kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 August 2014

Blog Jual Pakaian Online - Intro


Blog Jual Pakaian Online | Mencari Jubah, Maxi Dress, Blouse atau Skirt yang cantik dan gojes untuk diri anda sendiri? okey, jom dapatkan baju-baju Murah dan Cantik di Blog Jual Pakaian Online milik jaa sendiri di : jaakechik.blogspot.com.

Memandangkan blog tu dah lama terbiar tanpa update. maka jaa dah pikirkan satu hala tuju terbaik untuk blog tersebut untuk jaa mencuba Bisnes Pakaian Online. buat permulaan ni, jaa ada buat stok beberapa helai baju dan skirt. jemput tengok di bawah ini :


blog jual baju online, blog jual pakaian online, blog jual baju murah, jual baju online, blog jual dress online, baju kurung 2014,


Maxi Dress dan Jubah Yang Cantik. 


blog jual baju online, blog jual pakaian online, blog jual baju murah, jual baju online, blog jual dress online, baju kurung 2014,


Skirt Potongan Duyung dengan pelbagai warna menarik


blog jual baju online, blog jual pakaian online, blog jual baju murah, jual baju online, blog jual dress online, baju kurung 2014,


Blouse Trend Terkini Untuk Si Penggemar Fesyen




Setiap baju yang dipamerkan ini berstatus Ready Stock. bukan pre-order ya. sebarang pertanyaan mengenai harga baju atau jika nak buat tempahan, sila hubungi jaa seperti maklumat yang tertera di atas. anda boleh email, PM atau Whatsapp. insyaAllah jaa akan reply ASAP!!! 

Jaa baru jer berjinak-jinak dalam Bisnes Online ni. blog www.jaakechik.com ini masih aktif lagi sebagai my personal blog. jaa akan tetap update blog ni macam biasa. cuma untuk bisnes online, jaa akan update di blog yang satu lagi tu, jaakechik.blogspot.com. jangan lupa terjah blog tu ya...!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

24 August 2014

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger


iPhone 5s gajet impian setiap blogger, contest denaihati, contest iphone 5 denaihati, contest,


iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger  


Aku sebenarnya Pengguna Smartphone Samsung. Aku dah ada Note 3 yang di beli November 2013 lalu. En.Yie pun pakai Smartphone Samsung gak (Note 1). tapi sejak dua menjak ni aku macam "Eh, berkenan pulak kat iPhone 5s Apple nih".

Kenapa? Sebab aku tengok ramai laa yang duk guna iPhone sekarang ni. adik beradik aku pun 3-4 orang pakai Smartphone Apple. jelesss tauuuu!! tengok drama dalam TV pun aku tengok banyak retiss guna Iphone. haii, lagi laa buat aku membuak-buak nak kan Iphone. 

Tapi apakan daya, duit tak berapa nak lebat. pakai Note 3 pun aku dah jadi sengkek gila. usahkan nak beli Iphone 5s yang baru nih. tapi kan, sekarang ni aku rasa Impian Aku Untuk Milikki Iphone 5s bakal jadi nyata jika aku menang Contest Denaihati : iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

Contest Denaihati ni, menawarkan 3 buah iPhone 5s 16GB untuk Blogger yang bertuah. hadoii ada harapan ke blogger picisan macam aku ni untuk menang....? tapi takpe, cekalkan hati. nak join jugak. at least aku dah usaha. ye dakk?? ada yang berminat nak join tak? mudah aje syaratnya. baca kat bawah tu yek!


iPhone 5s gajet impian setiap blogger, contest denaihati, contest iphone 5 denaihati, contest,


Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
  4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
iPhone 5s gajet impian setiap blogger, contest denaihati, contest iphone 5 denaihati, contest,

Kenapa iPhone 5s Menjadi Impian Setiap Blogger? 



1. Untuk Ambil Gambar Yang Sharp dan Cantik

Setiap Entry yang di update oleh Blogger haruslah ada gambar yang terang, sharp barulah menarik untuk dibaca. entry yang diletakkan gambar yang kurang cantik (kelabu / gegar) adalah satu faktor besar mengapa sesebuah blog tersebut mempunyai kurang pembaca. percayalah!

2. Untuk Selfie - Tangkap Gambar Diri Sendiri

Saiz iPhone 5s ni merupakan saiz yang sedang elok untuk sesapa genggam. especially untuk orang yang bertangan kecik macam aku ni. so, maknanya lebih senang untuk aku selfie. genggam sebelah tangan saja. sebelah tangan lagi boleh angkat "Peace". muahaha.

3. Untuk Update Blog Dengan Lebih Pantas

Kalau ada Iphone lebih senang untuk Blogger update blog masing-masing. macam yang aku kata tadi, saiznya yang sedang elok tu, cukup senang untuk blogger. tak perlu kehulu kehilir usung laptop. slim nipis macam iPhone tu, selit dalam purse kecik  pun muat.

4. Puas Hati - Kelebihan Yang Tak Terbanding!!

Makin canggih dan makin hebat Iphone sekarang ni. segalanya di perharui dan kualiti dipertingkatkan. jangka hayat bateri semakin lama. saiz semakin nipis. makin laju katanya. wahh wahhh pendek kata memang produk terbaikkk laahhh... thats why ramai yang tergilakan iPhone 5s ni!


iphone 5s gajet impian setiap blogger



Senarai Sponsor Contest Ini Ialah :



                                       1. http://ejamothman.com
                                       2. http://www.eridy.com
                                       3. http://www.hilalazmi.com
                                       4. http://eizil.com/
                                       5. http://asamboi.my
                                       6. http://www.diarymama.com
                                       7. http://pendekarberkuda.org
                                       8. http://www.saji.my
                                       9. http://abangensem.com
                                     10. http://www.enveeus.com
                                     11. http://www.pakarniaga.com
                                     12. http://anarm.net
                                     13. http://www.daddydee.net
                                     14. http://www.sunshinekelly.com
                                     15. http://sweetkurma.com
                                     16. http://awn.my
                                     17. http://mawarmerah2008.com
                                     18. http://www.blogieta.com
                                     19. http://www.broframestone.com
                                     20. http://www.akmaomar.com
                                     21. http://khairilmazri.com
                

Arwah Syuhada Baharudin (www.syuhada1981.com @ syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.


23 August 2014

Gubahan Hantaran Era Nona



Beberapa hari sebelum masuk bulan Ramadhan, satu-satu-nya abang aku yang masih single mingle (Din Rio) telah pun bertunang dengan gadis pilihan hatinya (Dyla). baideway, gegambar majlis bertunang tu len kali lah aku share eh..


kedai era nona, era nona, cara nak hias barangan hantaran, hantaran kahwin, hantaran tunang, cara nak gubah, gubahan hantaran, era nona kota bharu,


Hari ni aku nak share, gegambar masa aku ke Kedai Era Nona di Lembah Sireh berdekatan Tesco Kota Bharu. ni adalah second-time aku masuk kedai ni, kali pertama aku masuk adalah masa membeli persiapan kawin adik aku setahun dulu.


kedai era nona, era nona, cara nak hias barangan hantaran, hantaran kahwin, hantaran tunang, cara nak gubah, gubahan hantaran, era nona kota bharu,


Aku suka shopping bembarang hiasan hantaran kat sini sebabnya, ada banyak pilihan. harga pun agak affordable gak laa. tak mahal tak murah. standard barangan kawin ler kan. ekceli ada banyak branch Era Nona ni. yang paling besar, dekat Bulatan Jam Besar yang ada Buah Kurma tuh...


kedai era nona, era nona, cara nak hias barangan hantaran, hantaran kahwin, hantaran tunang, cara nak gubah, gubahan hantaran, era nona kota bharu,


Aku saja nak share ngan korang gegambar hantaran ni semua untuk beri sedikit ilham untuk korang dalam menghias barangan hantaran. hehehe. bukan suruh korang ciplak tau. suruh tengok as panduan aje. muehehe. cecantik sungguh hantaran yang diorang hias ni.. geram aku tengok..!!


kedai era nona, era nona, cara nak hias barangan hantaran, hantaran kahwin, hantaran tunang, cara nak gubah, gubahan hantaran, era nona kota bharu,

kedai era nona, era nona, cara nak hias barangan hantaran, hantaran kahwin, hantaran tunang, cara nak gubah, gubahan hantaran, era nona kota bharu,


Aku ke Era Nona ni untuk membeli peralatan untuk deko barangan hantaran tunang abang aku laa... so sempat ler cuci mata tengok hiasan yang diorang display ni... harga kalau beli yang dah siap gubah agak pitam gak hoii... mahal.... but berbaloi laaa sebab shantekkkk...!!


kedai era nona, era nona, cara nak hias barangan hantaran, hantaran kahwin, hantaran tunang, cara nak gubah, gubahan hantaran, era nona kota bharu,


5 set hantaran RM350 after diskaun. wuuu.... pitam... bagi yang mampu boleh ler kan beli yang ready made cenggini... kalu ko kaya, ok larr... bagi yang berbajet ciput, baik ler buat sendiri... simple pun takpe... kalau pandai hias tetap nampak menarik kan.. D.I.Y!! sesapa yang bakal berkahwin tu, tengok lah yer.  boleh jadikan contoh ini sebagai inspirasi... (^_^)



20 August 2014

Pertanyaan Tentang PJJ USM - 2





Kali ni aku nak cerita pasal PJJ USM lagi. entry hari ni aku nak share soalan-solan yang berulang-ulang yang selalu readers tanya. penat jugak aku nak menjawab. so ada baiknya aku kumpul buat entry untuk soalan-soalan lazim tentang PJJ USM. nanti ramai yang boleh jadikan panduan. ok jom kita view :


*********************************************************************************


Soalan 1 :  Saya berminat dengan PJJ USM, tapi saya terikat dengan kerja dan keluarga. boleh saya tahu, adakah saya perlu ke Kampus Induk Pulau Pinang setiap kali kuliah? berapa kali sebulan kuliah PJJ diadakan? weekend atau weekdays? 

Jawapan : Tak perlu ke Kampus Induk. hanya perlu ke Pusat Wilayah. terdapat 12 buah Pusat Wilayah PJJ USM di seluruh Malaysia. termasuk Sabah dan Sarawak. boleh tengok Entry INI untuk senarai PW terdekat anda. mengenai jadual kuliah pula, ianya tak menentu. kadang-kadang 2-3 kali sebulan dan kadang-kadang hanya sekali. ada time weekend dan ada juga time weekdays.



*********************************************************************************


Soalan 2 :  Saya kerja syif, saya kerja tak menentu, jadual sibuk, bla bla bla.... bagaimana sekiranya saya tak dapat hadir ke kuliah. adakah pihak USM akan mengambil apa-apa tindakan terhadap saya?

Jawapan :  Kuliah tak wajib hadir (bagi saya). kuliah hanya berlangsung melalui Sidang Video. Pensyarah mengajar di kampus induk, video tersebut di rakam dan di pancarkan serentak ke seluruh Pusat Wilayah secara live (boleh soal jawab). rakaman video termasuk nota akan di upload dalam E-Learning. kita boleh download dan tengok berulang kali. bagi saya, tak hadir pun takpe. sebab lecturer tak amik kedatangan pun. cuma nasihat aku, baik pergi la sebab banyak faedahnya. ada soalan kuiz, soalan bonus, boleh kenal rakan-rakan baru, etc etc. kalau tonton SV di rumah sorang diri for sure boringgg!! konfem takkan sampai ke penghujung!!


*********************************************************************************


Soalan 3 :  Kursus Orientasi dan Kursus Intensif wajib hadir ke? tak boleh excuse? sebab saya dari Sabah/Sarawak. susah untuk saya ulang alik ke Semenanjung. sekiranya saya perlu pergi ke orientasi dan intensif adakah pihak USM akan menanggung tiket flight @ kos pengangkutan?


Jawapan :  Kursus Orientasi dan Kursus Intensif WAJIB di hadiri oleh setiap pelajar PJJ tak kira student semenanjung, Sabah mahupun Sarawak. kecuali, jika anda ada masalah seperti Sakit kronik, bersalin, excident, or etc. apapun anda perlu maklumkan dahulu kepada Pihak USM (minta kebenaran). segala kos perbelanjaan (tiket/flight/hotel) perlu dibiayai oleh student sendirian berhad. cannot claim marrr!


*********************************************************************************


Soalan 4 :  Bagaimana cara nak apply Cuti Tanpa Rekod untuk belajar PJJ USM? bolehkah terangkan bagaimana prosedurnya? bagaimana pula jika majikan tak benarkan saya ambil cuti panjang untuk hadir pada kursus intensif nanti?


Jawapan : Bagi staff gomen, semua staff akan dapat Cuti Tanpa Rekod untuk ke Kursus Intensif. staff gomen dibenarkan untuk Cuti Kursus Sambilan-CKS selama tidak lebih dari 30 hari. Kursus Intensif dan Final Exam tak perlu menggunakan cuti tahunan (CR). prosedur apply CTR bergantung terhadap karenah birokrasi di jabatan anda. uolls boleh lihat Entry Ini untuk tengok bagaimana cara saya apply CTR. untuk pekerja swasta pula saya tak tahu bagaimana. lain majikan, lain prosedurnya. 


*********************************************************************************


Soalan 5 :  Jika saya sambung pengajian dengan PJJ USM, adakah saya di benarkan untuk mengandung? dan bagaimana pula sekiranya saya mengandung semasa Kursus Orientasi, Intensif atau ketika final exam, adakah saya perlu tangguh pengajian saya?


Jawapan :  Pelajar dibenarkan mengandung. takde masalah untuk mommy yang terpreggy. still boleh hadiri kuliah, orientasi, intensif mahupun final exam. kalau nak extend pun takde masalah. boleh refer ke PPPJJ untuk tangguh pengajian. baideway nasihatku, pada mommy yang teringin untuk preggy, rancang lah tarikh kandungan anda. bulan cun untuk start pregnant adalah sekitar Jul-Ogos. insyaALLAH due date anda takkan jatuh pada musim intensif ataupun musim final exam (so, tak perlu extend). bagaimana nak set tarikh pregnant? meh belajar dalam Entry Ini. bagi mommy yang due date nya jatuh pada musim Final Exam dan Orientasi, kena extend la kot... huhu..


*********************************************************************************


Soalan 6 :  Betul ke syarat apply Program Degree PJJ USM hanya melalui SPM? Saya juga belum ada MUET untuk apply Program Degree. boleh ke mohon PJJ USM tanpa MUET?

Jawapan :  Ya. anda boleh apply PJJ USM dengan menggunakan SPM. saya sendiri apply hanya menggunakan result SPM. MUET kalo belum ada takpe. boleh je amik Exam Muet semasa belajar PJJ. permohonan MUET dibuka 3 kali setahun. boleh apply di http://www.mpm.edu.my . harga no.pin MUET adalah RM100. kena beli di kaunter BSN sekiranya tawaran dah dibuka.


*********************************************************************************

Soalan 7 :  Saya risau tak cukup duit untuk bayar yuran PJJ USM nanti. boleh saya tahu adakah student PJJ USM layak untuk mendapat pinjaman PTPTN atau mana-mana biasiswa? 

Jawapan :  Student PJJ USM boleh apply biasiswa JPA atau Pinjaman PTPTN atau pengeluaran wang KWSP untuk membayar yuran pengajian. anda boleh apply setelah mendapat surat tawaran dari USM. saya sendiri pun apply PTPTN untuk membayar yuran pengajian. berapa ribu dapat? saya dapat sekitar RM1500++ setahun. urusan PTPTN perlu di lakukan sendiri oleh pelajar (usm takkan bantu). pertanyaan mengenai syarat dan prosedur permohonan anda boleh hubungi Pejabat PTPTN berdekatan.


*********************************************************************************


Soalan 8  :  Saya dah dapat tawaran PJJ, masalahnya saya konfius tentang borang-borang yang dilampirkan, saya konfius tentang kod kursus, borang medical check-up dan etc etc, puas saya call nombor Hotline USM di talian 1300 888 876  tapi tak angkat, macam mana nak buat yer?


Jawapan : Sebarang pertanyaan mengenai hal-hal dokumen permohonan, pendaftaran, dan sebagainya anda perlu call ke bahagian Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM (PPPJJ USM) di talian 04-6533888 untuk apa saja pertanyaan atau masalah yang anda hadapi. jangan call nombor Hotline. call nombor rasmi USM, kemudian mohon mereka sambungkan ke bahagian PPPJJ atau bahagian Pengambilan Pelajar.


*********************************************************************************


Soalan 9 : Bilakah permohonan baru PJJ USM akan dibuka? saya bekerja di bahagian Human Resourse (HR), jika saya nak sambung PJJ, apakah kursus yang sesuai dengan saya? apa kelebihan dan kekurangan study PJJ di USM berdasarkan pengalaman Kakjaa?


Jawapan :  Permohonan PJJ USM dibuka sekali setahun. kebiasaannya dibuka sekitar akhir dan awal tahun. tempoh permohonanan dibuka biasanya selama 2 hingga 3 bulan. contohnya : Dis-Mac atau Jan-Mac. kena selalu terjah website USM : https://pohon.usm.my/ppjj/ . tentang kos apa yang patut uolls ambil bagi saya bergantung atas minat dan keperluan bidang kerja masing-masing. pengalaman akak sepanjang belajar PJJ USM uolls boleh BACA DISINI.


*********************************************************************************


Soalan 10 :  Adakah Program Pengajian Jarak Jauh USM ini di iktiraf oleh JPA atau MQA?? berdasarkan pengalaman akak adakah PJJ USM ini yang paling terbaik? apa kelebihan dan kekurangan PJJ USM?? bilakah permohonan baru PJJ USM akan dibuka?


Jawapan : Untuk maklumat lanjut mengenai Pengiktirafan Program PJJ USM, anda boleh hubungi USM di talian  04-6533888. harap maklum. tiga  kelebihan PJJ USM ialah, yuran murah, tempoh singkat, dan syarat minima hanya SPM. kos yuran bagi Kos Sains Kemasyarakatan hanya RM1231 setahun. tempoh pengajian pula hanya 4 tahun. dan syarat minima hanya SPM. takkan ada Universiti lain yang tawarkan kelebihan sebegini. percayalah! kekurangan PJJ USM pula ialah, student perlu berdikari sendiri, kerana kita takde lecturer di Pusat Wilayah. kuliah hanya secara sidang video bukan face to face dengan student. contoh SV boleh lihat di Entry Ini.








Harap-harap selepas ni, akan berkurang lah sikit soalan-soalan berulang-ulang macam kat atas ni. penat wooo reply soalan yang lebih kurang sama. padahal semua info-info tentang PJJ USM ni rasanya aku dah cerita sangat-sangattt details dalam entry 8 Perkara Anda Patut Tahu Tentang PJJ USM. tapi tak mengapa lah, entry kali ni aku share sekali lagi. 

Semoga boleh di jadikan panduan untuk sesapa yang memerlukan info-info tentang PJJ USM. setakat yang aku tahu, setakat yang aku mampu insyaAllah aku akan jawab. doa ku semoga lebih ramai lagi yang berminat untuk sambung pengajian walaupun dah bekerja dan bekeluarga. zaman sekarang ni, kalau takde ijazah tak kemana lah kita. duk di gred yang sama sampai ke tua PENCEN la gamaknya. huhu. Masih belum terlewat guys....jom buat PJJ!!!



Thanks and Regards,
Jaaakechik.


19 August 2014

Melepak di Taman Mini Tumpat





Empat lima hari lepas, kami 3 beranak ke Taman Mini di Tumpat. pestaim bawak fikri mai sini. sebab kat sini kecik sangat tempatnya pung. tak puas untuk budak-budak main. tapi disebabkan dah lama tak bawak fikri ke taman permainan, kami pergi jugak ler... lebih kurang 25 minit dari rumah kami kot....




Seronok tengok fikri happy. siap ngan baju Superman lagi. pemberian mak sedara fikri beberapa bulan lepas. baju dah makin mengecik pung. tapi alwez nak pakai jugak. minat benar dia ngan baju bersayap tuu.... kita nak pakaikan seluar jeans pun tak mahu...




Fikri dan abah




fikri and abah againnn....




asyik fikri ngan abah jer... mama pun nak jugakkkk....!!!




posing 2 beranak begini kekonon nak tiru gambar header blog (T_T)




Ini fikri yang tukang snap ni....shantek....




Ini pun fikri yang snap.... lagi shantekkk!!!




makin syok laa makpak bergambar selepas ni... tengkiu dik!!




Superman sedang fire Cameraman....kihkihkih....




suami tuan blog (^_^)




Takde apa yang menarik pun hari ni. just nak tepek gambar kami 3 beranak jer. blogkan for kenangan di hari tua. esok-esok bila fikri dah besar, boleh aku view balik gambar masa dia kecik. bila dia dah kawin besok, dah ada anak, boleh aku tunjuk kat anak dia entry-entry yang ada ni. wah wah jauhnya aku verangannnnnn... ~over sangat tuuu!!!! bhahahaa.



Thanks and Regards,
Jaakechik.


18 August 2014

Happy Anniversary Ke-6 Jaakechik & Suami





Hari ini, 18 Ogos 2014 merupakan Anniversary ke-6 aku dan En.Yie. alhamdulillah syukur jodoh kami masih "kekal segar" sehingga ke hari ini. semoga aku dan En.yie kekal bersama till Jannah hendaknya. for you abang, ketahuilah :  I Sayang You 200%!!

Cemana aku kenal En.Yie?

Erkk, malu lak aku nak cerita. tragis. sadis. lucu. rasa nak gelak tergulinggg bila di ingat kisah awal perkenalan! but for your info, kitorang start kenal lepas jaa tamat SPM (Dis 2005). 2 tahun bercintan-cintun, oktober 2007 kami bertunang. ogos 2008 terus kawin! masa tu aku umur 20 tahun. masak pun tak pandai lagi. bhahaha.

6 tahun hidup bersama. banyak benda kami lalui. pahit, manis, masam, kelat, semua ada. susah senang jatuh tersungkur segalanya dah merasa. 6 tahun dah?? apesal cepat sangat ni?? rasa macam baru jer lalui manisnya malam pertama. ~eh, menipu sangat ni!


 


Baideway, ada 2 benda aku nak puji tentang En.yie ni. saje nak mention kat blog. sebab aku tahu jap lagi kalo dia baca mesti kembang-kembang idung dia. bhahaha. pertama, dia tak merokok! kedua, dia tak suka melepak mengopi memalam! wah wah aii suka perangai mu hok ni bangg!!!

Sepanjang kawin ni mujur la takde dugaan besar sangat. takde lagi gegaduh disebabkan orang ketiga ke ape. and i hope takkan adalah. huhu. but gaduh  pasal lain tu ada arr. alwez ada dramaaaa!! especially time angin kus-kus. sayang memang sayang, tapi time bergaduh boleh tahan hebakk jugak. sorang jadi resaksa. sorang jadi hulk! (^_^)

Aku ler sokmo tukang cari gaduh pung. alwez sentap tak tentu hala. hati pink betoi. sensitif tak bertempat pun ye gak spesis aku ni. bila majuk terus muka masam sambil jalan hentak-hentak kaki. belum kira ngan mata yang menjeling tajam lagi tuh. pastuh lelaju masuk bilik. gedegangggg hempass pintu sekuat hati... ~ampunkan dosaku bangg!!




Saje wat perangai macam tu, kononnya nak tunggu sang laki mai pujuk. tapi, non hadoo nya dia memujuk. bila tak terpujuk, boleh pulak aku keluar balik gi tegur dia. (after 2-3 jam terperap) hehehe. vodooo tau bila di ingat-ingat balik. bang pasni, kita takyah lah gaduh lagi yek? wat perabih airmata jer. ~lalala.

Time gaduhhhh, rasa macam nak kasi Fire jer! bila dah berbaik semula. terus layu. aku gak yang soksek soksek nanges sambil lap air mata ngan hingus segala. hahhaha. hanya mereka yang dah kawin akan tahu cemana situasi bila berlaku salah paham kan...?? memasing nak menang. memasing tak ngaku kalah. benornya bukan nak gaduh sangat pung. tapi sajooooo!!! ~buleh gitu?

Orang pompuan gini la bang. bila merajukkk, suami mai pelukkkk pun terussss sejukkkk dah!!!! tapi masalahnya awat ko tak mai peluk bang??? itu yang panjanggggg rajuknya tu banggg oii... cuba mai peluk 2 minit... konfem tangkap leleh punya... cairrrr cam puteri lilin!! terus cakap, jom masuk bilik banggg!! ~eh?

Gaduh-gaduh manja tu menda biasa. padahal kalo di pikir balik. hok kita duk gaduh tu mende kecik jer pung. tak masuk dek akal pun topik yang di gaduhkan tuu... tapi itu laa... bila takde K.E.S.A.B.A.R.A.N dalam diri.. darah mudah jek menyirapppp... asyik sentapppp sajo bila umur makin meningkat ni...

Tak macam awal-awal perkenalan dulu. sume baik. sume okey. ko nak kentut depan muka aku sepuloh kali pun takpe. wangi! sekarang ni dah berbeza. sangat berbeza. sorang kentut, sorang lari tutup idung gi jauh-jauh. anak pun tutup idung sambil tunding jari kat kita... hahaha....




Dulu lain... sekarang lain... dulu jenjalan dalam Mall pun dia nak pimpin tangan kita... jalan pun dilambat-lambatkan aje... kunun nak berlama-lama dengan kita katanya... time drive pun dia curi pegang tangan kita... kunun rindu katanya dia... (dosa pun tak hirau) tapi sekarang bila dah halal non hadooo pegang cium pung...

Ko jalan menonong ke depan ngan anak. aku di belakang terkedek-kedek penat mengejar. nak cepat katanya... tersilap pegang tangan sikit, kalut nak lepaskan dah. malu orang tengok katanya. huk alohhhh, berbeza sungguh aihh. dedulu, jap jap call ucap i love you. i miss u. now, dalam mesej pun jarang nak jumpa. dah lupa how to spell i love you kot! bhahaha.

Citer ni bukan nak kecohkan kisah kami laki bini. tapi saje nak tulis biar laki aku baca. hoho. aku tahu dia akan baca. mana lah tahu, lepas baca nanti dia berubah jadi lebih romantik saper tahu kan??? hahahhaa. bang ooo bang, abang jangan marah lak yer. penat aii karang entry khas ni tahu. hanya untukmu sayang!

Buat suamiku cik abang sayang busyuk masyam. hepy eniberseri ke-6 jaa ucapkan. jangan lupa sentiasa sayangkan jaa okey. jangan sesekali pasang niat nak berbini lagi. coz kau pun tahu hok tu benda yang aku paling pantangggg!!! (^_^) and my question, how about tonight? u belanja dinner kat tempat best yekkk. tapi jaa cakap awal-awal jaa takde hadiah untuk abang. anggap la entry ni jaa hadiahkan untuk abang baca. ekeke.



Hasil Nukilan,
Isterimu - Jaakechik.


16 August 2014

Cara Mudah Nak Buat Lasagne Daging



lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


Kelmarin bila aku buka jer facebook, aku nampak sorang Cik Akak tu share Resepi Cara Nak Buat Lasagne. fuhhh fuhhh meleleh ailio tengok weh. lasagne dah la pebret aku. lasagne ni jugak bukan menu yang agak mudah jumpa kat kedai biasa. kat Pizza Hut, Secret Recipe ada laa...


lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


Sebelum ni memang aku ada tengok blogger lain share cara mereka buat lasagne, tapi aku idok le teringin sangat nak buat. tengok je la entry mereka. pastu termenung depan komputer sambil meleleh ailio! tapi bila tengok Kitchen of Puspa Wangi  ni punya resepi terus terdetik hati nak buat sendiri je pasni. step by step dia kasi siap ngan gambar sekali. perghhh terbaikkkk!!!


lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


Bahan-bahan yang dia guna agak mudah didapati. cara nak buat pun senang. terus rasa nakkkkk buat cepat-cepat. dah lama kot aku tak makan Lasagne ni. so, before aku buat aku nak save dulu resepi ni. sebelum kehilangan sumber asal, ada baiknya aku save dalam blog. senang nak view bila betul-betul nak buat nanti. hehe. korang yang nak jugak tu, salin la resepi ni ya. baik sungguh owner resepi ni tolong share resepi ni. semoga di murahkan rezeki mu!


Cara Mudah Nak Buat Lasagne Daging

Bahan-bahan :

500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/tomato chunks
Spread of cheese (sy pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je..jimat)
3 sudu tepung gandum
Spices(ni yg sy pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
5 sudu butter
Sekotak Kepingan Lasagna

Cara2:
1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dgn garam dan spices yg anda ada.
4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jgn lama sgt kalau tak nnti hancur. Sy celup dlm air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sbb nnti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.
7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga habis. Akhir skali taburkan cheese atasnya.
8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.



Langkah-Langkah Buat Inti Lasagne :



tumis bawang, kemudian masukkan daging cincang


masukkan sos tomato



Kemudian masukkan garam dan tabur dengan oregano. ini step untuk inti je dulu ni. ermm memang mudah gile kan. pejam mata pun boleh buat ni. tak sabar aku nak try buat sendiri nanti.


Langkah-Langkah buat sos putih :




cairkan sedikit butter



masukkan tepung gandum


masukkan susu



Kemudian masukkan 4 keping keju cheddar. biarkan seketika kemudian boleh tutp api. jap lagi sos putih ni kita akan lapis lapiskan dengan inti daging cincang dan kulit lasagne. (cara sebut : la-za-ni-ya).



rendam sekejap kulit lasagne


kemudian  layerkan lasgane. daging > sos putih > kulit lasagne > cheese

lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,

susun cantik-cantik

 lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


kemudian bahagian paling atas sekali kena tabur keju mozarella dan parmesan banyak-banyakkkkk. pastu bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 30-40 minit. 


lasagne, cara buat lasagne, resepi lasagne, lasagne daging, cara mudah buat lasagne, lasagne yang sedap, resepi,


Wah wahhh seksi sungguh lahai Lasagne yang Puspa Wangi buat ni. terima kasih sangat kerana sudi berkongsi resepi dengan rakan-rakan FB. menitik ailio aku tenung gambar ni tau. apapun aku blogkan dahulu resepi ni kat sini, sebab nanti senang nak view. hewhewhew. korang yang terliur tu, cecepat lah buat yer. bila aku dah buat nanti aku share gambar ngan korang nanti yek..



Sumber Resepi dan Gambar ialah : Kitchen of Puspa Wangi

15 August 2014

KFC - Citer Before Ramadan






Ini kisah 2-3 hari sebelum Ramadhan. ekceli, aku ada banyak gegambar dalam draft. gambar dah lama upload sejak dalam bulan posa lagi. tapi itu lah masa sangat mencemburui aku untuk karang entry on time. asyik delay delayy delayyy, sudahnya terperuk dalam draft. especially menu-menu sepanjang puasa. kemain hari-hari snap menu berbuka, menu homemade, tapi non hado pun update. sudahnya burn gitu je gegambar tuh. kah3





Tapi untuk gambar ni tetiba rasa rajin pulak nak publish. biarpun citernya udah basi! hehehe. masa ni, kami adik-beradik di sponsor sepenuhnya oleh abang aku Din Rio untuk mengenyangkan perut di Kehepsi. syurganyaaaa lahai bila ada yang sudi payungkan. sume dia ajak! al-kisahnya ini adalah sempena kegembiraan abang aku di atas Majlis Pertunangan dia yang berlangsung pada hari tersebut. tunang sebelah petang, sebelah malam rai ngan adik-beradik pulak. eh, gambar majlis tunang dia pun aku tak publish lagi kan? adeh, sorry naaa Din Rio...!!






Seronok gathering ramai-ramai macam ni. penuh satu sudut tu kami kongker meja. riuh tak dengar suara orang lain. bhahaha. aku ngan kakak aku lak tukang order, penuh meja laaaa. buleh ratah ayam bebanyok kali. siap boleh tapau lagi. amboii melampau gila. total bil is almost 300. hewhewhew. terima kasih Din Rio kerana belanja kita semua. kau memang the best brother in the world lah. sporting sungguh ngn siblings! aku nak like sejuta kali...!!




Thanks and Regards,
Jaakechik.



DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...