kelab blogger ben ashaari, KBBA,

24 January 2016

Kursus Intensif PJJ USM 2016 (Tahun Akhir)


Assalamualaikum


Hai, salam sayanggggg semuaaaa... ada lagi tak yang follow blog aku nih? almaklum laa lama dah aku tak update kan.. dah berbulannnn lamanya menyepi... aku ada lagi ni haaa.... tak kemana pon.. belum mati lagiii... hahahaha...

Kat facebook je la aku banyak membebel, post status sekarang ni. so, blog dah terpinggir. mood menaip memang kelaut gila... rasa malas nak update blog sendu aku nie.. nak kata sibuk tu, tak sibuk pung! banyak tidoooo jer aku nie...

Well, setelah lama menyepi, now jaakechik datangggg lagi dengan entry baru. yang panjang berjelaaaa. harap jemari keding aku ni rajin ler nak mengetuk keyboard memalam buta ni. jangan sekerat jalan, jadik blurrr udoh ler... :)




Panjang pulok mukadimah aku kan. okay meh aku mulakan story. aku sekarang ni berada di USM Pulau Pinang. selama 3 minggu aku stay kat sini bermula 18 jan - 07 feb 2016 untuk hadir Kursus Intensif PJJ USM

Kalau takde aral melintang, kalau takde paper yang sangkut tahun ni, dan kalau result aku comey tahun ni, inshaAllah aku akan konvo November nanti. itupun kalau ada rezekilah, kalau result tak mengancam, tak tahu lah aku ada rezki ke idok nak pakai topi patsegi, huhu.

Kiranya ni tahun terakhir aku berPJJ ngn USM. doakan aku ye korang. tak tahan dah menahan seksa PJJ. nak jer habiskan secepat mungkin. harap-harap takde paper sangkut tahun nie, aminnnn. MUET pon aku dah ambil November tahun lepas, dapat band 2 okay la tu kan.. 




Tahun ni aku stay kat Desasiswa Fajar Harapan yang dekat tasik biawak komodo tuuu... alhamdulillah takyah pening kepala nak sewa motor bagai.. tak macam tahun lepas, aku dapat Desasiswa Saujana yang kat atas bukit nun, terpaksa naik moto untuk ulang alik ke Dewan Kuliah. katil aku memang serabai sikit. hehehe. kalau sakit mata, baik jangan tengok.... hiks!





Kain baju sepanjang 3 minggu duk sini memang banyak aku bawak... jenuh panjat tangga angkut beg ke bilik, dapat pulak aras 3 memang lenguh abih 1 badan.. hinggakan roommate aku terseliuh pergelangan tangan sebab beg terlampau berat! terlebih muatan. :)

Jenuh perah otak cemana nak kasi muat dgn hanya sebuah beg. dilipat, digulung, dimampat, dihenyak-henyak, akhirnya muat jugak. hahahaha. 1 beg troli besar, 1 beg recycle tesco yang kaler biru tuh, pastu 1 beg laptop, 1 handbag.. masa aku duk kemas-kemas baju tu kan, En.Yie geleng-geleng kepala, dia cakap : "Nak gi setahun ke dua tahun nie?" - Eh kuang asam sgt!





Nih bukti roommate aku terseliuh tangan. kitorang ke Pusat Sejahtera USM (Klinik Panel) untuk jumpa doktor. keluar aje dari bilik doktor terus aku terkejut tengok tangan dia berbalut, dah macam  rupa orang patah tangan pulak aku tengok. oh meng! tak caye kejap aku! 




Ni haaaa rupa blok aku. ni pandangan kat depan bilik aku. comel je kan. banyak ruang untuksidai kain. bukak pintu terus dah boleh sidai, cun sangat lah tu. tak perlu nak turun ke ground floor bagai. ohh senangnya hidup macam ni. nak cuci baju pon senang, ada mesin basuh disediakan, hanya bayar RM3 untuk sekali basuhan. okay lettew kan, walaupun mahal sebab mesin kecik je. huhu. 




Makcik ni aku bahasakan sebagai "Mama". dia meniaga kat Cafe Desasiswa Aman Damai, dari first year hingga kini, aku selalu gi makan kat kedai dia. kamceng sangat ngan aku ngan Ana. riuhhh je time aku pergi. selalu je kena sakat ngan aku. hehe. saje aku amik gambar kenangan ngan mama, tahun last dah katakan.. hee!




Hari-hari makan kat cafe dalam USM ni je. tak kuar gi mana-mana pun. bagus tak aku?? takdenya nak keluar merewanggg memalam. stay je kat bilik. setiaaaa je ngan makanan kat cafe, walaupun dah jemu. kadang-kadang tukar tukar gak cafe, aman damai, fajar, indah kembara, bakti permai, ikut mood yang ada.

Kalau masa first year dulu, tiap hari rasa nak keluar meround bandar penang, jalan jalan cari makan area penang. now toksir dah benda-benda gitu, tetiap tahun datang kot. semua tempat dah pegi, Batu Feringgi, Bukit Bendera, Rope Walk, Chowrasta, Toy Museum, Padang Kota Lama, Rumah P Ramlee, Queensbay, Komtar, TGV 1st Avenue (wayang), Laksa Janggus Balik Pulau, Pak Hussin Tomyam, Char Kuey Teow Bayan Baru, KFC, Nasi Awet Muda, ermm apa lagi ekk?? dah lupa dah.. pendek kata semuanyaaa aku dah pergilah. tahun ni tak kemana-mana pun takpe, tak kisah dah. dah boring nak merendet! ~maybe faktor usia! :)






Lauk kat sini bebiasa je laa. standard makan kat cafe U ler kan. aku suka keli masak sambal macam ni, pedas-pedas, sambal pekat, lawab pulak dengan kerabu mangga, memang A ler.. ni dalam RM5 macam tu laa... cafe paling dekat of course cafe Fajar ler, sebb itu memang blok aku pung! brekfes, lunch, dinner kat situ je. time rajin, tukar cafe lain pulak.  




Selfie masa tunggu turn jumpa doktor




selfie dalam kuliah kat DTSP..hihi..kerja aku selpieeee je..




Cuba ko baca apa yang tertera kat atas tu "Taklimat Akademik Untuk Pelajar Tahun Akhir" waaaa seronok wehhh, akhirnyaaaaa dah tahun akhir.. seronok tak terkata... tak terbayang dengan kata-kata, rasa penat lelah belajar, penat lelah tinggal family setiap tahun berbaloiiiii....

Eh aku ni kan, macam pelik je penceritaan aku ni, kejap cite masa second day, kejap citer masa first day, tonggak tebalik je tak ikut susunan. hahaha. rasa nak lempang diri sendiri jer. 




Nih keluar pulak gambar burger... hahaha... hari ke berapa tak tahu ler nih... aku ikut jer gambar apa yang ada... malas nak scroll tengok tarikh... dah 7 hari kat sini baru nak update, tu yang lupa habiss... ni aku letak pic banyak banyak dan membebel panjang-panjang ni, ada yang baca tak ni?? ke korang terus scroll ke bawah aje? baca ye, letih aku taip nie.... hahahahaaa...




Ehh tetiba terkeluar kalendar MUET pulak kan, bertabah ler korang ye. entry rojak je hari ni. campur aduk jadikan 1 entry. malas nak separatekan, terus adun sampai sebati. kah kah kah!

Okay, nih aku nak bagitahu sesapa yang belum amik MUET (bagi yang nak amik PJJ), jangan lupa daftar yer. buat student yg sekarang ni merupakan student tahun akhir, dan masih takde MUET jangan risau, korang masih sempat untuk ambil MUET Julai, keluar aje result bulan 10 nanti cepat-cepat poskan ke PPPPJJ ye. kang semua dah lulus elok, tetiba MUET lak takde, tak pasal-pasal kena postpone Konvo. nangis tak berlagu ko nanti! #JanganKataAkakTakHabaq




Dan tetiba keluar pic budu pulak kan.. kih kih kih.. every year memang aku akan bawak stok budu... budu yang sedap opkos ler budu cap ketereh (lambang 2 biji gajus). time jemu makan lauk kat cafe, ni ler penyedap selera aku. aummmm sedappp.. lepas makan abis gatal-gatal hidung.. hee!




Kalau mood rajin terlebey, aku siap bawak turun ke cafe lagi, makan dengan ulam. fuhhhh sedap! tetiba lapar nasi bila terpandang sambal tumis ikan bilis campur petai tuuu... mypebreto! 

Aku memang alwez bawak budu dan ikan bilis goreng. cer refer gambar paling atassssss nun, belah kanan tudung warna merah tuh, tu ler ikan bilis aku. makan ngan nasi yang ditapau ke bilik. krup krap krup krap sedap. kenkadang campur dalam megi yang direndam air panas, pun sedap!




Ni masa kuliah JKA417 di DTSP- Dr.Zurina Radzi.




Ni waktu kuliah JKA415, Pn.Zaleha Embong ni kan, suko tanyakan soalan dekat student pastu main tunjuk tunjuk kaler baju student yang dia nak suruh ke depan untuk berikan jawapan. aku masa ni rasa nak terberak terkencing je, takut dia suruh aku ke depan. puas berdoa, moga tak terpilih. hahaha.




Bergambar dengan lecturer subjek JKA414E - Dr. Hamid. ni hari last dia mengajar semasa kursus intensif. pasni hanya jumpa masa Sidang Video je la. bagus lecturer ni, rileks jer. tak serius sangat. sporting pun ye gak! selalu amik kedatangan sewaktu Sidang Video dan selalu puji PW Kota Bharu sebab selaluh penuh student. hehe. geng aku lettew, memang suka gi kuliah! dapat markah lebih oke! tak dapat banyak, membantu sedikit pun jadi ler...




Ana sibuk duk update status.. hahahaha





Esok ada Seminar Antropologi Sosiologi, semua student Ansos bagi tahun 3 dan 4 wajib hadir. esok juga pelajar tahun akhir perlu tampal poster tesis masing-masing, semuanya sebanyak 8 helai dalam bentuk A4. aku alhamdulillah dah siap, tapi tak tahu ler menepati kehendak lecturer ke idok.. apapun tawakal je la. usaha dah ada, doa pon sudah, kita berserah aje, semoga dipermudahkan segalanya... 

Tahun 3 dan 4 paling struggle aku rasa, sebab adanya tesis! huhu. nak taknak wajib buat. tak boleh kata tidak. so, apa boleh buat? hadap je laa, walaupun kenkadang boleh rasa down bila fikir hal tesis. okay laa aku stop kat sini dulu yer, mata dah ngantuk, jari pon dah letih menaip, kalau ada ayat tunggang terbalik, ampunkan aku... hehehe...

JUMPA LAGI DI NEXT ENTRY, DOAKAN AKU RAJIN MENAIP.... :)


Salam sayang,
Jaakechik.


5 comments:

  1. masa baca blog ni, then nampak bilik tu, terus dlm hati, eh macam kenal je. bukan fajar ke tu.heee. owwhh, patutlah pun,.heee. goodluck kak:)

    ReplyDelete
  2. singgah sini...wah pjj usm....saya degree usm... untung la dpt desa dalam..saya desa restu... huhu...

    muslimahsejati96.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya....
    sampai habis saya baca walaupon entry rojak ja.. hihi

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    sikit lagi jaaaa..
    kuatkan semangat menuju puncak :)
    take care

    ReplyDelete
  5. i loikeeeeeeeeeee ur story telling... hehe.. gudluck kakjaa

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...