kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 April 2014

Mc DOnalds / KFC / Pizza Hut KBMALL



Entry ini sambungan dari entry Pertandingan Bina Badan dan entry Taman Tengku Anis gak ni. kiranya kisah ini adalah hari yang sama gak lagi, jumaat 25 April 2014. setelah ke taman, kitorang balik ke rumah parents jaa untuk amik 2 orang adik-adik jaa keluar makan.

Pada 25 - 28 April lepas, jaa tido di rumah parents jaa untuk temankan adik-adik. coz parents jaa balik kampung (pattani) selama 3 hari. makanya, jaa petang tu busyyy sangat makanya tak sempat masak, itu yang ajak adik-adik keluar makan.

Dalam pada duk pikir nak makan kat mana, terus diorang bertiga keluarkan segala cadangan... KFC laa, Mekdi laa, Burger King laa, Pizza laa... aduuiiii mementang lah aku nak belanja... sume pakat bertukar jadik tekak omputeh... pakat takmo nasi dah malam tu... sume nak makan fast food.... 

Okey laaa jom kita ke KBMALL!!




Memula sekali kitorang masuk KFC. kalau sesape yang dah lama baca blog aku, ko tahu ler kan... betapa laki aku ni hantuuuuu kehepsi... kalau ajak keluar makan, alwez nak ke kehepsi jer dia... so, nak puaskan hati aku beli segala apa yang tekak diorang nak makan malam tu...




so, jom kita order....Zinger Reloaded satu! tapau yekk!!


kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Settled tapau kehepsi, kitorang ke Mekdi pulak... adik lelaki aku mengidam katanya... huk aloh, mekdi pung ko telan... aku dah lama gila dah tak gi Mekdi ni kot... kunun boikot.. huhu...kat sini kami order set combo Burger Double Spicy termasuk fries dan air, pastu tambah lagi 1 Cheese Burger.




Eh, terliur pulak aku tengok burger Mekdi ni...bertingkek-tingkek!




Maka... seronok la sume orang puas hati dengan menu masing-masing... pastu aku ngan adik pompuan aku makan apa? kitorang makan Pizza Hut. so, sume orang bawak diorang punya fast food mai ke Pizza Hut... lepak dan makan kat sini sambil pekena Mushroom Soup....


kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Pizza Hut kan ada menu  baru sekarang.... Pizza Italy!! fuhhh, memang tergoda sungguh aku bila tengok iklan dia kat TV dan iklan kat facebook... nak jugak cuba.... nampak lam gambar macam sedapppp sungguhhh... rasa menitik ailio... kah3x... cemana tak terliur, pizza 4 segi kauuu!! sebelum ni pizza bulat jer ada!!

 


Kami order set combo untuk 2 orang. pastu siap add-on 3 mangkuk Mushroom Soup lagi... Set Pizza Italy ni didatangkan bersama 2 jenis Spaghetti (boleh pilih) dan pilihan topping pizza pulak ada 3 jenis dan dapat gak 4 keping Garlic Bread (Italiano Bruschetta) bersama 2 gelas pepsi!

kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Untuk pizza, jaa pilih topping Romano Chicken Pizza


 


Untuk pasta kami pilih Pesto Chicken Spagetti




Yang ini pulak Garlic Bread (Italiano Bruschetta). Tapi yang aku peliknya, dalam iklan aku tengok garlic bread tu semacam ada 1 mangkuk kecik sos, pastu dalam iklan roti tu macam ada cheese... tapi awat yang aku punya takde sos, takde cheese??? bentuk roti pun bukan segi tiga... ishk, lain bebenor hidangan fast food nih berbanding dalam iklan!!!! sos merah yang dia letak kat atas roti tu sebijik rasa macam kuah spaghetti bolognaise! tak sedap langsung lah bagi aku!


 kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Errr....Sedap ke PIZZA ITALY yang baru ni??? iya. hok ni memang sedapppp. aku nak puji melambung tang pizza nih... 5 bintang penuh aku kasi! makan panas-panas memang sedap sungguh... aroma yang wangi, roti yang lembut, cheese yang penuh buat aku rasa nak repeat again order Pizza Italy ni... mabelesss... sangat best di tekak kampung aku!

kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Muka ceria kami pada hari ituu... hehehee.... 


 


Tapi aku ada 1 pengalaman tak molek ler masa kat Pizza Hut KBMALL ni... servis dia pada malam tersebut memang tersangatttt memanaskan hati dan mood aku... kenapa? coz servis pizza hut kbmall LEMBAB GILA!!! sakitttt sungguh hati aku.

Dan bukan aku jer... 2 meja pelanggan lain juga merasa benda yang sama gak... pizza mereka pun lambat sampai... dan mereka pun tak henti2 membebel sama macam kami.. air dan side dishes memang cepat je sampai, tapi tang pizza tu lembab! takkan tukang buat pizza sorang jer malam tu? tak mungkin!

Hampir sejam nak tunggu diorang serve seketul pizza. gila!! mekdi adik aku, kehepsi adik aku, spaghetti ngan mushroom soup dah lama licinnn kitorang bedal... air pun dah tinggal hujung-hujung kami sedut... tapi pizza tak jugak sampai... heeiii panassss betul hati....

kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Last sekali hampir dekat pukul 10.10pm (mall dah hampir tutup) baru lah pizza kami sampai setelah berkali-kali aku duk tanya, mana pizza kami? sampai je pizza aku ngap sekeping, adik aku ngapp sekeping dah tu yang lelain kami bungkus...

Acaner nak makan? air dah licin, segala yang lain dah licin... kbmall pun dah nak tutup masa tuh.. lagipun aku pun panas hati ngan sorang staff kat situ yang angkuh giler.. layan kami dengan mencuka! aku tak tahu kenapa. agaknya dia stress kena marah ngan ramai pelanggan malam tu kot.. ke ko period dik?

Tobat aku takmo dah ke Pizza Hut Kbmall!!! lepas ni kalau nak beli pizza hut, aku akan gi ke Pizza Hut Delivery (PHD) aje... coz bagi aku servis Pizza Hut Delivery memang cepat!!! makan kat situ terus pun boleh, nak tapau pun bolehhhhh....!!



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

29 April 2014

Jenjalan Ke Taman Tengku Anis Kota Bharu



ALAMAKKKK!!

Tak sangka pulak entry yang jaa post mengenai Pertandingan Bina Badan ramai yang geli nak tengok. ada yang takleh tengok body cik abang ketak-ketak rupanya.... hihi... im sorry dear.... jaa tak tahu pulak ada yang geli ngan body builder... (^_^)

Okehhh.. takpe... hari ni jaa nak post gambar kami 3 beranak lak... jangan ada yang kata geli gak sudah ler... ekekeke.... ekceli masa ni kami ke Taman Perbandaran Tengku Anis. saje mai sini untuk rewards fikri yang dah sembuh dari Chicken Pox!! kami ke sini selepas tengok pertandingan Mr.Newfort Kelantan 2014 hari itu lah...


splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Agak lama juga kami tak kesini. last pergi ialah masa fikri umur 1tahun 9bulan dan masa pestaim bawak fikri kesini ialah masa umur dia 8bulan masa tu dia baru pandai merangkak aje... klik ler kalau nak baca semua entry-entry lama masa fikri kecik ya... hehe..




Memula masuk jer dah boleh nampak di bahagian kiri penuh orang duk kerumun main air (taman tema air mini) jaa hari tu tak bagi fikri main air. kami datang hari tu nak rilex-rilex jer... lagipun kalau nak main air, kami lebih suka ke Water Splash di Taman Indera nun...




Tengok di sebelah kanan lak... penuh duk kerumun menan Soopa Doopa ni... amboiii dah ada pembaharuan nampaknya di Taman Tengku Anis ni... bagus laa begini, baru ada aktiviti sikit untuk anak-anak bermain...


splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Soopa Doopa di Taman Tengku Anis ni kalau nak main kena bayar RM5.00 sahaja untuk setiap kanak-kanak. untuk makpak free kot sebagai penjaga. tapi jaa tak konfem lah pulak, sebab lupa nak bertanya. fikri takmo main benda ni. penakut!!!

 splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Petang tu kami just jenjalan ke Taman Rusa yang ada kat situ. taman rusa ni kecik jer pun. tapi okey la wat lepas gian untuk anak-anak tengok rusa ni.... al maklum ler di kelantan ni kan takde Zoo. duluuuu ada gak mini zoo di Kuala Krai, tapi dah lama tutup.. seronok tengok fikri happy kat sini... siap duk hulur daun kering lagi kat rusa tu... time rusa nak ngappp dia lak lari... penakut betul dia!




Petang tu gak... kami naik Kereta Kuda ni... memang ada pembaharuan la kat sini.. dulu mana ada menan kete kuda ni... so kami tak lepaskan peluang.... sekali naik RM5 untuk dewasa. kanak-kanak FREE. so kami bayar RM10 untuk dua orang... dapat ler pusing-pusing 3 round... lebih kurang 7-8 minit gitu.. jadi ler kan... 

Fikri heppy betul time ni... katanya dia "Adik macam Celek (Shrek)" aku memula agak pelik kenapa dia cakap macam tu... pastu en.suami explained kat aku yg dalam citer Shrek kartun hijau tu ada naik kereta kuda begini... amboiii kuat gak daya ingatan dia... ermm... nampaknya sel-sel otak sedang berhubung lah tu... ekeke...


splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Lepas tu kami singgah kat tempat menan ni pulak... seronokk fikri.... ye laa jaa bukan sokmo bawak dia kesini... itu yang happy kepalang tuuu... tapi sejak dari kecik dulu untill umur dia dah 2 tahun 7 bulan ni fikri masih jugak lagi takut nak main gelongsor tu... dia just naik kuda olok-olok tu je lah...


splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Mak budak pun turut happy sama... ekeke.... mak yang over eksaited nampaknya kan?? hahaha. kat Taman Tengku Anis ni luas gak tempatnya.. okey la untuk riadah bersama family. ada trek jogging, ada taman air, ada menan gelongsor ngan buai, boleh naik kereta kuda, ada game soopa doopa... dan kalau nak yg lebih extreme ada gak Paintball. tapi hok ni aku tak penah lak main or tanya berapa harga dia... so aku tahu tahu... 

Aku benornya rasa nakkkk sangat berharap agar satu hari nanti di kelantan ni ada Waterpark macam kat tempat lagi... waterpark macam A Famosa Wonderland ke... waterpark macam kat Lost World Tambun tu ke... macam Bukit Gambang Waterpark ke... hrmmm agaknya bila ler nak ada yer?




Letihhh layan fikri main, makpak pon merilex bantai bersila kat situ sambil selfie! fefeling zaman bercinta katanya... hahaha... ye laaaa kat sini pun port kami dating gak dulu nih... tapi bukan selalu laa.. rasanya dua kali jer kot mai sini dulu... heee!

Sila muntah darahhh ler ye tengok gegambar kami yang mintak penampar tu... aku mulanya posing elok jer... maintain senyum fefeling cun melecunggg... sudahnya gambar aku jadi huduh bila en.suami sibuk duk kunyah keropok goreng tanpa henti.. itu yang senget benget habis mulut dia.. takde yang senyum molek!

Aku pun apa lagi... alang-alang 4-5 keping gambar yang duk snap jadi huduh... aku terus huduhkan semuaaaa.... kunun pose candid... hahahahahaaa.... korang layan jer laaaa ekkk.... (^_^)



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

28 April 2014

Pertandingan Mr. Newfort Kelantan 2014 (Badan Cantik)



extreme gym, main gym, mr kelantan 2014, mr newfort kelantan 2014, mr universe, pertadingan badan cantik, pertandingan bina badan 2014, solid gym, sukan bina badan,


Pertandingan Bina Badan 2014 bagi merebut gelaran Mr Newfort Kelantan - Badan Cantik 2014 telah diadakan di Dewan Sutera Emas di Hotel Sutera Inn Kota Bharu Kelantan pada hari jumaat 25 April baru-baru ini.





Jaa pun tak ketinggalan datang menemani en.suami yang minat dengan Sukan Bina Badan ni. en.suami jaa duluuuuu sebelum kawin memang agak aktif main gym. bukan setakat bermain... dia juga pernah kerja part-time di Solid Gym (berhadapan Maybank Wakaf Siku) lebih kurang 2 tahun gak rasanya kot. 2007-2009.




Tapi keje part-time tu berakhir setelah owner gym tu dah menjual segala peralatan gym tersebut kepada orang lain. owner Solid Gym dulu ialah Abang Wan (Anggota Pdrm). dulu petang sampai ke malam suami jaa abiskan masa di gym aje... gambar atas tu rasanya disnap semasa owner Solid Gym (yang bermisai) bertanding untuk gelaran Mr Kelantan 2006 rasanya kot. lupa sebab dah lama!




Tapi sekarang ni dah lama en.suami jaa tak ke gym.... ada gak lepas gian angkat besi di Extreme Gym di Pengkalan Kubor.. tapi itu pun jarang-jarang jugak... aktiviti bina badan (body builder) ni memang hobi no.1 dia sejak dari dulu.... dulu badan dia agak tough juga tapi sekarang dah lainnnnnn banyakkk dah... ini gambar latest dia masa aktif ke gym di pengkalan kubor sekitar 4-5 bulan lepas... 


extreme gym, main gym, mr kelantan 2014, mr newfort kelantan 2014, mr universe, pertadingan badan cantik, pertandingan bina badan 2014, solid gym, sukan bina badan,


Disebabkan pertandingan bina badan ini diminati suami jaa, makanya hari jumaat lepas kami 3 beranak pun pergi ler ke Sutera Inn untuk tengok acara ni berlangsung.. seronok gak tengok gelagat abang ketak-ketak duk tayang body kat sini. pelbagai gaya, pelbagai reaksi. ada gak yang cukup mencuit hati.. hehehe...

Pada hari tersebut terdapat 7 kategori yang dipertandingkan.... tapi kitorang hanya sempat tengok untuk kategori pertama sahaja iaitu >70kg terbuka. yang lelain tak sempat tengok sebab kami nak ada hal lain pada petang tuh..


extreme gym, main gym, mr kelantan 2014, mr newfort kelantan 2014, mr universe, pertadingan badan cantik, pertandingan bina badan 2014, solid gym, sukan bina badan,


Seramai lebih kurang 25 peserta rasanya untuk kategori pertama ni. bila dah sesiap posing untuk 5 posisi diorang akan dipilih untuk TOP 10 yang terbaik... pastu dari 10 peserta dia akan memilih sehingga TOP 5 pulak untuk menentukan sapa yang bakal no.1 - no.5.


extreme gym, main gym, mr kelantan 2014, mr newfort kelantan 2014, mr universe, pertadingan badan cantik, pertandingan bina badan 2014, solid gym, sukan bina badan,


Top 10


extreme gym, main gym, mr kelantan 2014, mr newfort kelantan 2014, mr universe, pertadingan badan cantik, pertandingan bina badan 2014, solid gym, sukan bina badan,


Top 5


Jom tengok TOP 5 bagi kategori >70kg terbuka ini berposing untuk 5 posisi. agak-agak siapakah pemenang no. 1, no.2 dan no.3 bagi kategori ini ya??? cer teka!


extreme gym, main gym, mr kelantan 2014, mr newfort kelantan 2014, mr universe, pertadingan badan cantik, pertandingan bina badan 2014, solid gym, sukan bina badan,


pose pertama


extreme gym, main gym, mr kelantan 2014, mr newfort kelantan 2014, mr universe, pertadingan badan cantik, pertandingan bina badan 2014, solid gym, sukan bina badan,


pose kedua




pose ketiga




pose keempat




pose kelima





Siapakah pemenang?



Peserta sebelah kanan mendapat nombor 1. peserta sebelah kiri pula mendapat nombor 2, dan peserta tengah mendapat no. 3. hrmmm... keputusan yang sangat memuaskan hati. ternyata pengadil memang telus...!! tapi sayang pic yang jaa snap masa ni gegar nam-belas. nerbes sebab jaa berdiri betul-betul hadapan stage. segan orang duk tengok2. muehehe (^_^).


 


Setelah selesai kategori ni... kitorang terpaksa tinggalkan dewan sebab kitorang dah janji nak bawak fikri jenjalan ke Taman Tengku Anis petang tu.. apapun sebelum balik sempat jumpa pemenang no. 2  (kiri) dan no.3 (kanan). makanya sempat laa bergambar sekeping dua. Peserta tag 48 tu menang Mr. Cool juga pada hari tersebut (anugerah khas).


extreme gym, main gym, mr kelantan 2014, mr newfort kelantan 2014, mr universe, pertadingan badan cantik, pertandingan bina badan 2014, solid gym, sukan bina badan,


My laki pun over eksaited nak tunjuk muscle dia... kekeke... baideway, jangan pelik pulak ya, bila seorang yang kedingggg macam aku berbicara pasal Sukan Bina Badan. hehehe. ini minat laki aku. bukan minat aku. tapi aku story kat sini sebab nak share ngan korang yang mungkin nak tahu, cemana rupa abang ketak-ketak bila bertanding untuk Badan Cantik. kekeke.




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

27 April 2014

Jom Make-up Guna Foundation Maybelline



alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


"Nampak flawless... takde jerawat..."

 
No, No, Nooo...jangan tertipu! kulit muka aku tetap ada masalahnya yang tersendiri okey... berminyak itu dah semestinya.... especially di bahagian T-Zon (tetengah antara pipi + hidung + dahi + dagu). jerawat kekecik pun banyak... nak lagi kalau time preggy period... time period jerawat akan naik sebesor alam... segar bugar bagai di letak baja hokey... uuuu sedihh!!!


 


Selain tu.... bintik hitam pun banyak dekat hidung ni haa... maybe dalam gambar korang takkan nampak sebab berjaya di lindung oleh kamera 360 ku... dan mungkin jugak berjaya di hilangkan oleh radar camera aku yg di setting "beauty face" by Note 3. hahaha....!!!




Tengok jauhhhh mungkin tak perasan. tapi bila di tilik dedekat. memang ado. kesan jerawat lama pun ado.  sumpah tak tipuu.... segala cela berjaya ditutup ngan make-up setebal pat inci... paling tidak pun sebab effect gambar yang dah di edit dulu di Instagram... wehihi...


 alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


Nak tutup cela? jom tepek foundation!!!


Fyi, aku tak guna Cream BB untuk muka untuk tutup cela. aku lebih prefer guna Foundation Jenama Maybelline. dalam stok make-up aku, aku ada Dua Jenis Foundation Maybelline nih. hok paling best hok kiri tu Dream Mate Mousse. hok ni tekstur dia walaupun huduh pada luaran... tapi mudah untuk kita pakai... tak bercapuk... lembut dan cepat menyerap.... sesuai untuk kulit aku yang berminyak ni...


 alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


Tapi.... hok ni ada kelemahan-nya gak... hok ni takde perlindungan UV. zero. tak macam Foundation Pure Liquid Mineral tu (yg dlm botol). hok tu ada SPF 18. bagus untuk kulit coz ada perlindungan UV. dan hok dalam botol best pakai... tapi kalau tak kena cara... mudah bercapuk... wehihi.... TAPI... kalau kena cara memang akan nampak sekata... .


 alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


Banyak beza dedua foundation ni even dari brand yang sama. tekstur sangat berlainan... namun hasilnya tetap terbaik.... harga? Foundation Dream Matte Mousse (kanan) RM36.90 (18g). kod kaler hok ni OC2. Foundation Pure Liquid Mineral (kiri) tu pulak RM45.90 (25ml). dedua beli kat Watson. Hok kanan tu sedap di pakai... tapi... silap pulakkkk aku ter-beli yang kaler gelap sangat (Medium - Natural Beige). pasni kena tukar kaler yang lebih cerah sikit. hehe.


alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


Selepas foundation... nak tepek apa lagi???


Dah siap oles foundation dengan rata.... dah boleh tepek bedak two way cake dari Miyami atau dari Pixy ni... dedua jenis ni aku pakai... dedua molek... nak nampak putihhhh cerah boleh tepek Miyami... kalau nak nampak gelap sikit (ala natural beauty) aku tepek Pixy... idok ler kaler tangan ngan muka jauh beza... ye dakk??

Aku pakai bedak ni dengan span basah... baru lah tak bercapuk... letak tebal sikit takpe... boleh tutup jerawat dan cela-cela yang ada.... hehehe.... harga bedak Miyami biasanya RM19.90. beli dekat Cosway tuu haa... kod bedak Miyami hok aku guna ialah 01-Light.

Untuk Bedak Pixy pulak aku beli yang refill jer... RM10.90... beli kat Watson jugak. kaler yang aku guna ialah Natural Beige. hok dalam gambar sekali dengan bekas Pixy ni yang member aku punya.. aku pinjam sebentar nak tunjuk cemana rupa bedak Pixy ni tuuuu jer... (^_^)


 alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


Dah siap berbedak... boleh letak eye-shadow pulak... eye shadow pun aku guna yang Maybelline... harga hok ni RM26.90. beli kat Watson. kaler eye shadow aku suka pilih jenis gelap , purple brown mix dengan gold gitu... simple gini jer kaler eye shadow aku... tak gheti aku nak match ngan kaler yang terangggg... tak konfiden... muehehe....


 alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


Pastu bubuh Eyeliner Avon (RM12.90). aku suka eyeliner style pulasss ni. jujur aku cakap aku tak gheti pakai eyeliner hok macam pensel tu... ala yang guna sharpener tu... aku suka hok ni sebab lebih mudah...




Untuk eyeliner aku suka bubuh tebal dan teranggggg.... kasi mata aku jadi garang bak burung hantu kelaparan... hahaha.... atas bawah aku letak.... kasi besorrrr sikit mata aku yang sedia besor tuuuu... heee! bajet cun ler tu bila bermata besar.... (^_^) fefeling gadis korea katanya.... lalala....


 alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


Pastu buh pulak maskara... hok ni aku kekadang skipped... sebab nanti bulu mata aku akan bersentuh ngan cermin mata aku.. pastu nak berwuduk pun lambat.. sebab kena cuci dia dulu.. so aku tak suka.... tapi time rajin aku pakai gak.... especially bila aku pakai lens.. hah... time tu memang aku pakai kasi tebal dan kasi lentikkkk punya.... feeling CikTa katanya... haktuihhh!!

Kalau nak bulu mata lebih lentik sila guna : Maybelline XXL Mascara

Pastuh.... kalau korang suka... korang boleh letak secoet blusher @ pemerah pipi. aku pulak suka skipped gak.. tak suka ngan blusher coz pipi aku dah sedia membulat time aku sengih.. sangat tak comel bila letak blusher... kalau aku letak pun nipisss giler kot... tak sesuwaiii ler ngan pipi aku bak kata Kak Engku...


alas make-up, beauty blogger, cara make up yang mudah, cara nak make up, foundation maybelline, lipstik watershine maybelline, tips cantik, tips make up, tutorial make up,


Part last sekali.... jom kita letak lipstik... lipstik aku guna dua brands jer.... Avon dan Maybelline... setakat ni dua jenis ni yang serasi... bibir aku ni jenis sensitif... kalau tersalah guna lipstik.. bibir aku akan menggelupas.. tu yang aku hati-hati sikit bab lipstik...

Dannnn kalau korang nak tahu... aku dan lipstick memang tak boleh dipisahkan... nak kemana-mana mesti calit lipstik dulu.... letak secoet pun jadi.. asalkan letak... hihi... hingga aku di sindir oleh officemate aku... katanya "Orang yang suka pakai lipstik ni... dia takde keyakinan diri" pangggg... satu tamparan kiasan yang hebakkk untuk haku... hoho...

Tapi aku ada alasan yang agak logik...

Aku suka pakai lipstik sebab bibir aku jenis pucat sokmo. kalau terlupa pakai memang aku akan nampak sangattttt lah peliksss!! dah macam rupa orang sakit... ahahahaha.... thats why aku kena letak jugak walaupun sedikit.... rasa tak sempurna bila keluar rumah tak letak gincu...

Huk alohh... perasangggg cunggg lewtewww... wekkkk!!




Okey lahh setakat itu sahaja dulu yang aku boleh kongsi ngan korang Bagaimana Cara Make-up Yang Mudah dan Simple mengikut cara aku... tepek foundation, tepek bedak, dah boleh tutup segala cela yang adooo... ini kiranya cara make-up yang simple dan cepat...

Tang nak andam kening ke... nak shading-kan hidung ke... nak make-up mata jadi Smokey Eyes macam Avril Lavigne ke... hok tuh memang aku tak pandai... nak make-up cecantik macam Baby Doll ala-ala gadis Korea pun aku tak pandai hokey... so jangan tanya akuuuu...


Korang pulak pakai Foundation dan Bedak apa? jom laa share...



DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...