kelab blogger ben ashaari, KBBA,

21 December 2015

Resepi : Popia Simple Kudapan Petang



Popia Simple Kudapan Petang - Sape belum pandai wat Popia Homemade sila angkat tangan...!!! ok ketuk ketampi 20 kali!!! (^_^) nak buat popia ni mudah je dik... meh aku share macamana nak buat popia simple dimple nih...

Eh jap jap, tapi mesti ada yang kata, buat apa susah-susah nak buat? beliiiii je senang!!! "Kak Piah, bungkus popia 5 ringgit!" beli yang ready made memang laa best dik! sebab cepat dan mudah...

Tapiiiiiiiii, cuba ko try buat sendiri, feeling dia lain macam okay! rasa seronokkkk sangat dapat hidang air tangan sendiri untuk anak dan suami. bila tengok diorang berselera makan terus kembang-kembang hidung ni haaaaa. muahaha... tak caya? cuba korang buat hari nie.... :P




1.) Tumis bawang putih.




2.) Masukkan isi ayam, garam dan serbuk perasa


*nota : boleh juga kalau nak campur dengan isi udang.*




3.) Masukkan carrot dan sengkung (yang telah di sagat)


*nota : boleh juga masukkan parutan ubi kentang.*




4.) Goreng sehingga layu kemudian buang lebihan kuah (jika ada).
Kalau suka pedas boleh tambah cili padi.




Aku guna kulit popia yang kecik ni. (saiz mini). guna hok ni senang, sebab ngam-ngam elok je saiz dia, sebijik dua kali ngappp je. muahahaha. harga aku lupa. lebih kurang RM3.50 kot.




5.) Letak sedikit inti ayam tadi ke atas kulit popia.




6.) Lipat macam yang aku buat tu... 




7.) Kemudian gulung dengan kemas dan cantik. 


*Nota : Letak sedikit air untuk lekatkan hujung kulit popia tu.*




Buat banyak-banyak sampai habis 




Pastu masukkan dalam plastik (asingkan) dan simpan dalam freezer. boleh tahan lamaaaaa nie.... petang atau malam kalo rasa lapar, goreng jer popia ni. kunyah-kunyah sambil tengok TV. makan pulak dengan sos pencicah. sure sedap!!! 




Selamat mencubaaaaa ya............!!!



8 comments:

  1. sedapnyaaa.... bolehlah beli dari jaa gini... frozen punya...

    ReplyDelete
  2. Waahh..rajin nyee budk comel buat popia comel...

    ReplyDelete
  3. walaupun nak buat popia ni senang, tapi saya tetap malas nak membuatnya..last time buat pun dah tak ingat bila..hahaha

    ReplyDelete
  4. sedap sangat.. btw done folo, folo me back :)

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa. nice. btw, sy follow#2048.nice blog.jemputt:)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...