kelab blogger ben ashaari, KBBA,

16 October 2014

Selfie For Geng Whatsapp



Penangan Aplikasi Whatsapp ni memang me-lagha-kan sungguh ler kan... manjanggggg henpon duk bunyi gara-gara whatsapp... sejam tak tengok henpon terus rasa nak pitam tengok beratussss notifications masuk... baik dari group family aku, family En.Yie, group kekawan ofice dan pelbagai group lagi lahh...

Yang fefeeling jadi penganalisis politik ada, ustaz ada, yang nak jadi pemberita paling ekspress pun ada, yang upload gegambar yang annoying pon adaaaaa... yang suka copy paste pun ado! aduhhh fening betoii... kalau tinggal lama tak belek henpon sikit, jenuh laaa nak scroll chat yang meleret-leret tu... adoii...








Sekarang ni group whatsapp adik beradik aku pon dah ramai, ada 4 ahli baru. gara-gara whatsapp la jugak kakak ngn adik aku ni terpaksa beli smartphone. sebelum ni pakai nokia torchlight tu je, tapi bila pakat duk berbual dlm Whatsapp, makanya, dia jadi ketinggalan sikit. sokmo lambat tahu apa-apa berita. makanya. dia pon beli gak laa henpon baru.

Sudahnya, bila diorang dah ada whatsapp mulaaaa laa jadi gilaaaa dan addicted ngan whatsapp. adaaaaa je benda yang dia sent.... kejap-kejap tanya, "Anda dimana? Saya Disini" sambil tunjuk gambar selfie duk makan ke, shopping ke, apa-apa aje. pastu geng2 lain pun sibuk laaa nak send jugak. 






Aku pon terjebak sama jugak ngn sindrom selfie for update whatapps! hahhaa. gedik gak nak selfie. time drive selfie, time makan selfie, time keje pon selfie pastu post dalam whatsapp. mujurrr time beyak je aku tak selfie. hehehe.




Fikri kekadang sibuk gak dia nak selfie. penuh gak gambar dia dalam tepon aku, dah la sekali snap dia tekan bebanyak kali, sudahnya gambar samaaaaa je berbelas keping. jenuh aku nak delete. kalau gambar shantek takpe la jugak ini tidak, kekadang gegar, kekadang nampak hidung sajo-sajo... hahaha... 

Gambar atas ni aku yang snap. ni kat rumah Mertua aku di Gunong. fikri tetiba je suruh amik gambar dia. kemudian bersandar kat tepi lemari pinggan mangkuk. hahaha. suka bergambar la pulak anak lelaki aku nih. like mother like son kah?? ekeke.

Eh, jangan tak tahu fikri ni pon dah pandai buka aku punya whatsapp, adaaaaa je yang dia sent mesej suara ke sesapa yang dia berkenan. kat group family, kat member2 aku, sesuka hati dia je! bukan cakap banyak mana pon. say hello je! 5-6 kali sekaligus just to say hello. ko ghase? hahaha. 



Thanks and Regards,
Jaakechik.


5 comments:

  1. haa setuju sangat !! dulu CT sorang aje guna smartphone and mak ayah bising asyik ngadap henpon aje. sekarang ni dedua mak and ayah pulak asal dapat intrnet aje muka CT pun tak pandang dah. syukur wifi kat rumah aje. kalau kata amek data plan xtau nak cakap ape.. biarlah CT aje pakai data bhahahha..

    ReplyDelete
  2. Dah memang trend skrg nie... Saya pon Ada I group DLM what's up Tue.. Kadg2 group ktif kdg2 x aktif... Tapi sekali aktif ka.. Byk gila notification... X terlayan

    ReplyDelete
  3. wasap yg melalaikan...pantang tgl je penuh noti...tapi bestt..hahaha,oklah dpt eratkan lg hbungn gn family

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...