kelab blogger ben ashaari, KBBA,

05 November 2016

KONVO PJJ USM


Assalamualaikum

Setelah lama menyepi dari menulis blog akhirnya hari ni aku gagahkan diri untuk menaip. lama gila tak menaip kot! dah 7-8 bulan blog menyepi.. hiks! hari ni aku merajinkan diri ketuk keyboard untuk berkongsi berita gembira dengan kalian semua, beritaaaaaa yang aku dah berjaya GRAD!!! dah tamat pun Pengajian Jarak Jauh aku dengan USM...!!

Jom tengok gambar sekitar hari Konvokesyen USM Ke54 hari tu ;




Aku dan Ana, bestfriend aku nie! #SayangDiaKetat2!!




bersama rakan-rakan



jubah kami warna purple, kalung warna oren



nie semuanya dari pusat wilayah kota bharu ;
Misbah, Aku, Ana, Kakju



posing setelah majlis selesai




Majlis konvo aku berlangsung pada 26 Oktober 2016 (Rabu). course kami  (Sains Kemasyarakatan) jatuh pada sidang 6 yang bermula pada jam 3.00 - 6.00 ptg. disebabkan majlis tu tamat lewat, so tak sempat sangat nak posing lebih-lebih. masing-masing terkejar-kejar masa antara nak bergambar ngn family, kawan-kawan, dan terkejar masa untuk solat.. tak cukup masa...!!

Memang tak sempat sungguh nak borak-borak dan berkumpul dengan kawan-kawan dan family masing-masing. aku juga ada gak rasa terkilan sebab tak sempat nak bergambar dengan family aku.  masing2 kelam kabut nak ke masjid untuk solat. 

Ada gak kawan-kawan yang aku tak sempat bergambar, terkilan rasanya. but aku faham mereka juga perlu melayan family diorang. sama ngan aku, ramai gak yang datang majlis konvo aku (family En.Yie), dan aku dapat 2 bouquet bunga dari mereka.. terharuuu!! cuma terkilan tak sempat nak bergambar dengan mereka semua pada hari konvo... 




Aku, Ana, Wani, Ekin




Disebabkan tak sempat nak bergambar masa hari konvo, kami amik khidmat photographer lak... camerawoman ni actually student fulltime USM, dia caj murah-murah jer as duit poket dia.. so sikit je dulu gambar yg kami dapat dari dia, ni pun dapat thru whatsapp je dulu, that why kualiti tak cun sangat... kelabu sikit, tak sabar nak tunggu yang full editing nanti...





Yeayy seronok gila dapat baling topi... weeehuuu!!!




bergambar ngn my chenta hati a.k.a teman gaduh hahahahaa...




jaakechik dan merah berpisah tiadaaa... :D




MyBFF, Suriana Mohamed




Gambar-gambar kat atas ni pulak, dari phone aku jer nie... tapiiii kan, boleh pulak aku tak perasan aku gi posing kat area longgokan sampah.. haha.. sibuk sangat mencari tempat yang ada pancaran matahari (lighting), tak pasal-pasal terduduk area sampah.. hiks! #SakitPulakHati




Satuuuu, Duaaaa, Tigaa... Balingggg....




Wowwww, tingggiiiiinyaaaa balinggg....hehehehe...




Ni mak ayah aku, masa ni kat Bukit Bendera. gigih tau aku usung jubah dan bunga ni naik atas ni... nasib ringan jer. haha. tak puas hati sebab masa hari konvo takde pic ngan diorang, so kita qada laa... kebetulan lepas photoshoot memang niat nak ke Bukit Bendera so, usung je la jubah and topi tu... 




ni mak mertua aku




asal posing jer tangan cekak pinggang, kaki silang. perasan model letteww!!




dak kecik ni pun nak jugekkkk... haha..




kasi can mak aku pakai jubah konvo,
aku suruh ayah aku pakai malu2 lak dia.. hahah!




 bagi can kat mak mertua aku jugak.. layankan sajaa...




Majlis konvo aku settle juga akhirnya. sungguh tak percaya leh abeskan pengajian nie. bayangkan dengan status aku yang dah berkeluarga, dah bekerja, leh gak abeskan pengajian selama 4 tahun nie... sampai hari ni pun masih lagi tak percaya dengan peluang dan rezeki yang Allah dah bagi nie... Allah bagi gak peluang untuk aku "merasa" alhamdulillah, syukur tak terhinggaaaa...

Okay, bagi sesapa yang teringin nak sambung pengajian lagi tu, teruskan lah niat kalian. masih sempat lagi... ramai lagi yang lebih evergreen yang buat PJJ ni okay. umur 40 ke atas ada, umur 50 keatas pun ade.. jangan malu-malu, kalau pikirkan malu, sampai ke sudah laaa tak sambung... 

Oklah. aku stop kat sini dulu. lain kali aku menulis lagi ya. doakan aku rajin menulis!



Regards,
Jaakechik.


7 comments:

  1. Pheewwwww...!sweet..preciouss..moment..miss u USM..til meet againnn!

    ReplyDelete
  2. Tahniah Jaa.
    Dak kecik tu dah besar dah. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Salam kak..firstly, congrats for the new level!!baru jumpa blog ni sbb niat nk pjj di usm.guna keyword kt google terjumpa pengalaman akk..actually, nk tanya,klu akk tak keberatan blh ke cerita secara ringkas the whole step n experience pjj kt usm ni atau mana2 panduan yg sy patut refer..sy dh baca blog tp masih x jelas.klu blh nk ada org guide sbb sy langsung tak tau apa2 psl pjj 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah bukak dah untuk permohonan pjj usm..huhu

      Delete
  4. Alhamdulillah... tahniah jaa... berita gembira ni... πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

    ReplyDelete
  5. tahniah jaa. bru nak tanya td.
    sy nak sgt buat pjj tp tu lah dok harap dpat kja gomen. xlist adalah masa dan duit poket sndri. kja private masa tu tak ada

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...