kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 January 2016

Sambung Cerita Kursus Intensif Lagi


Assalamualaikum


Hai apa khabar, sihat ke hari ni? aku hari ni macam kurang sihat sikit. tubuh rasa panas semacam aje. ingatkan kenapa laa rupanya senggugut datang, huhu rasa tak selesa sungguh. sebut pasal senggugut ni kan, aku rasa kecewaaaa la pulak. ku sangkakan bulan ni dah tak period, tapi dia datang pulekkk.... isk isk isk, musnah harapan nak pregnant. #GelengKepala

Ye, memang aku ngn En.Yie merancang untuk tambah anak tahun ni. tapiiii itupun jika Allah berkenan nak berikan zuriat pada kami ler. kalau takde, kami redoooo je laa...  

Almaklumlah pengajian PJJ aku pun dah masuk tahun akhir kan, memang teringinnnnnn gila nak ada anak kedua, sebelum ni memang aku merancang tak nak beranak lagi, now i dah readyyyy, dah tak merancang lagi. bebila masa pon aku ready untuk pregnant. doakan aku ye kawan!

Eh dah kenapa aku melalut ni kan, tajuk lain, yang ditulis benda lain. hahaha. nak buat macam mana dah itu yang terlintas di kepala buat masa ni. i sedihhhhh youuu dah 2-3 bulan mencuba, belum ade rezki lagi nampaknya.... maka berhuhuhu je la mampuuuu skang ni...




Okay stop melalut, meh kita back to the story tentang Kursus Intensif PJJ USM aku ni... hari ni, disaat hari aku sedang menulis entry ni, dah 12 hari aku kat USM Pulau Pinang ni. rinduuuuu pada family, especially laki aku, anak aku, rindu membuak-buakkk... tak tertahan rasanya...

Even hari-hari dapat video call tetap tak terubat rindu di hati. sebaknya hati Allah saja tahu. 5 tahun kot aku tinggalkan mereka every year sekitar 2-3 minggu, sejak fikri umur 7 bulan lagi bermula ngan hari aku mula-mula diterima masuk ke Program PJJ USM, iaitu pada Julai 2012 untuk hadir Kursus Orientasi. 

Now umur fikri dah 4 tahun 3 bulan, dan aku sekarang dah berada di tahun akhir Pengajian Jarak Jauh USM. saat dah berada di tahun akhir ni, hanya 1 harapan aku, semoga pengorbanan, segala penat lelah selama ni berbaloi-baloi, semoga kejayaan akan menjadi milikku, milik kami sekeluarga. sungguh, aku sangat berharap untuk cecepat konvo dan berazam nak konvo tahun ni jugak, taknak extend tak nak tangguh2kan lagi, tiap hari berdoa moga dapat result baik, pointer bagus, agar aku dapat graduate dengan cemerlang! #TetibaSebakHoii

Thats why aku teruja snap pic diatas, rasa bangga jugak ngan diri sendiri sebab dapat meneruskan pengajian hingga ke tahap ni, tertera kat situ "Tahun Akhir" wahhh seronok je rasa. masa aku di tahun 1 dulu, selalu terdetik di hati, "syoknyaaaaaaa mereka yang dah tahun akhir, aku ni baru tahun 1 ada empat tahun lagi, lamaanyaaaaaaa..."

Rupanya memang sekejap saja masa berlaluuuuu... now aku dah berada di tempat yang mahu ni... seronokkkk sangat dapat beratur di Kaunter Tahun Akhir, terasa macam dah dekat dengan hari konvo, biarpun realitinya lambat lagi. hihi. dah konvo nanti tak tahu ler cemana perasaan kan? mesti nanges soksek2 sebab terlalu happy, weehuu!!


  

12 hari kat USM ni berlalu dengan perkara yang sama, kuliah, exam, kuliah, exam, makan tido, makan tido, hehehe. bertabahlah datang kuliah dengar lecturer membebel biarpun mata layu ayik nak tidooooo je manjang.... tabahkan hati datang sebab nak dengar tips penting untuk exam PB. masa ni kelas Dr. Suresh JKA415. dia lah juga penyelia projek akhir aku. 




Makan bihun sup di Cafe Desasiswa Aman Damai, RM3.00




Bubur Nasi pemberian adik ipar aku nie. dia call kata nak mai hantar bubur nasi (ore kelate panggil nasi air), alhamdulillah dapat 2 bekas. siap boleh share ngan bilik sebelah lagi. berkongsi rezeki orang kata, 2 bekas tu dapat makan untuk 4 orang. bersila atas lantai, sedapppp... hahaha... siap pakej lengkap dengan sudu, tisu dan air milo lagi. mana nak carikkk?? hahaha. bagus sangat nie. mihmihmih.




Brekfes simple di bilik sebagai alas perut..hehe..




Lunch kat Cafe Desasiswa Bakti Permai




Masa cuti thaipusam hari tu, aku ngan ana keluar gi Tesco yang dekat USM ni, saje keluar cuci-cuci mata setelah banyak hari terperappppp kat asrama. jenggg jugak kepala hotak asyik memerap. sesekali nak jugak keluar merayap, muehehe.

Masa ni lalu kat kawasan lauk basah, ana terpandang Ikan Salmon ni, katanya murah... terus call laki dia suh belikan kat Tesco KB, 2kg laki dia borong. sebab murah. haha. kelassss kau jahhh makan salmon berkilo-kilo, kalah mat salleh. 

Aku pulak tak pandai pun masak menatang ni. aku tak penah beli dan makan pun! thats why sushi pon aku tak makan, rasa tak mampu nak telan salmon mentah. tapi ana cakap dia nak goreng kunyit jer. nenanti lah aku cuba buat. mana tahu kot sedap, hehehe. 




Cencaru pon murah dan segar, mata ikan masih hijau dan bersinar. geram rasanya nak beli wat stok banyak-banyak dalam peti. goreng berladooo boleh, masak sambal boleh, buat ikan sumbat pon boleh, ermmm pebret laki aku nie...




Aku ngan ada mai tesco ni sesaje jer, sambil cari barang-barang untuk kudap kudap sikit kat bilik. dah siap beli barang, singgah kejap dekat food court untuk tapau makanan. aku order Lamb Chop, ana order Chicken Chop. 

Aku sekarang ni ada 1 penyakit pelik, dah tetiba tergila gilakan kambing. padahal dulu, memang bukan selera aku kambing ni, kambing golek kat kenduri aku tak pandang pon, kalau aku amik pon just untuk En.Yie dan just merasa sehiris dua aje. tapi sekarang dah menjadi jadi pulak, kegilaan aku makan kambing... 




Meh aku zoom sikit... hehehe... tapiiii, sos black pepper dia tak sedapp huwaaaaa sakit hati pulak,,, huhu... tapi apakan daya, telan je laa, sape suruh beli kat food court kan..?? padan muka aku, hehehe... rasa nak lekuk kepala sendiri jer.. haishh!!




Balik dari tesco, petang selepas asar mai lepak The Kapits pulak. cafe hipster gituuu... kat dalam USM ni jugak, bersebelahan dengan Cafe Desasiswa Cahaya Gemilang




 Ni antara menu-menu tersohor mereka...




Aku berhajat untuk order Lasagna, tapi habis pulak, terus terbantut niat nak makan benda lain. nak makan roti, macam tak lalu lah pulak. kan bagus kalau ada lasagna, huhu. so, aku order 1 slice cake chocolate indulgence yang ala-ala secret recipe tu, pastu segelas milk shake. tu je. 




Ana pon order 1 slice kek gak, pastu ice cream, yang belah kiri tu Taqiah punya order. set roti Meat-Oh-Saurus. oklah sebab just nak lepak-lepak santai je pon. nak makan nasi, sini tadek jual nasi, roti ngan kek aje.




"Qu Putih, Qu Putih, Barulah Putihhh... hahaha..."
Terjebak dengan trademark Dato Seri Vida....... (kayooooo dia kan???)




25 Januari 2016 ada Seminar Antropologi Sosiologi, alaaa macam yang aku beritahu dalam entry sebelum ni, entry yang mana aku rasa nervoussss gila sebab nak kena tepek poster dalam bentuk A4 berjumlah 8 helai sebagai ringkasan aku punya tesis (Projek Akhir), poster presentation akan diberikan 10 markah, jika buat dengan baik. huhu. dah boleh membantu untuk markah akhir tahun nanti.


Dr. Suresh Kumar N Vellymalay


Ni antara poster yang ditampal oleh student mengikut ruang yang disediakan oleh PJJ USM mengikut penyelia masing-masing. macam aku, dibawah penyeliaan Dr. Suresh Kumar N Vellymalay, memang menggerunkan duk di bawah seliaan dia. huhu.

Dia ni anti plagiat, memang tak suka mana-mana pelajar yang amik sesuatu maklumat tanpa memberikan kredit kepada nama penulis asal, setiap rujukan yang kita ambil dan copy ke dalam tugasan mestilah dituliskan sumbernya di dalam perenggan tersebut. cth : (Norhariza, 1993:28).

Maknanya penulis tersebut bernama Norhariza, tahun buku tersebut diterbitkan berserta halaman muka surat. dan untuk tugasan bagi subjek lain pulak (JKA416) kena lampirkan sekali fotokopi halaman buku tersebut. huhu. memang agak cerewet sikit, but aku paham, dia mahukan tugasan yang berkualiti bukan hasil copy paste.




Tekun dia duk semak poster yang dilekatkan student. yang aku punya ada gak kat situ, yang mana? tuuuu yang belah paling kiri belah atas di board yang DrSuresh tengah check tu. aku punya poster penuh kena contengan dan komen dari dia. banyak benda yang aku kena perbetulkan semula.




Bila banyak kena komen, aku siap tanya dia macam-macam lagi, kenapa salah? habis tu sepatutnya kena buat macam mana? bla bla bla, banyak gak laa aku tanya dia soalan berkaitan tesis ni. banyak benda kot salah bermula objektif kajian, soalan kajian, isk isk isk, apa bengap sangat otak aku ni? huhuhu.


Dr. Suresh Kumar N Vellymalay


Lepas dia semak aku punyak poster, terus aku ajak selfie terus dia cakap, "Tesis banyak salah pun masih mahu selfie sama saya, siap kasi peaceeeee lagi. tak faham lah!" hahahaha. habis tu dia nak aku buat apa? menangis?? ohmeng! hahaha.

Mula-mula aku nak amik pic berdua je ngn DrSuresh, dah tetiba ramai pulak yang nak menyelit sama, adehhhh... ramai nak selfie ngn Dr rupanya, tapi penakut nak request sebab muka garang dan serius sangat. kah kah kah.




Lepas abis seminar ada perjumpaan dengan penyelia projek masing-masing, masa ni kita boleh tanya apa saja masalah yang berkaitan tesis untuk memperbetulkan kesalahan masing-masing. aku pon amik peluang gak jumpa, dan tanya macam-macam soalan yang selama ni aku tak paham pasal tesis ni. 

Kami ada masa lebih kurang 2 bulan setengah lagi untuk submit tesis masing-masing, kiranya tu adalah last submit iaitu pada 15 April 2016. sumua pakat berdebar, ye laa tesis ni laaa penentu kita dapat graduate dengan cemerlang ke tidak... dia laaa dapat bantu pointer kita nanti.. kena buat bebetul, mesti lulus, dan kalau boleh dapatkan A, baru pointer tinggi..




abis seminar gi lunch dekat Aman Damai...




Ni masa 26 jan 2016, habis jer exam hari tu aku gi rumah adik ipar aku dua malam. aku ada 2 orang adik ipar kat sini. so aku gegilir tido ler kat rumah diorang.




Sebelah malam tu adik ipar aku ajak dinner di Pak Hussin Tomyam. masuk kali ni dah 4 kali kot aku makan kat sini. 4 kali tu lah jugak adik ipar aku yang berbaju biru tu yang payungkan. alhamdulillah, semoga murah rezeki muuuu, laki dia yang berbaju hijau pon wat PJJ gak.. now dah tahun 3...




Makanan kat sini memamg sedappp.... highly recommended!




Ni masa kat rumah adik ipar aku yang sorang lagi, Ayu nama dia... dia biras aku, suami dia (adik ipar aku) tadek pon kat rumah, dia jadi cikgu kat Sabah nun. raya cina nanti baru balik. sebak pulak hati aku bila tengok anak diorang, bukan apa aku terkenangkan anak akuuuuuu benornyaaaa... seriously memang teringat... dah la muka diorang lebih kurang je.. tengok anak sedara macam nampak wajah anak sendiri, makanya, berhuhuhu lagi akuuuu hari tuuu.... :(




Ni masa 28 Jan 2016, waktu ni kitorang baru habis exam bagi subjek JKA414E. 




Malam tu keluar makan kat luar ngan Ana. bukan jauhhh pun, dedekat USM ni jugak, sebelah Nasi Awet Muda berdekatan KFC tu... saje dinner kat luar sesambil gi isi minyak kete...




Ana makan nasi putih, tomyam, telor dadar ngan puyuh goreng. aku pulak makan Kuey Teow Tomyam jer. sebab perut masih kenyang bantai maggi kat bilik. hehehe.




Nahhhh aku belanja gambar besorrrr sikit... hahahaha... harap-harap korang jadik lapar bila tengok pic ni.. kih kih kih... oklah aku stop kat sini dulu, dah panjang gila aku menaip ni.... letih dah nak susun ayat... kita sambung lagi di next entryyyyyy yaaaaa.... stay tune....

Pada sesapa yang berminat nak buat PJJ USM : DAFTAR DISINI (klik). Permohonan PJJ USM bagi sidang 2016/2017 telah dibuka bermula 04 Jan - 21 Mac 2016. cecepat gi beli No.Pin di BSN (RM60.00) dan daftar secara online sekarang yer. nak tahu banyak info pasal PJJ USM meh godek-godek entry-entry lama aku KAT SINI (klik)!!

#JanganKataAkuTakHabaq
#RebutPeluangYangAda
#JomGraduateSamaSama
#GilaHashtag! #KahKahhh


Regards,
Jaakechik.


6 comments:

  1. Akak pun p dua kali usm mgu lps... Akka student full time sana... time cuti sem ppj student full susah nak parking kan sis...

    Objektif kajian dan persoalan kajian kena selari tu sis... InsyaaAllah u can do it...

    ReplyDelete
  2. hipotesis ditulis sbg contoh dalam kajian sis... "poligami mempunyai hubungan langsung dengan penceraian".... dan sebagainya....

    ReplyDelete
  3. sy nampak kakjaa ms kt indah kembara...tp malu nak tegur...sy intensif utk tahun 1... hehehehe

    ReplyDelete
  4. best kalau ada sedara di penang. leh la singgah. x la boring :)

    semoga berjaya dgn cemerlang..

    ReplyDelete
  5. Semoga dimurahi rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Aamin...

    Nak shawl labuh, tudung, jubah, abaya dan handsocks. Meh lawat fb sy ct akram @ ig ctakram_shoppe. Whtsapp pon boleh 01123355164.

    :) :) :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...