kelab blogger ben ashaari, KBBA,

15 November 2014

Fikri - Satu Anugerah Terindah!!





Hai laa fikri. awat cepat sangat ko membesar dik???


Gi mana-mana skang ni orang mesti tanya aku soalan ni, "Fikri dah besar, bila nak tambah anak lagi?" aku senyummmm jer kalau mood baik. kalau mood kurang baik aku fire laa balik, "Ko pulak, bilaaaa???" ekeke. terasa? padan muka! hahahhahaa.

Aku memang teringin nak preggy again. tapi tu lah, aku ngn EnYie sepakat merancang biar aku habiskan Pengajian PJJ dulu. tak lama mana pun. dua tahun je lagi. last year nanti baru usaha untuk pregnant. now, kami bertiga jelah dulu. hee!




Sekejapnya masa berlalu. tengok-tengok dah pon besar. dulu kecik cinonet je, gigi pon takde, takleh berjalan, sekarang semuaanya boleh. malah ketinggian dia dah melepasi meja makan, meja komputer kat rumah aku. ohhh cepatnya dia membesar.

Smashed orang, buli orang, ajuk percakapan orang, dah jadi trademark dia sekarang nie. time bercakap kalah murai tau. potpet potpet tak berenti bercakap. adaaaaa je cerita dia. pastuh, panjang akal gak dia ni. adaaaa je soalan yang pelik-pelik yang nak ditanya. sel-sel otak sedang berhubung lettew!!

Bab mengelat ke rumah pengasuh pon selalu berlaku sekarang ni. adaaaa je akal yang dia cipta. drama tak habis-habis di depan rumah pengasuh. pening lak aku nak membodek. tapi yang peliknya sebelah petang, time aku nak gi amik dia di rumah pengasuh, dia taknak balik pulak. ohemgee, tak paham sungguh aku!





Hari tuuuu pengasuh fikri ada bagitahu aku yang dia dah mula start ajar Free-Diapers kat fikri. dia kata petang-petang dia biar je fikri main-main kat laman rumah tanpa pampers. ada ketika, fikri cakap bila rasa nak kencing. tapi ada gak yang terbabas. terkucil ler dia dalam seluar.

Aku tak pernah ajar pon lagi fikri pasal Free Diapers tu. aku taknak menyusahkan pengasuh benornya. tak bagi pakai pampers kan, buatnya berak kencing merata naya lak pengasuh dia tu. kena kat aku takpe la aku ni mama dia. pape hal anak kita juga kan.

Tapi syukur laa sebab pengasuh fikri buat dengan kerelaan. bukan aku paksa pun. harap-harap dia behave dengan kehidupan baru tanpa pampers dia sebelah petang. harap-harap berjaya! heee!




Perkara yang paling aku tak boleh blahhh ngan fikri ni, masa dia nak susu. time nak susu, memang tak menyempat! duk sebutttt jugak sampai dapat. padahal dia sendiri pon tengok yg aku sedang buatkan. tapi tetap nak melalakkk! stresssssss okay!! rasa nakkkkkk je bagi tamparan kokedai sebijik.

Pastu kalau dia tak dapat sesuatu yang dia nak, atau ada sesapa yang buat dia sakit hati, (tak endah kehendak dia) memang menangis kalah orang histeria tau. pulak tu, kalau dia menangis terus keluarkan air hidung, ailio, batuk2, menjejehhhh keluar serentakkk. eiii geram aku!

Pastu mula la mai ngadu kat aku kat dapur yang masa tu tengah keletung keletang menjadi masterchef didapur. terus aku, "Abanggggg oiii duk buat apa tu? fikri dah mengamuk ni... tolong laaaa tengok anak ni...." seterusnya diikuti dengan bebelan panjang lebar pada En.Yie. kemudian kami laki bini lak bergaduh sesama sendiri demi pertahankan hujah masing2. hahaha.




Satu benda baru yang dia semakin terror sekarang ni ialah main PC Games : Condition Zero. alaaaa game yang tetembak orang tu lah. eksyen tau. kecik-kecik dah pandai ajak aku atau abah dia lawan game Counter Strike tu. siap main yang multiplayer game tu okey. 2 PC berlawan serentak. berlagak orang besar sangat!

Mulut pulak tak reti duk diam bila main game tuh. aku pulak macam tak caya tengok yang dia dah pandai gerakkan mouse untuk belok ke kiri, kanan, lompat, nak berjalan, nak shoot musuh. adoiii cepatnya ko belajar sume tu. sape yang ajar? abah dia la tuuuu kalau ngajar benda-benda game macam tu tuh. anak bapak lah sangat.

Tapi time dia kena tembak ngan musuh terus meroyan, beriya menangis sebab dah mati! hahaha. lawak betoii..!! nak main game perang keno redho laa dik oii. takkan hero takde yang mati kot! hero hindustan pon ada gak yang mati. ~eh! logik ke helah aku ni?




Bila "takde adik", dia macam terlebih manja pulak. especially time tido. taknak tido ngan abah dia ni. nak peluk aku jugak. kembang-kembang hidung aku jadinya. yelah sesinga-singa aku, sepetir-petir aku, nak jugak tido ngan aku tuu. terserlah penyayanggggg-nya aku, kan? En.Yie pulak sentap bila anak takmo tido ngan dia. hahaha.

Fikri ni kan, suka dengki gak tau. marah bebenor dia kalau aku ngan En.Yie tido dekat-dekat. kalau dia tengok, terus mai terkam dan melompat di celah-celah antara kami laki bini. kekadang gitulah  tricks yang aku guna time nak bodek dia untuk tido. payah tido budak ni nih. kul 1pagi adalah biasa!




Betapa cepatnya masa berlalu... tanpa sedar fikri dah semakin besar hari demi hari. makin berat pon ye gak. entah berapa kilo le dia sekarang ni. lama dah tak timbang. pakaian dia pun banyak mengecik. aku lelantingkan saja pada sepupu-sepupu dia. kasut dan sandal dia pon banyak yang tak muat. aku sumbatkan aje dalam plastik sampah besar tu dan aku letak atas lemari sekali ngan menan-menan dia hok lama-lama.




Aku printscreen status lama aku di FB untuk tepek diblog ni. saje nak buat kenangan, nanti bila fikri dah besar boleh aku tunjuk kat dia. betapa kehadiran dia dalam hidup aku dan En.Yie sangattttt dinanti. betapa seronoknya bila aku cuba buat UPT, terus menunjukkan keputusan +VE setelah beberapa hari aku terlewat period. rupanya dia dah mula hadir dalam hidup kami. ada satu nyawa dalam rahim aku. seronok tak terkata.





Ini pula status FB En.yie setelah dua hari fikri dilahirkan. terlihat jelas kegembiraan En.yie waktu itu. "anak abah" suatu ayat yang penuh makna. zuriat sendiri. darah daging sendiri. anak yang berbinkan nama sendiri. ohh speechless!! sesungguhnya Fikri- Satu Anugerah Terindah! kami bersyukur dengan rezeki kami ini. ada yang dah lama kawin tak dapat anak, kami pulak 3 tahun kawin, dah dapat anak, memang syukur sangat-sangat! Allahuakbar, Terima kasih Allah. Terima kasih banyak-banyak!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

1 comment:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...