kelab blogger ben ashaari, KBBA,

24 October 2014

Happy Oktober....!!





Wahhh hidung aku terus kembang-kembang bila dapat posing romantikkkk cenggini haa.... hahaha.... sesekali takpe kan...? bukan selalu... kalau selaluuuu, muntah hijau korang rasanyaa... ekeke...

Tengok dalam gambar dah macam dating berdua aje kan... padahal berbelasss orang lagi ado di tepi-tepi tu... muahaha... adik- beradik aku, anak sedara aku, ipar-ipar.... hehehhee.... 




Ekceli, masa ni kitorang celebrate besday. macam biasa, bila masuk Oktober akan ada satu mini party, mini gathering. coz ada 4 orang family members aku yang lahir pada Oktober.

The tukang payung is abang aku, Din Rio (sebelah En.Yie). dia ni sokmo pemurahhh. suka berkongsi rezeki ngan adik beradik. tak lokek apa sahaja bantuan especially wang ringgit. 

Tengkiu Din! semoga semakin murah rezeki engkau hendaknya!




ramaiiiiii woooo...




Selfie...... eh silap... selfus!! sume orang sibuk duk kasi peace, senyum segala... but cuba ko tengok fikri apa dia tengah buat sorang-sorang kat hujunggggg tuh??? (sebelah kiri gambar).

Ada dia kisah tak interprem ke hape? janji dia dapat makan aiskrimmmm terlebih dahulu dari orang lain. selagi belum habis, selagi tu dia tak berganjakkk.... hahaha...

Dia tengah syok melayan Aiskrim Le Cremeria.... hehehe....




Yeayyy dapat sambut besday buat kali kedua... haha... pestaiim celebrated kami 3 beranak hanya dinner di Seoul Garden, tapi takdak kek. now celebrate ngan kek pulak beramai-ramai ngan adik-beradik aku....




Adik aku. besday dia 8 oktober. kembang-kembang idung dia leh sambut macam ni. selalunya tak sempat nak celebrate sebab dia belajar kat Uitm Puncak Alam. sekarang ni dia ada kat rumah, tengah buat praktikal di Kota Bharu, so gumbiraaa la dia dapat celebrate together gether!




01 Oktober - Birthday aku
08 Oktober - Birthday adik aku
18 Oktober - Birthday kakak aku
22 Oktober - Birthday Anak aku (fikri)




Beli kek di Kedai Muhibbah di Jalan Hamzah.
ala-ala chocolate indulgence Secret Recipe gituuuuuu!




Ini separuh je yang datang ni.. yang lelain ke-busy-an melanda. mak ayah aku pon tak ikut. sakit kepala katanya. ok laa kita enjoy adik beradik yang ada sudaaaa..... heeee!!! 

Macam yang aku selalu citer tu la, kami ni nama aje adik beradik ramai lima nam belas orang, tapi nak gathering semuaaaa sekaligus memang payoh...!!! adaaaaa je yang takdeee...!!!




Birthday girls and birthday boys pada malam itu. hehehe. sorang lagi bithday girl (kakak aku) takde pada malam tu. coz dia duk di Kolumpo nun. tak dapat balik coz kitorang punya plan ni pun secara spontan benornya. 

Empunya badan takde takpe, kitorang tetap letak nama dia pada kek. kemudian wassap gambar. terus touching-touching cakap terharu laa, nak nanges laa.... hahahhaa... over ko kak!! hehehe.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. wehihi!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.


22 October 2014

Happy Birthday Fikri (3 Tahun)










Dear Muhammad Haziq Fikri,


Happy Birthday buat anak kesayangan mama dan abah
Semoga membesar dengan sihat dan cerdik
Semoga menjadi anak yang soleh,
Semoga menjadi hamba Allah yang Beriman,
Semoga menjadi seorang yang berbudi bahasa pada semua orang
Terima lah hadiah basikal dari Abah dan Mama
Kami semua sayang awak...


Love,
Mama & Abah.


19 October 2014

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan | Produk Shaklee memang produk yang terlajak laris sekarang ni. ada banyak supplement yang Shaklee keluarkan. Set Ibu Mengandung, Set Menyusu, Set Slimming, Set Kesuburan dan pelbagaiiiii lagiii..

Jaa sendiri pon sudah setahun konsume produk shaklee ni. Jaa beli 1 Set Supplement Kecantikan. Ianya gabungan 3 produk iaitu Vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. Berkesan ke? kalau tak berkesan mana mungkin aku telan dia tiap-tiap hari?


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan, Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Jom laa konsume Vitamin Shaklee. for sure takkan menyesal punya. nak sihat, nak cantik, kita perlu ikhtiar juga. takleh termenung je. mana boleh tengok orangggg je cantik? kita pon harus cari jalan jugaaaa. kena usaha marr!!


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan



Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Aku Pengguna Setia Vitamin Shaklee

To be honest, kulit muka aku sekarang takde lah shantekk sangat! tapi kira okay la berbanding dulu. duluuuuu muka aku sokmo ada jerawat kecik2. especially di kening dan hidung. pastu, muka aku ni jenis berminyak sebab aku alwez pakai spek.

Tapi, sejak aku konsume Set Kecantikan Shaklee (Vitamin B, C dan E), alhamdulillah ada perubahan pada muka aku. jerawat dah jaranggg naik. makin cerah pon ye gak kot, kalau nak dibandingkan dedulu. 


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan, Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Ini 3 jenis vitamin yang aku amalkan. jom baca entry-entry lama aku mengenai Shaklee : Entry Beli Vitamin B Complex ShakleeEntry Beli Vitamin C ShakleeEntry Beli Vitamin E Shaklee. 

Vitamin Shaklee memang bagus. kalau mahukan kesan yang lebih cepat, pastikan korang minum air putih banyak-banyakkkkk dan elakkan air yang berkafein!

For your info, Aku Bukan Pengedar Shaklee ya. aku tak jual menda ni. tapi aku nak share ngan korang apa yang aku konsume aje. dah banyakkkkkkk testimoninya. gi la google kalau masih sangsi!


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan, Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.
Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.
Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.

Yang paling penting, ianya HALAL!!!! 

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan, Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Berminat Dengan Vitamin Shaklee??? 

Anda boleh dapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu: Yati Adam (Perak), Wina Wellness (Pulau Pinang), Elna Omie (Johor Baharu), Bonda Sihat (Sabah), Izzy Adlina (Selangor), Ranau Healthy Vitamins (Sabah), Shana Sharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), Irene Vitamin (Sabah), Sihat Vitamin (Seremban).
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Shaklee. Sudah ramai yang menggunakan produk Shaklee dan merasai kesannya.
Anda Bila Lagi?


Thanks and Regards,
Jaakechik.

16 October 2014

Selfie For Geng Whatsapp



Penangan Aplikasi Whatsapp ni memang me-lagha-kan sungguh ler kan... manjanggggg henpon duk bunyi gara-gara whatsapp... sejam tak tengok henpon terus rasa nak pitam tengok beratussss notifications masuk... baik dari group family aku, family En.Yie, group kekawan ofice dan pelbagai group lagi lahh...

Yang fefeeling jadi penganalisis politik ada, ustaz ada, yang nak jadi pemberita paling ekspress pun ada, yang upload gegambar yang annoying pon adaaaaa... yang suka copy paste pun ado! aduhhh fening betoii... kalau tinggal lama tak belek henpon sikit, jenuh laaa nak scroll chat yang meleret-leret tu... adoii...








Sekarang ni group whatsapp adik beradik aku pon dah ramai, ada 4 ahli baru. gara-gara whatsapp la jugak kakak ngn adik aku ni terpaksa beli smartphone. sebelum ni pakai nokia torchlight tu je, tapi bila pakat duk berbual dlm Whatsapp, makanya, dia jadi ketinggalan sikit. sokmo lambat tahu apa-apa berita. makanya. dia pon beli gak laa henpon baru.

Sudahnya, bila diorang dah ada whatsapp mulaaaa laa jadi gilaaaa dan addicted ngan whatsapp. adaaaaa je benda yang dia sent.... kejap-kejap tanya, "Anda dimana? Saya Disini" sambil tunjuk gambar selfie duk makan ke, shopping ke, apa-apa aje. pastu geng2 lain pun sibuk laaa nak send jugak. 






Aku pon terjebak sama jugak ngn sindrom selfie for update whatapps! hahhaa. gedik gak nak selfie. time drive selfie, time makan selfie, time keje pon selfie pastu post dalam whatsapp. mujurrr time beyak je aku tak selfie. hehehe.




Fikri kekadang sibuk gak dia nak selfie. penuh gak gambar dia dalam tepon aku, dah la sekali snap dia tekan bebanyak kali, sudahnya gambar samaaaaa je berbelas keping. jenuh aku nak delete. kalau gambar shantek takpe la jugak ini tidak, kekadang gegar, kekadang nampak hidung sajo-sajo... hahaha... 

Gambar atas ni aku yang snap. ni kat rumah Mertua aku di Gunong. fikri tetiba je suruh amik gambar dia. kemudian bersandar kat tepi lemari pinggan mangkuk. hahaha. suka bergambar la pulak anak lelaki aku nih. like mother like son kah?? ekeke.

Eh, jangan tak tahu fikri ni pon dah pandai buka aku punya whatsapp, adaaaaa je yang dia sent mesej suara ke sesapa yang dia berkenan. kat group family, kat member2 aku, sesuka hati dia je! bukan cakap banyak mana pon. say hello je! 5-6 kali sekaligus just to say hello. ko ghase? hahaha. 



Thanks and Regards,
Jaakechik.


15 October 2014

Cerita Raya Haji 2014


Assalamualaikum


Sudah seminggu lebih Hari Raya Korban berlalu. amacam, camne raya korang tahun ini? happening tak? kitorang punya raya tahun ini biasa-biasa saja. tak meriah sangat. tak meriah sebab aku tak gi tengok orang sembelih lembu pon tahun ni. huhu.

Well, malam raya hari tu aku bermalam di rumah Mertua aku di Gunong Bachok. sampai sana pun dah lewat hampir 10 malam. sampai saja, tengok adik ipar aku gigih duk masak juadah for pagi raya. aku tolong jugak. tolong tengok! bhahaha. 


juadah hari raya, lauk hari raya,


Nasi dagang + gulai ikan aya + gulai ayam + sambal nyiur


koktail, cocktail, resepi koktail, cara buat koktail, cara masak koktail,


aku buat koktail untuk pencuci mulut. yummyy!!



Sempat aku selfie bersama juadah raya. haha. selfie kemudian post dalam fesbuk kasi jealoussss orang yang tak dapat balik kampung. bahaha. shantek pangai aku kan! 

Eh, aku benornya pelik la, dah kenapa tetiba gambar ni buat muka aku tembam semacam nih? hingga adik aku cakap macam cucuk botox pulak. heeiii, aku pon heran ni...!!

Tetiba nampak gemoks! but aku suka coz aku memang nak gemoks pon. berat aku yang underweight ni memang buat aku sakit hati. kurus melidi dah kalah plywood. huhu!




anak sedara En.Yie (anak kaklong)
Syahirah, Syaza, Samirah.




Tetiba aku rasa nak pitam tengok henpong aku penuh ngan gambar selfie diorang. berpuluh-puluhhhhhh gambar diorang. ok laa aku tepek la sekeping dua gambar selfie korang ni. 

Jangan tak tahu, anak sedara En.Yie yang berbaju merah tu suka skodeng blog aku okeh. segan pulak aku. satu demi satu dia boleh cerita pasal entry-entry yang aku tulis. Oh, Noooo! malu ittew!

Hai syaza...suka tak gambar awak ada dalam blog hari ni?




Ini aje yang sempat snap pada pagi raya. yang geng lelaki lain sibuk gi lapah lembu di rumah abang ipar aku di Kampung Tapang. gambar aku ngn En.Yie pon takde. haha. kesian!




bergambar sementara menunggu daging korban sampai




Ekceli untuk raya korban kali ni, aku tak beli baju pon. pakai jer mana-mana yang ada. En.yie decided pakai baju lama aje. so kami pilih pakai baju raya yg tahun 2013 punya. tapi si fikri dah tak muat pulak baju melayu biru dia. so pakai ler dia baju pink yg raya puasa baru-baru ini. 

Aku pulak pakai baju raya yang lagi lamaaaa punya. jubah biru tu aku pakai masa raya puasa tahun 2011. masa tu aku tengah peknenkan fikri.  lama dah tak pakai baju tuh, tahun ni sarung balik. nasib baik okey je muat. haha. 




Tahun ni aku tak buat korban. adik ipar aku je buat. dia amik 1 bahagian lembu. daging tu kitorang buat makan-makan sikit, selebihnya dibagi-bagi pada orang. 

Gigih Pak Mertua aku duk bakar kaki lembu yang bahagian kuku tu. payah nak buat kuku tu tercabut, tapi sangat sedap dimakan kalau buat sup atau singgang! mabelesss!!!

Eh, 1 bahagian lembu kat tempat korang RM berapa ya? yang adik ipar aku ni dia bayar RM515 untuk 1 bahagian lembu. tahun lepas rasanya RM480 je. makin mahal kan? 




Aku jadi tukang masak untuk tengah hari. dengan berjubah, dengan bershawl butterfly aku layannnn je masak. malas nak tukar baju dah... aku sinsing je lengan baju guna gelang getah... berpeluh-peluh bersilat kat dapur. sap sap soiiii siapppp!!! 

Gambar lauk tengah hari lupa nak snap. ini pon nasib baik ada gambar belas ihsan dari En.Yie setelah aku paksa dia snap. haha. apa menu? ofkos la daging goreng dan singgang tulang. sedapppp hoii..!! masakan sendiri haruslah puji. ye dop??




Eh, pucat gila muka aku kalau tak calit lipstik kan? huhu. Masa ni kitorang on the way nak gi ke rumah parents aku lak di  Wakaf Bharu. half day kat Gunong, half day dekatWakaf Bharu, kira adil ler kan. tengah malam barulah kitorang balik ke rumah sewa sendiri. Zzzzzz... terbongkang tido hingga ke pagi esok... hoho!!




Itu je laa citer raya kami. tak happening sangat pon. takde buat majlis makan-makan pun pada raya pertama. cuma pada sebelah malamnya, anak sedara aku whatsapp yang di rumah Mertua aku, diorang sepakat buat solat magrib dan isyak berjemaah, kemudian baca Yaasin beramai-ramai. 





Raya kedua dan ketiga pulak raya kami sibuk ngan majlis kenduri kawin sanak sedara sebelah En.Yie. yang mana sempat, kitorang pergi lah. yang tak sempat, apa buleh buat. mohon maaf laaa yer semua...




Malam raya kedua, aku tido di Rumah Mertua aku lagi. sekali lagi buat sembahyang jemaah. alhamdulillah kitorang dapat jugak join. biras aku jadik imam. seronok dapat berjemaah ramai-ramai macam ni dengan semua adik-beradik. inshaaAllah lain kali kita buat lagi yer...



Thanks and Regards,
www.jaakechik.com

03 October 2014

Sambut Birthday di Seoul Garden KBMALL


Assalamualaikum


Bercakap mengenai sambutan hari jadi, apa sebenarnya yang korang harapkan? party ohsem?? hadiah?? atau sekadar ucapan?? ermm kalau tanya aku, cukup laaaa sekadar seketul ucapan dari orang yang aku sayang. especially my laki lah!

Kalau mak aku tak ingat aku punya tarikh besday, aku tak heran sangat pun sebab mak aku tu kan dah agak veteran, mana nak ingat besday anak-anak dia yang seramai 16 orang ni. 

Tapi kalo laki sendiri tak ingat?? acaner?? muncungggg la 24jam kann? haha! eh, aku benornya pelik laa, apa ke payah benor geng laki ni nak ingat tetarikh penting like anniversary or besday pasangan?? bukan tak ingat tapi lupa. ~alasan samaaaa je dia guna!

Kalau tahu kita tu jenis mudah lupa, cer set reminder bebanyak kat tepon tuh. kata pakai smartphone canggih, set laa tarikh lahir bini bang oii! adoiii.... kesian puan bini, ternanti-nanti ucapan besday dari sang laki, tapi nan hadooo pon. dah kenapa tak alert sgt nih? 

Bukak Facebook berduyunnn masuk ucapan besday dari kengkawan. tapi dari dia nan hadoo pon. apa ko ghase? terus bertukar jadi Hulk kan?? tetiap kali besday aku, tetiap kali dia lupaaaaaaa..... but aku tak heran, coz aii paham laki aii memang macam tuuuuuu... huhu...!!

Betul tak bang?? ~ayat sentappp!!!




Detik 12 malam, dia tak ucap dah. coz tertidooo awal. pagi esok pun lupa. tengah hari baru nak ucap (time dia keje). itupun dia mula sedar besday aku bila ahli geng Whatsapp (adik beradik aku) sibuk duk wishes besday aku dlm tuh. selepas dia tengok Whastapp baru dia ingat kot. huhu.

Aku pun apaaaaa lagi, terus lancar perang dingin bila dia balik rumah. bebuat jual mahal takmo bercakap. seharian En.Yie tanya aku nak Dinner kat mana. aku buat derkkkkk jer. padahal dalam hati hepy gila! rasa nakkkkk je jawab "Jom bangggg...!!" tapi tu laaa kena buat2 merajukkk lamaaaa sikit, baru puas hati. kahhh3x. 

Tapi akhirnyaaaa, aku cair jugakkkk.. tak lama mana pun aku merajuk. kang kalo merajuk lagi lama, dia pulak tetiba cancel nak ajak keluar, aku gakkkk terkedu nanti. hoho. makanya, selepas magrib marilah kita ke KBMALL. kita celebrate 3 beranak sajooo....!!!

Bagi aku, takdak hadiah takpe. asalkan dia wish dah ok! sekadar belanja dinner pun aku terima. bukan mengharapkan hadiah memahal pon. tapi kalu nak bagi jugak, kedua belah tapak tangan aii tadahkan. hahaha. krikk krikkk krikkk...!!!




Tempat pilihan aku untuk besday dinner kali ini ialah Seoul Garden di KBMALL. tak dapat jejak kaki ke Korea, dapat makan kat sini pun jadi laaa... fefeeling duk korea gitu...

KBMALL dah ada Seoul Garden? iya dah ada. Sushi King ada. Manhattan Fish Market pon adoo. pada yang nak tahu, seoul garden ni berada di 3rd Floor KBMALL. No.tel : 097419939.




Pestaim kami makan kat sini benornya. coz Seoul Garden ni baru je ada cawangan di Kelantan. memang agak jakun untuk kami tapi before terjah sini aku dah sesiap google dulu, apa rules makan kat sini, berapa harga and apa benda yang best, etc etc.  google alwez membantu. hee!




Harga Buffet di Seoul Garden ni memang agak pricey sikit, tapi berbaloi la dengan apa yang kita boleh dapat. harga kat atas ni, belum termasuk Service caj (10%), Government tax (6%) dan Refillable Beverages (RM3.99) lagi ni. sesekali datang sini kira okay la. kalau hari-hari, boleh lingkup. ekeke!

Rules kat sini kena bayar dahulu, baru boleh amik makanan. so, berapa kami perlu bayar untuk 2 orang?  total RM83.50 (fikri FOC). 1 set dinner untuk adult dan 1 set dinner untuk student. aku dapat harga student coz Aku Student PJJ USM. tunjuk je Kad Matrik semasa pembayaran. 

Terima kasih pada bloggers yang tulis info pasal student meals ni. maka gigih laa aku bawak matrix card. boleh laa dapat diskaun sikit. hehehe. mujur aku google dulu info before kesana. kalau tak, dah tentu kena caj ngan harga biasa.

Actually bagi empunya birthday dia boleh MAKAN FREE aje dengan syarat, kena bayarkan untuk 5 adult lain. empunya birthday juga boleh dapat Diskaun 50% jika ada member card (RM25 seumur hidup). but aku takde member card, aku ada kad matrik je. maka, dapat laa aku harga student... hehehe... 




Bila dah bayar, kita pilih pulak jenis soup yang kita nak. tapi disebabkan aku tak tahu nak pilih yang mana, pekerja SG suggestedkan kami Korean Kimchi Jiaggea. katanya sedap. kami angguk je. pestaim datang kan, belum tahu lagi apa yang sedap.

Ermmm, sebelum tu sila baca apa yang tertulis di sebelah kanan gambar tu. ada penalti okey buat sesapa yang membazir makanan. RM5.00 per 100gram. so, jangan tamak sangat. amiklah makanan dengan berpada-pada. jangan dengar hasutan en.syaitonnirrojim.... :p




Sekarang marilah kita sama-sama memilih lauk yang berkenan di hati. ada pelbagai jenis lauk-pauk, sayuran, noodles, dessert dan pelbagai jenis minuman. all you can eat! pilihhhhh aje nak makan apa. aku waktu ni rambang mata dahhh banyak bebenor pilihan lauk pauk, lagi hebat dari Chim Chum di Food Village!




sushi ada. kimchi pun ada (dalam piring putih).




Dah siap pilih lauk terus boleh grill atau rebus. syok weeeiii... 




kalau rasa tak cukup makanan boleh gi tambah lagi dan lagi

All-You-Can-Eat!!




boleh lepak sehingga 10 malam.




udang rebus, bakar, angry birds, aiskrim semuaaaa fikri pulun




happy family forever - in shaa Allah.




si besday girl yang merajuk pada awal ceritaaaa...hahaha...




En.yie gigih duk bakar daging kambing tuuu....pebret dia!




Antara makanan yang aku sempat amik gambar. yang tak sempat snap usah kira. entah banyak mana laaa kami punggah makanan malam tu, tak terhitung. haha. seronok betul. daging blackpepper tu memang sedap sungguhhhh. banyak pinggan gak aku duk repeat tambah. udang dia pun besar dan segar! puas hati!!




Best jugak makan kat sini. persekitaran restoran menarik. pekerja pun friendly, senang nak bertanya or nak mintak apa-apa. senyum sokmo! fikri pon happy je kat dalam tu, makan banyak gak dia malam tu. 3 kali repeat makan aiskrim. heaven betoii...!!!




InshaaAllah, nanti kami datang lagi kesini. memang sedap dan berbaloi. tak sesia pilih tempat ni untuk celebrate besday aku walaupun tanpa ada sepotong kek pon. takde kek takpe, asalkan keluar dinner  di tempat syok sikit, itu dah cukup best bagi aku.  mihmihmih!

Apa hadiah besday tahun ni?

Takde! dia bagi aku duit je. ok la tu kan even sikit, senang nak nyopping apa yang aku nak! hahaha. kalau nak harap dia beli apa-apa kangggg itu tak kena, ini tak kena. baik dia bagi cash, aku beliiii je apa yang aku nak. kah3. ~mekasih banggg!!

Anyway, kita ni dah nak masuk Raya Haji kan? so, selamat hari raya aku ucapkan. selamat menjalani ibadah korban bagi sesapa yang mengambil bahagian. selamat sembelih lembu dan selamat makan daging sepuasnyaaaaa! bagi yang ada darah tinggi tu jaga-jaga. jangan makan daging sangat. bahaya!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.


DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...