kelab blogger ben ashaari, KBBA,

29 November 2014

7D Cinema di KBMALL Kelantan


Assalamualaikum


Hari ni aku nak citer pengalaman pertama aku tonton 7D Cinema di KBMALL. apa rasanyaaaaa? huwaaaaaaa seronokkkkk wa cakap luuu!!! percaya laaaa. enjoy gilaaaa walaupun hanya 12-15 minit. harga tiket pun affordable. RM8 sajooo untuk dewasa. sekali masuk, rasa nak masuk berkali-kali. ngehh3x.


7D Cinema di KBMALL Kelantan, 7D CINEMA, HARGA TIKET 7D CINEMA, 7D CINEMA RIDER, CINEMA RIDER, 7D, MOVIE 7D, ROLLER COASTER 7D


Actually lamo dah nak mai sini. tapi selalunya kitorang datang KBMALL ngan Fikri kan, so payah lah nak masuk. bawak masuk Fikri dalam tu, buatnya dia teriakkkkk tak henti-henti tak ke haruuu??? so, beberapa hari lepas aku ke Celcom Center KBMALL ngan En.Yie, masa tu kami tak bawak fikri coz dia masih di rumah pengasuh. so, alang-alang berdua aku ajak En.Yie masuk ke 7D Cinema ni. 




Kami punya turn, jam 4.45pm. so, sementara menunggu turn, jom bang kita selfie dulu..... al-maklum laaaa, dah lamaaaa tak dating berdua katakan.. hahaha.. opss, abaikan muka aku yang murni tanpa eyeliner ittewwww ya...!!!




Dah masuk dalam tu pon sempat lagi selfie! eh, jap nak tanya ni. lucu ke masuk 7D Cinema ni ngan baju kurung? tak lucuuuu kan? ehhh, keeeee lucuuuu...? arghhh hentam saja lah labuuu... baju kurung pun, baju kurung lah, asalkan sempat tonton. kah3x

Aku pada mulanya tak perasaan gak, tapi bila aku wassap pic ni kat group family, terus anak sedara aku tanya, "Mokteh pakai baju kurung...?" uikkk baru aku perasan. hahaha. ekceli, aku baru balik keje masa tu. lagipun benda ni tak plan pun. bila lalu je depan 7D Cinema ni, terus angguk saja, cakap nak try! huhu.




Staff kat situ ada tanya nak tengok citer apa? aku terus blurrr! aku tak tahu citer apa yang best. makanya hadap je la mana2 movie yang diorang paparkan. seeeeee, screen tu nampak cam kabur-kabur dgn bayangan dua dimensi kan? haaa itu laa yang bestnya menda ni! tengok ngan mata kasar nampak tak best. but bila guna spek 3D terusss double triple best!!!!


7D Cinema di KBMALL Kelantan, 7D CINEMA, HARGA TIKET 7D CINEMA, 7D CINEMA RIDER, CINEMA RIDER, 7D, MOVIE 7D, ROLLER COASTER 7D


Tadaaaaa.... besor bebenor spek dia... haha.. aku dah bercermin mata kan, pastu aku tindankan pulak ngan spek 3D besar gedabak tu. "How do i look?? Shomelll takkkk??" hehehehe. abaikan juga muka yang berminyakkkk tu yea.... ekekeke...

Bila tonton guna spek 3D, terus rasa syokkkkk citer yang dipaparkan tu. nampak real. especially masa tayangan movie Eagles Roller Coaster tu, aku tak henti-henti menjerit hokay. gayat gilaa.. terasa betul-betul duk atas roller coaster. time menjunam, time mencilok, time landasan runtuh, semuaaaaa boleh rasaaaa.... !!!

Pada yang belum merasa tonton 7D Cinema ni, pergi laa yea. memang best. tak rugiii... tapi, jangan sampai terkencing dalam seluar sudah ler... hahahaha!!!





1.) Eagles Roller Coaster - Ini movie pertama yang diorang tayangkan untuk kitorang hari tuh. ngeri beb! memang ngeri habis. dah laaa lajuuuu, curam menjunammmmmmm pulak tu. pastu siap landasan putus lagi tu. ohmaigoatttt. rasa nak tercabut jantung. hahaha. over betul aku menjerit. takuuuttt!!! 





2.) Haunted Forest - Ini pulak movie yang kedua. hok ni tak berapa best sangat. biasa-biasa saja. kejap keluar Zombie, Kelawar, pastuh Halloween, tapi tak takut pon. nasihat aku, tak payah laa pilih citer ni. tak best. nak yang mencabar sila pilih cite Roller Coaster, Transformers atau Jurasic Park!





Korang kena tonton video kat atas ni jugak, untuk lihat cemana keadaan dan suasana didalam 7D Cinema ni. but yang video atas ni 9D. tapi bagi aku lebih kurang je kot ngan 7D. cuma mungkin dia punya effect lebih hebat lagi siap water effect, storm effect dan memacam lagi.. 

Effect gerakan kerusi tu lah yang membuatkan kita rasa betul-betul kat atas roller coaster tu. pakai lak spek 3D lagi laa nampak real! siap ada wind effect, vibration effect, bubble effect. kita juga boleh merasa ada "something" duk kuis-kuis kaki kita, time labah-labah keluar... sound effects dia pun meletop... memang syok wa cakap lu der...!!!

Jom lah bawak family anda tonton 7D Cinema hari ini....!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

5 comments:

  1. Wah ingat dh ada wayang dkt kb mall ekeke.

    Hm ala boleh pilih cerita ke???
    Laaaahh qila duk ingat yg dinasaur aje tu ha nmpk mcm boring and dkt sini lagi mahal.
    Mcm tak worth pulak heeeeee.
    Boleh lah nanti gi sano cubo try deh hiks

    ReplyDelete
  2. Pernah tngok kt kedah pn da..efek2 tu buat tambah seram..hana feztime tngok ceta hantu..xbernyawa jap hana..efek air pn da

    ReplyDelete
  3. baru rabu lepas g 7D. ainaa ambik yg rumah hantu. memang fun. tpi yg roller coaster xbrapa mcabar. yg benda2 kuis tu pon ada rasa. seriau kejap. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...