kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 January 2015

Cerita Kursus Intensif Tahun Tiga #1





22 Jan 2015 - Hari kedua intensif ni aku ada kuliah awal pagi lagi. bermula 8am - 1pm. makanya sebelah malam memang aku dah sesiap iron baju dah. kangggg kalau tak iron awak-awal terlajak tido mahuuuu haruuuuuu... huhu....

Cantik tak port iron baju aku? kat situ la aku tido kat situ laa jugak port iron baju. heee! alas je ngan kain batik atas tilam pastuh bersila sambil iron baju. mihmihmih!!




Sebelum masuk kuliah di DKW sempat selfie seketul untuk send pada En.Yie. pepagi hari ni feelingggg ayu pulak bila berkurung. hahaha. ayat poyo!! aku mai sini bawak kurung 4 lai okay. so nak taknak kena ler pakai gak. pastu aku lupa yang aku kat sini naik moto merempit ke kuliah dan bila aku kangkang jadik pembonceng terus tak ayuuuu dah.... huwaaa aii is tension okay... puas tarik kain untuk tutup betis! GRRRRR!!! eh, serba merah lak aku dalam pic ni kan... selipar pon merah, kegilaan apakah ini??




Masuk kuliah selfie lagik ngan kengkwan satu pusat wilayah... sumenya ore kelate ni kecuali Dilla yang duk belakang aku tuh.. dia keje aje di kelate, tapi dia orang kedah! sodap kawan ngan deme nie, sporting dan sekepala! hee!




uittt mamat kat belakang tu pon nak interframe jugok yekk??
HAHAHAHAHAAAA... nampak lucu pulak.... kikiki.....




Disebabkan kuliah hari tu bermula 8pagi dan berterusan ke pukul 1pm (2 subjek + exam) aku pon apalagi terus tapau makanan di Bakti Permai before masuk kelas. bihun + kueyteow goreng + cili jeruk. fuhhhh mabelessss....!!! RM1.80 sajooo... abih kuliah pertama terus aku keluar dewan jap untuk makan. sap sap soi habis sebungkus.. pastu masuk kuliah balik... heee3!!




Ni time kuliah JKA319E. ini subjek yang seram gak ni. kena buat Research Proposal atau Thesis. proposal yang kitorang buat ni perlu dibawa dan disambung pada tahun 4. kira ni memang projek akhir kami ler nih. lecturer pon kemain cerewet sesatu di check ngan teliti. wat silap sikit jer terus dia komen. dapat pulak penyelia yang straighttttt terus kecut perut aku.... huhu... asyik ler duk mention jangan copy paste, jangan plagiat, jangan meniru, jgn bla bla bla... tensen wehh!!!!




Habis saja kuliah pada pukul 12 terus berdesupppp pergi ke Dewan Periksaan untuk Exam bagi subjek JUE300 - Inggeris. kemainnn lama menunggu kat luar dewan sambil dupp dapp dupp dapp berdebar... aku ni geram betoi time exam inggeris ni, nak pulak time yang Listening tu, satu apa tak paham. nasib ler ABC, yang tak boleh jawab aku tembakkk je memana yang berkenan. huhu!




Balik exam terus terjah Kafe Saujana untuk tapau makanan....




Aku pilih gerai ZY CAFE ni.... ada nasi ayam penyet, nasi ayam budu, bihun sup, laksa penang, pastu ada gak nasi pecal ayam dan pecal lele?? apa benda nasi pecal lele tu ekk? aku tak pernah makan nie... nak try beli gak but nenantilahhh.. hee!




Untuk hari tu, aku beli nasi ayam penyet. biarpun rupanya tak semegah Nasi Ayam Penyet yang kat luar nun aku redhoooo.... hentam sajaaaaa lah labu... asalkan kenyang.... ye dakkk?? Pastu masuk bilik, makan, terus Kroiiiihhhh2 ketidurannn... hahahahahaa....




Sebelum naik ke bilik aku terjumpa seorang pakcik nih... meh aku nak share sikit citer pasal pakcik nie... actually pakcik ni sepatutnya batch aku (2012/2013). tapi tahun lepas masa kursus intensif dia tak dapat hadir sebab seminggu sebelum intensif dia eksiden dan patah kaki. so dia terpaksa extend setahun. dan tahun ni kiranya dia di tahun dua lah... sebab dah extend tahun lepas... 

Pakcik ni agak mudah cam sebab dia yang paling-palingggggg veteran rasanya antara student PJJ USM kat sini... aku sendiri pon kekadang terpikir, nak sambung buat apalagi agaknya ye di usia sebegini??? hebatnya kamu pakcik. punya semangat yang sangat tinggi!!!

So moral of the story, umur bukan penghalang untuk kita sambung belajar lagi. ko tengok saja pakcik ni ko agak-agak berapa umur dia??? makanya, sesapa yang masih tak konpiden nak sambung belajar ke tidak tuuuu, ko jadikanlah pakcik ni sebagai inspirasi. walaupun dah berusiaaaaa, tetap gigih wat degree...




23 Januari 2015 - Jumaat day! kuliah bermula pukul 8-10 pagi jugak. seperti biasa gambar wajib snap banyak-banyakkk untuk ditepek dalam blog. muahaha. habis saja kelas terus saja makan dan melepak dalam bilik. tengahari takde kuliah sebab break for solat jumaat. kami geng pompuan tidooooo jer tenghari tu... hihi....




Selfiiiieeeee lagiiiii dan lagiii.... hahahahaa....




Pukul 8 hingga 10 malam pulak ada kuliah JKA314 (Agama dan Masyarakat) by Dr. Zurina Radzi. walaupun perasaan malassssss menguasai diri kitorang tetap kena pi gak. sebab esoknya kena hadap exam bagi subjek ni. gigih pergi kot laa lecturer nak bagi hint ke hape... tapi non hadooo pon... dia cakap fokus Powerpoint 1-3 ohemgeee.... banyak nak kena baca tuh!




selfie lagi. dedua lelaki dlm gambar tu satu jabatan ngan kami!




Balik kuliah terus order Bawal Panas-Panas... ohemgeee sedappnyaaaaaa lahaiii... makan pulak dengan budu... sedap betoi... habis merah kuku aku.... hihihi... fyi, nama menu ni memang macam tu yer, bukan aku yang memandai tulis... memang nama-nya macam tu Bawal Panas Panas.. ikan bawal tu dihidangkan panas-panas untuk customer.... hanya RM5 sahaja... sedapppp!!




Dah siap makan terus balik ke bilik untuk hadap nota-nota JKA314 nie. esok petang nak exam kan. sambil berperang ngan mata yang mengantuk dan perasan malas yang menggunungggg aku kena lawan gak... nak taknak kena baca gak sebab subjek ni soalan esei.... takde point mahu dapat 0 markah aku.... kemain lagiii study sambil kunyah kismis kunun nak bagi mudah ingat... hahahaha... abaikan tulisan aku yang huduh tu ye... kekadang apa yg aku tulis, aku sendiri pon tak paham. short form sangat kekdahnya!!! krikkk3




Ni gambar fikri yang En.Yie wassap aku. masa ni diorang gi ke pantai. pergi ler dia dua beranak tanpa aku... selalunya aku laaaa yang alwez excited nak kesini sebabnya aku suka tengok fikri happpy-happy kat sini main gelongsor kat playground kecik ni... pastu sambil makan hotdog bakar, makan bihun sup, minum air nyiur... 

Alahaiiii tetiba rasa sayuuu tengok gambar ni... dah besar anak aku rupanyaaaa.. gini ler bila dah jadi mak-mak ni kan... masa kecik nak suruh anak cecepat membesar.. bila dah besar sibuk pulak nak tacim-tacim bila anak makin besar hari demi hari... makin hari makin pandai berdikari, dah pandai suap makanan ke mulut sendiri, dah pandai itu ini... huwaaaaa kenapa cepat sangat besar nie.....???????? rindu pulak zaman ko baby time takde gigi dik!!!! huhuhu.




Baideway aku nak ucap tengkiu pada laki aku En.Yie yang alwez support apa saja keputusan aku. aku nak kerja dia bagi, aku nak sambung study pon dia bagi, alhamdulillah3.... teriba teringat nasib kekawan aku yang husband dia tak izin keje, husband dia tak izin sambung belajar, tak izin itu tak izin ini... huhu... terima kasih abang... terima kasih banyak-banyak! 

Mohon maaf juga sebab jaa terpaksa tinggalkan abang dua beranak untuk seketika demi segulung ijazah. doakan lah semoga isteri mu ini cekal dan gigih menambah ilmu demi segulung ijazah untuk masa depan kita yang lebih cerah... doakan semoga rezeki menyebelahi jaa nanti... jaa sayang abang banyak-banyakkkkkkkk.....!!! Muahhhhhh!!!!!

Babaiiii tengkiu reading this entry, nanti free aku update lagi ekk!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

9 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...