kelab blogger ben ashaari, KBBA,

03 October 2014

Sambut Birthday di Seoul Garden KBMALL


Assalamualaikum


Bercakap mengenai sambutan hari jadi, apa sebenarnya yang korang harapkan? party ohsem?? hadiah?? atau sekadar ucapan?? ermm kalau tanya aku, cukup laaaa sekadar seketul ucapan dari orang yang aku sayang. especially my laki lah!

Kalau mak aku tak ingat aku punya tarikh besday, aku tak heran sangat pun sebab mak aku tu kan dah agak veteran, mana nak ingat besday anak-anak dia yang seramai 16 orang ni. 

Tapi kalo laki sendiri tak ingat?? acaner?? muncungggg la 24jam kann? haha! eh, aku benornya pelik laa, apa ke payah benor geng laki ni nak ingat tetarikh penting like anniversary or besday pasangan?? bukan tak ingat tapi lupa. ~alasan samaaaa je dia guna!

Kalau tahu kita tu jenis mudah lupa, cer set reminder bebanyak kat tepon tuh. kata pakai smartphone canggih, set laa tarikh lahir bini bang oii! adoiii.... kesian puan bini, ternanti-nanti ucapan besday dari sang laki, tapi nan hadooo pon. dah kenapa tak alert sgt nih? 

Bukak Facebook berduyunnn masuk ucapan besday dari kengkawan. tapi dari dia nan hadoo pon. apa ko ghase? terus bertukar jadi Hulk kan?? tetiap kali besday aku, tetiap kali dia lupaaaaaaa..... but aku tak heran, coz aii paham laki aii memang macam tuuuuuu... huhu...!!

Betul tak bang?? ~ayat sentappp!!!




Detik 12 malam, dia tak ucap dah. coz tertidooo awal. pagi esok pun lupa. tengah hari baru nak ucap (time dia keje). itupun dia mula sedar besday aku bila ahli geng Whatsapp (adik beradik aku) sibuk duk wishes besday aku dlm tuh. selepas dia tengok Whastapp baru dia ingat kot. huhu.

Aku pun apaaaaa lagi, terus lancar perang dingin bila dia balik rumah. bebuat jual mahal takmo bercakap. seharian En.Yie tanya aku nak Dinner kat mana. aku buat derkkkkk jer. padahal dalam hati hepy gila! rasa nakkkkk je jawab "Jom bangggg...!!" tapi tu laaa kena buat2 merajukkk lamaaaa sikit, baru puas hati. kahhh3x. 

Tapi akhirnyaaaa, aku cair jugakkkk.. tak lama mana pun aku merajuk. kang kalo merajuk lagi lama, dia pulak tetiba cancel nak ajak keluar, aku gakkkk terkedu nanti. hoho. makanya, selepas magrib marilah kita ke KBMALL. kita celebrate 3 beranak sajooo....!!!

Bagi aku, takdak hadiah takpe. asalkan dia wish dah ok! sekadar belanja dinner pun aku terima. bukan mengharapkan hadiah memahal pon. tapi kalu nak bagi jugak, kedua belah tapak tangan aii tadahkan. hahaha. krikk krikkk krikkk...!!!




Tempat pilihan aku untuk besday dinner kali ini ialah Seoul Garden di KBMALL. tak dapat jejak kaki ke Korea, dapat makan kat sini pun jadi laaa... fefeeling duk korea gitu...

KBMALL dah ada Seoul Garden? iya dah ada. Sushi King ada. Manhattan Fish Market pon adoo. pada yang nak tahu, seoul garden ni berada di 3rd Floor KBMALL. No.tel : 097419939.




Pestaim kami makan kat sini benornya. coz Seoul Garden ni baru je ada cawangan di Kelantan. memang agak jakun untuk kami tapi before terjah sini aku dah sesiap google dulu, apa rules makan kat sini, berapa harga and apa benda yang best, etc etc.  google alwez membantu. hee!




Harga Buffet di Seoul Garden ni memang agak pricey sikit, tapi berbaloi la dengan apa yang kita boleh dapat. harga kat atas ni, belum termasuk Service caj (10%), Government tax (6%) dan Refillable Beverages (RM3.99) lagi ni. sesekali datang sini kira okay la. kalau hari-hari, boleh lingkup. ekeke!

Rules kat sini kena bayar dahulu, baru boleh amik makanan. so, berapa kami perlu bayar untuk 2 orang?  total RM83.50 (fikri FOC). 1 set dinner untuk adult dan 1 set dinner untuk student. aku dapat harga student coz Aku Student PJJ USM. tunjuk je Kad Matrik semasa pembayaran. 

Terima kasih pada bloggers yang tulis info pasal student meals ni. maka gigih laa aku bawak matrix card. boleh laa dapat diskaun sikit. hehehe. mujur aku google dulu info before kesana. kalau tak, dah tentu kena caj ngan harga biasa.

Actually bagi empunya birthday dia boleh MAKAN FREE aje dengan syarat, kena bayarkan untuk 5 adult lain. empunya birthday juga boleh dapat Diskaun 50% jika ada member card (RM25 seumur hidup). but aku takde member card, aku ada kad matrik je. maka, dapat laa aku harga student... hehehe... 




Bila dah bayar, kita pilih pulak jenis soup yang kita nak. tapi disebabkan aku tak tahu nak pilih yang mana, pekerja SG suggestedkan kami Korean Kimchi Jiaggea. katanya sedap. kami angguk je. pestaim datang kan, belum tahu lagi apa yang sedap.

Ermmm, sebelum tu sila baca apa yang tertulis di sebelah kanan gambar tu. ada penalti okey buat sesapa yang membazir makanan. RM5.00 per 100gram. so, jangan tamak sangat. amiklah makanan dengan berpada-pada. jangan dengar hasutan en.syaitonnirrojim.... :p




Sekarang marilah kita sama-sama memilih lauk yang berkenan di hati. ada pelbagai jenis lauk-pauk, sayuran, noodles, dessert dan pelbagai jenis minuman. all you can eat! pilihhhhh aje nak makan apa. aku waktu ni rambang mata dahhh banyak bebenor pilihan lauk pauk, lagi hebat dari Chim Chum di Food Village!




sushi ada. kimchi pun ada (dalam piring putih).




Dah siap pilih lauk terus boleh grill atau rebus. syok weeeiii... 




kalau rasa tak cukup makanan boleh gi tambah lagi dan lagi

All-You-Can-Eat!!




boleh lepak sehingga 10 malam.




udang rebus, bakar, angry birds, aiskrim semuaaaa fikri pulun




happy family forever - in shaa Allah.




si besday girl yang merajuk pada awal ceritaaaa...hahaha...




En.yie gigih duk bakar daging kambing tuuu....pebret dia!




Antara makanan yang aku sempat amik gambar. yang tak sempat snap usah kira. entah banyak mana laaa kami punggah makanan malam tu, tak terhitung. haha. seronok betul. daging blackpepper tu memang sedap sungguhhhh. banyak pinggan gak aku duk repeat tambah. udang dia pun besar dan segar! puas hati!!




Best jugak makan kat sini. persekitaran restoran menarik. pekerja pun friendly, senang nak bertanya or nak mintak apa-apa. senyum sokmo! fikri pon happy je kat dalam tu, makan banyak gak dia malam tu. 3 kali repeat makan aiskrim. heaven betoii...!!!




InshaaAllah, nanti kami datang lagi kesini. memang sedap dan berbaloi. tak sesia pilih tempat ni untuk celebrate besday aku walaupun tanpa ada sepotong kek pon. takde kek takpe, asalkan keluar dinner  di tempat syok sikit, itu dah cukup best bagi aku.  mihmihmih!

Apa hadiah besday tahun ni?

Takde! dia bagi aku duit je. ok la tu kan even sikit, senang nak nyopping apa yang aku nak! hahaha. kalau nak harap dia beli apa-apa kangggg itu tak kena, ini tak kena. baik dia bagi cash, aku beliiii je apa yang aku nak. kah3. ~mekasih banggg!!

Anyway, kita ni dah nak masuk Raya Haji kan? so, selamat hari raya aku ucapkan. selamat menjalani ibadah korban bagi sesapa yang mengambil bahagian. selamat sembelih lembu dan selamat makan daging sepuasnyaaaaa! bagi yang ada darah tinggi tu jaga-jaga. jangan makan daging sangat. bahaya!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.


9 comments:

  1. sue banyak kali lalu, tak makan2 jugak kat sini

    ReplyDelete
  2. Dapnyooo baru plan nk gi ujg bln ni. Nyumssss

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday! Seoul Garden mmg best, sapa yang kuat makan mmg berbaloi pegi, makan sampai boncit hehehe

    ReplyDelete
  4. xpernah p try lagi...
    hepy besday sis...

    ReplyDelete
  5. Hepi belated birthday,,saya pun suka makan kat seoul garden kl

    Banyak review tempat makan blog saya
    Sila jemput mai blog saya
    Lalabiestory.blogspot.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...