kelab blogger ben ashaari, KBBA,

10 September 2015

Melangkah ke Tahun Akhir

Assalamualaikum..


Lamanyaaaaa tak membebel kat sini... fuhh dah berhabuk keyboard aku ni.. hiks! hari ni rasa rajin lak nak menaip... but aku sedih benornya ni, gegambar suasana raya puasa hari tu aku tak tepek pon kat sini kauuuu, tak sempat! now dah nak raya haji dah weeii... huwaaa acane ni? len kali lah aku citer eh.. doakan aku rajin selaluuuuu.... :P




Eh ko tahu tak? pejam celik, pejam celik, aku dah di tahun akhir dalam Program PJJ USM ni wehh... sekejap aje kan? tinggal setahun je lagi. eeeeee tak sabarnyaaaaaa nak pakai topi patsegi. tak sabarnyaaaaaa nak graduate! Subhanallah, Allahuakbar! Terima kasih Ya Allah... terima kasih.. terima kasihhhh sangat-sangat!!! 

Tak sangkaaaaa tak sangkaaa (gegeleng kepala), SUMPAH memang tak sangka rasanya. rasa macam baruuuu je aku join PJJ USM hari tu. rasa macam baru tahun lepas je aku orientasi

Tapi, itulah kenyataan nya. dapat melangkah tahun akhir ni kan rasa happy betul. rasa nak lompat setinggi mungkin, rasa nak jerit kuat kuat. hehe. over kan aku? padahal baru masuk final year je pon. belum graduate lagi. kalau dah graduate nanti, tak tahu le cemana. haha.




15 Julai 2015 hari tu, result provinsinal dah keluar. gembira bukan kepalang aku bila dapat tahu semua 8 subjek tuh aku lulus. bila dah lulus tu bermakna takde paper yang perlu di repeat lah. ohhh takde apa yang terkeluar dari mulut aku ni, kecuali duk sebut alhamdulillahhhh berkali-kali.

Allah bagi peluang kedua pada aku untuk further study, alhamdulillah pahit manis selama 3 tahun bergelar pelajar pjj usm, aku berjaya harung. walau pernah rasa down, give up, etc, tapi syukur semuanya baik baik saja. 

Pada 03 Ogos 2015 hari tu, result tahun 3 dah pon keluar, result beserta Gred dan Pointer (PNGK). aku dari first year hingga kini, tak tinggi mana pon pointer. cukup-cukup makan sajo. eh, ye ke cukup-cukup makan? rasanya nak makan pon tak berapa nak cukup kot. Choii...!!

Tapi okay la berbanding orang lain (ayat nak sedapkan hati sendiri)

Orang lain ramai lagi yang kena repeat paper, pastu ada je yang pointer diorang ngam ngam je 2.50, dan ada juga yang pointer tak sampai 2.00! adaaaa oke jangan kata takde! so aku perlu bersyukur sesangat daaa... lagipun berpadanan lah ngan usaha aku yang tak berapa nak rajin ni. berapa pointer aku? rahsia. hiks!




Ogos lepas aku dah start Daftar Subjek untuk sidang 2015/2016. 5 subjek aje weii untuk tahun akhir ni. untuk tahun akhir ni aku belajar Teras aje. takde dah subjek Universiti, Elektif, Minor segala tuh. dengan kata lain untuk tahun akhir ni belajar Major je. 

5 subjek tu dah termasuk 1 projek akhir / thesis. pada yang tatau cara nak daftar subjek ni, boleh refer ENTRY INI ye. aku dah bagitahu secara details kat situ. 

Oktober nanti dah mula kuliah dah. tahun ni, azam aku nak study bebetul. nak grab pointer secantek mungkin untuk cover pointer aku yang rendah sebelum ni. harap-harap azam aku ni bukan azam bajet hangat-hangat taik ayam. hahahaha.

Terkenang pula time struggle masa Final exam hari tu. study sikit je, tapi rehat banyak2. pastu asal keluar dewan je muka macam orang tak puas hati sebab tak boleh jawab.

Ko tahu apa yang paling menyakitkan hati time exam?

Contohnya gini, 1 subjek tu ada 10 bab pastu aku yang bangsa pemalas ni memang tak baca semuaaaa bab tuh, pastu pepandai main skip-skip. baca bab-bab yang berkenan aje. bab yang tak suka aku jejeling je. 

Pastu bila exam, bab yang kita baca dan fokus bebetul keluar sikit je, bab yang kita just jejeling tu yang keluar banyak plak. masa tu Tuhan saja yang tahu cemana perasaan terbakor. mula lah cakap, kalaulah aku baca bab tu.. kalau lah ini... kalaulah bla bla bla... berapa banyak "kalau" daaaa...GRRR!! sakit pulak aty kita ni wak!




Weii korang doa la biar aku rerajin post entry baru. banyakkkk benda lagi yang aku nak share ngan korang ni. berlambak ada pic, tapi mood nak menulis tu tadak! eeeee sabar je lah!


Regards,
Jaakechik.


10 comments:

  1. Rindunya nak sambung belajar lagi

    ReplyDelete
  2. dah masuk final year? bagus.. all the best..

    -sham

    ReplyDelete
  3. Sama la Jaa, macam tak percaya jee dah tahun akhir kan! ..rasa cam baru je lagi duk beratur nak daftar tahun 1.hekhek. Azam fiza sama dgn Jaa, final year ni nk dapatkan pointer tinggi..nk cover yg lepas..hope kita dua dpt capai azam tu. Gud luck untuk Jaa!

    ReplyDelete
  4. tahun depan muja masuk final year kat ipg.. seriously rasa tak sabar nak bersara. hahaa

    ReplyDelete
  5. kejap je dh final year ye..moga kuat n dpermudahkan semuanya..hihi.. belum hbs hati meronta2 nk cepat hbs..tp nnt dh graduate mesti rindu giler zaman pjj ni...=)

    ReplyDelete
  6. Lama tak jenguk USM minden ni .. rasa rindu lak, bukan jauh pun .. hahaha... USM transkerian yang sepelaung ni pun tak terpegi lagi, walhal ramai je member jadi lecturer kat situ.

    Apapun tahniah pada Jaa kerana dapat habiskan PJJ di USM ni ..

    ReplyDelete
  7. Nak teka pointer Jaa .. 2.62 ... huhuhu betui dak?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak jaa Kechik. Tahniah sbb da last year. Asbab blog akak ni la sy dpt further stdy wlpon skrg 5 taun 😂. Sy doa kan akak beroleh kejayaan yang lebih baik dari sebelum ini. Doakan saya jgak ye.

    ReplyDelete
  9. tahniah kak.
    teirma kaseh asbab blog kak ni sy dapat smbg ke USM. ;)
    kipidap dongibab wekenduit!

    ReplyDelete
  10. salam...tahu x bila final exam utk sidang 2015/2016 ni? dgr cerita bulan 4. betul ke?

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...