kelab blogger ben ashaari, KBBA,

13 November 2014

Picnic : Pantai Sri Tujuh Tumpat





Ini alkisah bila ni yekk? dah lupa berapa hari bulan. malasnye nak check tarikh kat gambar. haha. tapi yang pasti beberapa hari sebelum aku gi kursus hari tuh. masa ni family aku mai Picnic ke Pantai Sri Tujuh ni. amboii kerlassss, PICNIC kauuuu!! fefeeling omputeh gitu. auww, tergolek botol budu di dapur. hahaha. 




Seronok la diorang dapat mandi pantai sambil mencari Remis. tahu ke Remis tu ape? spesis kerangan jugak. kalau dapat kumpul dalam jumlah yang banyak, memang sedap dibuat lauk. tumis bawang putih, ketuk serai ngan cili padi pon dah sedap meletop. kalo nak sedap lagi kena tumis ngan cili kering. lagi mabelesss!




Ini adalah pertama kali aku lepas fikri main air pantai. sebelum ni aku biar dia main kat gigi air tu jer. kali ni aku lepaskan dia. alang-alang ramai adik beradik aku yang duk pantau. main la ko sepuas hati nak. esok-esok tak mungkin akan ada peluang macam ni lagi kot. haha. tapi dia jenis penakut. takat buku lali dia je yg kena air. penakut sungguh! tapi mujur gak. takde la aku nerbes! hee!




Puas carik Remis. pakat tanam adik bongsu aku dalam pasir pulak. memula gigih ler depa bertiga ni duk kambus adik aku ngan pasir. fikri pon sama naik gak gumbira dapat kambus Paksu dia. kemain lagi duk genggam pasir nak tabur kat badan paksu dia. 




pastu yang lain pon pakat mai serbuuu jugakkk...




makin ramaiiiii nampaknya....hahahhaa....redho la dik yer?? kikiki.




Tiap kali gi ke pantai atau mana-mana jeram atau air terjun, ni la keje ayah aku. jadi penunggu harta karun anak cucu. hahaha. puas anak cucu ajak join, dia wat donno jer. hahaha. dia lebih rela melangut tunggu barang-barang kitorang dari dikebas orang. jaga sambil mulut tak benti makan. kikiki. lawak gak ayah aku nih!

Kalau korang tengok pic atas ni kan, nampak macam kotor jer tempat ni kan? memang pon. Pantai Sri Tujuh ni dah macam takde orang jaga pulak aku tengok. entah kenapa laa takde yang jagakan tempat ni. padahal pengunjung always ramaiii. especially time weekends. 

Hope lepas ni akan ada penambahbaikan untuk pantai ni.




Lepas tu aku sempat surprisekan diorang dengan Acara : Cari Coklat Dalam Tepung. hahaha. semua pakat teruja nak main. dah macam acara sukaneka kat sekolah pulak aku tengok. tapi takpe laaa saje nak mencari kelainan. 




Anak-anak abang aku pakat join ler belaka. berebut-rebut duk hembus tepung yang tebal menutup gula-gula dalam pinggan tuh. siap tepung masuk dalam mulut, lubang hidung, hingga berair bijik mata. kesudahannya ada yang menangissss sebab tak berjaya menang. hahaha. lawak gila!




Ini Abang aku. Muhd Hilmi ngan anak ketiga dia.




Seronok sesekali datang ke pantai ni. gathering sesama adik beradik. sesambil mandi pantai sesambil makan bihun goreng pon sodap. gambar aku sekeping pon takdak dalam entry kali ni. kesian kan? haha. takde yang sudi amikkan. semua busy main air. huhu. 

Aku tak mandi pon. coz aku kesana ngan baju kurung. sebab aku baru balik kerja. aku datang berasingan ngan En.Yie. aku dari office, dia lak dari rumah ngan Fikri. kempunan laa aku nak mandi pantai. muahaha. okay dah. itu jer yang nak aku cerita hari ni. Bye!



Thanks and Regards,
Jaakechik.


2 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...