kelab blogger ben ashaari, KBBA,

11 December 2014

Roti Titab Kopitiam Kita


Roti Titab Kopitiam Kita -  Dah berkurun aku pergi ke Kopitiam Kita ni, tapi baru hari ni tergerak hati nak share kat blog. hahaha. sejak dua menjak ni mood kelauuutttt sedikit. tak jumpa cari jalan balik. 1 minggu 1 entry. berat nananggg!!!





KOPITIAM KITA
Taman Desa Jaya 4357-A, 
Jalan Pengkalan Chepa, 
15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia‎.
No.tel : 019-981 0888


Lokasi Kopitiam Kita ni di jalan pengkalan chepa.  berdekatan Kuarters Kastam dan Pejabat Kedutaan Thai. kedai dia agak terselit sedikit. kena masuk lorong kecik. signboard kat tepi jalan besar pulak, kecik cinonet je. kena tengok betul-betul baru mudah nak jumpa. boleh google maps kat sini : https://goo.gl/maps/hFzVS.




Kopitiam Kita ni popular hokay. pengunjung dia ramai di kalangan retisss tersohor. penuh di dinding kedai dia duk tampal gambar retis yang bertandang. dia tepek juga keratan akhbar dan sijil yang diorang dapat. dah masuk dalam program Jalan-Jalan Cari Makan pung. ohh hebakkk snagat nie...!!




Aku pergi sana lebih kurang pukul 8 pagi. agak ramai juga orang 80% full meja dia yang tatau berapa puluh bijik tuh. tak putus-putus orang datang. pelayan kedai pun friendly. persekitaran pon bersih. so, memang terbaik laa!!




Aku order benda yang sama je ngan ana. Roti Titab sorang satu.




Pastuh kami order "Kopi Beng" sorang 1. yang sebelah air tu, aku amik Nasi Berlauk Air Dingin. mulanya rasa nak makan, tapi bila dah siap makan roti titab tu seketul, terus tak jadi makan nasi tuh. sebab dah kenyang. so, aku letak semula. cancel makan!




Antara makanan lain yang ada, ialah pelbagai jenis kuih dan nasi berlauk yang siap berbungkus




Ada nasi tumpang jugak. sesapa mengidam, boleh terjah sini ye.




Nasi Berlauk Air Dingin yang sangat popular di Kelate selain Nasi Kak Wok.




Selfie bersama roti titab. muahaha!




Sedap ke Roti Titab? 


Memang sedap wehh. roti dia agak tebal berbanding roti slice gardenia. agaknya dia order khusus untuk kedai dia kot. sri kaya tu pon sedap. buatan diorang sendiri. overall memang best! aku kasi 4 bintang!!! Pada yang datang ke Kelantan, jemput try Roti Titab di Kopitiam Kita ni yer. highly recommended. memang thorrrrrbaekkk!!




After breakfast di Kopitiam Kita, aku rushing pula ke Institut Teknologi di Pengkalan Chepa, coz ada Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan serta Pertandingan Berzanji dan Marhaban Peringkat AADK Zon Timur. yang atas ni kumpulan A-Raudah, mewakili AADK Kelantan. untuk peringkat final yang dibuat di kedah, kumpulan ni dapat no.1 (juara). Tahniah Ar-Raudah!




Ni pulak rakan baik aku juga, dia mewakili AADK Kelantan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran (Qariah). dia dari AADK Pasir Mas. masa peringkat final di Kedah juga, dia mendapat Naib Johan (no.2). waaaaa... aii bangga sama kamu Gee!!! hebat!!




Selfie bersama Gee!
kami 1 sekolah dulu di Teknikrai. sekarang kerja di bwh 1 jabatan yang sama pulak!
Suatu kebetulan!




Actually untuk program pada hari tersebut, aku kena jadi AJK Persegaran. tukang serve makanan untuk VIP. selepas diorang makan, kami pulak makan.... huiiii sodappp!! penuh lauk atas meja kauuu....! haha. melampau geng persegaran nie! :P oklah, takde pape yang nak dibebelkan lagi dah. chow dulu naaaa, tq for reading!!! babai!!



Thanks and Regards,
Jaakechik!

5 comments:

  1. waa tak pernah cuba lagi :) nampak sedap heee

    ReplyDelete
  2. wahh nampak roti titab tu mmg sedap tu

    ReplyDelete
  3. Pernah pergi sekali... Memang best roti titab ni... Len kali boleh singgah lagi

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...