kelab blogger ben ashaari, KBBA,

13 March 2015

Resepi Asam Pedas Yang Sedap


Resepi Asam Pedas Yang Sedap - Amboiii tajuk kemain lagi kan? nak jugak bubuh "yang sedap" perasan  gilaaaaa!!! haha. ye la, masakan sendiri haruslah dipuji sedap ye dak? nak harapkan En.Yie puji? ermmm memang takkkk la!

Kalau sedap, lajuuuuuuuuuuu dia makan. kalau tak sedap lajuuuuuuuuuuuuu jugak dia... laju komplen!!! huh! *lempang nak?*


Resepi Asam Pedas Yang Sedap, asam pedas, asam pedas ikan kembung, asam pedas yang sedap, rahsia asam pedas sedap, caara nak buat asam pedas, resepi,


Bahan-Bahan Asam Pedas : 

Bwg putih / bwg merah / halia (tumbuk)
Sedikit halba dan belacan
3-4 ekor ikan kembung (potong dua)
Cili kering blend dan Air asam jawa
1-2 batang serai (ketuk)
Bunga kantan, kesum, daun limau purut
Tomato / terung / bendi

Cara Masak Asam Pedas :


1.) Panaskan minyak. tumis halba. (pastikan jangan hangit!)

2.) Masukkan bahan2 tumbuk bersama belacan dan cili kering.

3.) Tumis dengan garing hingga terbit minyak.

4.) Pastu buh air asam jawa, serai, garam gula dan perasa.

5.) Masukkan daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan sedikit air.

6.) Masukkan ikan. renehkan!

7.) Masukkan bendi / terung / tomato. Siap!!



Selamat Mencuba..........!!!


08 March 2015

Cara Nak Buat Puding Trifle



Cara Nak Buat Puding Trifle - Hari ni aku nak share cara nak buat puding trifle. ada sesapa berminat nak belajar? cepat-cepat bookmarks entry ni yer. save link resepi ni cepat. nanti senang nak review time korang ready nak buat. okay aku taknak cakap banyak, jom kita terus kepada resepi step by step....!!




Bahan-Bahan Puding Trifle :

1 Paket kek gulung perisa pandan
1 Tin koktail
1 Tin susu pekat
1 Tin air (sukat guna tin susu)
1 Paket kristal jelly Nona
4 senduk tepung kastard Nona
5 sudu besar gula


Kalau refer pada gambar macam banyak jer bahan nak buat Puding Trifle ni kan. actually, sikit je pon kuantiti koktail yang nak diguna tu. tak habis pon 1 tin koktail tu. 1 tong nata de coco tu pon langsung tak terusik. aku just standby je kot tak cukup.




1.) Potong kek lapis dan susun dalam bekas dengan mampat.
penuhkan ruang-ruang yang ada dengan kek. 

2.) Kemudian titiskan air koktail untuk lembab-kan kek.


*Nota : Sila pilih kek lapis hijau untuk bau dan warna yang menarik!*




3.) Masukkan tepung kastard bersama 1 tin air, gula dan susu pekat ke dalam kuali.
Masak sehingga kastard menjadi pekat.


*nota : tambah sedikit pewarna kuning untuk lebih menarik*




4.) Tuangkan kastad pekat tersebut ke atas susunan kek lapis lembab tadi.
biarkan sebentar hingga kastad sejuk dan membeku.




5.) Kemudian susun buah-buah koktail sambil ditekan sedikit,
untuk mengelakkan ia terapung setelah dimasukkan jelly Nona. 




6.) Kemudian sediakan  Jelly Nona dengan mengikut arahan pada belakang kotak. 
Sejukkan sebentar.




7.) Curahkan Jelly Nona ke atas lapisan buah koktail dengan perlahan-lahan.
Kemudian sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan!




Hasilnya, Puding Trifle ini akan memberikan hasil seperti di atas ni. 3 lapisan warna yang sangat cantik dan berseri! sekali pandang terus rasa nak terkammmm! hahahaha. ada yang terliur takkkkkkkkk nie? jom la cuba buat Puding Trifle ini sekarang. selamat mencuba ya....!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

06 March 2015

Sebulan Tanpa Entry!


Salam dears,


Lama gilaaaaaaaaaaaa aku tak update blog kan? sunyi. takdak entry langsung! last entry bertarikh 6 Februari 2015. hari ni dah 6 Mac pon. sebulan blog menyepi rupanya. bila lama tak update, rasa kekok pulak nak menaip. 

Ada banyak benda aku nak share benornya ni. dah beratussssss kot gambar aku terperam dalam henpon tanpa sempat di tayang dalam blog kesayangan aku nie. banyakkkkkk yang aku nak membebel... tapi tah kenapa tiap kali bukak blog, rasa blurr nak mulakan ayat.... huhu...


Coklat Aki-Ko Sedap , coklat aki-ko, coklat sedap, coklat kanak-kanak yangs edap, sedap, murah, coklat sedap dan murah, aki-ko


Tepek dulu seketul gambar selpie dengan Coklat Aki-Ko Yang Sedap nie. hahaha. pic takdak kena mengena ngan tajuk atau jauh sekali nak kasi promote free pada tokey cekelat ni. tapi nak jugak tepek sebagai penyeri. wahahahaa....

Ada yang rindu ittew takkkkkkkkkkkkk? 


Coklat Aki-Ko Sedap , coklat aki-ko, coklat sedap, coklat kanak-kanak yangs edap, sedap, murah, coklat sedap dan murah, aki-ko


Hari ni secoet je laaa dulu aku karang ni. pasni kalau rajin akan aku draft entry banyak-banyak untuk tatapan korang. today is jumaat. aku kat ofis ni. hari jumaat is manyak rilekkkks! itu yang sempat update sekejap, sebab bos tadak... muahaha!! pada yang bercuti, selamat berhujung minggu ya....!

Keje sambil layan cekelat yang sedapppp ni.... hmmmm mabelesss!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...