kelab blogger ben ashaari, KBBA,

05 November 2014

Assignment PJJ Bertingkek Tingkek





Azam aku di tahun 3 ini, semoga pointer tahun ini lebih baik dari yg lepas. semoga mood study tahun ini pun lebih bergandaaaa. sejak tahun 1 lagi benornya aku berazam nak pointer 3 keatas, tapi belum berjaya. takpe laa tahun ni akan aku usaha jugak. moga-moga ada rezeki. doakan ye!




Untuk tahun ketiga ni, aku dah tanam azam baru. nak study dengan lebih sistematik! nak study hardddd! kalau tahun tahun sebelum ni, aku set 1 buku untuk 2 subjek. now, aku akan separate kan. 1 buku, 1 subjek. buku pun aku beli yang tetebal sikit. banyak nak menulis nota ni. haha. harap-harap mood study hard study smart aku berjalan lancar... hehehe...





Takmo laghooo cam dedulu lagi dah. taknak ponteng kuliah dah. nota powerpoint dari lecturer pun aku akan  print semua nanti dan masukkan dalam 1 fail yang berasingan mengikut subjek. taknak dah campur aduk macam dulu-dulu punya. pening aku mencari sesatu tajuk.




Buku Teks / Modul untuk tahun tiga dah sampai pada September lepas. entah bila laa aku nak start belek nih. tebal sungguh buku Sosiologi tuh gerun aku tengok. dah laa dalam Bahasa Inggeris, terus jadi biru anak mata. hehehe. 




Bukak jer E-Portal berlambak keluar nota-nota dari lecturer. aku dah sesiap download dan save dalam 1 folder khas. nanti senang nak view dan print sekaligus. tahun  ni aku takmo beli nota macam yang tahun 1 dulu. mahal! baik print kat kedai fotostat lagi murah.

Print bebanyak. stapler ikut bab. kemudian terus boleh sumbat dalam fail plastik yang dah macam fail bebudak tadika tu. haha. aku tibai je beli yang tuh. colourful pon takpe lah, janji sedap mata memandang. ye dak? hihihi.





Tarikh kursus intensif PJJ USM untuk next year dah keluar dengan rasminya! 21 januari - 04 februari 2015. amboiii lama gak tuh. get ready ler untuk berkampung di USM Pulau Pinang awal tahun nanti. Hai Hai Penang. mu tungguuuuu, nanti aku datang ye!




Senarai esaimen pulak dah makin banyak yang ado. yang paling dekat datelinenya ialah untuk Subjek JKA319E iaitu Research Proposal And Report Planning Method (Thesis). huiiyooo baca tajuk pun dah start pening-pening dah aku nih. satu apa pun tak paham!

Dateline untuk first draft ialah pada 30 November 2014. alahaiiii 3 minggu lebih2 je lagi. tugasannya ialah kami kena buat satu thesis yang berkait dengan Isu Sosiologi. tajuk thesis tu, akan dibawa ke last year. kiranya kena buat pilih yang betul-betul lah!

Aku pulak tak tahu nak pilih tajuk apa! Antara tajuk pilihan aku ialah :

1. Gejala Rasuah di Kalangan Penjawat Awam
2. Penagihan Dadah di Kalangan Remaja.
3. Gejala Pembuangan Bayi
4. Penculikan Kanak-Kanak
5. Isu Penderaan Bayi

Amboiii bab senaraikan tajuk berpuluhhhhh pun aku boleh. tapi bab nak huraikan, nak kembangkan tu yang membuatkan aku kelu. ini thesis ok, takkan nak buat kemetot je kot. mesti nak isi yang banyak, tebal dan fakta yang berkualiti. baru ada markah!

Adoiiiii... kepala sedang sakit pikir pasal esaimen, mulut pung pang pung pang duk canang pasal azam baru, bla bla bla... tapi jari aku melajuuu je update blog. ko ghase? ada ghase nak lempang muka aku laju-laju tak? hahaha. okey la. okey la. sebelum pipi mulus aku kena tamparan kokedai. baik aku stop dan sambung aku punya esaimen. OKBAI!! (^_^)




Thanks and Regards, 
Jaakechik.

4 comments:

  1. gud luck jaaa...isu no 5 tue skrg famous

    ReplyDelete
  2. Tahniah sampai ke tahap ni...saya selalu bercita-cita nak sambung belajar..tp sampai la ni belum memiliki kekuatan itu...hehehe..

    Tajuk no1 tu pon bagus..tp kena berani la..hehehe..

    ReplyDelete
  3. caiyokkk jaa.. cikna assignment 2 dah submit.. lg 2 on the way.. azam baru tak nak buat kerja last minute dah.. hehehe..

    p/s: dah rasa malas nak pi intensif.. boleh?

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...