kelab blogger ben ashaari, KBBA,

08 March 2015

Cara Nak Buat Puding Trifle



Cara Nak Buat Puding Trifle - Hari ni aku nak share cara nak buat puding trifle. ada sesapa berminat nak belajar? cepat-cepat bookmarks entry ni yer. save link resepi ni cepat. nanti senang nak review time korang ready nak buat. okay aku taknak cakap banyak, jom kita terus kepada resepi step by step....!!




Bahan-Bahan Puding Trifle :

1 Paket kek gulung perisa pandan
1 Tin koktail
1 Tin susu pekat
1 Tin air (sukat guna tin susu)
1 Paket kristal jelly Nona
4 senduk tepung kastard Nona
5 sudu besar gula


Kalau refer pada gambar macam banyak jer bahan nak buat Puding Trifle ni kan. actually, sikit je pon kuantiti koktail yang nak diguna tu. tak habis pon 1 tin koktail tu. 1 tong nata de coco tu pon langsung tak terusik. aku just standby je kot tak cukup.




1.) Potong kek lapis dan susun dalam bekas dengan mampat.
penuhkan ruang-ruang yang ada dengan kek. 

2.) Kemudian titiskan air koktail untuk lembab-kan kek.


*Nota : Sila pilih kek lapis hijau untuk bau dan warna yang menarik!*




3.) Masukkan tepung kastard bersama 1 tin air, gula dan susu pekat ke dalam kuali.
Masak sehingga kastard menjadi pekat.


*nota : tambah sedikit pewarna kuning untuk lebih menarik*




4.) Tuangkan kastad pekat tersebut ke atas susunan kek lapis lembab tadi.
biarkan sebentar hingga kastad sejuk dan membeku.




5.) Kemudian susun buah-buah koktail sambil ditekan sedikit,
untuk mengelakkan ia terapung setelah dimasukkan jelly Nona. 




6.) Kemudian sediakan  Jelly Nona dengan mengikut arahan pada belakang kotak. 
Sejukkan sebentar.




7.) Curahkan Jelly Nona ke atas lapisan buah koktail dengan perlahan-lahan.
Kemudian sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan!




Hasilnya, Puding Trifle ini akan memberikan hasil seperti di atas ni. 3 lapisan warna yang sangat cantik dan berseri! sekali pandang terus rasa nak terkammmm! hahahaha. ada yang terliur takkkkkkkkk nie? jom la cuba buat Puding Trifle ini sekarang. selamat mencuba ya....!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

5 comments:

  1. dah try buat mmg sdap n nak lg.nyuuuum

    ReplyDelete
  2. wou! good recipe.. I would like to try this recipe bcause it's very easy.. Thanks sis sbb sharing.. nanti sya try buat kat rumah nii, pasti sedap kan..hhii
    Jom singgah blog sya :D
    http://mycutestrawberry.blogspot.com/2015/02/giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...