kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 December 2014

Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


Bulan Disember bulan mengerikan bagi aku. sebab bulan disember adalah bulan assignment aku bertingkek-tingkek. nak lagi bila dah nak masuk bulan Januari, pon bertingkek tingkek. memang jammed otak bila kenangkan assignment. but mujur laa aku punya geng assignment banyak membantu!


Perpustaakan Awam Negeri Kelantan, pustaka negeri kelantan, perpustakaan awam kota bharu, pustaka awam, pustaka awam kelantan,


So, marilah kita ke Perpustaakan Awam Kelantan untuk mencari bahan rujukan untuk assignment JKA319E, JKA314, JKA315. library ni memang best, banyak bahan yang kitorang boleh dapat. boleh fostostat dan ada perkhidmatan bilik komputer secara percuma lagi. terbaikkk!!


Perpustaakan Awam Negeri Kelantan, pustaka negeri kelantan, perpustakaan awam kota bharu, pustaka awam, pustaka awam kelantan,


Kaunter depan. kaunter untuk pinjam buku ni.


Perpustaakan Awam Negeri Kelantan, pustaka negeri kelantan, perpustakaan awam kota bharu, pustaka awam, pustaka awam kelantan,


Duk di level 1 boleh nampak ground tingkat bawah. luassss dan kemas tersusun! belah kanan yang ada kerusi kecik-kecik tu for kiddos melepak kat situ. ohsemm!!


Perpustaakan Awam Negeri Kelantan, pustaka negeri kelantan, perpustakaan awam kota bharu, pustaka awam, pustaka awam kelantan,


Ohh silauuu lah pulak pic nie. hrmmm redooo je laa... hahaha... ni aku tengah memilih buku kat level 1. kat sini khas untuk geng lelaki je untuk melepak. but kalau geng pompuan nak datang pilih buku, takde masalah. boleh jer. cuma tak dibenarkan membaca kat meja yang disediakan. 




Perempuan hanya dibenarkan study di level 2 sahaja. bagus ler Library kat sini. tak campur adukkan boys and girls. tempat ko adoooo? takde kan? hanya di kelate. This Is Kota Bharu. lalala.


Perpustaakan Awam Negeri Kelantan, pustaka negeri kelantan, perpustakaan awam kota bharu, pustaka awam, pustaka awam kelantan,


Ada juga disediakan 3-4 ketul meja untuk geng lelaki dan pompuan duduk study bersama-sama. tapi mejanya terhad lah... duk dalam ruang yang kecik saja sambil dipantau staff library. so, takde chance la sesape yang cuba2 nak dating kat sini ye. bhahaha. 


Perpustaakan Awam Negeri Kelantan, pustaka negeri kelantan, perpustakaan awam kota bharu, pustaka awam, pustaka awam kelantan,


Kat level 2 ni ada 1 bilik khas yang dinamakan "Koleksi Kelantan". kat sini terdapatnya pelbagai jurnal, buku-buku mengenai sejarah negeri kelantan, dan pelbagai jenis buku lain. ianya boleh digunakan, tapi tak boleh pinjam bawak balik. 

Nak guna buku-buku kat sini kena tulis nama, kena tinggalkan IC dan kena isi form khas beserta judul buku. nak buku apa, boleh pilih pada buku yang aku letak pen tu. ada memacam tajuk buku kat situ. nak yang mana, terus request je ngan staff kat situ. 

Staff kat sini friendly!! suka betul aku!!


Perpustaakan Awam Negeri Kelantan, pustaka negeri kelantan, perpustakaan awam kota bharu, pustaka awam, pustaka awam kelantan,


Antara buku yang aku requested. ni untuk esaimen JKA319E untuk buat proposal. aku nak buat pasal "Main Puteri". so, ni lah yang aku pilih untuk bahan esaimen aku. completed ada dalam tu. so aku boleh tiru bulat-bulat. kahkahkah. 

Bagi aku, aku lebih suka ke library ni berbanding library USM di kubang kerian tuh. kat sana tak banyak bahan rujukan untuk student PJJ. dua tiga hari nanti pon aku akan ke sini lagi untuk mencari bahan rujukan untuk esaimen JKA315. 

Pening pala dah aku ni. esaimen bertingkek-tingkek lagi ni. pelan-pelan kayuh. semoga aku dapat siapkan dengan penuh semangat. hehehe. masuk tahun ketiga ni, makin susahhhhh pulak esaimen nih. huwaaaaa streessssss rasanya.... grrrr....!!!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.



16 December 2014

Foundation Maybelline Dream Matte Mousse



Foundation Maybelline, Maybelline, Foundation, Foundation Maybelline Dream Matte Mousse, cara pakai foundation dream matte mousse, cara pakai foundation,


Aku sukaaaa masuk Watson atau Guardians untuk bandingkan harga! haha. Foundation Maybelline Dream Matte Mousse ni kalau dekat Guardians RM39.90 (takde less langsung!). bila aku masuk Watson, wahhhh lebih murahhhh laaaa RM31.92 sahaja!!!

Gitu la antara dua ni kan... kekadang Guardians lebih murah, kekadang Watson lebih murah... aku kalau nak beli, memang aku survey dulu... memang murah nie, sebab 1st Foundation Dream Matte Mousse yang aku beli dulu harganya RM33.90.


Foundation Maybelline, Maybelline, Foundation, Foundation Maybelline Dream Matte Mousse, cara pakai foundation dream matte mousse, cara pakai foundation,


Aku jatuh cinta ngan Foundation Maybelline Dream Matte Mousse sebab ianya senang dipakai. molek untuk kulit berminyak. tekstur dia memang lembuttttt. sedap betul tonyoh kat muka before pakai bedak compact two way cake Miyami or Pixy! 

Ini bekas kedua aku repeat okay! kalau tak sedap takkan aku beli again...? kan kan? dan ini bukan review berbayar yer. just nak share ngan korang foundation apa yang aku guna jer. maybelline memang bestttt!!!


Foundation Maybelline, Maybelline, Foundation, Foundation Maybelline Dream Matte Mousse, cara pakai foundation dream matte mousse, cara pakai foundation,


Kanan yang lama, kiri yang baru beli punyaaaa!!! First time beli dulu aku tatau mana nak pilih kaler apa, sebab nampak macam lebih kurang jer. lagipun bagi aku baik pilih gelap sikit (Natural Beige) sebab nanti nak tepek bedak pulak kan. nanti terlampau putihhhh jadik macam puteri senandung pulak! (eiiii muka putih, tangan itam!) tetiba teringat Iklan Terlajak Laris tuh....bhahaha...!!


Foundation Maybelline, Maybelline, Foundation, Foundation Maybelline Dream Matte Mousse, cara pakai foundation dream matte mousse, cara pakai foundation,


But now, untuk yang second ni aku pilih yang cerah sikit. kaler Nude. takmo dah guna yang Natural Beige tu sebab gelap sangat. yang Nude ni okay-okay saja ngan kulit muka aku. tak gelap tak cerah. sedang-sedang elok orang kata!

So korang pulak guna Foundation apa??? share laaa..!!

Pada yang masih tatau nak memilih foundation yang sesuai, apakata korang try guna Foundation Maybelline Dream Matte Mousse nie??? pergi ke Watson atau Guardians cuba korang tenyeh sikit dia punya tester tu. cuba tengok ngam dak ngan kulit korang. so, selamat mencuba ya!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.


15 December 2014

Hensem Tak Saya....??





Now, fikri dah pandai demand nak ke KBMALL okay. tiap kali lalu depan KBMALL, dia mesti meroyan nangis-nangis suruh masuk. masuk semata-mata nak main motor pojaaaannnn dia tuu lah!




Kena insert duit kertas RM1 untuk main mende alah ni. tapi masalahnya sekali main bukan 1 round, 3-4 round dia pulun. ala-ala game PS1 gitu. game biasa-biasa je pon. game kutip2 coin. 




berlagak dah dewasa letteww...!!




Dah besar fikri ni....hrmmm cepatnya masa berlaluuuu....




Gaya otomen yang gegar nambelas. haha.




"Hensem tak Saya.....??"


Bergaya ngam jam baru. spek baru. semuanya beli kat KBMALL. RM10 seketul. hahaha. ni abah dia belanja nie. sakan posing macam budak besar pulak. eksyen betul si kenit ni tau. geram je tengok. erkkk, ada sesapa nak booking fikri jadik menantu tak ni....??? jangan lupa PM ye.... hahahaha....



Thanks and Regards,
Jaakechik.

11 December 2014

Roti Titab Kopitiam Kita


Roti Titab Kopitiam Kita -  Dah berkurun aku pergi ke Kopitiam Kita ni, tapi baru hari ni tergerak hati nak share kat blog. hahaha. sejak dua menjak ni mood kelauuutttt sedikit. tak jumpa cari jalan balik. 1 minggu 1 entry. berat nananggg!!!





KOPITIAM KITA
Taman Desa Jaya 4357-A, 
Jalan Pengkalan Chepa, 
15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia‎.
No.tel : 019-981 0888


Lokasi Kopitiam Kita ni di jalan pengkalan chepa.  berdekatan Kuarters Kastam dan Pejabat Kedutaan Thai. kedai dia agak terselit sedikit. kena masuk lorong kecik. signboard kat tepi jalan besar pulak, kecik cinonet je. kena tengok betul-betul baru mudah nak jumpa. boleh google maps kat sini : https://goo.gl/maps/hFzVS.




Kopitiam Kita ni popular hokay. pengunjung dia ramai di kalangan retisss tersohor. penuh di dinding kedai dia duk tampal gambar retis yang bertandang. dia tepek juga keratan akhbar dan sijil yang diorang dapat. dah masuk dalam program Jalan-Jalan Cari Makan pung. ohh hebakkk snagat nie...!!




Aku pergi sana lebih kurang pukul 8 pagi. agak ramai juga orang 80% full meja dia yang tatau berapa puluh bijik tuh. tak putus-putus orang datang. pelayan kedai pun friendly. persekitaran pon bersih. so, memang terbaik laa!!




Aku order benda yang sama je ngan ana. Roti Titab sorang satu.




Pastuh kami order "Kopi Beng" sorang 1. yang sebelah air tu, aku amik Nasi Berlauk Air Dingin. mulanya rasa nak makan, tapi bila dah siap makan roti titab tu seketul, terus tak jadi makan nasi tuh. sebab dah kenyang. so, aku letak semula. cancel makan!




Antara makanan lain yang ada, ialah pelbagai jenis kuih dan nasi berlauk yang siap berbungkus




Ada nasi tumpang jugak. sesapa mengidam, boleh terjah sini ye.




Nasi Berlauk Air Dingin yang sangat popular di Kelate selain Nasi Kak Wok.




Selfie bersama roti titab. muahaha!




Sedap ke Roti Titab? 


Memang sedap wehh. roti dia agak tebal berbanding roti slice gardenia. agaknya dia order khusus untuk kedai dia kot. sri kaya tu pon sedap. buatan diorang sendiri. overall memang best! aku kasi 4 bintang!!! Pada yang datang ke Kelantan, jemput try Roti Titab di Kopitiam Kita ni yer. highly recommended. memang thorrrrrbaekkk!!




After breakfast di Kopitiam Kita, aku rushing pula ke Institut Teknologi di Pengkalan Chepa, coz ada Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan serta Pertandingan Berzanji dan Marhaban Peringkat AADK Zon Timur. yang atas ni kumpulan A-Raudah, mewakili AADK Kelantan. untuk peringkat final yang dibuat di kedah, kumpulan ni dapat no.1 (juara). Tahniah Ar-Raudah!




Ni pulak rakan baik aku juga, dia mewakili AADK Kelantan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran (Qariah). dia dari AADK Pasir Mas. masa peringkat final di Kedah juga, dia mendapat Naib Johan (no.2). waaaaa... aii bangga sama kamu Gee!!! hebat!!




Selfie bersama Gee!
kami 1 sekolah dulu di Teknikrai. sekarang kerja di bwh 1 jabatan yang sama pulak!
Suatu kebetulan!




Actually untuk program pada hari tersebut, aku kena jadi AJK Persegaran. tukang serve makanan untuk VIP. selepas diorang makan, kami pulak makan.... huiiii sodappp!! penuh lauk atas meja kauuu....! haha. melampau geng persegaran nie! :P oklah, takde pape yang nak dibebelkan lagi dah. chow dulu naaaa, tq for reading!!! babai!!



Thanks and Regards,
Jaakechik!

09 December 2014

Buffet Steamboat di Pekan Golok (RM10)


Assalamualaikum


Entry kelmarin sengaja aku biarkan bersambungggggggg, sebabnya aku nak continue ngan entry hari ini yang lebih banyak gambar. heee! selepas beli sayur dan bembarang kering, kitorang singgah makan Steamboat di Restoran Buffet Abang Ya di Pekan Golok.




Pestaim makan kat sini sebenarnya. kakak aku ler dapat info dari kawan dia yang kat kedai ni, Buffet Steamboat dia murah. so, apalagi kami semua terjah laaa. memula agak pening juga tatau mana nak cari. tapi gigih gak drive slow-slow sambil toleh kiri kanan jalan. hahaha.




Steamboat ni sama saja ngan Chim Chum di Food Village kota bharu tuh. bezanya adalah harga! harga dia murah gilaaaa. 99 Bhat sahaja untuk seorang. kalau tukar duit Msia lebih kurang RM10 aje lah. eiiii murah sungguh. macam tak caya pulak. bayangkan kat Food Village sekarang ni RM21.90 per head hokay...!!


abang ya buffet, steamboat, steamboat murah di pekan golok, buffet murah di golok, chim chum,


Ada banyak pilihan lauk gak untuk pilih. ayam ada, daging ada, udang ngan sotong pon adoo! bukan setakat lauk je, nak makan nasi pun ada. menu-menu lain pun banyakkkk. aiskrim, somtam, pelbagai jenis bubur atau pengat, jeruk buah, laksa, bihun sup, alahai memang banyaklah kalau nak senaraikan... dah macam astro pulak, macam-macam adoo....hehehe...




Nyums...Nyums....dapat makan sume tak pandang kamera dah!!!




Tobat meleleh ailio korang kan? ekeke.




Wallahhhh!!!!




ni pulak aneka kerabuuu....kerabu perut, kerabu sotong, kerabu ayam, etc etc!!




OnomNomNomNom...




Sodappppp....bersimpang siur tangan...




Kalau tak habis, kena denda.....so jangan tamak!!!




Kerabu sotong ni sedapppp.... 3 mangkuk aku ratah sesaja.... hehehe...


abang ya buffet, steamboat, steamboat murah di pekan golok, buffet murah di golok, chim chum,


 thumbs up untuk kerabu sotong diaaaa!!!





Tuan Blog with kakak and Mak ayah kesayangankuuuuu.... 




Total bill untuk 6 orang dewasa makan termasuk 1 botol air berkarbonat dan 1 botol air mineral bersama 3 jag ais is 714 bhat iaitu bersamaan RM71.40. itu kalau bayar ngan duit siam ye. kalau korang bayar bil ni dengan duit Msia, jumlah yang korang kena bayar adalah RM74.90. see, berbezakan????? so, jangan lupa ke Money Changer dulu ya!!




Bergambar kenangan di kedai Abang Ya Buffet. hehehe. aku mintak pekerja diorang snap kan. so, pada sesapa yang datang shopping ke Pekan Golok, jangan lupa singgah makan Buffet Steamboat Murah ni yer. directions, apabila korang melepasi Imigresen Thailand, korang just straight je, lebih kurang 1km, kedai dia sebelah kanan jalan. mudah aje! tapi kena perhati betul-betul, sebab signboard dia kecik cinonet je! 


Okay. babai. thanks for reading yaaaaaa!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

08 December 2014

Masuk ke Pekan Golok


bandar golok, golok, golok thailand, golok thailand, pekan golok, sungai golok, sempadan golok,


Beberapa hari lepas aku masuk ke Pekan Golok, Thailand. aku gi sana sebab nak gi amik mak ayah aku (TMJ dan TPL). diorang balik ke Pattani selama seminggu gi jenguk nenek aku kat sana. so, aku pun gi la ngan En.Yie, kakak aku dan sorang adik aku. sajaaaa pergi sebab nak jenjalan. hee!


bandar golok, golok, golok thailand, golok thailand, pekan golok, sungai golok, sempadan golok,


Bila dah melepasi imigresen Msia dan Thai, tempat pertama yang dituju harus lah ke Money Changer dahulu (signboard oren). memang kat pekan golok ni boleh je shopping ngan duit Msia (RM), tapi kena caj mahal sedikit lah. so, baik ler aku tukar siap-siap! 


bandar golok, golok, golok thailand, golok thailand, pekan golok, sungai golok, sempadan golok,


Aku tukar RM100 je pun. saja standby untuk makan-makan. eh, tahu tak memang betul lah Ringgit Malaysia memang murahhhh gilaaaaa lah sekarang ni. aku tukar RM100 aku just dapat 950 bhat sahaja (RM95). ishk ishk isk. *gelengkepala*

Kalau 10 tahun dulu, time kita tukar duit RM ke Bhat, kita siap dapat untung lagi okay. tapi sekarang duit kita lak jatuh merudum. uhhh kesian!




Teman Tok Mek Joh (TMJ) beli sayur di Pekan Golok




Pilih jangan tak pilihhhhh. Murah dan Segarr....




Kakak aku pulak sibuk duk beli udang kering ngan belacan




Can u spot the Daging Khinzir....?? kat belakangggggg tuh!




Aku tak beli pape pun kat sini. just cuci mata sajooo!




Pastu singgah beli ice blended yang plastik besar tuh. packaging dia unik but aku lupa nak snap gambar. but very nice sebab dia lapis pulak ngan paper bag. cantik! murah pulak tu, RM2 sahaja!! manis, pekat, likat, kena ngan tekak aku yang agak suka benda manis nih. hahahaha.


Bersambungggg......

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...