kelab blogger ben ashaari, KBBA,

04 November 2014

Umi, Kenapa Selipar Abah Ada Lagi??


Assalamualaikum


Lamaaaa tak menulis kat sini terasa kekok pula. ikutkan hati banyak benda yang nak di cerita, tapi ada sesuatu yang buat mood aku menjauh! tak teruja langsung nak update blog! Actually, ada benda sedih berlaku pada kami 13 Oktober lepas. 

Aku kehilangan seorang biras yang sangat baikkk! al-fatihah buatmu Abang Chik. moga engkau tenang disana. damailah engkau. semoga roh mu diletakkan dikalangan orang yang beriman. inshaALLAH. 

Aku teringin nak buat entry mengenai arwah. tapi bila start tulis je, terus mata berair. belum siap perenggan pertama aku dah tekan pangkah! terbayang kenangan bersama arwah. Ya Allah, besarnya ujianMu pada kami sekeluarga! 

Hari-hari teringatkan arwah! namun apa boleh buat. kami tak punya kuasa untuk kembalikan dia semula. terpaksa redha dengan Qada' dan Qadar Allah. sesungguhnya Engkau Maha Hebat, Maha Kuasa, Maha Mengetahui segala-galanya.




12 Oktober 2014

Pada hari tersebut aku balik kerja pada pukul 3 petang. masa on the way amik fikri di rumah pengasuh, aku dapat call dari Kakak En.Yie (Kaklong) yang Abang Chik masuk wad di Hospital Kuala Krai. agak tenat jugak katanya.

Aku agak terkejut! terkejut sebab sebelum ni Abg Chik tak pernah sakit pon. namun dalam hati sempat berdoa, moga baik-baik saja. aku call En.Yie, dia cakap dia pon baru saja tahu tentang berita tu dan dia cakap nak ke Kuala Krai sekarang jugak.

Balik rumah terus aku pack kain baju. memang aku dah berniat nak tido di Manik Urai, sebab esok 13 Okt aku offday. dipendekkan cerita, jam 6.30 petang aku sampai di Hospital Kuala Krai. masa tu abang ipar aku masih dalam Emergency Room

Sedih aku tengok Abang Chik yang ketika itu dalam keadaan sangatttttt letih. tanpa sedar aku terus menangis dan menangis. pastu Abg Chik berkali-kali mintak aku maafkan dia jika ada kesilapan. makin buat aku rasa syahdu. kenapa Abg Chik jadi macam ni??

Pukul 8.30pm abang chik dibawa masuk ke Wad. masa tu ahli keluarga lain juga dah semakin ramai yang sampai, dua orang demi dua orang, kami bergilir masuk jenguk. sehingga jam 12.00 malam barulah kami semua balik dan menginap di rumah Kakcik di Manek Urai.


13 Oktober 2014

Hari yang merubah segalanya!! seawal subuh kami semua dah bangun. kami breakfast dgn nasi bungkus. lebih kurang 9.30 pagi, belum sempat habis sebungkus nasi, kami dapat call yang Abang Chik semakin tenat. 

Aku, En.Yie, MIL bergegas ke hospital. sampai je di Hospital, aku tengok kakak ipar aku dah lembik. semacam putus asa pun ada. waktu tu, ramaiiii betul Doktor dok kerumun abg chik. buatlah apa saja wahai doktor. kami redha. kami hanya mahu Abang Chik kembali sihat seperti biasa!

Lebih kurang 11.00 pagi, abang chik dipindah kan ke katil yang lebih dekat dengan meja doktor. masa tu Doktor sarankan kami semua bersedia dengan apa jua kemungkinan. Doktor nasihatkan kami perbanyakkan Doa dan membaca Yassin. 

Sebaknya suasana tika itu, Allah saja yg tahu!




Lebih kurang pukul 12 tengah hari, abang chik sekali lagi dipindahkan. kali ni bukan ke Wad biasa. tapi ke Unit Rawatan Rapi (ICU). kelam kabut kami semua yang dah berduyun dalam wad. dalam ICU pelawat tak dibenarkan masuk.

Maka, kami berada di tepi koridor sahaja. 

Suasana semakin sebak dengan gelagat 2 anak abg chik yang berumur 5 dan 7 tahun. mereka tersenyum gembira bermain dengan fikri. budak kecik, apa dia tahu erti sakit, tenat atau nazak? kami pula yang sayu melihat mereka berdua.

Kakcik pula aku tengok dia sangat lemah. dari petang kelmarin, satu apa pun dia tak makan. puas pujuk, dia tetap menggeleng. sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu orang yang memikul ujian ini. Ya Allah, kuatkan hati kakak iparku. 

Pukul 12.50 nurse panggil isteri dan emak Abg Chik. kemudian anak-anak pula dibawa masuk sambil ditemani adik Abg Chik. sebaik saja adik abg chik keluar, dia mengatakan "Doktor suruh kita semua berdoa byk2, mesin bantuan oksigen dah diberi tapi nafas abang chik tetap tak stabil!!".

Tepat jam 1.15pm, Kak Cik keluar dari ICU dengan linangan airmata. pilu hati kami semua bila dia mengatakan yang "Abang Chik dah tak ada!". Ya Allah!! terus Kak Cik terduduk sambil menangis. semua terdiam sejenak melayan rasa sedih yang bersarang di hati. Sesungguhnya mati itu Rahsia Allah... bila-bila masa, dimana jua!!

Allahuakbar, hebat sungguh ujianMu. hati bertambah sayu bila lihat Kakcik mengucup kepala anaknya. seawal 5 dan 7 tahun mereka dah bergelar YATIM. Allah, sukar untuk aku gambarkan betapa sayunya keadaan waktu tuh. terus terbayang wajah Fikri. terbayang juga kalaulah aku berada ditempat Kakcik, bagaimana yer?

Arwah Abang Chik disahkan meninggal secara mengejut disebabkan tekanan darah tinggi yang mencanak naik. arwah sesak nafas dengan tiba-tiba. tak sangka begitu awal ajalnya tiba! Allahuakbar besarnya ujian untuk kami sekeluarga

Alhamdulillah selepas Isyak Abang Chik selamat dikebumikan. seharian Kakcik muram sahaja. dipujuk makan tak mahu. disuruh minum pun tak mahu. airmata menjadi peneman setia dia setiap masa. tiap kali bersalam dengan tetamu yang datang, setiap kali itu dia menangis. Allahurabbi, kesian sungguh melihatnya.




Gambar atas ni di snap semasa Hari Raya Puasa lepas. disitu ada terselit gambar arwah yang berbaju melayu Purple (Berdiri dua dari kiri). tak sangka ianya Aidilfitri Terakhir Bersama Arwah!




Waktu ini pula, kitorang sedang makan di Pagi Raya sebelum ke Masjid untuk Solat Aidilfitri. waktu ni, arwah makan sangat berselera sekali!




Ini pula gambar pada hari raya ke-2 Aidiladha lalu. (arwah berpelikat biru). waktu ni kitorang adakan solat berjemaah. sungguh tak sangka dengan pantasnya ajal menjemput. Arwah meninggal dunia pada hari raya ke-8. sebak hati bila tatap gambar ni!

Arwah memang baikkk sangat dengan aku. walaupun hanya biras, tapi aku dah anggap dia macam abang sendiri. gurau senda, usik tawa, segala kenangan selalu terbayang. aku tak rasa pun dia dah takde. aku rasa macam dia adaaaa je lagi.




Arwah meninggalkan seorang isteri (Kakak En.Yie) dan dua orang anak lelaki yang berumur 5 dan 7 tahun. anak-anak arwah kecik lagi. tak mengerti apa maksud sebenar kematian. tengok sahaja ayah mereka dikafankan tanpa setitis airmata. semua orang sebak melihat anak-anak arwah.


Pelbagai soalan yang diajukan oleh anak bongsu arwah :

Atif : "Umi, abah dah mati ke? Abah boleh masuk syurga tak?"

Umi dia : "Kalau adik nak abah masuk syurga, adik kena belajar pandai-pandai macam yang abah pesan. kena baca doa banyak-banyak untuk abah."


Beberapa jam kemudian dia tanya lagi :

Atif : "Umi, abah kan dah mati. tapi kenapa selipar abah ada lagi?"

Umi dia : Terus sebak tanpa jawapan. dia hanya cium anak dia.



Berderai airmata kami semua dengan soalan yang tak dijangka ini. sehingga hari ini, si bongsu masih lagi tertanya-tanya mengenai abah mereka. selalu beritahu Umi dia, yang mereka rindukan abah. teringatkan abah. sayangkan abah.

Sekarang ni si bongsu selalu saja demam. risau pulak aku. ikutkan hati aku nak saja temankan mereka, tapi apakan daya rumah mereka agak jauh dengan rumah aku. aku di Pengkalan Kubor. dia di Manek Urai. 2 jam pergi. 2 jam balik.






Aku ada juga jenguk mereka dan bermalam disana 1-2 malam hari tu, bila aku offday. tapi jarang2 sgt laa sebab En.yie pun kerja tak dapat nak jenguk mereka selalu. aku hanya mampu berdoa dari jauh agar Kakcik dan anak-anak arwah dikuatkan semangat dan ditabahkan hati untuk tempuhi hari-hari mendatang.

Pesanan arwah pada isterinya :

1. Jaga elok-elok anak-anak kita. 
2. Beri pendidikan yang baik untuk mereka. 
3. Jangan guna duit anak-anak. 

Kami semua merinduimu Abang Chik. betapa baiknya kamu, membuatkan kami rasa kamu "sentiasa ada" disekitar kami. tenanglah disana Abang Chik. semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InshaALLAH ada rezeki, kita bertemu nanti!



With Love,
Jaakechik.

5 comments:

  1. innalillahiwainnalillahirojiun semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
    Mati itu rahsia Allah

    ReplyDelete
  2. sy yg baca pon sebak jadinya..sedihnya alahai bila org yg kita syg tetiba je skt..benda yg x dijangka.mmg sukar utk diterima....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yang beriman..
    syahdu tengok anak-anak yang ditinggalkan..
    ajal dan maut ditangan tuhan..
    kita yang tinggal ni beringatlah untuk diri sendiri juga..
    yang pasti masa nya akan tiba nanti..

    ReplyDelete
  4. Entry ni sma mcm sya kehilangan ayah...
    Bezanya meninggal sb kemalangan Arwah ayahku jgak meninggal 7hri puasa 2014..
    Paling sayuuuu bila diri ini bakal berkahwin pda september 2014..
    Al fatihah buat arwah abg chik dan jgk bt ayahku tercinta.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...