak tukar baju dah... aku sinsing je lengan baju guna gelang getah... berpeluh-peluh bersilat kat dapur. sap sap soiiii siapppp!!! 

Gambar lauk tengah hari lupa nak snap. ini pon nasib baik ada gambar belas ihsan dari En.Yie setelah aku paksa dia snap. haha. apa menu? ofkos la daging goreng dan singgang tulang. sedapppp hoii..!! masakan sendiri haruslah puji. ye dop??




Eh, pucat gila muka aku kalau tak calit lipstik kan? huhu. Masa ni kitorang on the way nak gi ke rumah parents aku lak di  Wakaf Bharu. half day kat Gunong, half day dekatWakaf Bharu, kira adil ler kan. tengah malam barulah kitorang balik ke rumah sewa sendiri. Zzzzzz... terbongkang tido hingga ke pagi esok... hoho!!




Itu je laa citer raya kami. tak happening sangat pon. takde buat majlis makan-makan pun pada raya pertama. cuma pada sebelah malamnya, anak sedara aku whatsapp yang di rumah Mertua aku, diorang sepakat buat solat magrib dan isyak berjemaah, kemudian baca Yaasin beramai-ramai. 





Raya kedua dan ketiga pulak raya kami sibuk ngan majlis kenduri kawin sanak sedara sebelah En.Yie. yang mana sempat, kitorang pergi lah. yang tak sempat, apa buleh buat. mohon maaf laaa yer semua...




Malam raya kedua, aku tido di Rumah Mertua aku lagi. sekali lagi buat sembahyang jemaah. alhamdulillah kitorang dapat jugak join. biras aku jadik imam. seronok dapat berjemaah ramai-ramai macam ni dengan semua adik-beradik. inshaaAllah lain kali kita buat lagi yer...



Thanks and Regards,
www.jaakechik.com

6 comments:

  1. Sedapnya cocktail. Rasa teringin nak makan jugak.

    ReplyDelete
  2. meriah jugak tu ada macam macm makanan.. CT lepas solat p jenguk tok kejap makan lemang tiga ketoi then balik rumah tido bhahha

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...