kelab blogger ben ashaari, KBBA,

23 June 2014

Bajet Cun Ke Dik??









Bajet Cun Ke Dik??? dah pandai posing anak mama ni. kadang-kadang aku lak tersenyum sensorang, bila fikri duk bersandar di pintu atau dinding, dia akan cakap "Ma, Amik Jambar!" (translated : mama, amik gambar) amboihhh kelasss kau dik... dah pandai arah mama amik gambar lagi tu.... huhu... like mother like son nampaknya.... wehihi....




22 June 2014

Gambar Remaja OKU Sebelum Terbiar (Copy Dari FB Mak Dia)




gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,

gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,

gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,


Gambar-Gambar Adik Muhammad Firdaus iaitu Remaja OKU yang terbiar ini jaa amik dari Facebok milik mak dia. (http://www.facebook.com/imashima.lola) jaa dapat tahu facebook milik mak dia ni dari FB jugak... ramai yang share link FB mak dia ni, di kotak komen Pages Metro Harian Online.

Pada pandangan jaa, agak comel juga Adik Firdaus ni semasa kecilnya, putih dan agak berisi. bukan jenis kurus kering sejak azali. hrrmm.. bagai langit dengan bumi kalau nak tengok dengan pic dia yang tersebar sekarang ni. sangat tragis dan memilukan hati.


 


Jaa pada mulanya tak percaya juga, itu adalah Facebook Ibu Muhammad Firdaus ni, tapi bila di belek-belek gambar dalam album FB mak dia tu, memang sah ianya betul. cuba korang perhatikan kerusi roda di dalam gambar atas ni (yang aku bulatkan), nampak sama kan dengan kerusi roda di pic pertama entry ini???


gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,


gambar oku ketika sihat, gambar remaja oku sebelum terbiar, remaja oku 15 tahun, remaja oku, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung,


Dan ini antara gambar-gambar perkongsian Mak Firdaus ni di FB - Imashima Lola. jaa malas pulak nak save dan upload satu demi satu. jaa printscreen semua je terus.... gambar-gambar atas ni, menunjukkan mereka ini agak saling menyayangi juga kan? seperti bahagia sahaja...




Tapi mengapa begini kesudahannya??


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.... apapun seperti yang jaa tulis di post pertama pagi tadi KAT SINI, sama-sama kita doakan kesejahteraan budak ni. semoga dia cekal dan tabah untuk meneruskan hidup. apa jua alasan mak dia, biarlah dia tanggung... Allah saja yang tahu semua cerita sebenar...

Kita doakan yang terbaik untuk mereka. jangan terlalu ikutkan perasaan mencerca dan maki hamun.. menegur biarlah berhemah, memberi komen biarlah beradab, jangan kita pula terpalit dosa kerana dengan umpat keji terhadap mereka... Allah ada, biar mereka jawab dengan Allah nanti... 


INGAT, Jadikan Tauladan. Wallahualam.



Remaja OKU di Temui Kurus Kering






[Remaja OKU di Temui Terkurung]


“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” 


“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,”


“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” 





~Kenyataan Ibu Mangsa, Lola 40 Tahun.~



remaja oku 15 tahun, remaja oku dikurung, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung, remaja oku, oku di temui terkurung

remaja oku 15 tahun, remaja oku dikurung, remaja OKU ditemui terkurung, remaja oku terkurung, remaja oku, oku di temui terkurung
 
 
Terasa bagaikan tidak munasabah segala pengakuan dan alasan yang di berikan oleh Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lola itu. (tak masuk akal). kesian sungguh pada Muhammad Firdaus ni.... dengan keadaan fizikal yang kurus kering, terpalit najis di badan, kepala. baju pula mereput di badan, membuatkan kita tertanya-tanya sejak bilakah dia di biarkan begini???

Jadikan kisah ini sebagai satu iktibar dan satu pengajaran untuk kita semua... sedih sungguh hati, dah macam kanak-kanak di Somalia pulak aku tengok... Allah saja tahu... marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan adik Firdaus ni. semoga dia cekal dan kuat untuk meneruskan kehidupan.




21 June 2014

Jaakechik Blogspot Wujud ??



Aku start aktif berblog bermula pertengahan Februari 2012. kiranya sekarang ni dah masuk 2 tahun 4 bulan aku aktif berblogging. entry yang aku dah post setakat ni dah hampir 1000 dah. ye ke ni? ermm, betul la tu... baru tadi aku check...

928 entry telah di published!! Pageviews juga hampir mencecah 1 juta....!! Huiiyooo... dah banyak rupanya entry aku tulis. eh, apa yang aku duk merapu selama ni yekk? bhahaha...

Baideway aku bukan nak citer pasal jumlah entry blog aku mahupun tentang Pageviews... tapi aku nak citer pasal menda lain. jom baca lagiii.....


 


Kelmarin, aku sesaja godek google. try masukkan URL : http://jaakechik.blogspot.com  saje aku nak check samada URL tersebut available ke tidak.. adakah dah ada orang yang guna atau belum? tapi sekali tengok... terpampang gambar aku daaa..... 

Aku dah macam "Eh, blog aku ke? Bila aku create? Apa password? Apa email?" seriyes, aku betul-betul lupa yang aku penah create blog menggunakan URL tu. tak sangka Allah gerakkan hati aku untuk check pasal menda ni kelmarin. sebelum ni tak penah pulak aku nak check!

Blog tu memang blog aku rupanya. tapi 1 entry pun takdak. aku pun try reset password blog tu semula dengan masukkan email aku yang lain (jaakechik@rocketmail.com). alhamdulillah, aku berjaya reset after google sent code di no.fon aku. nasib baik aku ni jenis setia ngan nombor phone lama. so boleh ler reset ngan mudah. kalu takkkk, haruuuu beb!!

Aku betul-betul tak ingat apa password dan email untuk blog ni. mujur lah jugak aku ni jenis tak banyak email. hanya ada dua je yang betul-betul aktif. so agak senang untuk aku trace apa email blog tu. aku ni jenis malas nak create bebanyak email. cukup ler 1 untuk FB dan 1 untuk blog.


 


Bila aku check dekat profile, terpampang gambar aku... rasa nak gelak terguling-guling bila tengok profile picture untuk blog ni. siap tepek gambar passport kauuu... skema betul... bhahaha... dan kat situ jugak tertera yang blog tu di create sejak Februari 2010 lagi....?

Siap tulis pekerjaan Dr.Drugs lagi tuuu.... What the fishhh???

Sungguh rasa macam tak percaya. ingatkan Blog Jaakechik ini blog pertama aku, rupanya yang jaakechik blogspot itu yg pertama. Feb 2010. blog www.jaakechik.com ni pulak, aku create pada Julai 2010, dgn menggunakan URL: http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com (url asal). ~kunun untuk bisnes!

Aku takkan biarkan blog (http://jaakechik.blogspot.com) tu kosonggg... insyaALLAH aku akan pikirkan apa yang patut aku buat dengan blog tersebut. aku akan cuba cari Niche yang sesuai. segalanya masih dalam perancangan. apapun jemput follow bagi yang sudi yer.... ada masa nanti aku cantikkan blog tuuu....!!!



20 June 2014

PJJ USM Tahun Dua - Tinggal Kenangan



PJJ USM Untuk Musim Tahun Dua kini tinggal kenangan. aku dah merdekaaaaaaa untuk tahun dua ni. final exam dah habis Ahad lepas (15/06/2014). syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. semoga aku mendapat result yang baik. terima kasih gak pada semua yang mendoakan aku....!



discussion untuk siapkan assignment semasa intensif


kuliah di Dewan Tunku Syed Putra (DTSP), Kampus Induk


Berkumpul di luar dewan utk Peperiksaan Berterusan (PB)


suasana dlm dewan Peperiksaan Berterusan (PB) semasa intensif


Kuliah / SidangVideo di Pusat Wilayah


Dewan Final Exam di Pusat Wilayah Kota Bharu


Study with my officemate (Suriana)


Study again with Suriana...penuh jajan....heee...!


Semoga berjaya mendapat segulung ijazah ye JAAKECHIK...!!


Brekfes di Cafe Nurani sebelum final exam


Hati Nervousssssss.... tapi bab makan tetap lajuuuu...ekeke...


Geng PJJ USM di Pusat Wilayah Kota Bharu


Batch 2012/2013 Sains Kemasyaratan (Antropologi-Sosiologi)


Galak sakan setelah exam tamatttt...yeay merdeka...!!!


1 batch....1 jabatan....1 negeri.... 1 group assignment...!!!


Semoga segalanya berbaloi.... semoga aku berjaya mendapatkan segulung ijazah dengan pointer yang molek... terima kasih my en.suami coz support isterimu ini... terima kasih gak buat Ana coz selalu bekerjasama untuk siapkan tugasan kita.... 

Aku sebenarnya tak tahu nak happy ke nak sedih ni. dalam hati Allah saja yang tahu. tak sangka, rezeki aku lebih murah after kawin, dapat keje selepas setahun kawin, dapat sambung belajar pun selepas kawin and selepas ada anak, ternyata Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk aku... 

Sesungguhnya rezeki itu rahsia Allah!! ~touching!!

Dalam kita merancang, Allah pun merancang untuk perjalanan hidup kita. tup tup dah tamat 2 tahun pengajian aku. ada dua tahun je lagi. walawehhh, macam tak percaya pun hadooo.... bulan 8 ni dah bergelar Student PJJ USM Tahun Tiga koooo....!!!

Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk tamatkan pengajian yang berbaki 2 tahun ni dengan baik tanpa extend, tanpa repeat paper and so on. semoga diberikan kesihatan yang baik gak. Allahurabbi.... Terima kasih Allah... Terima kasih Allah...!!!


19 June 2014

Jari Fikri Tersepit Di Rantai Basikal



masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Fikri sekarang ni dah masuk umur 2 tahun 8 bulan. sepanjang umur dia ni, aku bersyukur sangat sebab dia agak mudah di jaga dan tak mendatangkan masalah buat kami sekeluarga. i meant takde masalah kesihatan, takde cacat cela, dan aku rasa bersyukur sangat sebab Allah berikan aku anugerah yang tak ternilai ni.

Tapi pada hari Ahad lepas, aku ralat sangat... tetiba rasa diri ini careless... menyesal berpanjangan..! terasa aku ni cuai sangat dalam menjaga amanah Allah... nak tahu kenapa aku rasa macam tu? sebabnya, tetiba jari kelingking fikri boleh tersepit dalam Rantai Basikal...!! buat aku rasa macam "Eh, kenapa aku cuai sangat ni?".


masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Al-kisahnya gini.... hari Ahad lepas adalah hari terakhir aku Final Exam PJJ USM untuk tahun dua. makanya malam tu aku gi melepak rumah parents aku. makan-makan, borak-borak, pastu tengah duk sembang ngan adik-adik aku tu lah, fikri tersepit jari di rantai basikal. masa kejadian adalah 11pm lebih.

Puncanya, aku ralit! aku langsung tak perasan yang fikri duk main-main ngan pedal basikal fixie milik adik bongsu aku tu. basikal tu memang di letakkan dalam rumah. sebab adik aku jarang guna. dia sayang basikal dia ni. takut kena curi punya pasal, dia simpan dalam rumah.


 masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Fikri ngan sepupu dia yang sebaya gi main-main kat basikal tu.. aku pulak langsung tak perasan. sedar-sedar je dia menangis agak kuat. terkejut aku tengok jari dia tersepit kat celah rantai basikal tu. En.yie pun gigih kuarkan tangan fikri... bila dah keluar, aku tengok jari kelingking fikri kemek...! dah macam lempeng..! aku terus mintak minyak gamat ngan parents aku untuk lumur kat jari fikri. 

Fikri meraunggggg kuat betul... hingga aku pun jadi nervous dan blurr tak tahu apa nak buat... lastly kami laki bini decided nak bawak ke Emergency Room di Hospital Besar Kota Bharu (HRPZ11). makanya, aku pun bergegas drive kete menuju hospital. hampir sejam kami kat hospital.

Meraungggg tak henti-henti si fikri tu. puas pujuk... tak jalannn...! aku tahu dia sakit sangat-sangat, ko bayangkan bila jari kita tersepit pintu kereta dengan kuat... sakit ke tak sakit? hah, gitu lah jugak bila tersepit jari di celah rantai basikal ni... rasanya, yang ini lebih perit sakitnya kot! 


 masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Sesampai di Emergency Room, terus nurse kat situ masukkan ubat tahan sakit melalui bontot.... aku masa tu, tengah cari parking, so En.Yie ler yang temankan dia kat dalam dulu... bila dah parking kete barulah aku masuk cari fikri.. meraunggg tak henti-henti jugak lagi... masa kat hospital tu aku tengok jari fikri dah tak kemek... dah kembali ke bentuk asal... cuma nampak macam pecah darah jer...

Pastu Doktor suggested untuk X-Ray tangan dia untuk tengok tulang tu retak atau patah. kami ikutkan saja. tapi time nak X-Ray tu ya hampunnn, dugaan sungguh lahai... fikri takut ler pulak nak letak tangan kat papan X-Ray tu.. puas memujuk... bising bilik X-Ray malam tu..

Kena pulak staff X-Ray tu jenis masam mencuka, lagi la buat aku rasa nak lempang laju-laju muka mamat tuh... dia sakit hati agaknya bila fikri duk meraung tak henti-henti.. nampak tak mesra alam langsung... sikit pun tak pandai amik hati patient... dia siap tinggikan suara lagi kat fikri... eh, bengkak sungguh hati aku malam tu...




Lepas siap sumbat ubat tahan sakit dan siap X-Ray, fikri dibenarkan balik... doktor bekalkan 1 botol Paracetamol untuk tahan sakit... sedang kitorang menunggu untuk amik ubat, fikri pun tertido atas bahu abah dia. lena sungguh dia tido, maybe penangan ubat tahan sakit tu kot. dia tido sehingga ke 10 pagi esok...! lama betoi...!

Aku pulak masa kat hospital, memang dah sesiap SMS bos aku cakap aku nak apply cuti. malas nak hantar ke rumah pengasuh bila dia sakit macam ni, aku nak jaga fikri sendiri. coz fikri ni aku tahu sangat dia, kalo sakit atau demam, manja nya memang terlebih... nak berkepit je...

Tapi tanggapan aku salah, pagi tu dia tersedar dari tido bila aku sapu minyak gamat kat jari dia. maybe terasa sedikit pedih, dia pun tersedar. menangis sekejap je pun. pastu start riang semula. langsung tak nampak macam dia "sakit". ceria memanjang..!! aku pun terkejut...!!

Petang pulak, aku bawak dia ke rumah parents aku lagi. then sempat jumpa sepupu sebaya dia yang sama-sama main basikal malam kejadian tu. sepupu dia siap tanya dia, "Haziq, mana tangan hok sakit?". fikri pun tunjuk kat tangan dia kat sepupu dia tu... eh, macam sweet pulak budak dua orang tu... aku pun apalagi cecepat kuarkan henpon snap gambar... hehehe...



Arfan Dani : "Haziq, mana tangan hok sakit semalam??"

 masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,

Haziq Fikri : "Jap, nak cari" (dia lupa jari mana yg sakit)


Arfan Dani : "Haaa...dah jumpa... ni la jari hok sakit"

 masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,

Arfan Dani : "Mana nak tengok...? sakit ke Haziq?"



HAHAHA... gitu la lebih kurang sepasang sepupu yang sebaya ni bercakap. tapi dialog tu aku dah ubah ler.. sebab dedua nya berbahasa German (telor). baideway, syukur sangat takde apa-apa kesan buruk yang berlaku pada jari dia. aku malam tu rasa nerves dah ingatkan tulang jari dia tu patah atau remuk... luluh hati aku malam tu, masa mula-mula tengok. 

Fikri ni, sepanjang umur dia, dia tak penah kena benda-benda pelik. cth : tersepit pintu kereta, minyak panas, air panas or apa-apa yang pelik. itu yang aku ralat sangat tu. setakat tersungkur jatuh tu biasa dah dia. sepanjang umur dia gak, ini lah kali kedua kami bawak dia ke Emergency Room. first time, masa dia umur setahun lebih, masa tu temperature badan dia naik mencanak ke 40C. masa tu lebih kurang 12 mlm gak... doktor sumbat ubat bontot gak...


masalah, sakit, anakku, fikri, haziq fikri, anak hyperactive, hobi fikri, tersepit jari, jari tersepit, emergency room, hospital,


Ohye, sesambil aku citer pasal fikri ni, aku nak ingatkan korang jugak, sama-sama la kita jaga anak kita sebaik mungkin. agar kesihatan dan keselamatan dia terjaga. kerana menyesal kemudia takde gunanya. sama-sama kita saling mengingati. 

Jangan jadi macam 1 kes yang aku baca semalam di status FB Rakan Blogger . kes penderaan kanak-kanak di sebelah rumah dia oleh remaja 14 tahun. budak kecik tu kena herdik, kena maki, pastu ditinggalkan sendirian di rumah. apapun korang boleh BACA KAT SINI cerita tersebut. hati aku terus rasa sebak dan pilu bila baca kisah budak kecik tuuuu.... jangan lupa gi baca ekk...


18 June 2014

Berkelah di La Hot Springs Terengganu



Kolam Air Panas La Hot Springs Terengganu.  Baru jer hujung Mei lepas aku gi... kali ni pergi sekali lagi... together-gether with mertua aku... adik ipar aku dan isteri... pastu anak-anak sedara En.Yie 3 orang... kat sini memang best kalo nak berkelah with family... ada air panas... ada air sejukk... semuanya ori dari sumber semulajadi okey... memang syok laa mai sini...  





Kalau datang reramai gini memang tak sah kalau tak bekal nasik... hehehe... seronok weiii makan bersila atas tikar beramai-ramai kat tepi air terjun... berangin dan sejukk jer... terus rasa nak terlentok... menu hari tu so simple so sedap.... Asam Pedas Tempoyak, ayam goreng, sotong goreng, ulam budu dan sambal belacan... sedap meletopsss babe...!!




Actually, adik ipar aku ni baru balik dari Penang. bercuti 4-5 hari. so, dia plan la suh aku gi jugak kat Kolam Air Panas tu. puas memilih tarikh, asyik tak ngam je ngan jadual exam aku. aku masih di minggu exam masa tu wehh (07/06/2014). kalau ikutkan hal sebenar, memang idok ler aku nak join sama... tapi ingatkan demi mereka... ku turutkan jua... cewaahhh....




Kalo yang tadi kitorang main air sejuk... kali ni pakat berendam dalam Kolam Air Panas lak... ermm... kalau yang aku pergi Mei lepas  aku boley rendam sampai takat dada..,. kali ni cannot le wehh.. terasa air dia hari tu panas gilaa... ntah kenapa... rasa masakkk kaki aku hari tu...!! panass....!! pedihhhhh....!!! merah-merah kaki aku... hukhuk...




Setakat paras pinggang je aku mampu, itupun sekejapan sajooo.... tak sampai 5 minit... dah ngaku kalah... panas seluruh tubuh, rasa berpeluh-peluh satu badan.. bhahaha.... deme yang lain tu, steady je aku tengok.... maintain cungg je menahan panas... ekeke..




Angkut bembarang ke tempat lain lak... kali ni makan sekali lagi... syurga nya.... buleh repeat makan nasi again... padahal tak sampai dua jam pun makan tadi... hahahaha...




tuan blog with new biras (^_^)




anak-anak sedara selfie with ayah su (adik bongsu En.Yie)




bahagian kanak-kanak.. air setakat buku lali je... heee!





Last call....!! selfie beramai-ramai sebelum balik... time ni kan, siryes aku tetiba rasa macam Kalau ada monopod kan best! boleh selfie ramai-ramai.... tak payah nak suruh2 orang... buleh masuk semuanya sekaligus... huwaaa.... bang, bila nak kita nak beli Monopod ni bang??? orang lain dah berkurun guna tau.... hukhuk...


DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...