kelab blogger ben ashaari, KBBA,

15 October 2015

TOY MUSEUM PULAU PINANG


Assalamualaikum

Hari ni aku nak share satu tempat best ngan korang. tapi di pulau pinang lah. hihi. actually aku dah lamaaaa pegi, but baru hari ni ada kesempatan nak cerita kat blog. mood kelaut lama gilaaaa kan. so here, aku bawakan untuk korang!


Nama tempat : TOY MUSEUM PULAU PINANG
Alamat : Jalan Tanjung Bunga, 11200 Tanjung Bungah, P. Pinang
No. Telefon : 0124602096
Harga tiket : RM15 (Dewasa) / RM10 (Kanak-kanak)


toy muzium, toy museum, toy museum malaysia, toy museum pulau pinang, harga tiket toy museum, pulau pinang, holiday, tempat menarik di pulau pinang, tempat-tempat menarik di malaysia,


Memang dah lama benar aku kesini. sejak Februari 2015 lagi ni. tapi aku tak kira nak jugak share. moga nanti dapat bantu sesapa yang duk google "tempat menarik di pulau pinang". so jangan lupa masukkan tempat ni sebagai salah satu destinasi yang wajib korang tuju, oke!




Tempat ni merupakan Muzium Mainan Terbesar di Dunia. aku repeat, terbesarrrrr di dunia, bukan terbesar di Malaysia. so tak teruja ke korang? nak lagi kalau yang ada anak kecik yang suka tengok kartun ke citer superhero ke. memang okay sangat lah!





Macam-macam watak superhero yang ada. star wars, captain america, superman, batman, segala yang man man tu semuanyaaaaa ada. keluang man je takde. usop sontorian pun takde. so, jangan dicari. memang takde. hahahaha. 


toy muzium, toy museum, toy museum malaysia, toy museum pulau pinang, harga tiket toy museum, pulau pinang, holiday, tempat menarik di pulau pinang, tempat-tempat menarik di malaysia,


feeling lara croft! :p



toy muzium, toy museum, toy museum malaysia, toy museum pulau pinang, harga tiket toy museum, pulau pinang, holiday, tempat menarik di pulau pinang, tempat-tempat menarik di malaysia,


Bila mai sini kan, aku tengok En.Yie punya keterujaan lagi banyak dari fikri. hahaha. tapiiii, memang niat aku pon nak happykan dia. sebab aku tahu dia penggemar citer omputeh, nak lagi kalau filem genre aksi or superhero. memang dia ada banyak cerita koleksi!

Ko request je tengok cite apa, semuaaaa dia ada. dua hard disk dia, penuh dengan movie yang dia download jee. kalau citer tu ada 6 episod, 6 episod gak la yang dia ada. memang hobi diaaaa. majoriti yang HD dan Blue Ray pulak tu, memang gambar lawa gila siap ngan subtitle melayu lagi. 

Thats why aku nak sangat bawak dia kesini! dah lama plan nak kesini, akhirnya tercapai jua. tengkiu buat adik ipar aku dan biras aku yang sudi bawakkan. kalau harapkan kami laki bini drive sendiri, memang tak jumpa lah kot. sebab tempat ni agak tersorok skit. hee!

Okay, stop bebel kita teruskan tengok gambar pulak.








Banyak replika watak-watak yang ada. ada yang kenal, dan ada yang aku tak berapa kenal. haha. biasa la pompuan kan, mana amik tahu semua tuuu... en.yie la yang banyak duk perkenalkan aku, nia nama apa, ni dalam citer apa. watak yang aku kenal of course laa citer yang aku penah tengok je. macam doraemon, super mario, sesame streets, barbie, hello kitty, power rangers, hahahaha. 

Kiri kanan, penuh dengan pameran replika mainan. dari sekecik-kecik saiz, hingga ke saiz yang bapakkkk punya besar. luas gak laa tempat ni, cuma agak suram skit. maybe sebab takde pengunjung sgt kot. tempat tu panas pun ye gak. aircond tak berapa nak rasa. menitik gak laa peluh jantan aku... 




Jack Sparrow dalam Pirates of Carribean




Eh aku sangat-sangat tak paham, kenapa lah adik ipar aku snap pic ni macam tu. tetiba takde kepala lak patung kat belakang tu. adoii, nak bergambar ngan patung kat belakang, tapi kepala lak takde, eh seram pulak jadinya. hahaha.




Woody dan kawan-kawan dia




anak beranak Toy Story. ni kartun kegemaran fikri nih.




ni pulak kartun kegemaran mama fikri. hahahahahahahaaaaaa!!




Haaa dik, mama dah penah bawak ko kesini yek. jangan pulak bila dah besar nanti, ko cakap mama tak penah bawak pulak. kalau tak percaya, bukak blog mama dan baca entry ni. hehehe.




Haaaa watak-watak kat atas ni, aku tahu. sebab aku memang layan citer SAW ni. citer pasal bunuh-bunuh orang. aku memang suka citer saspen macam ni. watak Jigsaw yang jahat, watak Amanda yang pyscho, macam-macam helah diorang nak bunuh orang. ayat trademark dalam citer ni, "i want to play a game!" dan "game over!". sape yang tengok kesemua episod citer ni, kita geng! :p




Citer Chucky ni pon aku layan. semua episod aku tengok. dalam dok takut pun, aku tetap tengok gak, tapi dengan syarat En.Yie kena teman laa. aku bukan takut kan Chucky yang jahat tu, tapi aku takutkan muzik saspen dia yang gilaaaaa vavi punya kuat tuu... citer tu tak takut sangat pun, tp muzik dia tu yang over! nak gugur jantung! #JilakeBetul



toy muzium, toy museum, toy museum malaysia, toy museum pulau pinang, harga tiket toy museum, pulau pinang, holiday, tempat menarik di pulau pinang, tempat-tempat menarik di malaysia,


So far bagi aku okay laaaa untuk hiburkan anak-anak dan suami. kita yang pompuan ni memang tak lah teruja sangat. tapi bagi geng lelaki, syok la kot. bagi orang-orang tua pun mungkin mende ni tak seronok bagi diorang sebab replika je pun. 

Pastu pulak, kalau korang nak datang ramai tu, agak pitam gak la kot time nak bayar tiket tu. mahal nak mamps! kalau pergi 2-5 org okay lagi. kalau pergi 10 orang ke atas memang fengsan la kot kalau ko nak payungkan semuaaa. kalau tong-tong bayar tuuuu, okay laa... heeee!

Kalau nak ikutkan banyakkkk lagi gambar2 yang ada. berpuluhhhhh puluhhhh kot aku snap masa kat sini. tapi takde maknanya aku nk tepek semua kat sini. aku pilih2 secara random je ni. okbai. see u di nextttt entry plak ye...!!



Regards,
Jaakechik.


14 October 2015

Lazada : Aku Beli Oven dan Stand Mixer


Assalamualaikum


LAZADA MALAYSIA. satu nama yang tak asing lagi sekarang ni. sebut je lazada memacam benda yang terbayang di fikiran aku. hari-hari terjah masuk website ni oke. cuci mata belek-belek tengok-tengok kot ada benda yang berkenan. hee!

Last sekali aku tertarik dengan dua barang kat bawah ni :


cara shopping melalui lazada, lazada malaysia, pengalaman shoping dengan lazada, shopping online lazada,



Morgan Elecric Oven. biarpun jenama ni tak gah mana. aku redooo je. haha. lagipun sekadar nak buat bebenda simple je pon. okay le tu. nak beli oven built in yang besar tu, belum masanya lagi kot. rumah sewa aku kecik je, tak seswai plak nak beli yang besar-besar. hok ni harga memang murah RM93.00 aje. tepuk-tepuk poket, oke mampuuuuu. sebab bawah seratuss! haha. 


cara shopping melalui lazada, lazada malaysia, pengalaman shoping dengan lazada, shopping online lazada,



Pastu, aku terrrrrrbeli gak Mastar Stand Mixer ni. pun yang jenama cap ayam gak. hehe. nak murah terpaksa la beli yang bebiasa kan. yang jenama pemes kang mahal pulok. sayang duitlah! hiks!

Saje beli nak penuhi kehendak hati. mana lah tahu kot terrrrajin nanti, boleh buat kek, biskut. hahaha. tu nawaitu sebelum ada oke, bila dah ada, tak gak buat. bangsa pemalas, memang macam tu. pheww! :p





RM164.00 untuk dua barang kat atas ni. bila dah sesiap bayar via M2U, tunggu je la bembarang tu sampai dengan sabar. kena sabarrrrrr sebab penghantaran dia memang lembab sikit. hari-hari aku trace dah sampai mana barang aku ni. 




Dalam 5-6 hari gak laa baru sampai. bukan kata hari ni beli esok or lusa sampai oke. kurier pos express dah tak brape nak express dah sekarang ni. huhu. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jugak ke tangan aku dengan selamatnya. 




Stand Mixer Brand Mastar




Electrik Oven Brand Morgan




Harap lepas ni, bila dah ada mende ni maka rajin lah aku nak putar-putar wat kek. hahaha. itu harapan dan doa yang penuh keihlasan. kui3. sudahnya, tiap-tiap hari kena sindir ngan laki sendiri, sebab aku tak buat pong kekkkk! kah kah kah!


cara shopping melalui lazada, lazada malaysia, pengalaman shoping dengan lazada, shopping online lazada,


Ni kira pengalaman first time aku shopping dengan Lazada nie. alhamdulillah oke, sangat puas hati! dan kedua-dua barang sampai dengan selamat walaupun ada sedikit kemek dekat kotak oven tu. 

Kedua-dua barang ni, bila aku usha harganya di supermarket agak mahal juga. seratus lebih gak. beli ngan lazada lagi super jimat. RM164, dapat beli 2 barang. memang syok beb! malah tak kena caj kos postage pun. suka3! 

So camane ngan korang pulak? penah beli barang dengan Lazada Malaysia tak? apa pengalaman korang? penah tak ada masalah barang tak sampai ke apa? kalau ada, share kat kotak komen, oke? 



Regards,
Jaakechik.

06 October 2015

Baju Gaun Maxi ZALORA (Maxi Dress)


Assalamualaikum


Aku sekarang ni dah mula tertarik dengan Gaun Maxi! ni gara-gara terpengaruh ngan memember aku le ni. ramai je sekarang ni aku tengok orang duk pakai Gaun Maxi. ehh baju kurung dah kurang permintaan ke ape nih? 


jaakechik, blogger jaakechik, jaa kechik


Masa raya haji hari tu pon aku terjebak pakai gak. tengok sekali macam jubah je kan. tapi tidakkkk. baju aku tu lebih kepada Gaun Maxi! fit di bahagian atas, kemudian kembang-kembang sikit dibahagian bawah.

Sekarang ni nak ke majlis kenduri pon aku prefer sarung maxi berbanding kurung or kebaya, pergi pejabat pon aku pakai gak! selesa je nak gerak sana-sini. sesuai je nak pakai anywhere anytime. pakai maxi ni best, sebab nampak sopan je. hihi. 


http://www.zalora.com.my/Lace-Empire-Jubah-272938.html


RM119.20


zalora malaysia, review zalora, pengalaman shopping zalora, cara membeli dengan zalora, zalora, zalora.com.my,


RM220.00


Now aku tengah belek-belek Gaun Maxi Zalora yang gojes gila vavi ni. aku tengah berkira-kira yang mana satu untuk aku grab bulan ni. pilih punya pilih, ini Top 5 yang paling meruntun nafsu badan i. but aku pun pelik, awat semuaaaaanya Red and Purle ni? rambang mata lettewww... #Choiii

Orang kurus kering macam aku ni selalunya agak payah nak cari size gaun yang sesuai, tapi dengan ZALORA MALAYSIA mudah je nak dapatkan size aku (XS). ada pelbagai size bermula XS hingga ke XL. so tak perlu nak outer lagiii...

Paling penting, harganya saaaaangat mampu milik! 


zalora malaysia, review zalora, pengalaman shopping zalora, cara membeli dengan zalora, zalora, zalora.com.my,


RM69.00


zalora malaysia, review zalora, pengalaman shopping zalora, cara membeli dengan zalora, zalora, zalora.com.my,


Hok merah ni pon gojes. RM179.00 je.


zalora malaysia, review zalora, pengalaman shopping zalora, cara membeli dengan zalora, zalora, zalora.com.my,


RM159.00


Fuhhh pening nak pilih. semuanya cantik-cantik belakaaa.. 
Nak grab yang mana 1 aku nie...???


Gaun-gaun diatas ini merupakan Baju Gaun Maxi Terkini dari Zalora Malaysia. Gaun Maxi ni sesuai untuk semuaaa, tak kira ko jenis free hair atau bertudung. gaun ni telah diberikan sentuhan yang lebih segar agar dapat disesuaikan dengan trend masa kini. more trendy and look gorgeous!

Senang nak digayakan pun ye gak ni. nak lebih cantik tambah ler sikit aksesori lain macam rantai labuh ke, belit hijab dengan gaya terkini ke, pastu gandingkan dengan handbag atau clucth yang cantik.. semua bolehhh lahh... janji kreatif sikit je.. baru nampak bergaya dan barulah tak nampak macam style mak-mak aji. heee!


Regards,
Jaakechik.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...