kelab blogger ben ashaari, KBBA,

09 December 2014

Buffet Steamboat di Pekan Golok (RM10)


Assalamualaikum


Entry kelmarin sengaja aku biarkan bersambungggggggg, sebabnya aku nak continue ngan entry hari ini yang lebih banyak gambar. heee! selepas beli sayur dan bembarang kering, kitorang singgah makan Steamboat di Restoran Buffet Abang Ya di Pekan Golok.




Pestaim makan kat sini sebenarnya. kakak aku ler dapat info dari kawan dia yang kat kedai ni, Buffet Steamboat dia murah. so, apalagi kami semua terjah laaa. memula agak pening juga tatau mana nak cari. tapi gigih gak drive slow-slow sambil toleh kiri kanan jalan. hahaha.




Steamboat ni sama saja ngan Chim Chum di Food Village kota bharu tuh. bezanya adalah harga! harga dia murah gilaaaa. 99 Bhat sahaja untuk seorang. kalau tukar duit Msia lebih kurang RM10 aje lah. eiiii murah sungguh. macam tak caya pulak. bayangkan kat Food Village sekarang ni RM21.90 per head hokay...!!


abang ya buffet, steamboat, steamboat murah di pekan golok, buffet murah di golok, chim chum,


Ada banyak pilihan lauk gak untuk pilih. ayam ada, daging ada, udang ngan sotong pon adoo! bukan setakat lauk je, nak makan nasi pun ada. menu-menu lain pun banyakkkk. aiskrim, somtam, pelbagai jenis bubur atau pengat, jeruk buah, laksa, bihun sup, alahai memang banyaklah kalau nak senaraikan... dah macam astro pulak, macam-macam adoo....hehehe...




Nyums...Nyums....dapat makan sume tak pandang kamera dah!!!




Tobat meleleh ailio korang kan? ekeke.




Wallahhhh!!!!




ni pulak aneka kerabuuu....kerabu perut, kerabu sotong, kerabu ayam, etc etc!!




OnomNomNomNom...




Sodappppp....bersimpang siur tangan...




Kalau tak habis, kena denda.....so jangan tamak!!!




Kerabu sotong ni sedapppp.... 3 mangkuk aku ratah sesaja.... hehehe...


abang ya buffet, steamboat, steamboat murah di pekan golok, buffet murah di golok, chim chum,


 thumbs up untuk kerabu sotong diaaaa!!!





Tuan Blog with kakak and Mak ayah kesayangankuuuuu.... 




Total bill untuk 6 orang dewasa makan termasuk 1 botol air berkarbonat dan 1 botol air mineral bersama 3 jag ais is 714 bhat iaitu bersamaan RM71.40. itu kalau bayar ngan duit siam ye. kalau korang bayar bil ni dengan duit Msia, jumlah yang korang kena bayar adalah RM74.90. see, berbezakan????? so, jangan lupa ke Money Changer dulu ya!!




Bergambar kenangan di kedai Abang Ya Buffet. hehehe. aku mintak pekerja diorang snap kan. so, pada sesapa yang datang shopping ke Pekan Golok, jangan lupa singgah makan Buffet Steamboat Murah ni yer. directions, apabila korang melepasi Imigresen Thailand, korang just straight je, lebih kurang 1km, kedai dia sebelah kanan jalan. mudah aje! tapi kena perhati betul-betul, sebab signboard dia kecik cinonet je! 


Okay. babai. thanks for reading yaaaaaa!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

5 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...