kelab blogger ben ashaari, KBBA,

29 September 2014

Bila Mak Mertua Datang Rumah...


Assalamualaikum


Saper kat sini yang dah kawin? Sape kat sini masih ada mertua?? angkat keyboard lelaju please..... hehehe... hari ni nak gosip bab mertua vs menantu... ada sesetengah kata isu menantu vs mertua ni isu panas, but bagi aku ini satu isu yang best.... kih3x...

Hari Rabu lepas, aku ada post status di FB. aku tanyakan soalan cepu-cemas. "Bila Mak Mertua Call Nak Datang Rumah. First Thing First Apa Yang Ko Akan Buat....?" Okay, pada korang yang berminat nak jawab, jangan jawab lagi. meh kita baca dulu apa jawapan friends FB aku. apa kata mereka???









Kemain jawapan memasing kan. haha. majoriti jawab : kemas rumah cepat2 dan cari bahan untuk masak2. bagusssss syabas bete!!! aii salute ngan u babe! pada yang jawab kunci pintu, buat derkk segala tu, ohemgeee, kalau betul ada menantu macam gitu, hari-hari dapat heart attack mertua korang. kahhh3x!!!

Aku saja tanya soalan cepu-cemas ni sebabnya, petang Rabu lepas, lebih kurang 5pm mak mertua aku call cakap nak datang rumah, nak bermalam di rumah kami. diorang nak bertolak jam 6pm. aku dah macam, alamak!!! terus rasa berpeluh-peluh. haha.

Aku balik keje 7pm. acaner ni? mana sempat nak kemas-kemas apa yang patut. sempat ke nak  balik masak? aku dah macam rasa kelam kabut. terus call En.Yie suruh dia tolong kemas sikit-sikit. hahaha. punya la nerves hoiii... Allah saja tahu... kikiki.

Mertua aku ni memang suka datang rumah aku. but bukan tetiap hari or tetiap bulan laa. ada laa sekitar 3-4 bulan dia akan datang sekali. tiap kali datang dia akan bermalam di rumah kami. jarak antara rumah kami tak jauh mana pon. tapi daerah lelain laa. aku tumpat, dia bachok. sejam perjalanan je.





Aku balik keje 7pm. lebih kurang 7.30pm baru sampai rumah. time tu, mak mertua aku dah ada kat rumah dah. aku masak apa? dah sah-sah laaaa aku tak masak...! kalau nak masak untuk 5 orang, takkan nak buat 1 lauk je kan. nak masak 2-3 jenis lauk amik masa sejam gak tu. ngan lauk dalam freezer yang belum defrost lagi, magrib dah hujung-hujung lagi. ko rasa? ~pitam beb!

Takyah pikir banyak, lepas magrib, dengan lemah lembutnya terus aku ajak diorang Dinner kat luar. hahaha. senang kerja haku. hahahahadoiii laaa, apa punya menantu daaaa.... nasib baik mertua aku okay je layan menantu dia yang pemalas ni. kih3.

Aku ajak diorang dinner di Restoran Kahfi area Wakaf Bharu. lepas dinner lepak tengok tv, layan citer P Ramlee. hehe. kiranya mertua aku bermalam di rumah sewa kami la malam tu.

Pastu, pagi esoknya pulak, aku kerja syif pagi. sebelum 7am aku dah masuk ofis. sempat hidang Kopi O ngan Kek Pisang je kat mertua aku. adeh. maluuu lak aku. huhu. pastu terus aku bagitahu suruh laki aku bawak diorang brekfes kat office sebelum pukul 8. (boleh aku join sekali) haha. 





Dinner kat kedai. Brekfes pun kat kedai. Kesian Mertua aku. huhu. actually dia saja je datang umah aku sesambil nak tengok suasana PRK di Pengkalan Kubor. meriahhh sungguh kat sini. dah macam pesta. sana sini meriah ngan kaler hijau biru. penuh ngan ceramah. penuh ngan program dan lawatan menteri!

Eh, melalut citer pasal politik pulak. okey meh sambung kisah lawatan mertua aku pulak. ekceli mertua aku tu jenis pembersih, teliti, sukakan kekemasan. rumah dia always shantekk! dedaun kering selai pun takdak even berpuluh pokok ada kat laman. periuk belanga pun licin berkilat! hebat tak?

Thats why, tiap kali tahu dia nak datang rumah, tiap kali tu jugak aku akan rasa gabra dan nerbes tak tentu hala. sebab aku tahu, rumah aku always bersepah. haha. 6 tahun lebih bergelar menantu, tapi rasa gabra always ada bila mertua nak datang. kikiki.

Aku bukan jenis rajin mengemas, itu yang aku kelam kabut kalau dengar mertua nak check kawasan. kah kah kah. tiap kali tahu dia nak datang, macam lipas kudung aku kemas rumah. mana nak sental tandas, cuci peti, sental kuali. hahahaha. berat nanangggg perangai aku ni. hiks!

Now, aku nak tanya soalan cepu-cemas kat korang pulak, "Bila Mak Mertua Call Nak Datang Rumah. First Thing First Apa Yang Ko Akan Buat....?" jangan lupa tinggalkan jawapan di kotak komen kat bawah tu yekk....!!! 



Thanks and Regards,
Jaakechik.

28 September 2014

Cara Mengakses WEBEX (SV ONLINE)


~sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ~


Awal ogos hari tu, E-learning tak leh nak buka. asyik error manjanggg. rupanya dia berwajah baru. tahun pertama pesen lain. tahun kedua pesen lain. tahun ketiga pun pesen lain. alwez bertukar wajah E-Learning USM ni.  ada satu kali tu, 2 minggu tak boleh nak akses sebab sedang upgrade. 

Actually, always kena login E-Learning ni untuk tahu info semasa. apa yang lecturer update. dah ada nota ke belum. dah ada esaimen ke belum. semuanya bergantung harap dengan E-Learning PPPJJ USM ni.  tiap kali buka, tiap kali berdebar. saspen betoii. selagi takde esaimen, rasa legaaaa jer. bila dah start ada, mula laaa start rasa loya-loya-pening! kunun alahan ngan esaimen. bhahaha. adaaaa jer alasan. (T_T).

Pada yang berminat nak tahu, Portal E-Learning USM ni adalah website untuk student PJJ USM. kat sini la untuk kita nak tahu apa pesanan lecturer. nak tengok jadual kuliah, check esaimen, markah, notis or apa saja tentang pengajian, kat situ la tempatnya. belajar PJJ gini la, sume kena cek online. 


~sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ~


Untuk tahun ini, PPPJJ USM telah memperkenal satu sistem baru dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) iaitu WEBEX. memula dapat jadual, terus aku jadik blurr apa benda lak WEBEX ni? 

Rupanya sistem ni lebih canggih lagi. tak perlu gi ke Pusat Wilayah lagi. boleh akses di rumah sahaja secara online. siap boleh tanyakan soalan secara live lagi dengan lecturer. ermm, satu inovasi yang bagus untuk kemudahan pelajar yang terikat dengan pelbagai komitmen lain.

Jaa dah pun ada pengalaman dalam menggunakan Webex ni. jaa ada Webex pada 20 September lepas untuk subjek JMG 316. pada yang tak tahu bagaimana caranya meh jaa terangkan step by step. semoga membantu mereka yang masih blurr tentang Webex ni.




Masuk ke Pages Subjek anda. contoh kalau JMG 316 masuk la kat sana. kalau kelas JKA 101 pi la kat pages JKA 101. kat situ nanti pihak admin E-Portal akan letak LINK untuk akses Webex. lihat contoh gambar di atas tu yer. korang klik je link yang diberi tu. kalau kurang jelas. sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar. 




Klik Yes.




Klik OK.




Masukkan Nama dan Email Address USM Anda
Kemudian Klik Join.




Klik : Download and Agree.

~sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ~




Klik Kotak sepertimana diatas

~sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ~




Klik : Run

~sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ~




Baca step 1 dan step 2

~sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ~




Sila klik 3 step seperti diatas 

~sila klik gambar untuk paparan yang lebih besar ~




Klik : Yes or No





Okey done....!! anda telah berjaya mengakses Webex sekarang!!! Semoga tutorial ini dapat membantu para student PJJ USM yang lain yang masih tak tahu bagaimana cara untuk mengakses Webex dan Tonton SV Online di komputer anda. selamat ber-Webex and Happy Study uolls...!!!




Thanks and Regards,
Jaakechik.


26 September 2014

Resepi Koktail Buah Yang Sedap



koktail buah, cocktail buah, fresh cocktail, cara nak buat koktail, koktail sedap, resepi koktaill yang mudah, koktail,


Bahan-Bahan Untuk Buat Koktail 


Susu Cair
Susu Pekat
Sedikit Gula Pasir
Koktail Buah-Buahan
Nata De Coco
Tepung Kastad
Buah-Buahan Segar
Sumi Jelly / Puding / Agar-agar / dll



Cara Membuatnya :


1. Masak : air Koktail dan air Nata de coco 
(air-nya sahaja) bersama susu pekat, susu cair, 
gula, dan tepung kastad.

2. Sejukkan kuah koktail tadi. Kemudian 
curahkan kedalam isi koktail, nata de coco dan 
buah-buahan segar yang dah dipotong.

3. Last sekali, masukkan ais! sedia dihidangkan!


koktail buah, cocktail buah, fresh cocktail, cara nak buat koktail, koktail sedap, resepi koktaill yang mudah, koktail,


Buah yang sesuai untuk koktail :
Kiwi, anggur, strawberry, mangga, rambutan, laici,
tembikai (potong kecik-kecik)


koktail buah, cocktail buah, fresh cocktail, cara nak buat koktail, koktail sedap, resepi koktaill yang mudah, koktail,


masa jaa buat ni, jaa lupa nak beli Sumi Jelly,
kalau ada sumi jelly lagi best dan cantik!!! 
Kalo nak letak puding atau agar-agar pon boleh!


koktail buah, cocktail buah, fresh cocktail, cara nak buat koktail, koktail sedap, resepi koktaill yang mudah, koktail,


Cantik Menggoda... Slurrppp....!!!


koktail buah, cocktail buah, fresh cocktail, cara nak buat koktail, koktail sedap, resepi koktaill yang mudah, koktail,


Pelbagai Warna, Pelbagai Rasa.
Lemak manis, masam-masam, gerenti sedapppp!!!!
Selamat mencuba....!!!



25 September 2014

Day 4 : Kursus Pengucapan Awam


Day 1 : Kursus Pengucapan Awam
Day 2 : Kursus Pengucapan Awam
Day 3 : Kursus Pengucapan Awam


Amboiii kemain kan. siap buat separate entry lagi citer gi kursus. dah macam entry gi holiday pulak. padahal gi kursus under jabatan je pun. kih kih kih. tapi tak kira nak gak buat entry day by day. nak tepek segala kenangan kat sini. hehehe. kalau terlepas baca boleh klik link-link kat atas tu yek.




Brekfes terakhir kami di PLAK. jom bergambar dulu!




Acara wajib tetiap kali makan is mintak orang lalu lalang capture-kan!




Penceramah kami untuk hari keempat ni masih lagi orang yang sama iaitu Cik Fatin Nuraini Sabidi dari UiTM. shantek dia dressing hari ni. pakai maxi biru pastu sarung coat putih pulak. tambah pulak brooch besar dan tudung yang same colour ngan baju. gojes!!!

Agenda hari ini, kitorang di ajar untuk mengendalikan sidang media. kalau hari ketiga kami just diajar teori sahaja. kali ni kitorang belajar secara praktikal pulak (kena berlakon). hihi.










Coffee break with 2 ketul kuih Burger Malaysia.






Kemudian sambung semula masuk kelas amali kitorang untuk kendalikan sidang media "live" di TV. program ala-ala Selamat Pagi Malaysia gitu. 2 orang berlakon jadi Moderator, yang pegang mikrofon tu feeling jadi Ally Iskandar, yang berbaju koko tu pulak kekunun jadik Fetri Yahya. kikiki.

Diorang kena bincangkan tajuk "Sejauh Mana Gajet Membawa Kesan Keburukan Terhadap Pengguna". rasanya gitulah kot tajuk perbincangan diorang hari tuh. aii is lupa!

Ahli panel 3 orang lagi tu berlakon menjadi Menteri dari Jabatan Komunikasi, Ketua Polis, dan sornag lagi jadi Datuk apa ke benda tah. dah lupa. hehe. 




Seronok tengok gelagat diorang sewaktu lakonan tuh. ada yang nampak blurr, ada juga yang nampak panik bila di aju soalan yang hot!! hahaha. baru kami sedar payah rupanya nak bercakap secara "live" macam ni. tu pun hanya lakonan, kami dah gabra. kalau yang realiti, tak tahu la mampu ke tidak.




Tagline : "kami buddies takkan berpisah." ekeke.




Ni lak persembahan dari group lain. diorang diberi tugasan untuk kupas isu "Fenomena Lambakan Pendatang Tanpa Izin di Malaysia" rasanya gitu lah kot tajuk diorang. 

Program diorang bukan live di kaca tv. tetapi live melalui radio (on air). dua orang ditugaskan jadi deejay. 3 orang lagi jadi ahli panel. berbahas la diorang kat situ. hehe.

Dan ada 1 part dimana hok ni aku lupa nak snap gambar dia. sorang peserta iaitu En.Zainal yang di tugaskan untuk memberi pengucapan awam tentang apa tah. aku lupa tajuk dia. tapi memang tip top. memula dia macam takut-takut dan suara dia pun agak nervous tersekat-sekat gitu.

But bila dah lamaaaaa berucap, dia macam mendapat satu semangat luar biasa. riuhhhh dewan dengan ucapan dia yang agak bertenaga. hingga mendapat tepukan gemuruh dan mendapat pujian penuh dari Penceramah program. 

Senyummmm meleret dia hari tu.. hingga mendapat jolokan YB oleh kami semua. sebab pengucapan dia best, kalah ahli politik. kikiki. tapi sayang aku lupa snap gambar dia time berucap!

"Hidup En.Jenal...!! Hidup En.Jenal..." ~antara kenangan manis disana!


Part terakhir kursus haruslah penyampaian Sijil. kemudian di-ikuti dengan acara bergambar beramai-ramai. seronok oii.



sempat lagi capture sebelum keluar dewan. hihi




Lunch terakhir kami di PLAK




Babai PLAK. nanti jemput laa kami lagi yer. hehehe.




Tepat 2.30 petang kitorang bertolak balik ke Kota Bharu. itu ler driver kitorang. En.Ramelam dari AADK Gua Musang. kami bertiga je sepanjang perjalanan balik. sebaik saja melepasi Tasik Banding, hujan turun lebat giler. gerun lak bila melalui jalan Grik waktu tu. tak nampak jalan. naik pon slow jer.




Alhamdulillah, akhirnya 7.30 petang, kami sampai di Kota Bharu. tak sampai 2 dua minit, En.Yie pun sampai ngan Fikri. happy sungguh fikri bila tengok aku. terloncat-loncat dia. aku pun sama gak hepy tapi idok ler meloncat. kangg nganga lak fikri tengok aku yang overrrrrr....!!! grrr...!!!

Ontheway balik rumah sewa kami, sempat lagi singgah di Farmasi Ehsan Wakaf Bahru untuk beli ubat selesema again. 1 papan Hurixs dan 1 papan 650. hrmmm... lambat betoii selesema ni nak kebah oii.. pastu berjangkit lak kat fikri dan abah dia. OMG. kesiannn satu rumah duk selesema. huhu.


Tamat..... tengkiu for reading...!!!


Promosi Murah Hawa Ghazzali Collections



Korang dah baca entry Hawa Ghazzali Collections yang Jaa post dua hari lepas?? pada yang dah baca terima kasih. yang belum baca gi baca semula. kalau malas nak baca, aku tetap nak suruh baca jugakkkk!! hahaha. Baideway, hari ini Jaa nak share tentang Promosi Murah Hawa Ghazzali Collections khususnya bagi Staff Celcom!! 


abang zen, amar bahrin, Hawa Ghazzali, Hawa Ghazzali Collections, Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin, Promosi Istimewa Hawa

abang zen, amar bahrin, Hawa Ghazzali, Hawa Ghazzali Collections, Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin, Promosi Istimewa Hawa



Istimewa Untuk Staff Celcom - Pihak Hawa Ghazzali Collections menawarkan promosi hebat untuk Staff Celcom. Ada Staff Celcom kat sini?? sila angkat keyboard please!! hihihi. Baideway untung la korang. boleh dapat harga murahhhh.... jelesss aii hokay... 

Bagaimana Caranya? -  Sila ke Program Celcom yang berlangsung pada 22 - 26 September 2014 (selama 5 hari), yang bertempat di : Kafeteria Tingkat 5, Bangunan Celcom, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kemudian beli salah satu set perhiasan diatas (Ambassador Set atau Excellency & Majesty Set) dan anda akan berpeluang untuk menikmati majlis High Tea Events Bersama Amar Baharin secara PERCUMA!!



Hawa Ghazzali Collections, amar bahrin, abang zen, Hawa Ghazzali, Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin, Promosi Istimewa Hawa Ghazzali Collections,


Ambassador Set
Harga Sebenar : RM429.80
Harga Promosi : RM350
Anda Jimat : RM79.80

Majesty and Excellency Set
Harga Sebenar : RM550.80
Harga Promosi : RM398
Anda Jimat : RM152.80



Program : His Excellency bersama Amar Baharin
Yuran Pendaftaran : RM350.00
Tempat : Hawa Ghazzali Collections, 
Bungalow No. 6, Jln Taman U Thant 1, 
55000 Kuala Lumpur.
No.telefon : 03-21414802  /  012-6024785
Tarikh :  11 Oktober 2014
Masa :  3.30 pm - 6.00 pm



Pada yang bukan Staff Celcom pulak korang jangan sedih, korang juga berpeluang untuk jumpa Amar Baharin yang popular ni. Hanya perlu hadir ke Program His Excellency Bersama Amar Baharin pada 11 Oktober 2014 nanti. 

Sebelum tu, jangan lupa booking dahulu tempat duduk anda, kerana tempat duduk adalah terhad. sape cepat dia dapat...!!! Sambil shopping barangan perhiasan, sambil jumpa artis. So, jangan lepaskan peluang, Hubungi : 03-21414802  /  012-6024785 untuk maklumat lanjut!




Thanks and Regards,
Jaakechik.

24 September 2014

Bengkel Asas Fotografi di Kelantan



Asia Silver Shop, Bengkel Asas Fotografi, Bengkel Asas Fotografi Yang Murah, Cara-Cara Menggunakan DSLR dengan Mod Manual, Teknik Ambil Gambar Dengan Betul,


Bengkel Asas Fotografi - Pada hujung minggu ini akan diadakan dua events best untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Teknik Snap Gambar Dengan Kaedah Yang Betul.

Event ni untuk siapa? Untuk peniaga online, blogger, pemilik kamera DSLR mahupun Non-DSLR. Yang bukan Blogger mahupun Seller pun boleh join jugak especially bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Boleh cari duit lebih bila ada member or sedare nak kawen.

Ada kamera DSLR tapi tak pandai nak guna, takde guna! Jual Produk Secara Online melalui Facebook, Instagram, Twitter dan Blog tetapi upload gambar-gambar yang tak menarik, pun takde guna!

Nak ambik gambar produk pun kena ade skill ya sayang-sayang semua untuk tarik perhatian customer sebab trend sekarang ramai yg pemalas nak baca, asyik scroll ke bwh je. Bila tgk pic cantik baru ade hati nak tengok, baca caption or KLIK LIKE !!! 


(1) PROGRAM JOM OUTING

 Tempat: Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu
Tarikh: 26 September 2014
Masa: 4.00 - 6.00 petang
Yuran: Percuma



(2) BENGKEL ASAS FOTOGRAFI

 Tempat: Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu
Tarikh: 27 September 2014
Masa: 8.00 pagi - 12.00 Tghari
Yuran: RM100 / seorang

 

Asia Silver Shop, Bengkel Asas Fotografi, Bengkel Asas Fotografi Yang Murah, Cara-Cara Menggunakan DSLR dengan Mod Manual, Teknik Ambil Gambar Dengan Betul,


Program Jom Outing adalah untuk peserta bersama-sama berbincang dan berkongsi pengalaman tentang Cara Snap Gambar Yang Berkualiti. Kiranya events ni adalah lebih santai sambil bawak keluarga beriadah.

Bengkel Asas Fotografi pula anda kena cepat-cepat booking sebab jumlah peserta adalah terhad. Peserta akan didedahkan secara khusus Cara-Cara Menggunakan DSLR dengan Mod Manual dan macam2 Ilmu Fotografi boleh dapat.

So, hujung minggu ni ade 2 event yg menarik dan bermanfaat. Bengkel Asas Fotografi dan Program Jom Outing dimana Pihak Penaja - Asia Silver Shop telah menjemput Cikgu Tarmizi Shukri yang amat mahir tentang selok belok dunia fotografi.
 
Asia Silver Shop turut menawarkan Diskaun 15% kepada semua peserta Jom Outing & Bengkel Asas Fotografi untuk tempahan rantai leher, rantai tangan, cincin, brooch dan subang. cabutan bertuah juga akan diadakan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. 
 


DAFTAR SEKARANG !!!
Call / SMS / Whatsapp :  0147169570
Laman Web : www.asiasilver.com.my
Facebook : ASIA Silver SHOP



[ Jangan lupa bagitahu anda tahu Events ini melalui Blog Jaakechik! ]


23 September 2014

Hawa Ghazzali Collections (HGC)



Hawa Ghazzali Collection (HGC) dimiliki oleh Datin Lynda Ghazzali dimana beliau sangat dikenali dalam kalangan peminat porselin kerana sudah lebih 15 tahun bergiat sebagai pelukis porselin. Beliau  juga diberi gelaran Ratu Porselin kerana menjadi satu-satunya artis porselin di Asia yang mempunyai jenama sendiri di arena antarabangsa.

HGC wujud apabila Datin Lynda Ghazzali menjelajah negara Itali bersama suaminya. Melihatkan batu-batu permata dan kemahiran beliau sendiri dalam mereka bentuk, menjadi titik tolak kepada kewujudan HGC selepas penyelidikan dan mempelajari secara lanjut tentang batu permata, perak, kaca dan rekaannya.


abang zen, amar bahrin, Hawa Ghazzali, Hawa Ghazzali Collections, Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin, Promosi Istimewa Hawa Ghazzali Collections,



What is the product HGC?
• Bracelet
• Murano Glass
• Necklace
• Earring


abang zen, amar bahrin, Hawa Ghazzali, Hawa Ghazzali Collections, Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin, Promosi Istimewa Hawa Ghazzali Collections,


What material used?
• 925 sterling silver
• Silver flake
• Gold flake


abang zen, amar bahrin, Hawa Ghazzali, Hawa Ghazzali Collections, Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin, Promosi Istimewa Hawa Ghazzali Collections,


• Made in Italy
• Coated with rhodium 
• Handmade
• Affordable price
        
Hawa Ghazzali Collections, amar bahrin, abang zen, Hawa Ghazzali, Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin, Promosi Istimewa Hawa Ghazzali Collections,


Aksesori keluaran Hawa Ghazzali Collections (HGC) sangat cantik dan menawan. Nampak aje simple, tapi sangat Glam dan Berseri!! Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Perhiasan Cantik ini jangan lupa dapatkan segera di Hawa Ghazzali Collections. Layari fanpages atau instagram HGC :




Hawa Ghazzali Collections, amar bahrin, abang zen, Hawa Ghazzali, Program 'His Excellency' Bersama Amar Baharin, Promosi Istimewa Hawa Ghazzali Collections,


Program : His Excellency bersama Amar Baharin
Yuran Pendaftaran : RM350.00
Tempat : Hawa Ghazzali Collections, 
Bungalow No. 6, Jln Taman U Thant 1, 
55000 Kuala Lumpur.
No.telefon : 03-21414802  /  012-6024785
Tarikh :  11 Oktober 2014
Masa :  3.30 pm - 6.00 pm



Hawa Ghazzali Collections juga menjemput anda semua ke Program His Excellency Bersama Amar Baharin. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera diatas ini. Tempat duduk adalah terhad. Maka pada yang berminat, Sila Hubungi : 03-21414802  /  012-6024785 untuk tempahan awal.

Siapa taknak jumpa Amar Baharin kan? Seorang pelakon yang ter-sangat popular menerusi Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Ingat ye, tempat duduk adalah terhad. So, jangan lepaskan peluang. Jom booking tempat duduk anda sekarang...!! 



Thanks and Regards,
Jaakechik.


DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...