kelab blogger ben ashaari, KBBA,

16 December 2016

Ada CYST Dalam Perut

Assalamualaikum

Rasanya dah banyak kali aku cakap yang aku nak pregnant, nak pregnant, nak pregnant, kannn? tapi hingga ke hari ni masih belum ada rezeki lagi nak mengandung.. since fikri dah besar ni, rasa nakkkkk sangat ada baby... rindu nak ada newborn...

2 minggu saja lagi nak masuk tahun 2017. maknanya masa tu fikri dah masuk 6 tahun, besar sangat dah tu, tapi adiknya belum hadooo... tiap-tiap bulan kalau period datang, terus rasa hampa, kalau period lambat pulak, terus terpikir, eh aku pregnant ke? kuikuikui.

Tapi bulan ni macam delayyy je period aku ni, bulan lepas dia datang 16 Nov, so untuk bulan ni sepatutnya dia kena datang around 13-15 Dis (awal 2-3 hari dari tarikh bulan lepas). kalau esok dan lusa belum ado, nak try buat UPT lah.. sebab esok dah 17 Dis kot.. haha... 


Dalam istilah perubatan, usaha dan proses untuk mendapatkan anak dipanggil TTC - Trying To Conceive (wahhh skemaaanya). memang kalau refer pada doctor atau nurse, memang diorang guna istilah TTC ni untuk sesapa yang sedang berusaha untuk pregnant.

Antara usaha yang aku dah buat ialah, aku pernah pergi berurut 29 Sept lepas, aku telan Acid Folic jugak (not everyday). aku beli yang Brand Shaklee. ada juga aku terbaca usaha dan pengalaman orang lain yang sedang TTC, diorang pergi jumpa Pakar O&G dan lain-lain. ada yang makan Clomid, ada yang makan itu, makan ini, beli produk tu, produk ni, Biodex la, Yusuf Zulaikha la, macam-macam laa, but aku belum try segala produk tuh.


21 APRIL 2010 (Endometriosis)


FYI, aku ada sejarah dengan Gynae, 21 April 2010 dulu aku penah operate di perut disebabkan Penyakit Endometriosis (Laparoscopy + Czer). nak baca kisah lama aku tentang Operate Endometriosis ni korang boleh BACA KAT SINI. panjang lebar dah aku cerita kat sana. korang boleh godek-godek dan baca balik yer.

Image result for kencing guna tiub

Ikut doctor yang pernah operate aku 6 tahun dulu, dia kata belum buang habis lagi Endometriosis dalam perut aku tuu. masih baaaanyak lagi yang bersaiz kecik-kecik kat dalam tu katanya. tisu endo tu menempel di Ovari, Tiub Fallopio, Dinding Rahim, huuu!

So, Ogos lepas aku rasa tergerak hati nak ke Klinik O&G (Obstetrik & Ginekologi) untuk follow up penyakit lama aku ni. saja nak check samada benda tu ada lagi ke tidak, atau mungkin dah hilang dengan sendirinya (mana laa tahuuu, kannn??). doctor juga ada cakap, endometriosis antara salah satu penyebab aku lambat dapat anak. thats why aku nak check balik. sebab dah lama aku tak preggy ni.


07 OGOS 2016 (Follow Up)


7 Ogos 2016, aku gi Klinik Pesakit Luar HRPZ11, masa jumpa doktor aku citer masalah aku dan aku minta doctor buatkan aku surat rujukan untuk ke O&G. tanpa surat rujukan doktor, O&G takkan layan kita. ada surat refer, baru boleh buat appointment bersama Doktor Pakar.

6 tahun berlalu, baru sekarang terasa nak follow up balik dengan O&G. tapi sayang masa aku pergi O&G dia kata rekod lama aku dah lupus, takde dalam simpanan rekod O&G sebab dah lebih dari 4 tahun. so nurse bagi aku tarikh appointment pada 7 Disember 2016 untuk jumpa doktor untuk check balik condition aku.

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Tuuu diaaaa, tarikh appoinment yg diberi 4 bulan kemudiaan (7 Dis)!! huhuuuu, sabor je laa, hospital gomen kan, memang gitteww. nak cepat sila ke hospital swasta, but ko mampu ke nak bayar...?? kalau tak mampu jangan banyak bunyik.. ekeke... cer tengok apa yang doctor tu tulis,.. pitam nak baca kan? hahahahaaaa


07 Disember 2016 


cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

07 Disember 2016, aku pergi laa ke O&G, setelah 2 jam lebih menunggu, akhirnya turn aku dipanggil untuk jumpa Doctor. aku pun terangkan pada doctor, apa masalah aku, kenapa aku datang O&G, kenapa aku nak follow up penyakit lama, bla bla blaaa....

Lepas tu, doktor suruh aku ke Bilik Scan untuk scan keadaan perut aku. masa scan dia tak nampak pun kewujudan Endometriosis katanya. masa doctor Scan tu, doktor kata dia ada nampak "something yang pelik". aku tanya laaa,  "apaaaaa??" dia kata "Nampak macam ada CYST".

Aku cakap "Eh saya takde Cyst, saya ada Endometriosis aje" doctor tu cakap, saya tak nampak Endometriosis kat sini, kalau Cyst memang ada nieeee (refer gambar dibawah).

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Dia pun amik ukuran Cyst aku, katanya 2cm. terkedu sekejap aku! doctor pun print hasil scan tu dan suruh aku masuk bilik doctor yang rawat aku tadi.

Doctor terangkan kat aku, "Ye ni memang Cyst, bukan Endometriosis". dia cakap Endometriosis susah dilihat dengan sekadar scan biasa begini, bila buat laparoscopy baru betul-betul boleh nampak endo tu.

Cyst ni kiranya penyakit baru la pulaaaa ni. huhu. dulu Endometriosis, sekarang Cyst pulak, adoiii.. tapi doktor cakap jangan risau sebab Cyst ni 2cm aje, kecikkkk aje..

Kemudian doktor suruh aku buat Ujian Darah. katanya ujian darah tu penting untuk tengok keadaan aku, kesuburan aku, dan bermacam lagi. dia kata after 3 months baru keputusan ujian darah tu keluar, so baru doctor boleh buat keputusan apa step seterusnya,

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Allah uji hambaNya dengan macam-macam kan? ada yang diuji dengan kesempitan hidup hingga nak makan pun susah, ada yang diuji dengan tiada anak langsung hingga disindir dan diperli orang sebagai mandul, ada orang diuji dengan khianat dengki orang hingga terkena sihir/ilmu hitam.  ada yang diuji dengan penyakit kronik dan kritikal seperti Kanser, dll. banyak cara Allah duga kan?  (aku ni kiranya ujian kecikkkk je ni) dia duga kita sebab nak tengok kita ni sabar ke tidak? maki hamun ke tidak? boleh tahan ke tidak? betul takkk??

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Apa yang berlaku kat aku ni, aku anggap 1 dugaan kecik je untuk aku. dugaan orang lain lagi teruk kot. so untuk dugaan ini aku takde pulak rasa nak bersedih-sedih ataupun takut. aku jadi kuat begini, boleh jadi juga disebabkan aku pernah diuji dulu dengan Endometriosis (orang kata, pengalaman lepas buat kita lebih kuat).

Image result for LAPAROSCOPY
Related image

Dulu, perut aku pernah ditebuk (Laparoscopy), penah juga perut aku dibelah besar (Czer), macam dalam gambar kat atas tuuu.. gambar pertama, Laparoscopy (tebuk 3 lubang dan masukkan kamera kecil), gambar kedua, Czer (bedah melintang) kena bedah besar sebab Endometriosis dah pecah dalam perut aku.

Maybe disebabkan itulah aku macam "kebal" sikit sekarang ni. masa doktor bagitahu dalam perut aku ada Cyst, aku langsung tak menangis oke, hanya terkejut saja. masa tu just fikir, dengan ujian ini maybe allah nak cuci dosa-dosa kecil aku (harapnya begituuu).


Hati kena selalu sadooooo, bukan untuk hari ini jeee. tapi untuk setiap hari. ada ketika Allah bagi kita happy, ada masa Allah bagi kita sedih, terluka, tika itu bersabarlaaaaa... jangan cepat melatah, jangan menuduh Allah selalu kejam pada kita. sabar itu pahit, tapi hasilnya InshaALLAH manis. 

Selagi boleh sabar, sabarlahh.. selagi boleh diam, diamlahhh... selagi boleh tahan, tahanlahhh.. Allah tahu apa yang kita rasa, ini dugaan dari DIA untuk menguji kita. moga terdapat hikmah yang lebih manis dan indah dikemudian hari. #Husnuzon #PujukHati 



Salam Sayang,
Jaakechik


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :
jaakechik@yahoo.com atau inbox di www.facebook.com/jaakechik

27 November 2016

Percutian Lebih Jimat Dengan TRAVELOKA


booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA

Alhamdulillah dah sebulan aku Konvo di USM. since dah graduate ni, dalam kepala aku rasa nak rehaaaaaaaaaaat jer, rasa nak flyyyyyyy jauh-jauh tenangkan fikiran dan nak lariii dari dunia kerja. seriously i need vacation as rewards for diri sendiri!!

But sebelum tu kena tengok bajet jugalah. nak bercuti ni, kata dedekat pun, kena ada duit. kannn? kena bajet dan berjimat selagi boleh. nak yang terbaik, nak yang ohsem, but dalam masa yang sama nak yang murahhhh jugak. so bincang-bincang dengan En.Yie dia kata pergi dekat-dekat je udah. leh save bajet. ermmm ke Tok Aman Bali kah kitaaa???

So marilah kita survey dalam internet, agen atau website mana yang boleh tawarkan harga yang lebih murah untuk stay di Tok Aman Bali Beach Resort... makanya, aku terjumpa satu website yang sangat menarik, yang menjanjikan harga yang super murah;


BOOKING HOTEL DENGAN TRAVELOKA


booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA
TRAVELOKA : https://www.traveloka.com/en-my

Dalam banyak-banyak pencarian, TRAVELOKA menawarkan harga paling cun. hanya RM150.47 per night uolls. murah gilaaa! aku try survey melalui website Tok Aman Bali sendiri pun mahal kot. RM200++ per night. kalau tak caya, korang boleh check sekarang.. 

Bukan saja murah, malah proses nak search  Hotel at Traveloka   ni pun semudah ABC. just masukkan destinasi atau nama hotel, jumlah berapa hari nak stay, then tekan button search.. then pilih je mana-mana bilik yang berkenan and wat payment.. 

Bagi korang yang takde kad kredit jangan risau. korang boleh buat payment dengan service online banking seperti Maybank2u, CIMBCliks, RHBNow dan lain-lain lagi. asalkan dalam akaun korang ada RM yang cukup! 


Dan katalah korang nak ke PD contohnya, dan korang tak tahu hotel mana yang best, korang boleh taip aje "Port Dickson", lepas tu akan keluar list
 hotel dengan tawaran harga yang pelbagai. ada yang bawah RM100, ada yang RM200-300++. depends on bajet korang lah, samada nak yang mahal atau yang murah.

Sebagai platform pencarian tiket penerbangan dan hotel yang paling best, Website Traveloka Malaysia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang memudahkan pengguna. bukan tu je, search result juga boleh disusun mengikut apa yang korang nak. sebagai contoh, mengikut review ke, mengikut harga bilik ke atau mengikut bintang hotel. 

BOOKING FLIGHT DENGAN TRAVELOKA
booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA


Bukan setakat hotel, nak booking tiket flight pon boleh dengan Traveloka ni. complete solutions sangat bila dapat book flight tickets and hotels at the same time with great savings. thats why aku kata, Percutian Menjadi Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka. hanya 4 langkah mudah saja untuk booking tiket flight dengan Traveloka :

               1. Pilih Flight Destination
               2. Pilih Date of Flight
               3. Masukkan jumlah passengger 
               4. Kemudian tekan "Search Flight"

Kemudian akan terpapar beberapa pilihan harga yang berbeza, syarikat penerbangan yang berbeza pada tarikh yang sama. traveloka dah tolong kita bandingkan harga. so kita just pilih aje yang mana sesuai dengan bajet kita, refer pic dibawah;

booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA



Kat atas ni im looking for flight ticket online Kuala Lumpur > Penang (28 Dis 2016). bersusun haaa keluar. ada macam-macam rate harga. nak pilih flight Air Asia ke, Malindo ke, FireFly ke, MAS ke, semuaaaanya boleh.. traveloka dah bandingkan harga siap-siap untuk kita.. tak perlu lagi kita nak buka web Air Asia, Firefly, Malindo or MAS secara berasingan untuk compare harga. 

PROMO TRAVELOKA (DISCOUNT CODE)


booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA

Yang paling best lagi Traveloka ni selalu ada Promo! adaaaa je diskaun penjimatan for customer. diskaun kaw-kaw daripada Traveloka ni memang ohsem sangat.. harga asal dah murahhh, pastu ditambah pulak diskaun, siapa tak happy oii??

Layari : https://www.traveloka.com/en-my/promotion

Contoh kata aku amik flight Air Asia yang harga RM69.27, jika aku masukkan Coupon Code: FUNFLIGHT, aku akan dapat 20% diskaun. RM69.27 ditolak diskaun 20%, aku perlu bayar RM55.42 aje, refer pic dibawah ;

TRAVELOKA JAAKECHIK


Okay ulang sekali lagi, after diskaun aku perlu bayar RM55.42 sahaja uolls. ni dah termasuk Tax, GST bagai nie. traveloka will show you honest price. what you see is what you pay. no hiddens fee. memang best book hotel dan flight melalui Traveloka nie.  eh korang pun try lah yer. recommended sangat!


Dan if nak booking hotel/bilik, boleh guna Coupon Code: FUNSTAY, kita akan dapat diskaun sebanyak 30%. so RM150.47 tu, after discount just bayar RM105.33 sahaja! now aku dah pun selesai booking bilik di Tok Aman Bali. kat atas tu haa resitnya. aku siap attach resit lagi, risau kot ada yang tak percaya. tapiiii 2H1M je pung! but okay laa dari non hadooo. kannn?? bajet i ciput. *SyukurSelalu*

Image result for jaakechik tambun

Actually bercuti ni perlu untuk release tension dan untuk rapatkan hubungan dgn pasangan jugak. tido di hotel ni bestttt, feeeeling honeymoon gituuu!! "bersejuk-sejuk" di hotel seronok jugakkk.. asyik kat rumah jer, sesekali kita tukar tempat!! baru enjoyyy, barulah energy menjadi luar biasaaaaa sikit. *Gediksss!!*

Ada baaaanyak Traveloka hotel yang tengah promo nie. so, for those yang sedang merancang nak bercuti, jangan lupa guna khidmat Traveloka untuk booking flight dan hotel yer. kalau boleh BOOK SEKARANG, dan guna Code FUNFLIGHT (untuk potongan 30% tiket flight) dan Code FUNSTAY (untuk potongan 20% harga hotel/bilik). promosi ni bermula 22-28 November 2016.


For more info, please visit : https://www.traveloka.com/en-my



Regards,
Jaakechik.

05 November 2016

KONVO PJJ USM


Assalamualaikum

Setelah lama menyepi dari menulis blog akhirnya hari ni aku gagahkan diri untuk menaip. lama gila tak menaip kot! dah 7-8 bulan blog menyepi.. hiks! hari ni aku merajinkan diri ketuk keyboard untuk berkongsi berita gembira dengan kalian semua, beritaaaaaa yang aku dah berjaya GRAD!!! dah tamat pun Pengajian Jarak Jauh aku dengan USM...!!

Jom tengok gambar sekitar hari Konvokesyen USM Ke54 hari tu ;




Aku dan Ana, bestfriend aku nie! #SayangDiaKetat2!!




bersama rakan-rakan



jubah kami warna purple, kalung warna oren



nie semuanya dari pusat wilayah kota bharu ;
Misbah, Aku, Ana, Kakju



posing setelah majlis selesai




Majlis konvo aku berlangsung pada 26 Oktober 2016 (Rabu). course kami  (Sains Kemasyarakatan) jatuh pada sidang 6 yang bermula pada jam 3.00 - 6.00 ptg. disebabkan majlis tu tamat lewat, so tak sempat sangat nak posing lebih-lebih. masing-masing terkejar-kejar masa antara nak bergambar ngn family, kawan-kawan, dan terkejar masa untuk solat.. tak cukup masa...!!

Memang tak sempat sungguh nak borak-borak dan berkumpul dengan kawan-kawan dan family masing-masing. aku juga ada gak rasa terkilan sebab tak sempat nak bergambar dengan family aku.  masing2 kelam kabut nak ke masjid untuk solat. 

Ada gak kawan-kawan yang aku tak sempat bergambar, terkilan rasanya. but aku faham mereka juga perlu melayan family diorang. sama ngan aku, ramai gak yang datang majlis konvo aku (family En.Yie), dan aku dapat 2 bouquet bunga dari mereka.. terharuuu!! cuma terkilan tak sempat nak bergambar dengan mereka semua pada hari konvo... 




Aku, Ana, Wani, Ekin




Disebabkan tak sempat nak bergambar masa hari konvo, kami amik khidmat photographer lak... camerawoman ni actually student fulltime USM, dia caj murah-murah jer as duit poket dia.. so sikit je dulu gambar yg kami dapat dari dia, ni pun dapat thru whatsapp je dulu, that why kualiti tak cun sangat... kelabu sikit, tak sabar nak tunggu yang full editing nanti...





Yeayy seronok gila dapat baling topi... weeehuuu!!!




bergambar ngn my chenta hati a.k.a teman gaduh hahahahaa...




jaakechik dan merah berpisah tiadaaa... :D




MyBFF, Suriana Mohamed




Gambar-gambar kat atas ni pulak, dari phone aku jer nie... tapiiii kan, boleh pulak aku tak perasan aku gi posing kat area longgokan sampah.. haha.. sibuk sangat mencari tempat yang ada pancaran matahari (lighting), tak pasal-pasal terduduk area sampah.. hiks! #SakitPulakHati




Satuuuu, Duaaaa, Tigaa... Balingggg....




Wowwww, tingggiiiiinyaaaa balinggg....hehehehe...




Ni mak ayah aku, masa ni kat Bukit Bendera. gigih tau aku usung jubah dan bunga ni naik atas ni... nasib ringan jer. haha. tak puas hati sebab masa hari konvo takde pic ngan diorang, so kita qada laa... kebetulan lepas photoshoot memang niat nak ke Bukit Bendera so, usung je la jubah and topi tu... 




ni mak mertua aku




asal posing jer tangan cekak pinggang, kaki silang. perasan model letteww!!




dak kecik ni pun nak jugekkkk... haha..




kasi can mak aku pakai jubah konvo,
aku suruh ayah aku pakai malu2 lak dia.. hahah!




 bagi can kat mak mertua aku jugak.. layankan sajaa...




Majlis konvo aku settle juga akhirnya. sungguh tak percaya leh abeskan pengajian nie. bayangkan dengan status aku yang dah berkeluarga, dah bekerja, leh gak abeskan pengajian selama 4 tahun nie... sampai hari ni pun masih lagi tak percaya dengan peluang dan rezeki yang Allah dah bagi nie... Allah bagi gak peluang untuk aku "merasa" alhamdulillah, syukur tak terhinggaaaa...

Okay, bagi sesapa yang teringin nak sambung pengajian lagi tu, teruskan lah niat kalian. masih sempat lagi... ramai lagi yang lebih evergreen yang buat PJJ ni okay. umur 40 ke atas ada, umur 50 keatas pun ade.. jangan malu-malu, kalau pikirkan malu, sampai ke sudah laaa tak sambung... 

Oklah. aku stop kat sini dulu. lain kali aku menulis lagi ya. doakan aku rajin menulis!



Regards,
Jaakechik.


16 March 2016

Bukit Bendera Pulau Pinang





Kami ke Bukit Bendera again! rasanya ni kali ke-3 aku kesana dan bagi En.Yie dan Fikri ni kali ke-2 mereka ke sini. sesaja datang bawak fikri jenjalan. ingat lagi dulu masa pestaim fikri datang sini dia baru umur setahun tiga bulan, masa tu dia baru pandai berjalan je... 

Bila tunjuk gambar masa dia kecik pun, dia kata tu bukan dia, tu Harraz (sepupu dia). so discuss ngan En.Yie apa kata kita bawak dia naik sekali lagi ke Bukit Bendera. biarpun kat sana bukan ada apa-apa yang menarik sangat pun, tapi just for amik gambar wat kenangan after 3 years... hehe..

Opss.. sebelum tu aku nak bagitahu, aku datang bukit bendera ni awal bulan 2 hari tu, selepas abis Kursus Intensif di USM. dah lama dah, sekarang baru rajin nak update. hee!




Fikri  3 years ago... aku cilok pic dari ENTRY INI





En.Yie pun kurus je masa ni...haha..
Cepat betul masa berlalu, sekarang fikri dah 5 tahun, dah sekolah pun!





Duluuuuu tiket dia bebiasa je, sekarang dah canggih. keras macam kad bank gitu. nampak lebih smart! for your information, harga tiket bukit bendera pulau pinang macam kat bawah ni :


Dewasa : RM10.00
Kanak-Kanak : RM5.00
Student : RM5.00 (pastikan tunjuk kad matrik ye)

Harga dah naik sikit, dulu RM8 dewasa, RM4 untuk kanak-kanak dan student. dah naik harga, maybe sebab GST kot. kakaka. 




Jom naik train




Budak penakut naik train, melalakkk tak hengat dunia.. pastu dalam 2-3 minit dah okay dah, belum senyum-senyum dah walaupun masih ada lagi takut-takut. masa kecik duluuuu okay je tak nanges, dah kenapa dah besar nak nangis pulak naik benda ni?





Mula-mula sampai haruslah amik gambar ni. boleh nampak Komtar, Masjid Negeri, dan lain-lain yang aku tak kenal bangunan apa. hahaha. 2 benda tu je aku nampak jelas. muehehe. 




Agaknya kalau aku ada anak 2, gini la gayanya En.Yie bila kemana-mana, sorang belah kiri, sorang belah kanan kan? dan kalau ada anak 3? mungkin yang ketiga tu tengah heret-heret kain aku. mungkin jugak atas dukung aku. hahaha. bestnyaaaaaaaa kalau dapat pregnant again, kan? kan? kan? doa-doakan yer!




Ni antara yang datang Bukit Bendera hari tu. biras aku, adik ipar dan anak sedara. ni semua family belah En.Yie.



mana aciiiii.....aku pun nak interframe jugekkkkkk!




kesian En.Yie, kiri kanan pimpin anak.. hahahahaaaaa...





Kalau gi jenjalan, dia memang boleh diharap untuk pegang anak. sebab dia tak harap anak duk ngan aku, sebab aku kadang-kadang boleh lupa anak, bila ralit berjalan atau tengah syok pilih @ tengok barang... haha.. so, aku tukang snap gambar, dia ler pimpin anak... hiks!




ni jer lah yang ada kat atas ni pun.. meriam lama... 




Pastu try sekali lagi untuk posing ala-ala "sebelum dan selepas". posing dengan gaya yang sama, di tempat yang sama, pada tarikh yang berlainan. tapi tak berapa nak sama pulak gaya ngan hok lama, but boleyyyy laaa... haha... 





ni gambar yang lama.... aku ngan En.Yie kurus melidiiii lagi masa tu..
sekarang dah bambam sikit.




adik ipar aku ngan laki dia




biras aku ngan anak sedara sulung En.Yie




ni pun aku cuba tiru gaya posing "sebelum dan selepas" jugak. pic ni aku snap dekat area astaka bukit bendera. kawasan bertangga tu, 





ni pic lama, posing gaya sama, di tempat yang sama, masa yang berlainan. hihi. cuma bezanya, aku masa ni pakai seluar,yang atas tu aku pakai skirt, so, nak bagi nampak macam aku pakai seluar, aku selitkan skirt aku bagi tak melayutttt ke bawah. haha. 




Seronokkkkkkk ada keluarga husband, biras dan ipar yang baik-baik... memang betul kata orang, dikurniakan kesihatan yang baik, itu adalah rezeki. dapat keluarga mertua, ipar duai yang baik juga rezeki, rezeki bukan datang dalam bentuk duit atau harta benda je, benda-benda yang baik-baik ni pun, dikatakan sebagai rezeki. alhamdulillah syukur sangat, terima kasih Allah! 

Allah dah bagi macam-macam benda yang elok, yang baik-baik pada kita, itu pun masih kita mengeluh, tak bersyukur, asyik nak banding-bandingkan dengan kesenangan dan kemewahan hidup orang lain. sedangkan ada lagi yang lebih teruk dan lagi tidak bernasib baik seperti kita...

Allahuakbar, Muhasabah diri..... insaf rasanya... :(

Bukan apa, kadang-kadang terkenang juga, ada sahabat terdekat kita, keluarga terdekat kita yang gaduh ngan mertua, gaduh ngan biras / ipar duai, saling dengki busuk hati.. aku bersyukur, diorang semua baikkkkk je ngan aku selama ni... 8 tahun kawin ngan En.Yie, belum penah lagi gaduh ngan family dia.. tenkiuuuuu Allah!

Ikutkan hati, nak lagi tulis, luah perasan, tapi kang banjirrrr lak nanti... huhu... aku sayang semuaaaaaaa, sayang mak ayah aku, adik beradik aku, anak sedara aku, sama juga keluarga belah En.Yie, aku sayang semua jugak!




Okay la, takmo emo, takmo sedih-sedih, jom kita happykan diri ngan gambar makanan pulak ye. ada ABC Special, ada cendol ada milkshakes. ermm sodappppp noks! makan sampai kembung perut. haha. 



bergelas-gelas air,





bermangkuk-mangkuk dessert.





laksa sorang semangkuk, licinnnn boliau!





Ni desset yang paling special : RM10 ke RM12 eh? dah lupa...hee!
Yang ni sodapppp... nama dia lupa, sebab main tunjuk-tunjuk gambar je masa nak order tu.




Aku beli dekat KakNor Cafe di Bukit Bendera. menu paling meletops kat sini Mango Ice, but aku tak berpeluang nak cuba sebab KakNor kata mango habis... huhu.. kempunan nak merasa...




Fikri makan ni jer




anak sedara aku buat inai ni kat tangan, RM10 je untuk sebelah tangan




teropong hikmat... hehe...




tiga sepupu... dari kanan, Harraz, Fikri, Fahmi.




Ololoooo... nak jugek posing suweeeetttt muweeeettt.... kah kah!





Sebelah malam, biras aku belanja makan kat Pak Hussin Tomyam pulak, kenyangggg alhamdulillah, ini juga rezekiiiii.... kan?? ada lagi 1 entry Jenjalan Pulau Pinang aku belum cerita kat sini, pic jenjalan ke Teluk Bahang, Batu Feringgi, nenanti lah aku cerita eh... doakan aku rajin menaip... kekeke...



Salam sayang,
Jaakechik.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...