kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 January 2015

Cerita Kursus Intensif Tahun Tiga #3





26 Januari 2015 -  Today ada Seminar Antropologi Dan Sosiologi bagi student PJJ USM yang amik major antro-sosio. seminar ni khas untuk student tahun 3 dan 4. banyak pendedahan dan panduan yang diberikan untuk student buat projek akhir (thesis) bagi subjek JKA319E dan JKA430E.




Seminar ni bermula 8 pagi - 5 petang di DKU. aku pon pergi la jugak. selepas daftar nama terus gi brekfes bihun goreng yang pihak USM dah sediakan untuk peserta seminar. 





selfie dengan Suhaili. :P




Selepas brekfes mula masuk dewan untuk seminar. dan seperti biasa aku pilih kerusi paling hujungggggg sekali.... hehehe... sengaja pilih port belakang-belakang coz nanti senang nak keluar awal. kahhh3. aku memang tak minat seminar yang kena dengar ceramah-ceramah nie.... mudah ngantuk.... huhuhu...




Kat sini jugak lecturer ada tampal beberapa contoh proposal yang dibuat oleh student-student sebelum ni sebagai panduan. sempat ler aku belek-belek sikit.

Memang bab buat thesis ni buat aku seriau benornya... ni penyumbang terbesar pointer akhir nih... aku punya thesis banyak gak kena komen2 dek lecturer... terus rasa down kejap... hukhuk...!!




Dalam pukul 11 aku keluar dari seminar tu kejap untuk teman ana gi photostat modul JKA317. tempat ni kat tingkat bawah Pustaka Hamzah Sendut ni...

Kat sini sediakan memacam kemudahan untuk student print atau photostat bahan belajar, jilid esaimen, jual kertas soalan yang lama2, jual modul dan memacam lagi..

Cakap aje nak soalan exam bagi subjek apa? tahun bila? modul apa? sume adoooo!! ko standby duit jer, sekejapan sajoo dah dapat apa yang korang carik tu...




Masa kat sini aku terjumpa pulak biras aku (Rizuan). dia pon student PJJ USM. now dia di tahun dua. dia sambung PJJ USM sebab aku yang promote gak ni, akhirnya terhasut. hahahaha. 

Dia amik course Sains Kemasyarakatan. Major Antro-Sosio. Minor pulak Sains Politik. sebelum ni payah nak terserempak macam ni, hari tu tetiba lak boleh jumpa 1 kebetulan. hee!! eh, Wan apasal ko ni tinggi sangat hah???? ke aku yang pendek sangat....? :p

Time ni jugak ada reader blog datang menegur aku... #TerusBlushingggg!! :p 

Bukan riak, tapi memang aku sangat-sangatttt terharu ler bila ada yang kata dia kenal aku melalui blog. siap ucap tengkiu coz alwez share tentang PJJ USM hingga dia pon terjebak sama dalam dunia PJJ USM. 

Aku rasa macam, alahai tak sesiaaaaa aku share story di blog. tak sesia aku membebel dan merapu di blog. coz ada yang baca dan ada yang dapat semangat sambung belajar dari penceritaan aku rupanya... terus buat aku makin konpiden nak terussss update blog everydays!

Dalam group whatsapp PJJ USM yg baru di create pon ada yang tegur aku katanya pernah masuk blog aku. penah baca penulisan aku. ohhh maluuuu pon ye gak aku rasa. tetiba rasa nak sorok muka dalam laci....!! dalam kuliah pon ada yang tegur, eh awak yg ada blog tu kan? yg citer pasal PJJ USM tu kan? eh blog awak yang "jaakechik" tu kannn...? uiiii malu ittew!!

Email dah inbox mengenai pertanyaan PJJ USM toksah cerita ler... memang sokmo ada dari readers... kekadang senang untuk dijawab, kekadang soklan agak berbelit pon adaaaa yg di sent pada aku. bengong jap aku nak bagi jawapan. huhu.

Ekceli memang seronok bila tahu ada yang perasan kewujudan blog kita, ada yang suka baca blog kita. tapi bila ada yang bagitahu dia penah masuk blog kita secara depan2, memang bertukar merah hijau biru muka ni haaa....!!! segan wehh!!

Aku kekadang bila baca entry lama aku sendiri naik malu. tah apa-apa la yang aku duk merapu selama ni...? pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku serius berblog. dah 1000 lebih entry yang dipublished... tak sangka betoii!




Okay dahhh, kita benti kat situ je. continue to cerita yang lain pulak. pastu aku terjumpa jugak roommate sebilik masa aku kursus di Sungai Petani dulu. satu jabatan ngan aku gak ni. tapi dia cawangan Kedah. dia pon buat PJJ gak. now di tahun 1. Kak Yanie nama.

Pukul 12 lebih aku sambung semula dengar seminar. dalam 15 minit terus seminar break for lunch and zuhur. seminar disambung lagi pada pukul 2.30 hingga 5 petang... 




sebelum balik sempat bergambar ngan deme ni dulu




Muka memasing berminyak berpeluh habisss.... setengah hari berseminar belengassss abis satu badan. balik ke bilik, rehat, mandi dan solat kemudian 3pm pulak baru aku sambung gi seminar tu semula...




Tak sampai 15 minit aku masuk, semua peserta seminar dah mula dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut penyelia thesis masing-masing. ada 6 penyelia bagi projek akhir ni. Dr.Suresh, PM Dato Dr.Razha, Dr.Zurina, Dr.Chua, Dr.Fatan Hamamah dan Puan Soijah. aku dibawah seliaan Dr.Suresh! 




Tu haa Dr.Suresh, tekun duk dengar apa yang perlu dan apa yang tak perlu ada untuk projek akhir ni. banyakkkkk bebenor yang dia cerita, contohnya tajuk perlu spesifik, tajuk dan isi perlu dimurnikan lagi, kena ada jadual atau carta bagi data yang diperolehi, kena ada analisis data, kena ada itu ini... adehhhh gerun lak aku... aku punya tajuk dah laaa tak berapa popular tu... tatau ler boleh buat ke tidokkk... aku nak A untuk thesis ni... huwaaaa!!!




Balik dari seminar terus naik ke bilik selepas tapau makanan. aku tapau apa aku sendiri pon dah lupa. jemu dah snap pic makanan. memula rajin lagi, bila dah lelama ehhhh malas pulak rasanya... bukan menu tangkap leleh pon.... menu standard kantin sekolah je... :p

Malam tu pulun study untuk subjek JKA317 pulak. pagi esok ada exam bagi subjek tu. jenuhhhhhhh study, tapi satu apa pon tak paham. tinggi sangat ayat yang digunakan. dah nama pun falsampah Falsafah Penyiasatan Sosial, terus rasa nak pitam bila study subjek ni.... grrr!!




Okay ni satu benda yg aku nak share. kesian kete student ni kena clamp tayar. RM50 kena denda tu. buat student2 lain pasniiii beringat laa time nak park kete tu... jangan parking dikawasan larangan, jangan block laluan orang, nanti kena kunci tayar, haruuu! tak pasal-pasal melayang RM50. HUHU. ni kat Desasiswa Aman Damai ni. dua buah sekaligus kena clamp!




27 Januari 2014 - Hari ketujuh berintensif! berkemeja oren hari ni. weee! pleaseee abaikan seluar aku yang bergantungan di tepi loker tuuuu... bilik ni kecikkkk.. takde background menarik untuk selfie.... terpaksa ler guna background tuuu... mihmihmih....




Pepagi hari ni semangat bersiap untuk hadap exam JKA317. 




rempit dengan skuter untuk ke dewan exam




Exam kali ni dibuat di Bilik Peperiksaan Perpustakaan Hamzah Sendut II (E41) yang berada di sebelah pejabat PPPJJ. nasib baik jumpa gak kami cari. hiks!




Selfie dengan group esaimen aku. Pn.Zumirah dan Pn.Normazainy.  kami semua 1 jabatan gak nie... diorang serius study before exam. aku pulak masih happy-happy siap selfiee lagi... macam bukan nak hadap exam je... hahaha... well u know me, hidup kena sentiasa happy baru tak tensiiiii!!! heee!




Pestaim merasa exam kat dewan E41 tu. sebelum ni exam dekat DPA/B/C/D atau dekat DKSK je pon. luasssss gak dewan tu. but soryy ler takde gambar suasana dalam dewan,. coz bila masuk je dalam ni terus berebut pilih tempat! hihihi!




Keluar saja dewan exam, terus melajuuuu ke Pejabat PPPJJ pulak untuk gi amik Kad Diskaun SISWA 1 Malaysia (KADS1M). actually sepatutnya kad ni aku dah boleh collect masa intensif tahun lepas, tapi disebabkan aku balik awal so aku tak sempat amik lah... tahun ni baru aku dapat kad ni... alhamdulillah pasni boleh guna kad ni untuk dapatkan diskaun dari bermacam tempat! 




Settled amik KADS1M terus gi makan tengahari di Cafe Aman Damai. tapi benornya ni bukan lunch pon. this is brunch. brekfes + lunch sekaligus. hahahaha. 




RM5.00 sahaja...




Naik ke bilik aku duk hadap menda ni. dikala orang lain sibuk study, aku sibuk update blog. hahaha. ntah kenapa, asal study je aku ngantuk, asal ngantuk je study. aku pun tak paham. tapi yang peliknya kalau hadap blog, eh boleh pulak aku stay berejam karang entry berjelaaaaaa macam hari ni!! 




Pukul 8 malam kitorang turun makan Nasi Tomyam kat cafe ni... sedap ke? ermmm bolehhh laaa masin sajo-sajoooo rasanya.... muahahaha... makanan kat sini standard kantin sekolah laa... harga memang murah but rasanya so-soooooo sangat...!! sesapa yang cerewet tu ada baiknya korang makan diluar USM aje kalau takmo sakit hatiiii.... mihmihmih!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

4 comments:

  1. gud luck ja...tggal brapa tahun lagi ni

    ReplyDelete
  2. baca entri ni mengembalikan kenangan saya semasa belajar kat sini dulu.huhu...rindunya USM Penang.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...