kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 May 2015

Baju Raya Online 2015 (Fesyen Terkini)


Baju Raya Online 2015 - Hai, dah beli baju raya ke belum?? kalau belum, jom masuk tengok, masuk pilih baju raya kat sini. macam-macam fesyen baju raya adooo.... kaler pon macam-macam... banyak pilihan untuk dipilih... eh, macam penjual kat pasar malam pulak aku ni... wahahaa....

baju raya, baju raya 2015, baju raya 2016, beli baju raya online, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, fesyen baju kurung, fesyen baju raya terkini,

Baju yang nak dipakai pada pagi raya, mestilah yang palingggggggggggg trendy, palinggggggggg comel dan paling meletopppp kan....? bukan nak menunjuk, tapi untuk kepuasan diri sendiri. ye tak? setahun bekerja, hari raya mesti lah rewards diri sendiri dengan baju yang cantik.... baru bersemangat nak beraya... kannn???

baju raya, baju raya 2015, baju raya 2016, beli baju raya online, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, fesyen baju kurung, fesyen baju raya terkini,

KURUNG IRDINA

Dewasa RM70 free pos
Kanak-Kanak RM60 free pos
1 set ibu & anak RM110 free pos

Ukuran saiz :   
Dewasa
Free size (fit S-L)
Material lycra

Ukuran :
Bahu 15 1/2'
Dada 34'
Labuh baju 32 1/2'
**skirt standard mermaid biasa

Kanak-Kanak (3-5 thn) : Bahu-11 inci
Dada-25-27 inci
L.baju-19 inci
L.lengan-15 inci
Pinggang kain-20 inci  (bergetah)
L.kain-22 inci

(READY STOK)

baju raya, baju raya 2015, baju raya 2016, beli baju raya online, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, fesyen baju kurung, fesyen baju raya terkini,
Soffiyanyy Songket Kurung

RM 95 including postage
Available size ~ S- XL
Material - Wolly crepe
Ready stok

 

For order / enquiries please contact :
01123355164
 IG: Ctakram_shoppe


Dress Emma Sequin

RM 65 free pos
free size (fit XS - M)
zip dibelakang
sequin di lengan
polyblend ( strech mengikut body )
Ready stok

Ukuran :-
~Bahu -12-14 inci
~Dada -28_32 inci
~Pinggang -28-32 inci
~L.lengan -21 inci
~Hujung lengan-3.5 inci
~L.baju -54 inci

baju raya, baju raya 2015, baju raya 2016, beli baju raya online, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, fesyen baju kurung, fesyen baju raya terkini,

Qaseh Batik Kurung

RM 95 including postage
Available size - S- XL
Material - Crepe & cotton polister
Ready stok
Kain lipatan kipas belakang

For order / enquiries please call :
01123355164
 IG: Ctakram_shoppe



 baju raya, baju raya 2015, baju raya 2016, beli baju raya online, DESIGN TERKINI BAJU KURUNG, fesyen baju kurung, fesyen baju raya terkini,


For order / enquiries please contact :
01123355164
 IG: Ctakram_shoppe


Cemana? Ada yang berkenan di hati takkkk?? kalau anda berminat nak beli baju kat atas ni, jangan lupa call nombor yang aku tulis kat atas tadi yek. untuk mendapatkan harga special, bagitahu saja korang ni "Pembaca Blog Jaakechik". Semoga hari raya korang lebih ceria dan meriahhh dengan busana yang cantik dan gojes ini...!! Selamat membeli...!!


Thanks and Regards,
Jaakechik.

09 May 2015

Snowy Ice : Ozarah Cafe (Choco-Oreo)


Assalamualaikum


Dah macam chipsmore pulak mood blogging aku ni. kejap ada, kejap tak ada. hahah. heii payah nau nak konsistenkan diri untuk update blog ni. payah serba serbi pulak rasanya bila time mood MALAS tu datang. 

Nak upload pic pon rasa MALAS. malas sebab gambar banyak sangat sampai letih tangan duk scroll scroll. yang nak dipilih 5-6 ketoii jer. itu yang aku naik fedap tuuu... menciii tau banyak nau pic! hampir penuh dah memory phone aku nie. huhu.




Okay back to topic asal. hari ni aku nak share gegambar masa kami 3 beranak gi makan di OZARAH CAFE di Kota Bharu baru-baru ini. eh ye ke baru-baru ini? dah berkurun kot! haha. 15 April 2015 lagi kisah ni. kui3. #TepukDahi




Makan2 kat sini sempena Birthday En.Yie. ekceli aku benarnya plan nak bawak En.Yie makan di SAIZO CAFE di Pasir Hor. memang dah berminggu aku plan nak bawak En.Yie ke sana sebab kat situ special sikit coz ada Aiskrim Magnum yang dihias cecantik tuuuu... 

Aku kemain berangan nak surprisekan En,Yie dengan aiskrim cantik tu... En.Yie duk tanya aku nak makan kat mana pon aku tak jawab, aku just jawab "ada laaaa". sekali bila sampai kat Saizo Cafe tu, boleh pulak kedai tu tutup! #Damn!

Adeh! rasa macam nak hantuk kepala ni. eiiii geramnyaaa!!! tetiba rasa stress! krem otak duk pikir, nak makan kat mana niiii? kenapa la aku tak standby plan B, plan C??

Blurrrr rasanya nak pilih tempat lain...grrrr.... pastu lajuuuuu tangan capai henpon dan google kat mana lagi tempat best.... pastu datang idea, eh pekena Snowy Ice pon sodap ni... dah lama juga  aku teringin nak lepak kat situ lepas tengok member FB tayang Choco Oreo. 




So here we go. Ozarah Cafe! lokasi : berdekatan simpang 4 kedai kain Laila Rawas (now laila rawas dah tutup). berdekatan juga dengan kedai kain Kelantan Silk Store. nak lebih betul location dia, nah amik No.Tel Ozarah Cafe ni : 097432243.




Paling special kat sini, tentu lah Snowy ice! memang menggoda anak tekak. manis, lemak berkrim. nak pulak cuaca sekarang ni panas meruap kan. sedapppp aje rasanya. hihi. aku pilih Snowy Ice  : Choco Oreo. penuh rasa coklat. penuh dengan peanut. memang mabelesss!! hingga hari ni masih teringat ingat kesedapan dia! (pic ni snap guna flash).




Yang ini pulak snap tanpa flash! saje nak tengok cemana rupa gambar Snowy Ice ni kalau tanpa flash. memang tak menggoda macam yang guna flash tadi kan? tapi takpe rupa tak cantik, asalkan sodap... ye tak? nak tahu berapa harga semangkuk choco oreo ni?? meh tengok kat bawah ni.




RM8.00 sahaja. tak mahal mana pung! 




Aku order jugak 2 set Chicken Chop untuk aku ngan En.Yie. aku order yang Big Plate punyaa... ! konon nak special laa sikit. ingatkan sedap, tapiiii takkkkk!!! muahahaaa... kelaut rupanya... dah ler tetiba ada nasi secoet dalam tu, muak jadinya... gravy pon kurengg... tak habis aku ngan En.Yie makan... grrr.... berapa harga yang ni? ko tengok resit kat bawah nanti eh...




Untuk fikri aku order Fries je laa... sedap tengok dia makan! abis comot comot muka. haha. eh, tengok pic ni baru aku perasan, saiz mangkuk Choc Oreo tu lagi besar dari muka dia. hiks! 




Ok ni resit hari tu. tak mahal mana pun. sebab kami pon order sikit ajo. time besday memang dari dulu kami ni bukan suka nak buat party2 pon. dapat keluar dinner pun okay dah. pastu bagi hadiah apa yg dia nak. gitu je. dia tak mintak present yang ribu riban, coz dia tahu bini dia bukan kayoooo. besday boy mintak wallet dan belt je. okay laaa tuuu... :P




So sesapa yang datang sini, jangan lupa order Snowy Ice ye. memacam perisa adooo... rugi kalau tak try. kat tempat lain takde rasanya kot. eh, ke ada kat area Kelate ni? kalau ada, meh laa mention nama restoran tu meh, nanti kitorang terjahhhh... 

Okay lah. kita jumpa lagi di next entry ya. babai awakkk!! 



Thanks and Regards,
Jaakechik.

05 May 2015

Semakan Keputusan Permohonan PJJ USM

Assalamualaikum


Semakan Status Permohonan PJJ USM - Bagi calon yang telah mendaftar Program Pengajian Jarak Jauh bagi batch 2015/2016 baru-baru ini, anda sekarang boleh membuat semakan status permohonan anda bermula hari ini!!


result pjj usm, keputusan pjj usm, semak keputusan pjj usm, pjj usm, pjj usm 2015, pjj usm 2015, PJJ USM 2015/2016, permohonan pjj usm,




Sekiranya permohonan anda berjaya, TAHNIAH saya ucapkan. semoga bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelajar PJJ USM. tarikh orientasi adalah pada 09-13 Ogos 2015. anda semua wajib berada di USM Pulau Pinang selama 5 hari untuk urusan pendaftaran. 

Program orientasi merangkumi sesi pendaftaran kehadiran, agihan buku/modul, agihan kad matrik, suai kenal pelajar dengan lecturer dan pelbagai agenda lain lagi. jangan risau kalau takde geng, masa orientasi boleh jumpa ramaiiiii lagi member baru. InshaALLAH!


result pjj usm, keputusan pjj usm, semak keputusan pjj usm, pjj usm, pjj usm 2015, pjj usm 2015, PJJ USM 2015/2016, permohonan pjj usm,


Bagi calon yang TIDAK BERJAYA, jangan sedih. jangan give up. anda boleh buat RAYUAN. klik sahaja link yang telah diberikan seperti tertera dalam gambar di atas. masih ada harapan tuu. namun rayuan dibuka untuk Kos Sains sahaja. untuk kos lain tak ada. maybe dah full kot!

Bagi yang tidak berminat dengan Kos Sains, takpe! anda cuba lagi apply tahun depan okay. setiap setahun sekali, USM akan buka permohonan baru PJJ USM ni. jadi rajin-rajin ler check selalu ye. biasanya dibuka sekitar bulan Jan-Mac setiap tahun.


result pjj usm, keputusan pjj usm, semak keputusan pjj usm, pjj usm, pjj usm 2015, pjj usm 2015, PJJ USM 2015/2016, permohonan pjj usm,


Sekiranya korang ada sebarang kemusykilan atau ada apa-apa pertanyaan mengenai PJJ USM, jangan segan-segan email aku ye (jaakechik@yahoo.com). nak lebih info mengenai PJJ USM jangan lupa baca Entry Khas Ini. akhir kata, good luck ye awakkkkkkkkkk!!!!



Thanks and Regards,
Jaakechik.


03 May 2015

Cara Nak Buat Muffin Vanilla + Kismis Paling Mudah


Assalamualaikum


Hello peeps! aku masih mencari mood untuk update blog kecintaan aku nih. tah kenapa sejak dua menjak ni mood blogging asyik kelautttt. dah tak pandai pulak nak susun ayat bila dah lama tak menulis ni. huhu.

Baideway, hari ni aku gigihkan diri untuk tulis entry "Cara Nak Buat Muffin Vanilla + Kismis". aku kasi cara yang paling senanggggg sekali. paling mudah. paling sempoi. muffin ni tak perlu guna mixer okay! just kacau2 sikit je. 


cara buat muffin, cara nak buat muffin gebu, muffin kismis, muffin sedap, muffin tanpa mixer, muffin vanilla, resepi muffin paling senang,


Resepi Muffin Vanilla + Kismis Tanpa Mixer


1. Cairkan 100g butter.

2. 1biji telor. esen vanila. 1cwn bancuhan susu tepung @ susu segar. (bahan A)

3. campurkan butter cair tadi ke dlm bahan A.

4. 1 cwn gula halus. 2 cwn tepung blue key. guna gandum biasa pon boleh tapi kena masukkan baking powder 1 sdk. (Bahan B)

5. Campur bahan A dan bahan B. kacau2 biar sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam paper cup. 

7. Tabur kismis. Bakar guna suhu 190C selama 20 minit. 

8. Siap!


P/S : Adunan ni boleh dapat 12 biji Muffin.


SELAMAT MENCUBA....!!



cara buat muffin, cara nak buat muffin gebu, muffin kismis, muffin sedap, muffin tanpa mixer, muffin vanilla, resepi muffin paling senang,



Okay ni aku nak bagi tips sikit, masa nak bakar muffin ni, pastikan korang dah panaskan oven terlebih dahulu ye. biarkan oven betul-betul panas agar nanti muffin korang tu naikkkk cantik dan tidak bantat @ mendap! (cucuk lidi utk pastikan dah masak atau tidak).



cara buat muffin, cara nak buat muffin gebu, muffin kismis, muffin sedap, muffin tanpa mixer, muffin vanilla, resepi muffin paling senang,


 Perfect muffin....Wallahhh!!



Gebu oiii gebuuuuu.....bau pon wangiiii....!!


cara buat muffin, cara nak buat muffin gebu, muffin kismis, muffin sedap, muffin tanpa mixer, muffin vanilla, resepi muffin paling senang,


Usah dikenang kak piah, usah dikenang!! jangan di tenung lagi pic muffin yang dah pon selamat berada dalam perut aku! muehehe. cepat pi godek-godek bahan kat dapur tuh ada ke idok bembarang yang aku listkan kat atas tadi. kalau semuanya ada, cepat pergi buat sekarang!!! kalau ko buat menjadik, jangan lupa bagitahu yek. (^_^)



Thanks and Regards,
Jaakechik.


DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...