kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 February 2014

CPUV Pertama 2014 : IKEA February Sales



Ikutkan hati.. rasa gerammm jer ngan Nuffnang nih... sejak masuk tahun 2014 ni kan, sekali pun blog jaa tak pernah di beri CPUV. Last jaa dapat CPUV ialah pada 21 Disember 2013 daripada INTI CYCLE.

Pernah gak rasa macam nak beralih arah jer ngan syarikat pengiklanan lain.. tapi bila di fikir berkali-kali rasa sayang pulak... hrmmm reda je lahh weii.. biarpun earning dia dalam masa dua bulan hanya berganjak kurang dari 50 sen... huh sabar je laaahhh...

Padahal sebelum ni lajuuu je earning tu naik...




Orang kata nak CPUV kena rajin hantar tiket dan update survey kan? tapi... tu laa jaa sebulan lepas busy ngan PJJ dan holiday, tak menyempat nak isi segala bagai tuh...

Dah free ni baru terhegeh nak send tiket dan update survey..

Makanya jaa gigihkan jejari jaa hantar tiket ke Nuffnang bertanyakan tentang CPUV ni.... pagi jaa hantar... dalam 1/2 jam dia reply... dan dalam 1 jam selepas tu jaa check dalam akaun Nuffnang, ada CPUV baru dahhh!!!

Huwaaaa... tak sesia kerajinan aku send tiket kelmarin beb!!! CPUV ni dari IKEA February Sales 2014.... mekasih Nuffnang.. Mekasih IKEA.. dannnn... buat blogger yang masih belum dapat CPUV meh le cecepat send tiket sekarang...




Korang tiru jer sebijik-sebijik ayat aku kat atas tuh, kalau dah tertulis rezeki korang... InsyaAllah melekat...! yang penting kena letak ketiga-tiga jenis iklan (leaderboard, skyscraper, large rectangle). pastu rerajin update blog dan jangan lupa maintain kan trafik jugak okey...

Send tiket ke Nuffnang ni jangan skema sangat ayat dia... tak perlu nak speaking bagai.. ko tulis melayu pon dia paham... so jangan ragu-ragu.. tulis aje straight to the point yang ko ni nak CPUV... tulis macam aku tuuuu...mih mih mih...


p/s : aku jarangggg send tiket... tapi kalo aku sent memang ayat aku powerrrr dan... memang ayat tak tahu malu punya.... hak hak hak... 




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


19 February 2014

FESYEN TUDUNG TERKINI



 



Korang minat pakai shawl tak?? Jaa suka! Jaa suka pakai shawl kalau nak kemana-mana. Tapi jaa punya belitan shawl idok ler bersimpang siur… Just nice jer… idok ler leher tu jadik keras kejung sampai nak toleh ke kiri kanan pun susah… 

Bertudung ni nampak manis dan sopan kalau nak dibandingkan dengan gegurl yang free hair… kan? (mohon maaf pada yang terasa) dan tak semestinya pompuan yg bertudung tak boleh bergaya, ye dakk? Kena pandai pilih ler mana yang seswaii ngan kita… 






Pakai tudung ni, tak perlu nak skema sangat untuk matching-kan kaler.. pakai jer ngan memana warna baju kesukaan. Skang ni zaman orang pakai baju ngan tudung kaler kontra…! dengan kata lain “blocking colour”.

Boleh jer pakai ngan baju bercorak tribal atau geometrical, printed blouse atau baju kurung with tudung bercorak bunga. gayakan tudung mengikut gaya kita sendiri. tak perlu nak tiru gaya retiss sangat. "Be your own style. Be yourself!!" Baru lah konfiden nak keluar dari rumah!!





Ni aku nak tanya... ko dah tengok Tudung dalam Website ZALORA? Uuuu.. cecomel wehh.. rege pon murah bermula dari RM9.00 ke RM19.00 dan ke atas... design pon lawa kemain... Skang ni terdapat pelbagai rekaan Fesyen Tudung Terkini yang lebih moden dan sesuai dengan trend fesyen terbaru. Rambang mata tengok design-design dia yang comel tu…pufff tergoda nafsu mak nak!!


 



Zalora.my ni bukan setakat jual pakai dan kasut jer. Zalora jual tudung gak. Zalora menawarkan hijab online dgn harga berpatutan dari pelbagai jenama terkenal. Zalora menawarkan koleksi trendy tudung online dengan pelbagai warna dan rekaan untuk anda. “less is more”, adalah lebih baik untuk meminimakannya agar tidak terlalu nampak “berat” dan “disturbing”.

Jimatkan masa dan wang anda dengan shopping online di Zalora.com. Zalora Malaysia memberikan pengalaman beli-belah atas talian yang terbaik buat pelanggan. Penghantaran percuma disediakan ke seluruh Malaysia dan pemulangan juga adalah percuma. Online shopping adalah jawapan mudah bagi mereka yang tidak mempunyai masa dan masih mahukan retail therapy di rumah!


Jom shopping Tudung di ZALORA sekarang!!





Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


18 February 2014

Dinner di Restoran Pak Hussain Tomyam Penang



tempat makan di pulau pinang, tomyam sedap di pulau penang, restoran, food, pak hussin tomyam, restoran pak hussin,


Sesampainya kami sekeluarga ke Penang... kitorang di invite oleh adik en.suami untuk dinner di Restoran Pak Hussain Tomyam... ini kali ke-3 jaa makan kat sini... ketiga-tiga kali juga adik ipar jaa yang belanja... uuu... baik betul lahh...




Ini ler adik ipar jaa... dia cikgu di SRK Sri Permai dekat Bayan Baru... laki dia lak keje penjara... dulu laki dia keje di Penjara Pokok Sena, Kedah. sekarang dah tukar ke Penjara Pulau Penang. 

Adik ipar jaa ni tua 3 tahun dari jaa nih.. tapi atas dasar aku ni kakak ipar, dia panggil aku Kak Jaa. memula kawin dulu, aku agak segan bila dia panggil macam tuh, tapi bila dah lelama.. aku dah biasa dah... aku panggil dia Siti je.. kekadang panggil Cik Do. hehehe... 

Laki dia lak sambung PJJ di USM. dia sambung PJJ setelah berjaya di hasut oleh aku. kah kah kah. Now dia di tahun 1. amik kos yang sama gak ngan aku. Sains Kemasyarakatan. cuma major dia Sains Politik. aku lak Antropologi-Sosiologi. Apa itu antro-sosio??? hah ko tanya Goole... coz aku sendiri pun tak tahu... kah kah kah...





Kami 3 beranak ni kiranya tetamu undangan istimewa ler ni... lama dah dia cakap nak belanja kami makan kat sini... 3 kali aku mai Penang, 3 kali gak dia belanja aku makan kat restoran ni..

Sedap ke? bagi tekak kami semua ianya agak sedap.. rege pon berpatutan... dia buat style pakej. pakej A, B, C dan D. boleh pilih menu yang dia dah sediakan...




Ewaahhh makan besar kami malam tu... sampai Penang dah magrib... sesampai jer di rumah Siti, terus call adik ipar jaa yang sorang lagi tu (pengantin baru), mai berkumpul kat sini... kiranya malam tu kitorang gathering 3 pasangan adik beradik ler... ala-ala jejak kasih gituu... hew hew hew....




Ohye, bercerita pasal pengantin baru ni kan (Hazwan & Ayu)... ada satu dugaan menimpa mereka skang ni. dugaan keguguran. kesian mereka tau... pagi kelmarin biras jaa si Ayu buat D&C (cuci rahim). hari ini dia dah on the way balik dari Penang ke Kelantan since dia dapat MC seminggu... balik rehat dan relaks di rumah..

Ekceli dia sebenarnya bunting pelamin tau... sebulan kawin dah "lekat". tapi sayang kegembiraan tu hanya sementara.. selepas 5 minggu dia alami pendarahan... lepas di beri ubat untuk kuatkan rahim, tetap kandungan dia tak dapat bertahan... apapun mohon bersabar dan tabahkan hati buat ayu... semoga lepas ni "melekat" lagi... InsyaAllah...




Okey meh kita sambung citer pasal makan-makan lagi... untuk dinner malam tu adik ipar jaa amik pakej B rasanya kot... ada 5 jenis lauk dan sepinggan buahan-buahan...




menu utama for sure kitorang pilih Ikan Siakap Tiga Rasa... memana pergi menu ni jer pemes kan... hehehe... kalau Siakap Masak Stim aku kurengggg!!! tak lalu dek tekak coz isi dia lembik dan kaler dia putehhh!




Sayur Campur... bunga kobis, carrot dan kacang peas.. 
the kacang peas is my pebreto kami laki bini...




Tomyam Seafood... kuah dia agak pekat, pedas dan masam... fuhhh memang kena ngan tekak aku yang giler kentang tomyam... sruppp sruppp duk hirup kuah hingga licin semangkuk... kah kah kah...




Yang ini Kerabu Sotong... hok ni pun sedappp.... yang hitam hitam itu is Cendawan Telinga Kera.. rasa dia liat-liat macam telinga orang gitu... hahaha.... ikut kamus dewan tak tahu lak aku apa nama sebenar dia... tapi aku di kelantan ni panggil "Kulat Telinga Kera" jer... heee!!




Yang ini Ayam Mango... kegemaran my en.suami... rege menu ni aku tak tahu berapa... dah orang belanja kan.. kalau di tanya pun dah sah-sah dia tak kan bagitahu... totally makanan kat sini sedappp.. korang yang rasa nak merendet ke Penang harus lah terjah ini kedai yer... korang set GPS konfem jumpa punya... hehehe....


p/s : jaa sedang merangka entry Penang-Tambun-Cameron. pelan-pelan kayuh oii.. banyak bebenor gambar ni.. pening nak memilih....




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...