kelab blogger ben ashaari, KBBA,

15 October 2015

TOY MUSEUM PULAU PINANG


Assalamualaikum

Hari ni aku nak share satu tempat best ngan korang. tapi di pulau pinang lah. hihi. actually aku dah lamaaaa pegi, but baru hari ni ada kesempatan nak cerita kat blog. mood kelaut lama gilaaaa kan. so here, aku bawakan untuk korang!


Nama tempat : TOY MUSEUM PULAU PINANG
Alamat : Jalan Tanjung Bunga, 11200 Tanjung Bungah, P. Pinang
No. Telefon : 0124602096
Harga tiket : RM15 (Dewasa) / RM10 (Kanak-kanak)


toy muzium, toy museum, toy museum malaysia, toy museum pulau pinang, harga tiket toy museum, pulau pinang, holiday, tempat menarik di pulau pinang, tempat-tempat menarik di malaysia,


Memang dah lama benar aku kesini. sejak Februari 2015 lagi ni. tapi aku tak kira nak jugak share. moga nanti dapat bantu sesapa yang duk google "tempat menarik di pulau pinang". so jangan lupa masukkan tempat ni sebagai salah satu destinasi yang wajib korang tuju, oke!




Tempat ni merupakan Muzium Mainan Terbesar di Dunia. aku repeat, terbesarrrrr di dunia, bukan terbesar di Malaysia. so tak teruja ke korang? nak lagi kalau yang ada anak kecik yang suka tengok kartun ke citer superhero ke. memang okay sangat lah!





Macam-macam watak superhero yang ada. star wars, captain america, superman, batman, segala yang man man tu semuanyaaaaa ada. keluang man je takde. usop sontorian pun takde. so, jangan dicari. memang takde. hahahaha. 


toy muzium, toy museum, toy museum malaysia, toy museum pulau pinang, harga tiket toy museum, pulau pinang, holiday, tempat menarik di pulau pinang, tempat-tempat menarik di malaysia,


feeling lara croft! :p



toy muzium, toy museum, toy museum malaysia, toy museum pulau pinang, harga tiket toy museum, pulau pinang, holiday, tempat menarik di pulau pinang, tempat-tempat menarik di malaysia,


Bila mai sini kan, aku tengok En.Yie punya keterujaan lagi banyak dari fikri. hahaha. tapiiii, memang niat aku pon nak happykan dia. sebab aku tahu dia penggemar citer omputeh, nak lagi kalau filem genre aksi or superhero. memang dia ada banyak cerita koleksi!

Ko request je tengok cite apa, semuaaaa dia ada. dua hard disk dia, penuh dengan movie yang dia download jee. kalau citer tu ada 6 episod, 6 episod gak la yang dia ada. memang hobi diaaaa. majoriti yang HD dan Blue Ray pulak tu, memang gambar lawa gila siap ngan subtitle melayu lagi. 

Thats why aku nak sangat bawak dia kesini! dah lama plan nak kesini, akhirnya tercapai jua. tengkiu buat adik ipar aku dan biras aku yang sudi bawakkan. kalau harapkan kami laki bini drive sendiri, memang tak jumpa lah kot. sebab tempat ni agak tersorok skit. hee!

Okay, stop bebel kita teruskan tengok gambar pulak.








Banyak replika watak-watak yang ada. ada yang kenal, dan ada yang aku tak berapa kenal. haha. biasa la pompuan kan, mana amik tahu semua tuuu... en.yie la yang banyak duk perkenalkan aku, nia nama apa, ni dalam citer apa. watak yang aku kenal of course laa citer yang aku penah tengok je. macam doraemon, super mario, sesame streets, barbie, hello kitty, power rangers, hahahaha. 

Kiri kanan, penuh dengan pameran replika mainan. dari sekecik-kecik saiz, hingga ke saiz yang bapakkkk punya besar. luas gak laa tempat ni, cuma agak suram skit. maybe sebab takde pengunjung sgt kot. tempat tu panas pun ye gak. aircond tak berapa nak rasa. menitik gak laa peluh jantan aku... 




Jack Sparrow dalam Pirates of Carribean




Eh aku sangat-sangat tak paham, kenapa lah adik ipar aku snap pic ni macam tu. tetiba takde kepala lak patung kat belakang tu. adoii, nak bergambar ngan patung kat belakang, tapi kepala lak takde, eh seram pulak jadinya. hahaha.




Woody dan kawan-kawan dia




anak beranak Toy Story. ni kartun kegemaran fikri nih.




ni pulak kartun kegemaran mama fikri. hahahahahahahaaaaaa!!




Haaa dik, mama dah penah bawak ko kesini yek. jangan pulak bila dah besar nanti, ko cakap mama tak penah bawak pulak. kalau tak percaya, bukak blog mama dan baca entry ni. hehehe.




Haaaa watak-watak kat atas ni, aku tahu. sebab aku memang layan citer SAW ni. citer pasal bunuh-bunuh orang. aku memang suka citer saspen macam ni. watak Jigsaw yang jahat, watak Amanda yang pyscho, macam-macam helah diorang nak bunuh orang. ayat trademark dalam citer ni, "i want to play a game!" dan "game over!". sape yang tengok kesemua episod citer ni, kita geng! :p




Citer Chucky ni pon aku layan. semua episod aku tengok. dalam dok takut pun, aku tetap tengok gak, tapi dengan syarat En.Yie kena teman laa. aku bukan takut kan Chucky yang jahat tu, tapi aku takutkan muzik saspen dia yang gilaaaaa vavi punya kuat tuu... citer tu tak takut sangat pun, tp muzik dia tu yang over! nak gugur jantung! #JilakeBetul



toy muzium, toy museum, toy museum malaysia, toy museum pulau pinang, harga tiket toy museum, pulau pinang, holiday, tempat menarik di pulau pinang, tempat-tempat menarik di malaysia,


So far bagi aku okay laaaa untuk hiburkan anak-anak dan suami. kita yang pompuan ni memang tak lah teruja sangat. tapi bagi geng lelaki, syok la kot. bagi orang-orang tua pun mungkin mende ni tak seronok bagi diorang sebab replika je pun. 

Pastu pulak, kalau korang nak datang ramai tu, agak pitam gak la kot time nak bayar tiket tu. mahal nak mamps! kalau pergi 2-5 org okay lagi. kalau pergi 10 orang ke atas memang fengsan la kot kalau ko nak payungkan semuaaa. kalau tong-tong bayar tuuuu, okay laa... heeee!

Kalau nak ikutkan banyakkkk lagi gambar2 yang ada. berpuluhhhhh puluhhhh kot aku snap masa kat sini. tapi takde maknanya aku nk tepek semua kat sini. aku pilih2 secara random je ni. okbai. see u di nextttt entry plak ye...!!



Regards,
Jaakechik.


7 comments:

  1. haritu tak berpeluang nak singgah musuem nie..nak kene repeat lagi penang nih.

    ReplyDelete
  2. Urmmm menarik ..xtaw lak Kat Penang Ada muzium toy nih

    ReplyDelete
  3. g sini best klu bawa bdk-bdk....

    ReplyDelete
  4. feb 2015 baru nk updet., harhar2 toy museum dh pindah tengah pulau., tuari pegi cari kat tg bungah dh takdok., huhu2

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...