kelab blogger ben ashaari, KBBA,

16 November 2014

Air Terjun di Jeram Pasu



jeram pasu, jeram pasu di pasir puteh, mandi di jeram pasu, mandi jeram, air terjun, air terjun di kelantan, tempat menarik di kelantan,


Beberapa minggu lepas, kitorang sekeluarga sekali lagi ke Jeram Pasu di Pasir Puteh (sebelum musim tengkujuh). sini memang port kami sekeluarga kalau nak mandi jeram. sebab utama, jaraknya dekat dan selamat untuk budak-budak. kami datang 4 buah kereta. ramai yang join kali ni. best sangat!!


jeram pasu, jeram pasu di pasir puteh, mandi di jeram pasu, mandi jeram, air terjun, air terjun di kelantan, tempat menarik di kelantan,


Tempat ni, duluuuu sangat cantik dan persekitaranya terjaga. tapi tak tahu la kenapa sekarang ni dah tak terjaga. alat permainan kanak-kanak, tandas dan surau semuanya rosak dan tak boleh nak guna. memang menyusahkan pengunjung. kami terpaksa bersalin baju dalam keadaan yang tak selesa. adik beradik pakat tolong cover kami ngan kain batik. huhu. 

Kemudahan gelongsor air untuk dewasa dan kanak-kanak juga dah banyak jubin yang tercabut. penghadang gelongsor tu pon dah ada yang pecah. risau pulak aku tengok. sayang laa tempat tumpuan pelancong macam ni bila tak dijaga.




Kalau ikutkan hati, Air Terjun kesukaan kami ialah Lata Tembakah di Hulu Besut. tapi itu lah tempat tu bahaya pulak untuk kanak-kanak dan untuk orang yang tak pandai berenang. kawasan air terjun kat situ agak dalam. nak yang lagi best pulak, kami suka ke La Hot Spring. tapi jauhhh ler pulakkk 3 jam perjalanan oiii. jauhh gila! kena bertolak awal pagi baru puas nak main air. kalau gi agak lewat, memang tak berbaloi lah! so, terpaksa la jeram pasu menjadi pilihan kami bersantai.




seronoknya makan bekal yang mak aku masak. hehehe. 




Berbaju merah tu, deduanya adik aku. Sarah dan Emy. si kecik tu pulak anak Kaksu aku, Arman. yang berbaju biru tuh pulak anak arwah Kaklong aku. ohh tetiba teringat dekat arwah. semoga roh mu ditempatkan dalam kalangan orang yang solehah ye Long! i miss u so much!




fikri ngan sepupu dia. lahir pada tahun yang sama ni. beza 6 bulan jer. 




sekali tengok dah macam kembar pulak Fikri ngn Arfan nie...kan??




Adik aku ngan anak pompuan dia yang macam Kartun Dora!




adik aku gak nih. anak yang ke 14. sekarang form 4.




Baju biru tu adik bongsu aku. anak yang ke-16. yang baju kuning tu anak sedara ku. sama umur depa berdua ni. mak ngan menantu sama-sama berpakat nak beranak pada tahun yang sama. sama-sama berpantang. kahkahkah. hebat tak mak aku....?? ~ampun mek!




Gedebushhhhh....terjun dalam air....




En.Yie jadi instruktor kelas renang pada hari tersebut... hahahaha... ehh, cuba kornag tengok, cantik kan air terjun kat belakang tu...? pada yang datang ke Pasir Puteh, sila laa visit kesini. boleh berendam sejukkan badan sekejap. heee!!


jeram pasu, jeram pasu di pasir puteh, mandi di jeram pasu, mandi jeram, air terjun, air terjun di kelantan, tempat menarik di kelantan,


Tuan Belog berselfie ngan air terjun. tapi nampak sipi-sipi je. kikiki. tu je lah gegambar yang aku nak share hari ni. citer dah lama basi, tapi biarlah asalkan tulis. nanti boleh jadikan kenangan di hari tua. time free boleh belek-belek baca entry yang lama-lama, seronok juga. thats why aku suka blogging. memacam benda boleh share! hihi. okbai. thanks for reading...!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...