kelab blogger ben ashaari, KBBA,

09 May 2015

Snowy Ice : Ozarah Cafe (Choco-Oreo)


Assalamualaikum


Dah macam chipsmore pulak mood blogging aku ni. kejap ada, kejap tak ada. hahah. heii payah nau nak konsistenkan diri untuk update blog ni. payah serba serbi pulak rasanya bila time mood MALAS tu datang. 

Nak upload pic pon rasa MALAS. malas sebab gambar banyak sangat sampai letih tangan duk scroll scroll. yang nak dipilih 5-6 ketoii jer. itu yang aku naik fedap tuuu... menciii tau banyak nau pic! hampir penuh dah memory phone aku nie. huhu.




Okay back to topic asal. hari ni aku nak share gegambar masa kami 3 beranak gi makan di OZARAH CAFE di Kota Bharu baru-baru ini. eh ye ke baru-baru ini? dah berkurun kot! haha. 15 April 2015 lagi kisah ni. kui3. #TepukDahi




Makan2 kat sini sempena Birthday En.Yie. ekceli aku benarnya plan nak bawak En.Yie makan di SAIZO CAFE di Pasir Hor. memang dah berminggu aku plan nak bawak En.Yie ke sana sebab kat situ special sikit coz ada Aiskrim Magnum yang dihias cecantik tuuuu... 

Aku kemain berangan nak surprisekan En,Yie dengan aiskrim cantik tu... En.Yie duk tanya aku nak makan kat mana pon aku tak jawab, aku just jawab "ada laaaa". sekali bila sampai kat Saizo Cafe tu, boleh pulak kedai tu tutup! #Damn!

Adeh! rasa macam nak hantuk kepala ni. eiiii geramnyaaa!!! tetiba rasa stress! krem otak duk pikir, nak makan kat mana niiii? kenapa la aku tak standby plan B, plan C??

Blurrrr rasanya nak pilih tempat lain...grrrr.... pastu lajuuuuu tangan capai henpon dan google kat mana lagi tempat best.... pastu datang idea, eh pekena Snowy Ice pon sodap ni... dah lama juga  aku teringin nak lepak kat situ lepas tengok member FB tayang Choco Oreo. 




So here we go. Ozarah Cafe! lokasi : berdekatan simpang 4 kedai kain Laila Rawas (now laila rawas dah tutup). berdekatan juga dengan kedai kain Kelantan Silk Store. nak lebih betul location dia, nah amik No.Tel Ozarah Cafe ni : 097432243.




Paling special kat sini, tentu lah Snowy ice! memang menggoda anak tekak. manis, lemak berkrim. nak pulak cuaca sekarang ni panas meruap kan. sedapppp aje rasanya. hihi. aku pilih Snowy Ice  : Choco Oreo. penuh rasa coklat. penuh dengan peanut. memang mabelesss!! hingga hari ni masih teringat ingat kesedapan dia! (pic ni snap guna flash).




Yang ini pulak snap tanpa flash! saje nak tengok cemana rupa gambar Snowy Ice ni kalau tanpa flash. memang tak menggoda macam yang guna flash tadi kan? tapi takpe rupa tak cantik, asalkan sodap... ye tak? nak tahu berapa harga semangkuk choco oreo ni?? meh tengok kat bawah ni.




RM8.00 sahaja. tak mahal mana pung! 




Aku order jugak 2 set Chicken Chop untuk aku ngan En.Yie. aku order yang Big Plate punyaa... ! konon nak special laa sikit. ingatkan sedap, tapiiii takkkkk!!! muahahaaa... kelaut rupanya... dah ler tetiba ada nasi secoet dalam tu, muak jadinya... gravy pon kurengg... tak habis aku ngan En.Yie makan... grrr.... berapa harga yang ni? ko tengok resit kat bawah nanti eh...




Untuk fikri aku order Fries je laa... sedap tengok dia makan! abis comot comot muka. haha. eh, tengok pic ni baru aku perasan, saiz mangkuk Choc Oreo tu lagi besar dari muka dia. hiks! 




Ok ni resit hari tu. tak mahal mana pun. sebab kami pon order sikit ajo. time besday memang dari dulu kami ni bukan suka nak buat party2 pon. dapat keluar dinner pun okay dah. pastu bagi hadiah apa yg dia nak. gitu je. dia tak mintak present yang ribu riban, coz dia tahu bini dia bukan kayoooo. besday boy mintak wallet dan belt je. okay laaa tuuu... :P




So sesapa yang datang sini, jangan lupa order Snowy Ice ye. memacam perisa adooo... rugi kalau tak try. kat tempat lain takde rasanya kot. eh, ke ada kat area Kelate ni? kalau ada, meh laa mention nama restoran tu meh, nanti kitorang terjahhhh... 

Okay lah. kita jumpa lagi di next entry ya. babai awakkk!! 



Thanks and Regards,
Jaakechik.

4 comments:

  1. nampak sedap snowy ice tu...terliur plak

    ReplyDelete
  2. Allah..tengok gamba kat atas terus jadi lapa...tertelan air liur..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. sedapnya aiskrim tu kak. ade oreo tuu. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...