kelab blogger ben ashaari, KBBA,

10 November 2014

Mee Singgam di Pengkalan Kubor


Assalamualaikum


Hari tuu, aku ada plan dengan ofismate aku nak gi makan Maggi Celup. kununnya nak ajak jugak sorang lagi member kami yang keje dekat-dekat situ. tapi kedai yang kami nak pergi tuh tutup pulak. terpaksa mencari kedai lain.

Pengkalan Kubor ni memang banyak Kedai yang jual Mee Celup atau Mee Cambol. tapi nak carik yang sedap tu yang susah. kalo sedap pon, sekali pergi sedap, 2 kali gi tak sedap, 4-5 kali gi eh sedap lah pulak. hah gituw.

Payah oii nak cari kedai makan yang maintainnnnn je kesedapan dia tu. 




Dah kedai yang kami tuju tu tutup, terus kami menapak ke kedai lain. kali ni kitorang kedai yang belum pernah jejak lagi. nama kedai tu, Mee Singgam di Pengkalan Kubor. cinonet je signboardnya. kedai pon agak terselit. 

Tapi disebabkan ini laluan kami tetiap hari, so mudah ler nak cam. hari-hari lalu, tapi tak tersinggah jer. amboiii nak juga tulis terrrr... hahaha...




Ini ler rupanya yang dipanggil : Maggi Singgam. alahai, macam samaaaa je ngan Maggi Celup atau Maggi Cambo dekat kedai lain. dah tu ape yang speselnya? aku pun terlupa nak tanya tuan kedai tu, apa makna disebalik ejaan "Singgam" tuh. hahaha.

Bila aku post dalam facebook, ada pulak yang ingat aku makan maggi yang ditaruk kuah Ikan Singgang. uiittt bukan laa. nama menu ni Maggi Singgam. bukan Maggi Singgang. ya, konfem bukan aku tersalah eja okay. hehehe. 




Officemate aku - Ana




Member kitorang - Asmawati (Are)




Kat atas ni, for sure lah aku...! muka macam tak siap je. haha. ekceli, aku sakit mata pada hari tersebut. habis merah-merah biji mata aku. nasib baik sebelah je. sekali menunduk rasa macam nak tercabut bijik mata. rasa senak dan gatal-gatal pon ye gak. asyik berair je. jenuh lap taik mata. huhu. 

3-4 hari duk sakit mata pon aku tetap mai kerja. tak amik MC pon. alolo, dedikasi tak aku? hahahaha. perahsan pulok, kenn?? ~lalala...

Sedap ke Maggi Singgam ni? 

Agak sedap juga bagi tekak aku. sesekali bertukar kedai, syok juga. boleh survey menu diorang! hehe. apapun 3 bintang aku kasi. harga pon murah RM4.50 sahaja untuk Maagi Singgam Special ni. kalau datang ke Pengkalan Kubor, jangan lupa singgah di kedai ni yer.




Thanks and Regards,
Jaakechik.


6 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...