kelab blogger ben ashaari, KBBA,

31 January 2015

Cerita Kursus Intensif Tahun Tiga #4





28 Januari 2015 -  Ehem! awal-awal lagi dah tayang gambar makanan. haha. sajeeeee nak buat korang lapar. hihihi. ni Bihun Sup di Cafe Saujana USM ni. RM3.00 sajo semangkuk! pagi ni takde kuliah apapun. so, aku turun makan lewat sikit dalam pukul 3 petang rasanya kot masa nie.




Hai awakkk...jom makan bihun sup ngan ittew...!!!




Lepas makan mai ke DSTP pulak untuk dengar kuliah JKA315 (Dr.Suresh) bermula 4-6pm. agak tak ramai student petang tu, tatau la kenape maybe ramai yang bertindih jadual ngan kuliah lain or ada exam kot. banyak kerusi kosong petang tu.




Ini dinamakan pose gedikkkkkkkkk perasan retisss....! kui3




Dimana ada aku, disitu ada dia. ada je dia, adaaaa lah aku. muahaha!!




Pukul 6 petang balik ke hostel. mandi solat. pukul 8 kena gi kuliah pulak.




Pukul 8-10mlm ni kuliah JKA315 gak. alhamdulillah lecturer ada bagi tips exam sikit untuk student. so, tak perlu nak hafal bebanyak, baca je apa tajuk2 yang dia bagi tu... alhamdulillah.... terbaik Dr.Suresh nie...!!!




Pukul 10 malam rempit ngan skuter balik ke hostel pulak. gini la hari-hari dah macam pesta lumba motor pulak aku tengok. sume naik lelaju nak cepat sampai ke bilik. kikiki.




29 Januari 2015 - Pagi ni takde kuliah gak. just ada exam JKA315 pada pukul 8-10mlm. so pepagi ni lepak kat bilik je laa.. duk study nota-nota untuk bekal nak goreng-gorenggg dalam exam malam nanti... jap study, jap tido, rasanya antara study ngan tido, tido yang banyakkkkk kot.... hahahaha.... nak turun makan pon berperang ngan tido! malas nak bersiap turun. nasib baik ada maggi, ada milo, ada jajan! heee! 




Hai la bilis goreng, nasib baik aku bawak ko mai USM. boleh kunyah2 time lapar... time makan bihun sup pon aku taruk bilis, makan maggi pon aku taruk bilis, nasi biasa pon aku makan ngan bilis gak... garinggggg krup krap krup krappp.... alhamdulillah sedap!!! berselera sikit aku makan... heee!




Pepagi hari lagi bangun mandi segarkan diri untuk sambung study. 




antara nota-nota yang perlu dibaca untuk exam JKA315.
BANYAKKKKKK weeiii....!!! *pitam*




Haaa tengok tu.... aku dah selamat mem-pitam-kan diri selepas beberapa minit hadap nota-nota tuu!! hahahaha. memang ngantuk time study ni weh... asal nak study jer, mata layuuuuu... ni la masalahnya kalau study sambil baring... ko jangan ler tiru pangai aku nie yer... :p




Tengahari turun makan Nasi Bawal Panas-Panas lagi di cafe saujana. kali kiotrang keluar berempat. baca elok-elok ye, ber-empat bukan merempat! cik akak sebelah aku tu nama dia Siti Munirah. pusat wilayah kota bharu gak ni... aku start kamceng sejak 1st year lagi ngn dia nie... 




Sebelah ana tu namanya Misbah. PW Kota bharu gak! selepas magrib, kitorang laju-laju ke DPA pulak untuk exam paper JKA315. memang rushing gila bersiap. 7.30 baru magrib, mana nak solat mana nak bersiap, ngam-ngam sampai orang dah penuh dalam dewan! fuhhh kelam kabut rasanya kalau ada exam kul 8pm.





After exam, kitorang keluar makan di luar USM pulak sesambil mencari kek untuk Misbah. ekceli hari ni besday dia. so, kitorang plan nak celebrate kecik-kecik untuk happykan Misbah. cukup ada kek kecik sebijik, pastu belanja dinner kat luar. hee!




Kami singgah makan di Nazri Cafe yang berada luar sikittttt je dari pagar RST (Restu-Saujana-Tekun). pestaim aku mai makan kat sini. aku ikut jer kat mana besday girl ni nak makan kat mana. asalkan dia happy!




Bandung cincau 1...!! ermmmmm dapnyeeee....!!!




ini yang kami order malam tu. 




alhamdulillah semuanya sedapppp!!!




Licinnnnn tinggal tulang kena balun dek mulut tecik aku! kahhhh3




Settled makan terus balik ke bilik untuk belah kek. nak belah kat kedai eh segan pulok rasanya. hahahaha. so lebih kurang pukul 1 pagi baru potong kek tu. terpaksa potong lewat sikit sebab semuanya dah kekenyangannnnnnn makan di Nazri Cafe... hehehehe...


Happy birthday Misbah. May all your wishes will come true!!!!



Thanks and Regards,
Jaakehik.

30 January 2015

Cerita Kursus Intensif Tahun Tiga #3





26 Januari 2015 -  Today ada Seminar Antropologi Dan Sosiologi bagi student PJJ USM yang amik major antro-sosio. seminar ni khas untuk student tahun 3 dan 4. banyak pendedahan dan panduan yang diberikan untuk student buat projek akhir (thesis) bagi subjek JKA319E dan JKA430E.




Seminar ni bermula 8 pagi - 5 petang di DKU. aku pon pergi la jugak. selepas daftar nama terus gi brekfes bihun goreng yang pihak USM dah sediakan untuk peserta seminar. 





selfie dengan Suhaili. :P




Selepas brekfes mula masuk dewan untuk seminar. dan seperti biasa aku pilih kerusi paling hujungggggg sekali.... hehehe... sengaja pilih port belakang-belakang coz nanti senang nak keluar awal. kahhh3. aku memang tak minat seminar yang kena dengar ceramah-ceramah nie.... mudah ngantuk.... huhuhu...




Kat sini jugak lecturer ada tampal beberapa contoh proposal yang dibuat oleh student-student sebelum ni sebagai panduan. sempat ler aku belek-belek sikit.

Memang bab buat thesis ni buat aku seriau benornya... ni penyumbang terbesar pointer akhir nih... aku punya thesis banyak gak kena komen2 dek lecturer... terus rasa down kejap... hukhuk...!!




Dalam pukul 11 aku keluar dari seminar tu kejap untuk teman ana gi photostat modul JKA317. tempat ni kat tingkat bawah Pustaka Hamzah Sendut ni...

Kat sini sediakan memacam kemudahan untuk student print atau photostat bahan belajar, jilid esaimen, jual kertas soalan yang lama2, jual modul dan memacam lagi..

Cakap aje nak soalan exam bagi subjek apa? tahun bila? modul apa? sume adoooo!! ko standby duit jer, sekejapan sajoo dah dapat apa yang korang carik tu...




Masa kat sini aku terjumpa pulak biras aku (Rizuan). dia pon student PJJ USM. now dia di tahun dua. dia sambung PJJ USM sebab aku yang promote gak ni, akhirnya terhasut. hahahaha. 

Dia amik course Sains Kemasyarakatan. Major Antro-Sosio. Minor pulak Sains Politik. sebelum ni payah nak terserempak macam ni, hari tu tetiba lak boleh jumpa 1 kebetulan. hee!! eh, Wan apasal ko ni tinggi sangat hah???? ke aku yang pendek sangat....? :p

Time ni jugak ada reader blog datang menegur aku... #TerusBlushingggg!! :p 

Bukan riak, tapi memang aku sangat-sangatttt terharu ler bila ada yang kata dia kenal aku melalui blog. siap ucap tengkiu coz alwez share tentang PJJ USM hingga dia pon terjebak sama dalam dunia PJJ USM. 

Aku rasa macam, alahai tak sesiaaaaa aku share story di blog. tak sesia aku membebel dan merapu di blog. coz ada yang baca dan ada yang dapat semangat sambung belajar dari penceritaan aku rupanya... terus buat aku makin konpiden nak terussss update blog everydays!

Dalam group whatsapp PJJ USM yg baru di create pon ada yang tegur aku katanya pernah masuk blog aku. penah baca penulisan aku. ohhh maluuuu pon ye gak aku rasa. tetiba rasa nak sorok muka dalam laci....!! dalam kuliah pon ada yang tegur, eh awak yg ada blog tu kan? yg citer pasal PJJ USM tu kan? eh blog awak yang "jaakechik" tu kannn...? uiiii malu ittew!!

Email dah inbox mengenai pertanyaan PJJ USM toksah cerita ler... memang sokmo ada dari readers... kekadang senang untuk dijawab, kekadang soklan agak berbelit pon adaaaa yg di sent pada aku. bengong jap aku nak bagi jawapan. huhu.

Ekceli memang seronok bila tahu ada yang perasan kewujudan blog kita, ada yang suka baca blog kita. tapi bila ada yang bagitahu dia penah masuk blog kita secara depan2, memang bertukar merah hijau biru muka ni haaa....!!! segan wehh!!

Aku kekadang bila baca entry lama aku sendiri naik malu. tah apa-apa la yang aku duk merapu selama ni...? pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku serius berblog. dah 1000 lebih entry yang dipublished... tak sangka betoii!




Okay dahhh, kita benti kat situ je. continue to cerita yang lain pulak. pastu aku terjumpa jugak roommate sebilik masa aku kursus di Sungai Petani dulu. satu jabatan ngan aku gak ni. tapi dia cawangan Kedah. dia pon buat PJJ gak. now di tahun 1. Kak Yanie nama.

Pukul 12 lebih aku sambung semula dengar seminar. dalam 15 minit terus seminar break for lunch and zuhur. seminar disambung lagi pada pukul 2.30 hingga 5 petang... 




sebelum balik sempat bergambar ngan deme ni dulu




Muka memasing berminyak berpeluh habisss.... setengah hari berseminar belengassss abis satu badan. balik ke bilik, rehat, mandi dan solat kemudian 3pm pulak baru aku sambung gi seminar tu semula...




Tak sampai 15 minit aku masuk, semua peserta seminar dah mula dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut penyelia thesis masing-masing. ada 6 penyelia bagi projek akhir ni. Dr.Suresh, PM Dato Dr.Razha, Dr.Zurina, Dr.Chua, Dr.Fatan Hamamah dan Puan Soijah. aku dibawah seliaan Dr.Suresh! 




Tu haa Dr.Suresh, tekun duk dengar apa yang perlu dan apa yang tak perlu ada untuk projek akhir ni. banyakkkkk bebenor yang dia cerita, contohnya tajuk perlu spesifik, tajuk dan isi perlu dimurnikan lagi, kena ada jadual atau carta bagi data yang diperolehi, kena ada analisis data, kena ada itu ini... adehhhh gerun lak aku... aku punya tajuk dah laaa tak berapa popular tu... tatau ler boleh buat ke tidokkk... aku nak A untuk thesis ni... huwaaaa!!!




Balik dari seminar terus naik ke bilik selepas tapau makanan. aku tapau apa aku sendiri pon dah lupa. jemu dah snap pic makanan. memula rajin lagi, bila dah lelama ehhhh malas pulak rasanya... bukan menu tangkap leleh pon.... menu standard kantin sekolah je... :p

Malam tu pulun study untuk subjek JKA317 pulak. pagi esok ada exam bagi subjek tu. jenuhhhhhhh study, tapi satu apa pon tak paham. tinggi sangat ayat yang digunakan. dah nama pun falsampah Falsafah Penyiasatan Sosial, terus rasa nak pitam bila study subjek ni.... grrr!!




Okay ni satu benda yg aku nak share. kesian kete student ni kena clamp tayar. RM50 kena denda tu. buat student2 lain pasniiii beringat laa time nak park kete tu... jangan parking dikawasan larangan, jangan block laluan orang, nanti kena kunci tayar, haruuu! tak pasal-pasal melayang RM50. HUHU. ni kat Desasiswa Aman Damai ni. dua buah sekaligus kena clamp!




27 Januari 2014 - Hari ketujuh berintensif! berkemeja oren hari ni. weee! pleaseee abaikan seluar aku yang bergantungan di tepi loker tuuuu... bilik ni kecikkkk.. takde background menarik untuk selfie.... terpaksa ler guna background tuuu... mihmihmih....




Pepagi hari ni semangat bersiap untuk hadap exam JKA317. 




rempit dengan skuter untuk ke dewan exam




Exam kali ni dibuat di Bilik Peperiksaan Perpustakaan Hamzah Sendut II (E41) yang berada di sebelah pejabat PPPJJ. nasib baik jumpa gak kami cari. hiks!




Selfie dengan group esaimen aku. Pn.Zumirah dan Pn.Normazainy.  kami semua 1 jabatan gak nie... diorang serius study before exam. aku pulak masih happy-happy siap selfiee lagi... macam bukan nak hadap exam je... hahaha... well u know me, hidup kena sentiasa happy baru tak tensiiiii!!! heee!




Pestaim merasa exam kat dewan E41 tu. sebelum ni exam dekat DPA/B/C/D atau dekat DKSK je pon. luasssss gak dewan tu. but soryy ler takde gambar suasana dalam dewan,. coz bila masuk je dalam ni terus berebut pilih tempat! hihihi!




Keluar saja dewan exam, terus melajuuuu ke Pejabat PPPJJ pulak untuk gi amik Kad Diskaun SISWA 1 Malaysia (KADS1M). actually sepatutnya kad ni aku dah boleh collect masa intensif tahun lepas, tapi disebabkan aku balik awal so aku tak sempat amik lah... tahun ni baru aku dapat kad ni... alhamdulillah pasni boleh guna kad ni untuk dapatkan diskaun dari bermacam tempat! 




Settled amik KADS1M terus gi makan tengahari di Cafe Aman Damai. tapi benornya ni bukan lunch pon. this is brunch. brekfes + lunch sekaligus. hahahaha. 




RM5.00 sahaja...




Naik ke bilik aku duk hadap menda ni. dikala orang lain sibuk study, aku sibuk update blog. hahaha. ntah kenapa, asal study je aku ngantuk, asal ngantuk je study. aku pun tak paham. tapi yang peliknya kalau hadap blog, eh boleh pulak aku stay berejam karang entry berjelaaaaaa macam hari ni!! 




Pukul 8 malam kitorang turun makan Nasi Tomyam kat cafe ni... sedap ke? ermmm bolehhh laaa masin sajo-sajoooo rasanya.... muahahaha... makanan kat sini standard kantin sekolah laa... harga memang murah but rasanya so-soooooo sangat...!! sesapa yang cerewet tu ada baiknya korang makan diluar USM aje kalau takmo sakit hatiiii.... mihmihmih!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

28 January 2015

Cerita Kursus Intensif Tahun Tiga #2





24 Januari 2015 - Hari keempat intensif PJJ USM tahun ini. pagi ni ada kuliah pada pukul 10-11 pagi. sesiap nak turun kuliah selfie seketul sebelum make up di muka cair dan berminyak... muahahaha... dan pleaseeeee abaikan pemandangan di belakang yang bersepah pakaian tu yek...

Minggu ni blog aku penuh citer pasal Kisah USM je la yek.. layankan saja... setahun sekali je pon... nanti senang, kot sesapa yang bertanya ada apa ngan kursus intensif, apa aktivitinya, leh aku tunjuk entry-entry ni.... ko godek-godek baca ler sendiri... 




Sebelum kuliah kitorang turun brekfes kejap kat Cafe Saujana. aku amik bihun goreng campur megi goreng with telor sebijik. tapi tak sedapppp... grrrr!




Pastu cecepat rempit ke DTSP. aku sepanjang kat sini jadi pembonceng jer. senangggggg takyah susah-susah drive. bertenggek je kat belakang. siap selfie lagi tu.... hahahaha... gilaa tak habis-habis pangai aku nie... 




kami lalu ikut jejantas ni. hok belah kanan tu jejantas utk pejalan kaki.




Kuliah JKA 314 ni asyik citer pasal Max Weber dan Karl Mark je manjanggg! naik boring pon ada. kalau ensem takpe la jugak.... kahhhhh3




Habis kuliah singgah lunch di Cafe Indah Kembara pulak. sedap gak ikan sumbat tuuu... actually aku benornya tak suka makan nasi lembik (beras malaysia). sebab aku alwez makan beras siam kat rumah. (coz ore kelate majoritinya mkn beras siam). mai sini nasi sumenya ditanak lembik. dah macam pulut pulak aku tengok... thats why aku amik sikit je nasi tuu... 




Dalam dua jam duk dalam bilik tetiba rasa lapar againnnnn.... nasib baik ada spare Maggi Kari Letup... terus rendam air panas seminit, pastu tabur bilis goreng yang memang aku alwez bawak mai sini. srupppp sruupppp bertemankan milo panas... mabeless!!




Pukul 5 petang start exam subjek JKA314 pulak.. ni ler dewan exam kami... ni baru 1/3 ruang yang interframe. dewan ni agak besar okay... ramaiiiiii boleh muat ni.. soalan kali ni berbentuk esei... alhamdulillah ada gak yang aku baca tu masukkkk, yang mana tak tahu aku gorenggggg jer sampai hangus... hahahaha... 




Okay nih aku nak membebel sikit. hari tu lepas magrib Ana nak gi dobi baju, ada pulak si polan yang tak mai amik baju dia yang dah siap dikeringkan dalam washing machine tuh. dalam setengah jam, kitorang mai jenguk tetap ada lagi baju dia dalam tuuu... eh geram pulak rasanya...

Pastu kitorang pon gi makan duluuu...

Balik dari makan mai jenguk lagi dalam mesin tu, masih ada lagi baju si polan tu. amboiiiiii tak ingat ke cik kak?? awat tak letak alarm di henpon?? kesian laaa pada orang lain yang duk menunggu kamu mai amik baju ni. 

Nasib baik ler mesin yang sebelah lagi tu dah siap cuciannya.... dapat laa kami cuci baju.... dan sampai ke kesudah dia tu tak mai amik baju dia... heiii panas pulak hati kita ni....! padahal dah tahu setiap cucian akan disetkan ke 25 minit... apa daaa!! kesian orang yang duk Q!




Pukul 10 mlm kitorang ada kuliah lagi JKA316 Budaya dan Epidemiologi Penyakit. sejam sajooooo kuliah malam ni... gigih jugak mai kot lecturer nak bagi tips tapi non hadooo pon.... dah laa esoknya nak exam ni.... ayoyoooo....!!




aku dan ana - kami buddyz!!




geng-geng pusat wilayah kota bharu




Habis kuliah tapau nasi padprik. tapi sadisss.... tak sedappp... huhuhu.... isi ayam pon ada 5 slices saja.... sedihhh tengok nasi nie... mujur ada bilis goreng yg aku bekal dari rumah.... :(




25 Januari 2015 -  Pagi ni kuliah Geografi JMG212 dibatalkan coz lecturer suruh kitorang fokus study je sebab 2pm ada Exam PB bagi subjek nie. so, pepagi ni terperap je laa dalam bilik sampaiii ke tengahari hingga perut aku pon kelaparan minta diisi. nak turun eh malas pulak rasanya. dengan tak mandi lagi terpaksa ler makan biskut kering je cicah milo 3 in 1 je... alhamdulillah boleh laa wat alas perut...




Nasib ada Coway ni, boleh refill air sejuk  panas sesuka hati... tq USM!!




Tiap kali naik motor, hati aku jadik sayu bila tengok student yang duk berjalan kaki menapak bukit utk ke kuliah... kesian wehh coz aku dah penah merasa betapa penatnya bila takde transport time intensif nie... 

Bus USM bukan boleh harap sangat pon, kekadang sharp kekadang kelauttt... aku dah merasa apa yang korang rasa, merasa berebut2 naik bas, merasa berdiriiiiii lama dalam bas, merasa jalan kaki hingga melecet kaki... seriyes aku paham perasaan kamu semua...

Aku tahun ni nasib baik ler ada ipar sudi pinjamkan moto... kalau takkkkk memang menapak bukit atau bas la aku gamaknya... duk Saujana takleh bawak kete... memang hazabedah ler nak menapak bukit kat RST ni.... tq Allah kerana mempermudahkan urusanku disini...




Habis exam pukul 3ptg aku singgah makan di Bakti Permai pulak...
separuh je mampu habiskan! huh!




Hari tu aku ada 2 exam. JMG212 dan JKA316. pulunnnn study nota powerpoint yg lecturer bagi. pulun baca sambil layan mata yg asyikkkkk ngantuk... belek 3 lai, lelap setengah jam... pastu bangun... kemudian tido lagi.. gituuuu laa payahnya nk tarik mood study ni... setan banyak mengganggu mata neh.. aiiseyman!

Baideway alhamdulillah dah habis paper ke-4 pon... ada 3 lagi menunggu!




Malam tu Ana ajak makan kehepsi. depan USM je pon. yang dekat masjid tu. sebelum masuk kehepsi kitorang isi minyak full tank dulu kat kawasan mana tah aku pon tatau nama tempat tu... tapi memang situ la pam minyak yg selalu kami terjah...




Ana




Aku




Tengkiuuuu ana belanja aku malam tuu.... heee! bila makan kehepsi ni aku teringat betul kat En.Yie... peberet dia kehepsi nim... bagi dia hari-hari kehepsi pon dia mampu hadap... thats why kalau nak gi makan kat mana-mana aku malas nak tanya dia... kalau aku tanya "Abang kita nak makan kat mana nie?" dan dengan konpiden-nya for sure dia akan jawab "KFC!!" ohhhh jenggggggg krenggg aku dibuatnya.... kehepsi je ko pandai ye bang....???? so ada baiknya aku tak bertanya... kalau nak keluar makan... aku akan cakap direct je nama kedai yang aku nak gi. kalau takkkkk memang ke kehepsiiiii la dia bawak aku! huk alohhh berat nanangggg!!!! (^_^)



Thanks and Regards,
Jaakechik.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...